Abdul Aziz Bari patut tegur Timbalan Menteri Pelajaran tak ikut setiakawan perlembagaan

>> Sabtu, Oktober 31, 2009

Aziz mengambil kes Timbalan Menteri Kesihatan daripada MIC yang membuat keputusan tidak mengikut semangat perlembagaan kerana MIC parti gabungan dalam Barisan Nasional (BN) maka keputusan adalah bersama. Jangan pandai-pandai. Lepas tu BN gantung timbalan menteri tersebut.

Kali ini Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong pula tidak setuju sekolah satu aliran. Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

He he he Aziz patut nasihat Wee ni jangan sampai jadi macam Hasan Ali orang PAS Selangor tu atau pun suruh BN beri tekanan macam Aziz beri tekanan kat Hasan Ali tu supaya Wee letak jawatan.

Sekolah satu aliran tu yang cadang orang Cina juga disambut beberapa anggota parlimen yang mahukan kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran.

Cadangan itu ditimbulkan oleh tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas.

Khoo dilaporkan berkata sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.

Read More...

Jangan reka fitnah, kalau saraf pun gunalah untuk bertempur dengan musuh bukan sesama sendiri

>> Jumaat, Oktober 30, 2009

Rajin sungguh Malaysiakini mahu mengorek apa yang berlaku dalam mesyuarat jawatankuasa khas PAS. Maklumlah tumpuan semua kearah situ selepas MCA mengadakan EGM sehingga sekarang belum reda.

Sebelum itu MIC bawa masalah dan Umno nampaknya berjaya menutup kelemahan mereka. Berkat kesabaran pemimpin PAS maka ramai pihak yang mengharap PAS akan jadi macam MCA dan MIC itu sebaliknya kecewa kerana keputusan yang dibawa pemimpin tidak sangat menimbulkan kontroversi.

Hanipa Maidin pun patut belajar ni kerana orang yang hidup pun pandai juga selamatkan jemaah dari angkara pihak tertentu. Kita akui kehebatan arwah Ustaz Fadzil untuk zaman itu. Rakyat ustaz Fadzil orang macam Tok Guru dan rakyat Tok Guru orang macam pihak tertentu.

Korek punya korek sampai terkeluar blog meletakkan peratus. Hebat sungguh. Orang macam ni kalau guna kepandaian sarafnya untuk menentang musuh sudah tentu PAS menang tetapi dia guna untuk kerja hancurkan PAS. Ya la barangkali dia dengki PAS belum terpalit pencemaran barbanding parti lain dalam pakatan rakyat yang bawa masalah hingga jatuh di Perak.

Kita tidak hairan mereka ini sehingga mampu meletakkan peratus kerana masa Muktamar PAS Jun lalu pun golongan seperti ini juga boleh menghantar sms dan menulis di blog mengatakan Husam Musa menang jawatan Timbalan Presiden PAS sedangkan SPR PAS belum umum pun lagi. Hebatnya golongan ini sampai akhbar mainstream pun boleh percaya.

Bila diumum Husam Musa kalah golongan ini juga pertikai keputusan undian kononnya telah diselewengkan. Mereka ni kata Husam tu menang sekian-sekian, orang tu pulak boleh undi sekian-sekian.

Allah yang maha besar mahu tunjuk mereka ini selepas itu pemilihan di Iran dan ada pihak yang pertikai keputusan undian pilihan raya presiden Iran. Tulis di blog sehingga berlaku demontrasi melumpuhkan Iran.

Jadi pengajarannya jangan mudah buat fitnah dan mereka-reka nanti jadi macam Iran kan susah.

Orang Haji Mohamad Sabu tahu atau tidak, golongan ini dibelakang salahkan Mohamad Sabu kerana bertanding TPP menjadikan lawan tiga penjuru.

Kita kata Mat Sabu tu umum awal nak tanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Husam umum kemudian. Patutnya salahkan Husam menjadikan pertandingan tiga penjuru. Itu kalau nak kira la.

Jadi nak bagi tahu di sini jangan mudah-mudah reka dan buat fitnah nanti jadi macam di Iran susah nanti kita juga.

Read More...

Golongan yang rakus dalam perjuangan

Kalau tokoh ulama terkenal, Yusof Qhardhawi sifatkan puak ini sebagai golongan yang tidak sabar dalam perjuangan.

Saya pun pernah termasuk dalam golongan ini maklumlah jiwa muda masa tu semasa diperingkat cawangan. Pemimpin salah sikit buat agenda jatuh dan tukar pemimpin. Nasib baik ada pihak yang sabarkan. Kalau tidak boleh bawa balah tetapi bila kita senior generasi muda pula feel macam kita dahulu.

Sekarang ni matang la sikit berpolitik. Jadi jangan kita terikut-ikut golongan yagn rakus atau tidak sabar dalam perjuangan sedangkan apa idea yang mereka bawa sehingga menukar pemimpin belum tentu lagi bawa kemenangan.

Kita tengok bagaimana sabarnya Tok Guru Abdul Hadi. Semasa zaman arwah Ustaz Fadzil dahulu bukan main ramai penghasut dan pengcanai mahu Tok Guru Abdul Hadi lawan Ustaz Fadzil. Saya pun boleh masuk golongan pengcanai ni. Masa tu politik darah muda, nak menang laju je.

Golongan seperti ini berjaya jatuhkan Ustaz Hasan Shukri di Selangor dan lantik idola aliran profesional mereka tetapi selepas pemimpin pujaan mereka dia rasa tak betul maka buat kempen mahu jatuhkan. Malah guna geng-geng dalam pakaran rakyat. Patutnya dalaman parti biarlah parti uruskan tetapi suruh orang parti lain masuk campur.

Mereka ini cukup rakus bukan ingin membetulkan pemimpin yang mereka suka ketika dahulu sebaliknya kawan semeja ni boleh jadi bahan fitnah. Oleh kerana mereka ini sentiasa berpolitik rakus dan bila tidak puas hati tukar maka jadilah politik di Selangor sekarang makin caca merba.

Orang seperti ini tidak sabar dan sentiasa rakus mahu menang politik dengan cara mee segera macam la Najib buat projek mee segera. Silap tukar... silap tukar. Manalah ada manusia ini semuanya betul. Ada la silap dia.

Kita tengok manusia yang berpendidikan Islam bila berpolitik tidak pula rakus mahu pecat orang. Kalau ada silap dan salah perbetul bersama tetapi kalau nak ikut egenda politik mungkin semua masing-masing ada agenda pasal mereka orang politik tetapi keutamaan agenda itu biarlah Islam.

Jadi kerana sifat rakus ini lah maka PAS Selangor akan sentiasa dilihat panas. Perbetul dua aliran dengan cara sebaiknya. Setiap manusia memang ada pendapat malah perkara bertentangan sudah jadi lumrah. Jadi pakailah yang terbaik dan maaflah yang silap.

Kalau sekarang golongan Ustaz Hasan Shukri boleh memaafkan dan menerima pemimpin golongan rakus kerana golongan ini telah menjatuhkan pemimpinnya ketika dahulu kenapa sesama mereka tidak boleh saling memaafkan. Pelik ya! sehingga pemimpin itu terpaksa cari golongan Ustaz Hasan.

Jadi bagus sangatkah politik golongan rakus ni yagn banyak terdiri cerdik pandai dan profesional. Apa yang jelasnya mereka hanya cari politik cari gaduh atau mahu jadikan politik cari makan.

Read More...

Gempa di Gunung Tigo, Padang Sumetra membentuk anak sungai mati

>> Khamis, Oktober 29, 2009


Gambar menunjukkan anak sungai mati terbentuk sepanjang 200 meter selepas gempa di Gunung Tigo, Padang, Sumetra.

Disini terkenal dengan tempat ilmu hitam. Ia cukup masyhur sehingga terkenal seluruh Indonesia.

Ramai orang terkenal menemui bomoh-bomoh di sini.

Read More...

Mesyuarat Khas PAS malam tadi: Jika ada pihak yang masih belum puas hati cuba cek hati kot dibimbangi dirasuk syaitan

Kita bersyukur hasil keputusan mesyuarat khas PAS malam tadi yang mendatangkan hasil member kesukaran kepada media kerajaan untuk memutar belit dan melagakan pemimpin PAS supaya bertambah pecah belah.

Kesepaduan dan keharmonian parti PAS masih mampu dipertahankan PAS walaupun media BN dan blog cuba melagakan kedua pemimpin tertinggi parti.

Jika ada pihak yang masih tidak berpuas hati maka selidik hati kerana takut digelapkan oleh syaitan yang meracun jiwa supaya terus melagakan pemimpin maka bergembira syaitan melihat pemimpin Islam terus berbalah dan pecah.

Kita sudah peringkat yang jauh dengan Nabi Muhammad saw sudah tentu banyak rintangan, cabaran, ujian malah fitnah. Kalau sahabat Nabi saw mereka boleh cerca apalah umat kemudian yang tidak pernah berjumpa Nabi saw.

Jika penulis blog yang masih tidak berpuas hati dan mempertikai keputusan mesyuarat maka pembaca perlu menilai penulisnya. Selidik penulis sebelum mempercayai 100 peratus.

Sebagai penulis kita perlu memberi keadilan kepada musuh kita bukan hanya mencari sasaran untuk terus menyerang sedangkan musuh kita tidak dapat pertahan dirinya dan membela dirinya. Adilkah kita?

Kita termasuk orang-orang yang menulis sudah tentu dibaca oleh kawan dan musuh jadi berjaga-jaga untuk keharmonian jemaah.

Kenapa kita tidak guna kepandaian kita untuk memecah belahkan musuh utama kita kenapa kita asyik mencari musuh dalaman kita?

Penulis hebat ini kalau berjaya memecah belahkan musuh maka hebatlah orangnya. Nabi saw semasa perang pernah menghantar sahabat yang hebat supaya memecah belahkan tentera musuh sebelum menghadapi perang. Tindakan itu berjaya dilakukan oleh sahabat sehingga musuh menjadi lemah akibat hasutan para sahabat Nabi saw yang akhirnya memecah belahkan persefahaman musuh.

Kita cari pengajaran yang baik dalam sirah Nabi saw untuk menentang musuh bukan menjadi senjata kita mencari dan membunuh musuh dalaman kita sesama jemaah.

Ingat pesanan para ulama: Orang Islam membunuh saudaranya orang Islam, maka dua-dua masuk neraka. Saya tidak pasti ia hadis atau tidak tetapi saya masih ingat ketika mengjadi kitab Bahru al-Madzi juzu 15 bab Fitnah karangan Muhammad Idris al-Marbawi

Read More...

Padang Sumetra: Gempa terbelah sedut, lambung dan telan

>> Rabu, Oktober 28, 2009

Kita jarang mendengar cerita kesan dan akibat gempa bumi yang kuat. Bagaimana menurut mereka yang pernah ke Padang, Sumetra selepas gemba kuat melanda tempat tersebut pada 30 September membawa cerita yang ngeri didengar apa lagi mereka yang melihat di depan mata kepala mereka sendiri.

Menurut cerita penduduk kampung berhampiran iaitu sebanyak 16 keluarga dan rumah mereka selamat daripada gempa melihat di depan mata mereka sendiri bagaimana bumi merekah luas dan menenggelamkan orang seramai 500 orang dan 300 rumah. Gambar menunjukkan kawasan yang menenggelamkan 500 orang dan 300 rumah telah dirata.

Orang yang tenggelam kemudiannya melambung balik ke udara dan kemudian jatuh tenggelam bersama timbunan tanah. Kejadian tersebut berlaku dalam tempoh seminit.

Ini menurut cerita 16 keluarga terbabit. Mereka ini juga dikatakan sukar bercakap kerana masih tergaman dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Jumlah orang ramai yang tertimbus kerana terdapat satu majlis perkahwinan pada hari kejadian.

Orang di situ menyifatkan majlis tersebut diadakan agak keterlaluan dengan muzik dan penyanyi wanita.

Kalau menurut kawan saya orang Aceh di Kuala Lumpur menceritakan majlis perkahwinan di sana menjadi perkara biasa dengan minuman arak.

Kampung di Gunong Tigo iaitu Lubuk Laweh, Cumanak dan Pulau Air di Kota Kana Galian Tandikat, Padang Pariaman dikatakan tenggelam akibat gempa kuat di Padang.

Gambar menyusul kemudian.

Read More...

Siapa yang bangkit isu kerajaan perpaduan sedangkan telah diputuskan tutup

Saya sebenar tidak mahu membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang telah diputuskan oleh PAS telah ditutup. Ia sepatutnya tidak lagi berbangkit. Jika ada pun pihak yang mahu bangkit bincang sahaja dalam jawatankuasa, kenapa perlu dibawa keluar parti tetapi kita pelik Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad masih membangkit perkara tersebut di media.

Sekiranya bukan ahli PAS yang membangkitkan perkara tersebut ia bukanlah perkara yang perlu digusar oleh PAS tetapi sekiranya dia ahli PAS bermakna ia telah melanggar disiplin parti dan keputusan parti. Mereka ini tidak mematuhi arahan pemimpin. Terpulang kepada parti untuk mengambil tindakan atau tidak.

Dalam soal melebel orang ini Presiden PAS versi Pak Lah bekas Perdana Menteri dahulu atau pro Umno atau pro pakatan rakyat perlu ada bukti. Dalam PAS bukan soal pro, bukan soal jawatan, bukan soal kebendaan tetapi ia adalah soal `tahaluh siyasi' iaitu berhubungan dengan pihak lain mengambil kira kepentingan Islam yang diutamakan. Tidak wujud mahu tuduh pemimpin ini pro Umno atau pro pr.

Pemimpin tertinggi perlu menghormati keputusan tutup kerajaan perpaduan tersebut kenapa perlu melenting diluar? Bawa sahaja perkara yang tidak puas hati kepada mesyuarat parti. Tok Guru Nik Abdul Aziz bukan orang lain dalam PAS. Beliau Mursyidul Am PAS satu jawatan tertinggi parti dan kuasa pemutus parti.

Jika ada perkara yang beliau tidak puas hati bawa sahaja kepada Majlis Syura PAS dan memanggil jawatankuasa PAS Pusat untuk memberi keterangan bagi mengatasi masalah berbangkit.

Sebaliknya prosuder itu tidak berlaku. Ia seolah ada agenda pihak tertentu. Kenapa kesalahan Dr Hasan Ali mahu dikaitkan dengan kerajaan perpaduan? Isu kerajaan perpaduan sudah ditutup dan kesalahan Dr Hasan adalah perkara yang lain dan hal dirinya sendiri.

Kalau mahu jatuhkan Hasan Ali, jatuhkan sahaja beliau? Atau apakah pihak yang mahu menjatuhkan Hasan Ali tidak akan berjaya kalau tidak membangkitkan isu kerajaan perpaduan. Pihak ini telah dikenal pasti rapat dengan orang Kelantan. Mungkin juga golongan ini merasakan sekiranya peluang untuk terus naik di Selangor tipis maka boleh melangsungkan membina kerjaya politik di Kelantan.

Jadi untuk meneruskan agenda itu maka mesti diteruskan guna isu kerajaan perpaduan, guna Mursyidul Am PAS. Bila Mursyidul Am melenting maka isu itu mesti hangat dibincangkan dalam media dan blog. Kaitkan sama orang yang boleh disalahkan iaitu Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang penting Hasan Ali jatuh.

Sebaliknya pihak ni tidak berani pula menjatuhkan Presiden sedangkan Abdul Aziz Bari mahu Presiden yang ditukar diganti dengan Ustaz Azizan Abdul Razak.

Bagi kita kalau mahu atur siapa layak pegang ni, jawatan ni takat bincang sama sama kawan bukan tulis di media. Sebalik Aziz ini sudah tersebar di media. Beliau menjalankan tugas melebihi tugas perwakilan PAS. Dah pandai atur pemimpin. Saya ingat perwakilan PAS pun tidak setuju. Apa kata perwakilan PAS?

Pihak ini tahu penulis blog boleh menghangatkan lagi isu tersebut. Jadi guna pemimpin tertentu supaya api tu boleh cetus. Bangkit kembali isu lama dan cerita lama, tambah hangat. Tambah lagi idea dan andaian sendiri maka bertambah panas.

Inilah kerja orang tidak berakhlak Islam. Tidak mengaji ilmu Islam bagaimana menghormati pemimpin. Kerja pihak ini mahu selamat politik mereka tanpa merujuk kaedah Islam.

Read More...

Jauhi fitnah bagi selamatkan kesepaduan jangan doakan pecah belah

>> Selasa, Oktober 27, 2009

Saya cukup setuju dengan pandangan Nik Abduh anak kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz terutama sikap beliau tidak menyebelahi walaupun dalam kes ini berkait dengan bapanya.

Orang berilmu Islam sentiasa mahukan kedamaian dan ukhwah jemaah. Doa bersatu padu bukan meminta pecah belah. Perselisihan mesti diselesai kearah kesejahteraan yang membawa kepada keharmonian dan kesepaduan jemaah.

Sekiranya benar didapati mereka terbabit memudaratkan jemaah maka hukum mengikut apa yang digariskan. Kesepaduan jemaah lebih penting daripada membela sorang dua yang boleh merosakkan keputusan jemaah.

Kita juga harus ingat jangan sampai kita termasuk orang buat fitnah yang kesannya merosakkan jemaah.

Salam Kamunting,

Lebih 25 tahun kita dalam PAS hidup aman, selesa dan sentosa selepas hadirnya kepimpinan ulama. Sewajibnya kita mensyukurinya. Keselesaan kita itu telah banyak membantu kita untuk membantu masyarakat mengenali kita secara lebih dekat.

Adakah anda menjangkakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang menggugat kestabilan yang kita kecapi itu? Bahkan, ujian Allah tetap berlaku dan tiada siapa tahu dari daerah mana ujian itu datang. Yang pasti, ujian itu datang untuk menukar keamanan kepada perpecahan.

Dalam aman kita lena terbuai. Dalam kocakan kita sedar dan bersedia. Ertinya, ujian itu penuh hikmah. Allah menginginkan kita untuk tidak lena dan sentiasa berjaga – jaga. Siapa lena di dunia ini, dia tidak akan lena di akhirat nanti.

Semakin ujian itu sukar, semakin besarlah kesannya, baik ataupun buruk. Samada kita keluar daripadanya dengan seribu kebaikan atau jika sebaliknya, dengan seribu keburukan.

Pernahkah anda melihat atau mendengar mengenai perselisihan di antara dua kumpulan dalam agama yang mengelirukan sekali. Ditelan mati anak diluah mati ibu? Apatah di sebelah adalah Ali dan di sebelah lagi adalah Aisyah ( radiaLlahu anhuma ). Ia begitu sukar tetapi siapa dapat menjangka ujian Allah?

Yang penting anda mesti kena selamat. Duduk pada kedudukan yang selamat dan diredhaiNya.

Antaranya, 1) Anda mesti ikhlas 2) Anda mesti memohon pembabasan denganNya daripada keburukan fitnah itu 3) Anda mesti adil menilai 4) Anda mesti menjaga adab dengan Allah dan sesama makhluk 5) Anda mesti merujuk kepada sumber yang pertama 6) Anda mesti mendengar daripada semua dan mengambil yang terbaik 7 ) Anda mesti menapis daripada perkhabaran sang fasiq dan munafik 8 ) Anda mesti kepinginkan kesatuan, bukan perpecahan. 9 ) Anda jangan mengambil bahagian atau kacau daun tak tentu pasal 10) Anda jangan berkata dusta, mengejek dan menghuru harakan 11) Anda jangan nak jadi hero.

Diberitakan daripada sumber yang sahih bahawa al Ikhwanul Muslimin di Mesir juga ada kucah dan kacau hari ini. Antara sebabnya adalah dunia blog. Dunia blog hari ini adalah cukup tanpa adab seolah – olah ada lesen daripada ugama untuk tidak berakhlak dalam berblog!

Di mana – mana pun ujian mesti ada dan kena ada. Kerana Allah ada di mana – mana.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Adapun isu EGM, saya yakin ianya akan selesai. Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Yang saya takut ialah balah ini sengaja dipanjangkan selepas ianya disurutkan dan diredakan. Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat.

Saya tinggalkan anda dengan sebuah ayat daripada Allah yang maha bijaksana. Hayatinya, ianya sungguh menenangkan.

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Janganlah terlalu gundah dan janganlah terlalu bersuka ria.

Read More...

Cerita petugas di Padang Sumatera selepas gempa bumi

>> Isnin, Oktober 26, 2009

Adnan al-Binjai (T): Kampung Tigo tu pasal apa tenggelam

Laporan dari Padang (ldp): Di sebab gempa bumi yang kuat. Ada cerita. Masa tu ada orang buat kahwin dan pesta kahwin bila gempa datang dengan pengantinnya tenggelam dalam tanah dan tidak boleh dikorek. Terus dikuburkan.

Kampung ni memng banyak amalm kurafat

T: Kurafat apa

Ldp: Masyarakat di situ suka buat amalam berdukun, ilmu dan amalan syirik. Sekarang kampung tu jadi tempat pelancongan sebab ramai orang nak datang tengok di stu.

T: Amalan syirik macam mana

Ldp: Masyarakat di situ suka jumpa dukun. Nak berniaga jumpa dukun. Nak kawin jumpa dukun. Nak buat jahat kat orang pun jumpa dukun. Amalan ilmu hitam berleluasa.

Orang minang di sini Islam tapi islamnya hanya tinggl nama. Sebab orang kat Padang ni tak tutup aurat. Perempuannya pakai seluar pendek je…sian la tengok dia org tu..

Ada kampung tu dekat pantai saya sampai muntah… bau nya teruk… hamis dan orang pun kotor sangat.

T: Kalau takat tak tutup aurat, Malaysia pun berlambak.

Ldp: Memang la tapi dia orang tu teruk sangat pakai seluar pendek semua yang perempuan. Masjid dan surau banyak tapi tak ada orang solat.

Saya ada kat Bukit Tinggi (Padang) macam kat Cameron di Malaysia. Nak kirim apa kat Bukit Tinggi ni.

T: Tak yah la tempat syirik (gurau).

Read More...

Mu kalah 2 lopong

Malam tadi jumpa kawan sembang bermula di restoran Ali Bistro pindah ke kedai Pak Ya di Setiawangsa. Tak puas hati lagi sambung borak kat kedai tom yam milik orang Kelantan di AU3, Keramat.

Banyak cakap hal politik tetapi dalam dok sembang di kedai Pak Ya tiba-tiba saya terkejut dengar orang sorak. Saya perhati sekeliling apa yang mereka sorak? Ohh rupanya bola kat screen besar. Mulanya saya ingat mereka sorak orang lalu lalang. Sangkaan saya melesat.

Lepas tu tengok orang dok syok sangat tengok bola jadi kami rasa lebih baik belah sebab dah lama lepat kat situ nanti tak ada tempat kaki bola nak dok.

Pindah pulak kat Keramat. Sekali lagi tengok dok lepak, dengar pulak riuh rendah dok sorak. Saya perhati kat TV dan ada kawan baru datang lepak beritahu Manchester United lawan Liverpol. Patutlah Malaysia ni kan ramai taksud MU macam taksud Tok Guru juga tu. He he he ada sikit merapu tapi kalu nak tahu cerita taksud tu nanti saya tulis lepas ni la.

LONDON 26 Okt. – Liverpool menceriakan kembali musimnya yang suram apabila membenam musuh tradisi dan penyandang juara, Manchester United 2-0 dalam aksi panas bola sepak Liga Perdana England (EPL) yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain semalam.

Bintang penyerang Liverpool, Fernando Torres membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-65, sebelum penggantinya, David Ngog menambah gol kedua ketika saingan tinggal beberapa saat untuk ditamatkan.

Selepas kalah dalam empat perlawanan berturut-turut, Liverpool berhak mengutip tiga mata penuh selepas mengawal permainan sejak awal saingan malah beroleh banyak peluang.

He he he tak pa siar bola pasal MB Kedah minat politik bola...

Read More...

Panas Tok Guru Nik Abdul Aziz dah reda? Siapa batu api ni?

Kita hairan apabila Salauddin Naib Presiden PAS menemui Tok Guru Nik Abdul Aziz lain pula cerita mahu mesyuarat pusat khas pulak.

Kalau sebelum itu Tok Guru Nik Abdul Aziz macam pertahan mahu diadakan Muktamar Khas semacam EGM sampai dok kata "kalu nak pecah biar pecahlah."

Kita tengok pendirian Tok Guru Nik Abdul Aziz tak tegas pada mulanya panas lepas tu kendur bila pihak lain jumpa beliau.

Sebelum ini Tok Guru Nik Abdul Aziz juga bukan main marah ada pemimpin PAS hendak bermuzakarah dengan Umno. Boleh dikatakan `geger' habis PAS tetapi alih-alih keluar muqabalah dan Tok Guru Nik Aziz kelihatan lembut je dengan seterunya sebelum itu selepas diadakan pertemuan di JKR 10. Macam yang Nik Abduh anak Tok Guru tulis dalam blognya.

Selepas tu panas Tok Guru Nik Abdul Aziz timbul balik bila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin sahut ajakan Umno untuk muzakarah. Minta kawan tu letak jawatan. `Geger' lagi tetapi lepas tu sejuk balik bila diadakan pertemuan termasuk dengan Anwar Ibrahim.

Kali geger balik meledak balik jiwa Tok Guru Nik Abdul Aziz. Kalu sekali mungkin jelaslah dari Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri tetapi masuk ni dah tiga kali. Sapa yang dok cucuk tu? Selagi ada jenis manusia batu api selagi tu PAS akan geger sepanjang zaman.

Read More...

Orang Umno masuk PAS mula bosan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang?

>> Ahad, Oktober 25, 2009

Malam tadi jumpa kawan lama di restoran mamak dekat Taman Melewar. Banyak perkara yang dibincangkan termasuk hal pergaduhan pemimpin dalaman PAS.

Namun begitu beliau nampaknya orang ikhlas dan tetap menghormati kedua pemimpin Tok Guru. Sebaliknya apa yang beliau sampaikan ialah berkenaan dengan kawan-kawan beliau yang beliau dakwah dahulu ajak masuk PAS.

Sebelum dua zaman perpecahan Umno iaitu zaman pertaman sehingga wujud parti semangat 46 beliau kesorangan di pejabat berkempen dan berdakwah supaya menyokong PAS. Ketika beliau lebih banyak dihina dan diejek. Selepas itu berlaku perpecahan antara kumpulan Mahathir dan Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li maka ada kawan untuk beliau bercakap politik pembangkang.

Keadaan itu bertambah bila sekali lagi Umno berpecah iaitu Anwar dan Mahathir. Kali ini kawan beliau makin bertambah malah menjadi majoriti berbanding dahulu manoriti.

Sebaliknya selepas era Umno pecah kita mula terlihat era PAS pun kembali pecah. Kalau PAS dahulu pernah berlaku semasa Yang Dipertuanya, Datuk Asri sehingga Asri dipenghujung usianya masuk Umno.

Komen kawan saya, bagi kita tidak kisah dan tidak memperlihatkan ia satu yang bermaslaah sekiranya mahukan satu perubahan kepimpinan tetapi orang asal Umno yang masuk PAS kerana bosan dengan perpecahan Umno sudah mulai sertai PAS tetapi mereka tengok sama sahaja seperti dalam Umno.

Tambah kawan saya, orang Umno masuk PAS ni dah tahu apa perangai Umno. Jadi kalau Tok Guru Abdul Hadi tetapi mahu kerajaan perpaduan kita tidak akan sokong Abdul Hadi kita akan sokong Tok Guru Nik Aziz.

Ini suara-suara bekas orang Umno yang lebih banyak tahu penyakit dan zalimnya Umno daripada Tok Guru Abdul Hadi dan Mustafa Ali.

Pemimpin ni dia hanya rasa tekanan politik. Bila berkawan dapat semua tetapi orang bawah ni walaupun Umno tetapi kena tipu hidup-hidup. Cuba cerita tentang setinggan di Kuala Lumpur siapa yang tipu dan siapa kena tipu.

Pemimpin Umno atasan mahukan semua berjaya, pemimpin Umno peringkat bahagian jalankan kerja penipu. orang Umno bawahan mangsa tipu.

Itulah Umno jadi kenapa kita perlu gabung dengan Umno.

Read More...

Selepas guna samseng di Bagan Pinang lepas ni di Dun Perak pulak?

Selepas kejayaan Umno menggunakan samseng di pilihan raya kecil Bagan Pinang kali ini mereka nak guna pula di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Samseng ini diberitakan sebagaimana dilaporkan media untuk memukul Ahli Dun pakatan rakyat. Inilah kerja Umno untuk mempertahan kerajaan rampasan mereka di Perak.

Tidak habis-habis Umno ni luaran yang baik dalaman yang cukup jahat.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

Read More...

Perjuang Taliban mula menunjukkan kehebatan merunsingkan AS dan Nato

>> Sabtu, Oktober 24, 2009

Lebih 28 ribu tentera Nato di Pakistan mengepung pejuang Taliban di daerah Waziristan pada Sabtu minggu lepas tetapi dalam masa tiga hari sahaja Taliban kembali menguasai kawasan tersebut.Bukan hanya sekali dua, Taliban sudah membuktikannya.

Teringat juga kita pemuda PAS diserang pemuda Umno di Bagan Pinang sehingga tak melawan. Bayangkan pejuang Taliban berdepan dengan tentera canggih dengan persenjataan dan berjumlah besar tetapi berkat kesabaran dan kecekalan serta pertolongan Allah mereka mampu mengundurkan tentera Nato dan Amerika.

Bayangkan selama lapan tahun penjajahan Amerika Syarikat dan Nato di Afghanistan, tetapi sehingga sekarang AS dan Nato belum mampu menjatuhkan Taliban. Sebaliknya AS dan Nato boleh dikalahkan oleh pejuang Taliban.

Jangan main-main di tanah air orang lain! Mungkin begitulah yang ingin disampaikan secara tegas oleh Taliban. Walaupun diburu secara berterusan oleh tentera asing di negeri sendiri tetapi para pejuang Taliban tetap sabar malah makin meningkatkan kekuatannya.

Sekarang, pemerintah Pakistan menyebut Taliban sebagai sekumpulan pejuang yang tidak boleh dipandang enteng. Sehingga ketika ini, akibat daripada operasi pemerintah tentera pemerintah, lebih dari 90.000 telah menjadi pelarian. Kerja kebajikan terpaksa dilakukan oleh Taliban bagi membantu pelarian tersebut membuatkan tumpuan Taliban kepada perjuangan menentang tentera musuh sedikit terhalang.

Taliban mengingatkan pemerintah bahawa jika pemerintah baik Afghanistan mahupun Pakistan masih tetap bersama dengan keputusan bekerjsama dengan tentera asing, maka apa yang sudah dilakukan Taliban itu masih belum seberapa. “Yang lain akan lebih daripada ini!” tegas Taliban.

Read More...

Kenapa pendapat Aziz Bari sorang, kita perlu ada EGM, tunggu laporan penuh

Tulisan Aziz Bari termasuk dalam post morten mengenai kekalahan PAS di pilihan raya kecil Bagan Pinang dan itu adalah pendapat beliau, mengapa pemimpin PAS perlu melenting malah ada pula sampai mencadangkan ada muktamar khas?

Jawatankuasa yang dilantik oleh PAS untuk mengkaji kekalahan PAS boleh mencari punca besar yang menyebabkan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Pendapat Aziz Bari boleh dimasukkan dalam kajian tersebut.

Ustaz Idris dan Tok Guru Nik Aziz tidak perlu melenting atau kalau orang nak istilah mengamuk pun boleh gunalah.

Kita tunggu laporan penuh jawatankuasa yagn dilantik PAS. Selepas itu kalau nak adakan EGM pun buat. Pasal kita mahu cari yang terbaik tetapi bukan hanya kerana pendapat Aziz Bari sorang kita terus ada EGM.

Aziz Bari pernah kritik BN dalam isu di Perak dan lain-lain tetapi BN tidak melenting dan berkocak pun sebaliknya pemimpin PAS boleh geger habis.

Kita setuju pendapat Aziz tetapi apakah pandangan beliau itu merupakan punca utama kekalahan PAS di Bagan Pinang. Kita tunggu laporan penuh jawatankuasa post morten yang diketuai Haji Mohamad Sabu. Selepas itu bolehlah kita mengamuk sama ada mahu adakan EGM atau tidak?

Tetapi satu perkara yang perlu kita kritik kepada Aziz Bari ialah beliau tidak boleh tentukan siapa pemimpin PAS selepas menjatuhkan Tok Guru Abdul Hadi. Kalau itu pandangan beliau, tidak mengapa tetapi kalau beliau yang berhasrat menentukan siapa pemimpin PAS memang beliau tidak patut.

Terpulang kepada perwakilan PAS mahu melantik siapa pemimpin sama ada mahu jatuhkan group Tok Guru Abdul Hadi. Mustafa Ali hanya tumpang tuah Tok Guru Abdul Hadi. Ustaz Nasharudin yang ikut terpias terpaksalah terima hakikat. Dr Hasan Ali yang dikata bawa punca terimalah padah.

Seperkara yang perlu dingat seperti mana pandangan Ustaz Idris ketika mengkritik balik tulisan Aziz Bari juga boleh diambil kira kerana kita melihat PAS bukan semata parti politik. Ia juga gerakan Islam. Kalau semata parti politik saya pun tak hingin... selamat tinggallah PAS tetapi kerana ia kepentingan Islam maka selesa lagi saya di sini.

Read More...

Apa barang SPRM, pakar kata orang mati jatuh tempat tinggi dubur tak dicucuk

>> Rabu, Oktober 21, 2009

Laporan pakar ini menjawab persoalan yang ditimbulkan keluarga Teoh iaitu kenapa seluar dalam Teoh berdarah?

Ini sambungan posting sebelum ini laporan pakar berkenaan penderaan keatas Teoh.

Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret.

"Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau.

Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar".

"Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.

Read More...

Orang Cina pun sudah dijangkati Melayu mudah lupa

Pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu, calon PAS tidak banyak mendapat undi daripada orang Cina dan India malah merosot berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Orang Melayu memang diakui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Melayu mudah lupa. Orang Melayu ni boleh bagi undi kepada PAS semasa pilihan raya umum lalu tetapi wang punya pasal dia boleh lupa habis, terus beri undi pada BN masa pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Apa yang peliknya orang Cina pun turut dijangkiti penyakit ni. Kalau orang Cina boleh bagi undi kat PAS masa pilihan raya umum lalu tetapi kali ini mereka tidak keluar mengundi. Lupa peristiwa besar yang sepatutnya diberi sokongan seperti kes Teoh.

Orang Cina dikatakan baik dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. DAP pula cukup kuat berkempen untuk PAS serta sokongan dan pertolongan kelab penyokong PAS daripada kaum Cina turut turun berkempen.

Mungkin orang Cina malu alah dengan atau makan budi dengan Isa dan dengan PAS pula kempen kuat daripada DAP dengan isu-isu menyanyat hati orang Cina seperti kes Teoh sebab itu diagakkan orang Cina tidak turun mengundi. Di Teluk Kemang sahaja dianggar 500 pengundi Cina tidak mengundi.

Kalau perkiraan dan andaian itu betul maka sahlah Cina pun dijangkiti penyakit Melayu mudah lupa.

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Read More...

Terengganu patut selaraskan program supaya tidak penat dan membebankan


Selamat datang rakyat Terengganu ke Kemaman pada 29, 30 dan 31 Oktober ini di program Himpit.

Program ni akan diadakan di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga. Saya orang asal Kemaman pun tak pasti kat mana dataran ni dan bila tempat tersebut dinama tok guru.

Sebelum ini Terengganu baru sahaja selesai mengadakan ijtimak di Manir, Terengganu pada 16 dan 17 Oktober lalu. Program ini sebaik sahaja lepas pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Belum hilang dalam menghadapi pilihan raya kena bertumpu di program tersebut pulak. Orang politik terutama pemimpin sepenuh sama dengan politik tidak akan rasa penat dan beban kerana memang kerja dia kena isi banyak program politik tetapi bagi orang PAS yang separuh masa untuk politik tentu penat dan membebankan.

Pilihan raya kecil kali ini pula purata lebih kurang dua bulan sekali. Sebagaimana yang dikatakan orang politik sepenuh masa dan penulis blog berpencen dia tidak kisah kerana bertambah bahan yang dia nak tulis tetapi yang sambilan sini dan sambilan sana tentu letih tak bermaya.

Malah dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru ini pun kita dapati duit dah kering untuk petugas membuat program dan menjalankan program. Sebab itu hati kecil kita mendoakan janganlah berlaku pilihan raya kecil lagi.

Sebaliknya orang Terengganu ni kita tengok tidak penat dan letih. Lepas pilihan raya di Bagan Pinang ada program ijtimak lepas tu Himpit pulak di Kemaman. Sepatutnya kita selaraskan program supaya tidak penat dan membebankan dari segi tubuh badan, mental dan kewangan.

Kalau kita boleh tunda Himpit daripada kebiasaannya disambut pada 31 Ogos kepada 31 Oktober kenapa kita tidak pinda lagi supaya tidak padat dan rapat dengan tarikh ijtimak PAS Terengganu pada bulan yang sama.

Kaji-kajilah... jangan kita fikir mengikut kesesuaian kita tetapi fikirlah tentang orang lain.

Read More...

Kita panggil orang beraya makan rumah kita lepas tu kita tumbuk patut ke

>> Selasa, Oktober 20, 2009

Memang tak patut kerana biasanya mereka yang ajak makan kat rumah kita tu mahu bermaaf-maafan. Buang sengketa, buang prmusuhan ajak berdamai. Yang bergaduh jadi kawan balik balik. Yang bermusuh buat sahabat semula.

Kan besar jiwa tu. Orang yang hebat kerana memaafkan kesalahan orang lain dan biasanya orang politik ni berjiwa besar kerana nak tarik sokongan pengundi, maklumlah.

Tetapi lain pula jadi dekat markaz PAS Pusat masa sambut raya di situ pada petang Ahad lalu. Kita tidak mahu tulis tetapi dah ramai tanya kenapa sumbunyikan cerita tu kata kawn-kawan. Barangkali tak kena kepala musuh mereka sebab itu tk banyak tulis dalam blog.

Kalau musuh mereka yang buat macam tu barangkali dah canai habis tak sempat kita nak tulis. Dah ngonyok habis dibaca dan dijaja tetapi bila berlaku kat exco negeri serambi Mekah dan dikatakan geng mereka pulak tu maka adalah yang nak diselesai cara baik, nak tutup rapat jangan sampai orang tahu.

Orang mempersoalkan masa nak tumbuk tu tak sesuai. Kalau dendam tu kesumat sangat jangan jadi gelanggan hari raya nak tumbuk orang tu. Tu perangkap namanya. Ajak orang datang raya lepas tu tumbuk.

Cari la tempat lain. Ini tidak yang tak tahu jadi tahu. Akhirnya nama kita busuk. Wa Allahuaklam...

Read More...

Aeshh.. tak kan Sultan nak wat kerja tak senonoh tu

Sultan Perak kan hebat orangnya. Bekas hakim negara lagi. Tiada pemimpin dan sultan lain yang bercakap tentang hapuskan rasuah ni melainkan semata-mata Sultan Perak. Kalau tak caya rujuk balik ucapan-ucapan mereka ni kt akhbar-akhbar. Maleh kawen nak cari.

Hebatkan.... Heh kacau la Raja Petra ni...

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Read More...

Umno kemaruk sangat dengan Ibrahim Ali, PAS tidak kisah

>> Isnin, Oktober 19, 2009

PAS tidak kisah sangat dengan Ibrahim Ali ni. Biarlah dia nak pi kemana. Masa dia dalam politik pun dah suntuk tetapi Umno macam kemaruk sangat nak Ibrahim Ali... ambil la.

Mungkin PAS pun tak nak sangat orang tak kenang budi ni. PAS tak kisah orang nak kritik tapi biarlah munasabah, membina bukan memusnah tetapi dia ni cakap macam nak hancurkan PAS je...

Ibrahim Ali ni dia tidak sedar banyak sangat binatang dok kat dia. Katak ada murai pun ada... Masalah besar orang seperti ini dia tidak sedar diri. Orang lain sahaja yang salah dia tu semua betul.

PAS Kelantan ni baik sedia bagi dia bertanding sebagai calon bebas tapi guna lambang PAS. Bertanding atas kerusi PAS. Orang PAS Pasir Mas lagi baik sedia beri laluan pada dia. Jentera PAS pulak tu boleh bantu dia...

Dia kena ingat dulu dia bertanding atas tiket bebas lawan tiga penjuru dia, PAS dan Umno. Dia pun ikut sama dengan Umno nguyup habis.

Jadi undi dia kat Pasir Mas tu banyak dari PAS. Pilihan raya umum akan datang ni baik Ibrahim tanding bebas balik pasal pemuda Umno Kelantan pun dah lain macam nak terima Ibrahim Ali.

Kes istimewa kot... sampai pemuda Umno Kelantan minta Umno kaji nak terima Ibrahim ni.

Kata pemuda Umno Kelantan ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno: "Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang Pas.”

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Lebih baik la Ibrahim buat parti katak atau murai...

Read More...

Umno akui wang ehsan menangkan Umno Terengganu, Ibrahim Ali dah masuk Umno ke?

>> Jumaat, Oktober 16, 2009

Wakil Umno Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, ketika membahas ucapan dasar presiden hari ini menempelak wakil Terengganu Datuk Dr Haji Rosli Mat Hassan semalam, yang berkata Kelantan tidak mampu merampas semula negeri itu daripada PAS, walaupun hanya berdepan dengan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

"Terengganu pun bukan kita tak tahu macam mana boleh menang. Wang ehsan banyak, tuan-tuan," katanya disambut gelak ketawa para perwakilan.

"Hari raya bagi wang ehsan, bagi basikal macam-macam. Bagi duit macam itu macam mana tak boleh menang?" katanya lagi.

Jelasnya lagi, kekalahan yang dialami BN dalam pilihan raya di Kelantan pada 2008 disebabkan oleh tindakan sesetengah pemimpin di situ yang tidak berpuas hati apabila tidak dicalonkan.

"Datuk Ibrahim Ali ini kalau tak jadi calon, kalau nak bertanding jugak, biarlah dia bertanding. Saya rela berkorban beri kerusi saya," kata wakil rakyat Pengkalan Kubur itu.

"Sebelum nak mati ni nak tengok juga Kelantan diperintah BN dan Umno," katanya lagi.

Read More...

Tentera Itali bayar wang perlindungan kepada Taliban

Kalau dahulu kita dengar negara yang lemah membayar wang perlindungan kepada negara kuat tetapi kali ini tidak berlaku kepada negara tetapi tentera Nato yang ditugaskan di Afghanistan.

Rupanya mereka ini takut mati jadi terpaksa rasuah pejuang Taliban. Kalau bukan rasuah barangkali wang perlindungan diri dibayar kepada Taliban supaya tidak menyerang mereka.

Hal ini jarang tersebar di media tetapi telah dilaporkan oleh media internet oleh timesonline.

Inilah rahsia umum yang terjadi di Afghanistan, para tentera asing yang sedang memerangi Taliban sebenarnya takut mati di medan perang.

Menurut Taliban, selama ini sebahagian pasukan Nato merasuah Taliban agar mereka tidak diserang. Salah satunya tentera Itali. Kos suapan yang dianggap sebagai pembayaran wang perlindungan itu terdedah setelah kematian sepuluh tentera Perancis pada Ogos 2008 di tangan pejuang Taliban di Sarobi.

Tentera Perancis yang telah mengambil alih tugas daripada tentera Itali tidak mengetahui rahsia bahawa Itali merasuah Taliban untuk menghentikan serangan terhadap tentera dan akibatnya menjadi Nato tersalah menilai ancaman pejuang pada tahap ke berapa.

Petugas pejabat Afghanistan juga mengatakan bahawa mereka mengetahui taktik suapan yang dilakukan oleh pasukan Itali di wilayah lain Afghanistan.

Sementara itu di Rom, Ignazio La russa, Menteri Pertahanan, menegaskan tuduhan itu "benar-benar sampah". Dia berkata: "Saya tidak pernah menerima berita dari pusat kerahsian tentang pembayaran kepada Taliban."

La russa menambah bahawa sikap yang murah hati terhadap orang Itali yang melayani di Afghanistan tidak ada hubungannya dengan dugaan suap, tapi kerana, "perilaku tentera kita, yang sangat berbeza dibandingkan dengan pasukan tentera lain".

Pejabat Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengeluarkan kenyataan membantah dakwaan tersebut: "Pemerintah secara rasmi tidak pernah mengizinkan bentuk pembayaran apa pun terhadap Taliban."

Pada pertengahan pertama tahun lalu, pasukan Itali menerima beberapa serangan, termasuk di distrik Sarobi dimana perajurit Francesco Pezzulo, terbunuh pada Februari 2008.

Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Rom menolak untuk menyangkal laporan bahawa para pejabat Amerika mengeluarkan kekecewaan rasmi kepada pemerintah Itali atas dakwaan pembayaran kepada Taliban pada Jun 2008.

Seorang jurucakap mengatakan kedutaan "tidak komen percakapan diplomatik dalaman yang mungkin terjadi atau tidak terjadi." Kementerian Pertahanan Itali mengkonfirmasi pada hari Rabu bahawa Pemerintah AS telah mengangkat isu pembayaran kepada pemberontak, tapi mengatakan bahawa itu bukan protes rasmi, tetapi lebih merupakan "permintaan informal untuk informasi" tentang pembayaran tersebut.

Read More...

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP