Tetamu Palestin ingat Malaysia pun tak aman bulan Ramadhan

>> Sabtu, Ogos 29, 2009

Semalam saya sekeluarga tarawih di Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar. Solat di sini berimamkan penuntut pengajian tahfiz al-Quran tetapi semalam mereka berdua tidak ada.

Rupanya diberitahu jawatankuasa penganjur tarawih markaz tersebut bahawa imam solat Isyak dan tarawih malam ini akan diimamkan oleh tetamu kita dari Palestin.

Menurut Tuan Syed Mohamad Syed Hasan, tetamu tersebut telah berada di Malaysia sejak awal Ramadhan lagi untuk mengutip derma bagi kerajaan Hamas Palestin.

Semasa solat tarawih dalam markaz kat luar dewan pula bunyi letupan bukan main lagi sepanjang solat. Tidak berhenti-henti.

Apa yang kita bimbag nanti terdetik difikiran tetamu kita tu bahawa Malaysia pun tidak aman. Macam Palestin juga meletup sana meletup sini. Bunyi letupan bertalu-talu. Tidak berhenti-henti. Orang Malaysia sama macam orang Palestin menderita seolah menjadi perkara biasa dengan letupan.

Itulah susahnya hidup bermewah. Ramadhan yang patut kita raikan dengan syahdu tetapi kita sudah jadikan bulan mulia tersebut dengan budaya orang lain. Di luar markaz yang kita di dalamnya dok tarawih, mereka ini soronok cucuh mercun tetapi kejadian ini jadi lali kerana berlaku setiap kali Ramadhan.

Orang Palestin diserang tentera Israel tetapi kita yang aman ni bergembira dengan letupan. Malanglah kita orang Melayu yang masih tidak faham dengan Ramadhan.

Siapakah orang Melayu yang dok main mercun tu? Pastinya rakyat Malaysia. Kerajaan satu Malaysia la tu. Malang sungguh kita dapat kerajaan yang sudah lebih 50 tahun perintah tetapi kita masih lagi tidak kembali kepada budaya asal kita orang Melayu.

Kata kuat sangat Melayu tetapi hak ni pun tak bertanggungjawab macam mana? Jangan dok tuduh orang lain pengkhianat Melayu tetapi kita gagal membentuk jiwa Melayu kembali kepada budaya Melayu.

Kita tidak mahu la tuduh yang main mercun tu Umno tetapi itu yang Umno ajar.

Read More...

Allah SWT tempelak kemenangan Umno di Manek Urai

>> Rabu, Ogos 26, 2009

Kemenangan bergaya PAS di Permatang Pasir semalam menempelak kesombongan Umno bahawa parti itu telah pulih berikutan peralihan kepimpinan dibuktikan dengan kejayaan sangat ketara mengurangkan majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Kesombongan Umno tidak bertahan lama. Hanya dalam masa sebulan Allah menempelak kemenangan Umno di Manek Urai. Allah memanggil Ustaz Hamdan Abdul Rahman rupanya tersembunyi banyak hikmah yang tidak tercapai otak kita.

Melalui pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos semalam, rupanya Allah SWT mahu memberi satu tamparan yang hebat kepada Umno sehingga mereka tidak lagi mampu berkata-kata.

Mereka pemimpin Umno yang banyak cakap, berbohong dan memfitnah tetapi menuduh pihak lain yang buat angkara itu, didedahkan secara nyata oleh Allah SWT siapa sebenarnya pembohong dan kaki fitnah.

Umno boleh menutup maklumat di Manek Urai kerana kawasan tersebut terpencil. Mereka boleh menggula-gula penduduk pendalaman Manek Urai. Mereka boleh tabur janji pembangunan dan tabur wang kepada rakyat yang mereka tutup maklumat.

Memang akhirnya ia memberi kesan kepada majoriti PAS di Manek Urai tetapi tidak di Permatang Pasir kerana kebanyakan penduduk Permatang Pasir terdedah kepada maklumat. Kawasan kampung Petani yang saya tinggal bersama petugas Selangor untuk kerja pilihan raya boleh mendapat liputan 3G.

Walaupun kampung tetapi ia tidak ketinggalan daripada pembangunan industri maklumat. Ini menjadikan penduduk sentiasa peka dengan keadaan semasa dan tidak mudah ditipu dan tertipu oleh pihak seumpama Umno.

Inilah asas utama kepada perbezaan keputusan yang dicapai di Manek Urai dan Permatang Pasir. Ia bukan soal perbezaan pendapat dalaman PAS yang didakwa menyebabkan majoriti PAS berkurang di Manek Urai.

Read More...

Permatang Pasir: Jangan undi Rohaizat pengkhianat poligami

>> Ahad, Ogos 23, 2009

Kita mahu bagi tahu dekat media hiburan yang dok usung ke sana ke mari menjaja berita ustaz Akhil Hay, ustaz rock la tu.

Ustaz Akhil tak mencemar peraturan Allah tetapi kamu dok usung berita melangit kisah keluarga dia tu kan isu peribadi tu sampai habis satu Malaysia tahu.

Itu tak menyalahi hukum tapi kamu yang karang fitnah. Ni kat Permatang Pasir ni tentang calon BN yang bernama Rohaizat ni. Kamu media hiburan tak gemar ke cari sensasi politik.

Mai jenguk sini tengok apa yang calon BN dari Umno ni buat. Allah SWT buat hukum baik dan comel tapi dia ni sekor dok rosakkan sistem dan peraturan Allah buat. Allah buat sistem poligami baik siap dengan peraturan sekali tetapi yang rosakkan ni kamu orang-orang Umno macam Rohaizat ni. Patut la Tok Guru Nik Aziz kata orang Umno memang tak layak masuk syurga.

Umno ni tuduh orang pengkhianat Melayu rupanya dialah pengkhianat. Dari pengkhianat ni banyak lahir pengkhianat dan kali ni lahir pengkhianat poligami. Ini lah si Rohaizat kerja dia, selain kerja utama dia songlap duit, ditambah lagi kerja mengaib golongan wanita.

Kalau dah kahwin lebih tu bagus la menyelamatkan wanita tetapi yang pi tinggal tak jengok-jengok ni pasal pa. Dah la lagu tu dok buat pengakuan tak kawin dua. Ini wartawan media hiburan suka sangat ni kenapa tak nak buat hebahan besar-besaran? Ke takut...

Ni mai baca ni.... tulisannya panjang tapi kisah macam ni orang suka baca kalau tak caya tanya wartawan hiburan.

Sebelum tu, malam tadi saya kat surau Kampung Penanti ada jumpa kawan Yusri yang sekali main golf. Dia cerita dari awal hingga akhir. Saya tanya juga isu isteri kedua Rohaizat. Dia cerita... saya cuba nak tulis di sini tetapi bila terbaca tulisan ustaz Hassan saya tak jadi nak tulis, takat ambil ni je la buat posting.

Saya cabar Wanita UMNO bangkit membela wanita teraniaya ini!

oleh Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi

Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah Lagi

Maha Penyayang .

Kezaliman Akan Ku Tentang

Insan Terinaya Akan Ku Bela .


1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .

2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin . Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai , maka peribadinya mesti mulia . Akhlaknya mesti tinggi . Moralnya terpelihara , sikapnya bertanggungjawab , tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih

Manusia berada di atas manhaj [ cara hidup ] para pemimpin mereka.

3. Isu yang saya dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .

5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [ Puan Rafizah ] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [ Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ] . Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya . Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah . Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .

6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu , Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya . Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya . Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .

7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu : " ustaz , Rohaizat [ calon BN ] itulah suami saya ! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu . Saya segera bertemu kedua - dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu .

8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah , lebih banyak esak tangis berbanding kata - kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [ maaf ] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah .

9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab . Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar , jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut . [ Menurut pengakuan ibunya , dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya ]

10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini , ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami .

11. Bukanlah salah beristeri dua . Islam tidak melarang muslim beristeri dua . Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua . Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan , kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah . Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya . Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali . Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat . Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa . Saya membawa suara derita Puan Rafizah .

13. Malangnya sebelum ini , Rohaizat berkali - kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya . Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah , maka selama ini dirinya sebagai apa ? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata - katanya .

14. Menurut pengakuan Puan Rafizah , betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu . Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung , Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang , berada di sisi suami [ jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran ] , dibelai , dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah , mawaddah dan rahmah .

16. Wanita juga apabila berumahtangga , ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala - galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah . Beliau benar - benar hanya isteri simpanan . Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing - masing jua bersama anak - anak menceriakan rumahtangga.

17. Dulunya , Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain . Malang panas tidak sampai ke petang . Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung , resah , rasa bersalah , kecewa dan derita .

18. Ke mana pergi pejuang wanita ? kemana perginya pejuang hak asasi ? saya yakin , bukan seorang Rafizah di luar sana . Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah . Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki ? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata ? membiarkan Puan Rafizah menderita ?

19. Mana insan bergelar muslimah ? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita ? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya . Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah ? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata - mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian ? mana semuanya ? Takut nak bercakap perkara ini ? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya ?

20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu . Waa Mu'tasimaaah ! [ wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku ] . Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah ! [ Aku sahut seruanmu wahai Ibu ! ] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .

21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim ? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya . Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah . Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !

22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan . langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang . Berlaku adillah terhadap kedua - dua isteri kamu . Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka . Biarpun mereka bergelar wanita , mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami .

23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri - isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .

24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf . Sempena bulan Ramadhan al Mubarak , Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni . Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan . Buat Puan Rafizah , sekadar itulah usaha dan pendedahn yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu . Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu . Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini .

25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil , maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin . Tidak layak memegang amanah rakyat .

Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini !
Ayuh bangkit Sharizat !

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai - ramai hari tu . Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang . Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?

Read More...

Belum masuk pusingan tiga calon BN Permatang Pasir KO

>> Khamis, Ogos 20, 2009

Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman lebih baik mengaku kalah sahaja. Kamu belum masuk tiga pusingan sudah kena KO.

Wah! dahsyat penangan yang kamu cipta sendiri akhirnya makan diri sendiri. Kalau sudah tahu ada pekung jangan cari pasal bertanding.

Dunia politik dunia gossip. Kalau dah rasa ada pekung jauhi cabaran itu kerana akhirnya ia akan terdedah juga. Sekarang nama kamu bertambah buruk. Ikuti laporan penuh dipetik Malaysiakini.

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Read More...

Pusat kuarantin H1N1 khas perlu tangani penularan wabak

>> Selasa, Ogos 18, 2009

Kenapa orang sihat sangat bimbang dan ketakutan dengan penularan selesema babi? Kenapa orang sihat kena tutup hidung? Kenapa orang sihat dikenakan sekatan bermacam-macam?

Sedangkan cara menangani penyakit menular dijelas oleh Nabi Muhammad saw.

Rasulullah saw pernah menyatakan tentang wabak cacar, sabdanya: “Itu adalah semacam bencana atau seksa yang dikirim kepada satu golongan dari Bani Israel. Maka bila ia berjangkit pada suatu negeri dan kebetulan kamu sedang berada di sana, janganlah kamu keluar daripadanya. Sebaliknya jika ia sedang berjangkit dan kamu berada di luar, janganlah masuk ke dalamnya.”

Hadis ini diriwayat Turmudzi daripada Usamah bin Zaid dengan menyatakannya sebagai hasan lagi sah.

Selesema babi termasuk dalam penyakit berjangkit. Maka sesuai dengan sabda Nabi saw: “Tidak boleh dicampur antara yang sakit dengan yang sihat.”

Langkah selamatnya kerajaan kena adakan satu pusat khas atau tempat yang khusus kepada pembawa virus selesema babi supaya ia terasing dan tidak menjangkiti orang lain yang sihat.

Orang sihat tidak boleh masuk ke kawasan khas tersebut. Orang yang dikenal pasti telah sihat boleh keluar daripada pusat tersebut.

Kuarantin secara sendiri di rumah tidak boleh menjamin penularan wabak tersebut. Sebab itu wabak ini tidak boleh ditangani malah makin merebak secara pantas. Hanya kaedah yang ditunjukkan Nabis saw langkah yang berkesan tanpa perlu kita fikir tentang vaksin.

Orang yang sakit perlu berkorban dan tinggal di tempat kuarantin tersebut kerana kerjasama itu boleh mematikan penularan wabak virus H1N1.

Selain itu kawalan keluar masuk ke pusat tersebut juga perlu diketatkan bagi memastikan virus tersebut tidak terkeluar daripada pusat kuarantin khas. Ia seumpama pusat penyakit kusta.

Boleh baca tulisan penuh saya di Harakah 17 Ogos 2009 di halaman Fikrah muka 22.

Diriwayatkan bahawa ketika ada seorang yang berpenyakit kusta hendak berbaiah dengan beliau, maka Nabi saw mengirim orang untuk menerima baiah tersebut dan tidak mengizinkan pesakit tersebut memasuki kota.

Diriwayatkan pula oleh Bukhari dari Ibnu Abbas bahawa Umar Khathab pergi ke Syam dan menemui Abu Ubaidah dan sahabatnya yang melapurkan kepada beliau bahawa wabak sedang berjangkit di situ.

Umar kemudiannya bermusyawarah dengan orang Muhajirin dan ada yang berkata: “Kita berkunjung ke negeri ini adalah kerana suatu kepentingan. Maka kami tidak setuju, kita kembali begitu sahaja.”

Ada juga yang berkata: “Disamping anda ada pemimpin lain dan para sahabat dari Rasulullah saw. Maka kami tidak setuju jika mereka anda hadapkan kepada wabak itu.”

“Menjauhilah tuan-tuan.” Kata Umar lalu disuruh memanggil orang Ansar untuk mendapatkan pendapat mereka dan ada yang berkata kepada Umar: “Menurut hemat kami lebih baik anda kembali dan tidak mengiring mereka menempuh wabak tersebut.”

Umar kemudiannya menyeru kepada kedua golongan tersebut: “Pagi esok, saya akan berangkat dengan kenderaan meninggalkan Syam, maka ikutlah tuan-tuan bersama-sama.”

Abu Ubaidah bin Jarrah menyanggah, katanya: “Apakah kita hendak lari daripada takdir Allah?”

Balas Umar: “Andainya bukan anda yang menanyakan itu, wahai Abu Ubaidah!. Memang kita lari daripada takdir Allah kepada takdir Allah! Bagaimana pendapat anda sekiranya anda punya unta di sebuah lembah, salah satu lerengnya subur dan yang satu lagi tandus?

Bukankah anda akan memilih lereng yang subur buat tempat mengembalakannya, maka hal itu adalah kerana takdir Allah. Sebaliknya bila anda memilih lereng yang tandus, itu juga adalah kerana takdir Allah!”

Abdurrahman bin Auf yang ada di situ berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu dengar ia berjangkit di suatu daerah, janganlah kamu datang ke sana dan jika berjangkit di tempat kamu berada, maka janganlah kamu keluar buat melarikan diri daripadanya.”

Rasulullah saw melarang orang keluar dari daerah yang sedang dijangkiti penyakit cacar atau masuk ke dalamnya kerana mahu menyelamat orang lain daripada menjerumus diri ke dalam bahaya. Ia juga untuk membatasi penyakit dari daerah tertentu agar tidak meluas ke daerah lain.

Para ulama mengambil nas ini dalam mencari penyelesaian masalah wabak yang berjangkit. Ketika itu suntikan vaksin bagi mengwujudkan ketahanan tubuh untuk mencegah penyakit berjangkit belum wujud.

Read More...

Bagi bukan saja beb....

>> Khamis, Ogos 13, 2009

Ini contoh-contoh gula disorok adalah mainan politik pemerintah dengan pembekal gula. Lepas ni gula naik harga lagi la...

Ikuti tulisan saya klik di sini. atau http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22065&Itemid=50

Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000
bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Read More...

Kasta atasan boleh tundukkan pemerintah

>> Isnin, Ogos 10, 2009

Ini contoh yang jelas wujud kasta dan penghormatan keterlaluan pemerintah terhadap golongan kaya sehingga boleh mengubah dasar pendidikan kerajaan.

Keputusan kerajaan supaya bahasa Inggeris ditukar kembali kepada bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains pada 1012 tetapi golongan ini pertikai.
Mereka langsung tidak berhati perut untuk jaga bahasa Melayu dan masyarakat luar bandar yang ketinggalan. Mereka hanya penting diri sendiri.

Sepatut golongan ini buat lah sekolah sendiri dan sistem pendidikan sendiri.

Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas
Ogos 9, 09 10:28pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Hartamas ekoran tindakan jabatan pelajaran menarik balik kebenaran untuk mereka mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) membantah perubahan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pegawai jabatan tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Kami bersikap terbuka. Mereka (jabatan) tidak harus bersikap demikian, maafkan saya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari ini, lapor Bernama.

“Saya minta maaf. Saya fikir tidak adil (untuk menarik balik kebenaran itu)," katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka mengadakan EGM tersebut untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan PPSMI..

PIBG sekoleh tersebut dijadual diadakan di sekolah itu pagi semalam, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP