Salah ke dedah cerita lama yang penuh kegemilangan

>> Khamis, Julai 30, 2009

Sebuah akhbat tabliod mendedahkan kegemilangan Yasmin pengarah yang terkenal meninggal baru-baru ini, menceritakan kisah hidup beliau sejak dibangku sekolah.

Kisah tersebut menceritakan kegemilangan dan keatifan Yasmin semasa di sebolah sehingga memenangi pertandingan bintang rtm.

Cerita terssbebut kan menarik dan menaik imej Yasmin yang aktif dan berjaya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi kenapa pula Marina Mahathir anak bekas Perdana Menteri, Tun dr Mahathir Mohamad harus melenting.

Apa yang aibnya siaran akhbar tersebut. Apa yang dijelaskan adalah kisah sebenar.

Orang tentu suka dedahkan aktif disekolah dan menang bertanding RTM. Ini yang pelik kenapa Marina nak marah?

Apakah main bola disekolah satu yang cemar dan mengaibkan. Adakah menang pertandingan bintang rtm suatu yang buruk dan aibkan.

Tidak tahu kita kenapa ye? Mungkin dunia makin terbalik.

Read More...

Hukum perbuatan memegang nyalaan lilin patut dijelaskan ulama supaya umat Islam tidak terpesong

>> Khamis, Julai 23, 2009

Dalam soal hukum turut serta memegang nyalaan dalam majlis bukan Islam, saya setuju dengan jawapan Dr Asri berhubung tafakul di tugu. Bagaimanapun ada dua perkara satu menyertai memegang nyalaan lilin dan kedua menghadiri majlis nyalaan lilin.

Bagi pendapat kedua mungkin kita boleh ambil pendekatan Umar ini.

Dalam sejarah pembukaan Baitul Maqdis sebagaimana yang disebutkan oleh al-Maqrizi, memang ada dicatatkan bahawa Sayyidina Umar Radhiallahu ‘anhu pernah memasuki gereja al-Qumamah (al-Qiyamah) dan sempat duduk di dalamnya dan apabila tiba waktu sembahyang, beliau keluar. (Lihat Muhammad Ridha, al-Faruq: Umar bin al-Khattab, h. 208). Tindakan Sayyidina Umar ini lebih banyak bermotifkan politik Islamiah yang pada masa itu agama Islam baru mula bertapak di kawasan Baitul Maqdis dan Umar sendiri memasukinya bukan kerana sukakan atau cenderung kepada gereja atau ajaran mereka.

Tetapi dalam soal memegang nyalaan lilin dalam majlis mungkin pendapat Dr Asri boleh diguna pakai. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai tahun lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Abdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti.

Bagaimanapun dalam kes yang menjadi isu hangat kepada Nizar ia bukan unsur keberhalaan. Cuma pengkaji hendaklah mengenal pasti sama ada nyalaan lilin itu upacara agama atau budaya orang bukan Islam.

Sekiranya budaya ia tidak menjadi kesalahan sama seperti memakai tali leher. Jika sebaliknya maka pendapat Dr Asri itu boleh diguna pakai.

Jika Nizar tidak mempunyai sebarang iktikad memegang lilin itu maka ia kerja sia-sia tetapi jika beliau berniat bagi mengambalikan keadilan dalam perkara yang tidak adil serta perbuatan pemerintah yang menyembunyikan kemungkaran dan kejahatan maka kebaikan kepada beliau selagi berniat bagi kepentingan Islam.

Hassan al-Banna masuk tempat kelab malam tempat maksiat tetapi niat belau betul iaitu untuk berdakwah dan hal itu dibolehkan kerana ia lain dengan orang masuk kelab malam untuk buat maksiat. Hukum asasnya masuk tempat maksiat haram.

Read More...

tengok keputusan kerajaan petang ini mengenai suruhanjaya diraja

>> Rabu, Julai 22, 2009

Rakyat mengharapkan sangat kepada penyiasatan yang seadilnya bagi Teoh Bang Hock.
Mereka yang bersalah mesti dikemukakan kepada pengadilan.
Biar mereka rasa apa itu kejahatan yang mereka lakukan.
Apakah kita mendapat penyiasatan yang adil dalam sistem negara ini?
Sama sama kita saksikan
Tetapi harus diingat rakyat marhean negara ini biasanya dinafikan hak keadilan apabila melibatkan orang mereka.
Laungkan untuk keadilan kepada Teoh untuk kesedaran kepada rakyat yang hidup.
Selagi nyawa orang dipandang sebelah mata selagi itu kita hidup dalam tidak aman.
Kita hanya rakyat kelas kedua bagi mereka.
Nyawa langsung tiada pembelaan. Itulah kasta zaman moden.
Hanya Islam yang mampu menghapus sistem ini.

Read More...

PAS menang dengan majoriti 65 undi

>> Selasa, Julai 14, 2009

Calon Pas menang dengan Majoriti 65 undi, Mohd Fauzi Abdullah (Pas) dapat 5,348 undi; Tuan Aziz Tuan Mat (BN) dapat 5,283 undi

Apakah janji jambatan maka keputusan pilihan raya di Manek Urai amat tidak dijangkakan.

Sumber malaysiakini melaporkan
kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.

Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.

kemaskini 8.19pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

Keputusan tidak rasmi memberitahu PAS menang dengan majoriti 66 undi bermakna andaian Pengarah Pilihan Raya Manik Urai, Haji Fatah Harun bahawa PAS menang majority 2 ribu tersasar sama sekali.

Manakala sumber Malaysiakini pula kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.

Read More...

Keputusan pilihan raya kecil Manik Urai.... Mari kita lihat siapa yang menang....

Bagi maklumat terkini keputusan pilihan raya kecil Manik Urai sila refresh

Sumber Mstar 8 malam: Belum ada pemenang jelas. Pengiraan semula undi sedang dijalankan.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.

Lagi sumber Malaysiakini, menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah"

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.

kemaskini 7.34pm
PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.

PAS mendapat kelebihan 70 undi.

kemaskini 7.24pm BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.

Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun memberitahu tahu berdasarklan perkembangan pengundian sehingga pukul 3 petang, beliau yakin PAS dapat mengatasi BN dengan majoriti 2,000 undi.

Sehingga pusat pengundian ditutup, sebanyak 10,736 pengundi (87.3 peratus) keluar mengundi.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah menentang calon BN dari Umno, Tuan Aziz Tuan Mat di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Laungan takbir bergema apabila calon PAS hadir di kawasan markas. Ketika ini, para penyokong sedang berkumpul bagi menantikan keputusan pilihan raya.

Apakah laungan takbir itu petanda PAS boleh menang.

Sementara sumber malaysiakini pula melaporkan sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.

Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".

Namun calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.

Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.

Read More...

Kedah bukan kongsi gelap DAP oooi...

>> Sabtu, Julai 04, 2009

Kita harap jangan terikut-ikut dengan Gerakan dan MCA. Perintah negeri ada peraturan dan undang-undang.
Kalau tidak mahu ikut undang-undang sama macam kongsi gelap. Mafia punya geng.
Kalau nak bawa kearah itu tidak baik la.
Jawabnya lebih teruk daripada Umno perintah dahulu la.
Kan DAP budak baik. Selalu cakap patuhi undang-undang. Jangan rasuah.
Tengok Pulau Pinang pun tidak boleh tolong bantu sebahagian rakyat di Kampung Pala kerana undang-undang sudah tetapkan begitu. Nak kata macam mana.
Yang boleh kerajaan bantu bagi rumah je la kat dia orang.
Begitu juga kat Kampung Berjaya, Alor Setar tu. Peraturan dan majoriti orang ramai hendakkan begitu maka ikutlah peraturan.
Jangan pula DAP mahu ajar kumpulannya tidak ikut peraturan atau membuat pelanggaran undang-undang.
Soal berniaga orang lain pun berniaga juga tetapi biar berniaga tidak menganggu kepentingan ramai.
Tempat bantai babi tu dikatakan sudah 40 tahun dahulu lagi tetapi Umno tidak berani bertincak walaupun tidak berlesen kerana dipertahankan Gerakan dan MCA.
Ini apa punya parti dok pertahan benda haram mafia ke.
Sebelum itu dikatakan juga selang sepintu ada tempat sembelih lembu tetapi sembelih lembu itu sudah berpindah tapi tempat bantai babi hingga mampus tidak juga tutup tetap terus beroperasi.
Umno pulak takut nak tutup kerana jaga mafia tadi.
Kalau nak main isu perkauman, orang Melayu pun boleh main tetapi fikir ini peraturan dan yang lepas biarkan berlalu maka orang Cina patut hormat keputusan kerajaan negeri.
Jadi jangan sampai babi bergaduh anak beranak.

Read More...

Kalau pemuda ajak debat tak timbul isu panas kerajaan perpaduan kot

>> Khamis, Julai 02, 2009

Kerajaan perpaduan dah tutup buku. Itu keputusan kita kena hormat. Kalau kita dok bangkit lagi maka akan timbul debat lagi.
Jadi tak akan jadi tutup buku.
Yang sudah ditutup jangan diungkit. Jika diungkita pihak lain akan ungkit maka yang tutup buku jadi buka buku balik. Tak selesai sampai bila-bila.
Kalau nak berdebat sampai bila tak habis kerana masing-masing akan rasa pendapat betul.
Kalau nak cari siapa kalah siapa menang pun tidak betul juga kerana akan jadi debat balik.
Ini soal pendapat. Tidak ada pihak yang salah. Kedua-dua pihak betul. Cuma bergantung kepada pendekatan sesuai atau tidak dengan keadaan semasa dan perkembangan politik masa kini dan keadaan akan datang.
Jadi pihak pemimpin PAS menarik balik artikal Dr Zulkifli Ahmad ahli Parlimen Kuala Selangor di akhbar harakah dan harakahdaily itu memang betul kerana Dr Zul sengaja mencari nahas mengungkit perkara yang sudah ditutup buku.
Kalau dr Zul boleh bangkit nanti ada orang lain bangkit pula. Jadilah dia isu yang tidak akan berkesudahan.
Jadi Dr tu jangan cerdik sangat.
Seperkara lagi benda yang sudah ditutup buku kenapa pula dikenang kepada pemuda PAS.
Pemuda PAS ajak pemuda Umno wacana apa salahnya. Mungkin silap si ketuanya ajak wacana kalau barangkali diajak berdebat tidak jadi bising atau isu.
Arwah Ustaz Fadzil pun bertukar pendapat dalam satu program debat dengan Mahathir di Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa salahnya pemuda berbuat demikian.
Ini kerja dakwah tanpa kira kawan dan musuh.
Yang peliknya kepala kita terlalu prajudis terhadap kerjasama dengan Umno sehingga usaha pemuda PAS itu pun mahu dianggap mahu buat kerajaan perpaduan dengan Umno.
Masalahnya pula penulis blog masih terikut-ikut dengan media. Tahu media tu musuh buat tajuk dan intro mahu kenakan musuh tetapi kita tetap terikut-ikut.
Kita tengok isu debat Tok Guru Nik Aziz dengan kenyataan Abdul Hadi pihak media cuba lag. Buat tajuk yang nampak dua orang ulama itu nampak sentiasa bergaduh.
Ini memang kerja wartawan membentuk berita supaya nampak bergaduh.
Kalau kita baca penuh jawapan Abdul Hadi ketika ditanya wartawan tidak apa-apa gaduh pun. Biasa la mana-mana organisasi setiap perkara kena bawa ke mesyuarat baru pihak lain tahu apa bentuk debat.

Read More...

Bunuh babi bukan sembelih, matang sangat ke politik DAP

Istilah sembelih babi tu kena. Patutnya tukar bunuh babi bukan sembelih babi. Atau kalau nak lembut sikit pusat melapah babi.
Saya kata tempat bunuh babi kawan saya, Azhar kata istilah tu ganas sangat. Saya kata balik sembelih tak ganas ke?
Kawan saya balas balas balik `kasi mati' mungkin maksudnya tempat kasi mati. Kira boleh la tu.
Atau kalau mahu kira lembut dan lemah longlai panggil sahaja tempat penyucuk babi.
Jangan kita dikeliru dengan istilah kerana biasa orang Islam faham sembelih ini untuk binatang makanan orang Islam dan ahli kitab.
Babi tu bukan sembelih tapi dibunuh. Tidak tahu la pula apa cara dia bunuh. Mungkin macam cucuk ayam atau orang panggil `ayam cucuk'.
Tetapi tidak tahu pula saya, memang babi itu mahu dibunuh dengan cara sembelih macam orang Islam mahu makan binatang kena sembelih.
Kalau itu caranya tidak boleh la nak salahkan istilah itu. Memang betul la tu.
Bagaimanapun kena tanya orang Cina hal ini.
Ini satu hal lagi manusia yang tidak matang. Kalau ada sifat macam ini sampai bila manusia tidak boleh bersatu.
Kalau nak ikut keluar pakatan rakyat PAS pun boleh keluar. Banyak hak yang PAS tentang dan sarankan kerajaan pakatan rakyat haramkan seperti Arak di Selangor tetapi tidak ada diikuti kerajaan Selangor.
PAS Selangor tidak pula minta keluar pakatan. PAS tetap mengambil pendekatan bersama disamping dalam usaha memastikan kerajaan negeri pakatan rakyat selari dengan lunas Islam.
Apa salahnya kerajaan Kedah membantu orang Melayu dengan kouta 50 peratus perumahan kepada orang Melayu sebab orang Melayu ramai miskin dibuat pemerintah Umno dahulu.
Apakah nak tolong orang miskin DAP tidak suka. Apa salahnya kouta. Kouta untuk memastikan kejayaan membantu orang miskin tercapai. Apa salahnya.
Kalau mahu semua berdasarkan merit alamak nanti semua sapu di orang kaya. Orang kaya tu siapa? Ramai orang Cina dan orang Umno.
Orang miskin tentu ramai daripada Melayu dan India.
Jadi nak tolong orang ni apa salahnya.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP