Firdaus Masod antara nama yang menjadi saingan Normala bukan anak tempatan tetapi dikatakan beliau tetap berpengaruh serta mesra dengan penduduk di situ.
Sementara itu, terdapat ura-ura Barisan Nasional (BN) juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.
Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis, Haslinda Salleh sebagai calonnya.
Berasal dari Chaah, Haslinda, seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.
Dua yang lain ialah Rusdin Mahmud, penolong guru besar, yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Labis dan Hashim Daud, bekas guru besar yang kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Umno Bahagian Labis.
BN juga dijangka mengumumkan calonnya di Tenang pada 18 Januari manakala pada 16 Januari.
Mustafa berkata Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh Pas Johor iaitu seorang daripada Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat Pas.
Mohd Isa dilantik Pengerusi Felda bakal mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Sehubungan itu, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata pihaknya akan mengadakan kempen mengutip tandatangan terutama masyarakat peneroka untuk sebagai tanda protes terhadap perlantikan Isa itu.
“Mengapa Najib pusing 360 darjah kebelakang melantik orang sudah expired dan terlibat dengan politik wang… rasuah menerajui antara badan terbesar dunia,” ujarnya.
Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004. Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden Umno dan digantung keahliannya selama tiga tahun pada 24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008.
Tindakan disiplin itu diputuskan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail kerana mendapati beliau bersalah melakukan amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung Umno 2004 selepas menangi jawatan naib presiden itu.
Beliau didapati bersalah dengan lima daripada sembilan pertuduhan politik wang, antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.
Semua jawatan beliau dalam parti, termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005, Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Mohd Isa tetapi mengurangkan hukuman penggantungan daripada 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.
Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian kehakiman ketika itu) tentang 18 kes rasuah berprofil tinggi yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu.
Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005
Bagaimanapun nama Isa Samad kembali bersinar dalam arena politik apabila terpilih menjadi calon Umno dan menang di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 menentang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang yang menentang Mohd Isa sebagai calon kerana Lembaga Disiplin Umno sendiri memutuskan Isa terbabit dalam rasuah.
Pada 27 Disember 2010, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri, Mohd Isa dilantik sebagai pengerusi Felda berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Mohd Yusof yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.
(gambar: Rumah didirikan sejak 1925 masih utuh sampai sekarang)
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Penduduk Kampung Padang Balang, berkata mengikut loghat Minangkabau, belang disebut balang.
Oleh itu penempatan ini pada asalnya di panggil Kampung Padang Lalang Daun Berbelang-belang. Apabila diringkaskan disebut Kampung Padang Balang.
Satu versi lagi pendapat daripada keluarga Mahmod Binok mendakwa kampung tersebut mengambil nama sempena datuk beliau yang dikenali Tok Balang.
Menurut cerita, Tok Balang dengan lima saudara merantau dan membuka kawasan tersebut lalu lekat dengan nama beliau sebagai orang yang tersohor sejak dari Minangkabau lagi.
Rumah mereka sampai sekarang masih utuh dibina sejak 1925 tanpa perubahan ketara di sebelah luarnya. Tiang konkrit dikatakan berasal daripada batu sungai di zaman penjajahan British. Rasuknya tidak mengguna paku tetapi tanggam kemahiran orang dahulu.
Tok Sati, Tok Johan dan Tok Samang juga antara nama hebat dan mempunyai pengikut tersendiri datang ke kampung itu secara berasingan.
Peneroka tersebut telah menubuhkan dua buah penempatan yang dikenali sebagai Kampung Paya Rumput terletak disekitar Masjid Jamek Kampung Padang Balang Ulu dan Kampung Padang Balang Hilir, sekitar surau Jumaeah.
Melayu tradisi
Kampung Padang Balang yang terletak sembilan kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur merupakan satunya kampung Melayu tradisi yang masih tinggal di pinggir metropolitan tersebut.
Pelbagai adat resam dan budaya orang Melayu beragama Islam seperti bergotong royong, berzanji dan marhaban bersempena upacara gunting rambut bayi, pencak silat, berkhatan beramai, khatam al-Quran dan berkompang menyambut tetamu masih diamalkan di kampung tersebut.
Terdapat juga kerja tangan secara tradisi seperti membuat batik, keropok lekor dan membuat serta membaikpulih kompang diusahakan di sini.
Luas kampung sekitar 240 ekar atau enam kilometer persegi, berstatuskan Tanah Rizab Melayu yang diwartakan pada 10 Januari 1916 merupakan beberapa rizab Melayu yang masih bertahan di Kuala Lumpur.
Terletak dalam mukim Setapak, di daerah Gombak, sebelum wujud Wilayah Persekutuan, pemilik tanahnya mempunyai `geran merah’ berstatus pertanian.
Sempadan kampung ini dengan jirannya adalah, di bahagian Utara, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Taman Rowther dan Taman Melewar; di bahagian Timor pula, Kampung Changkat dan Sungai Gombak di seberang sungai adalah Kampung Sungai Mulia dan Kampung Bandar Dalam dan di bahagian Selatan Kampung Chubadak Hulu dan Lebuhraya Duke dan di bahagian Barat Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Masjid Jamek
Kampung Paya Rumput dan Kampung Padang Balang Hilir bersepakat mendirikan Masjid Jamek Kampung Padang Balang secara gotong royong ditapak madrasah Kampung Paya Rumput.
Lantai asal bangunan masjid ini terbahagi dua, sebahagian dibina oleh kumpulan Batang Kapas dan sebahagian lagi oleh kumpulan Kuantan.
Kayu untuk mendirikan masjid itu telah diambil dari hutan sekitar kampung itu. Mereka menggunakan gergaji, kapak dan beliong untuk membuat tiang masjid. Sebanyak 12 tiang utama atau tiang seri masjid itu yang diramu daripada pokok hutan masih kekal hingga ke hari ini.
Masjid itu dibina sekitar 1910. Permufakatan itu juga telah menggugurkan nama Kampung Paya Rumput dan keseluruhan kampung itu dikenali sebagai Kampung Padang Balang.
Masa berubah, masjid ikut berubah. Sebab itu ia sudah jauh berbeza daripada asalnya, dan yang kekal adalah tiang seri sahaja.
Pada 2010, genap usia masjid 100 tahun. Mengikut sejarah masjid ini merupakan ketiga tertua disekitar Badaraya Kuala Lumpur.
Pada tahun 1970 an Kampung Padang Balang mencatat pertambahan penduduk, ini disebabkan ramai orang Melayu dari seluruh Malaysia berhijrah dengan membeli tanah dan mendirikan rumah di sini atau yang menyewa.
Maka Masjid Jamek tidak lagi dapat menampung jemaah. Oleh demikian usaha dilakukan untuk mendapatkan masjid baru. Usaha tersebut terhasil dengan terbinanya Masjid Saidina Ali dan beroperasi pada tahun 1983.
Kedatangan rakyat Semenanjung
Jumlah penduduk kampung ini sekitar 10,000 orang dan 100 peratus adalah orang Melayu. 30 peratus daripadanya adalah cucu, cicit, piut merupakan anak watan. Manakala 70 peratus lagi adalah mereka yang berhijrah dari negeri di Semenanjung Malaysia dan memilih Kampung Padang Balang sebagai kampung halaman mereka.
Kampung Padang Balang menjadi kampung `Melting Pot’ kepada orang Melayu dari seluruh Semenanjung. Oleh itu terdapat pelbagai dialek dituturkan dan pelbagai budaya diamalkan, berasal dari negeri kelahiran mereka.
Kampung ini mendapat kemudahan bekalan elektrik dan air pada awal tahun 70 an. Jalan di kampung ini dibuat diatas tanah yang diwakafkan oleh tuan tanah.
Setelah Jepun kalah dalam Perang Dunia Ke 2 dan penjajah Inggeris memerintah semula di Tanah Melayu, khususnya di negeri Selangor, pada tahun 1945, pihak Inggeris telah memerintahkan supaya penempatan perkampungan Melayu sama ada yang telah mempunyai nama dan yang belum mempunyai nama kampung, mempunyai Ketua Kampung.
Mereka diminta mendaftar dengan menamakan kampung mereka dan melantik Ketua Kampung. Kampung yang telah didaftarkan dan Ketua Kampung mereka diberi `elaun’.
Justeru itu lahirlah Kampung Sungai Mulia (Batu Lima), Kampung Bandar Dalam (Batu 4 ¼), Kampung Sungai Merali dan beberapa buah perkampungan lagi merupakan jiran kepada Kampung Padang Balang.
Ketua Kampung Padang Balang ketika kampung ini didaftarkan ialah Datuk Empat Abdullah (Ketua Kampung Ke 11) dan Kampung Bandar Dalam ialah Datuk Empat Duamin (Ketua Kampung Pertama). Ketua Kampung Padang Balang terakhir (Ketua Kampung Ke 12 ) ialah Datuk Empat Abdul Manaf Binok.
Kampung haram
Terdapat dua perkampungan `haram’ dalam Kampung Padang Balang iaitu Kampung Bandar Dalam dan Kampung Lembah Melewar.
Kampung berkenaan tubuhkan selepas 1970 an oleh mereka yang berkepentingan diri dan buta sejarah perihal Kampung Padang Balang.
Kampung Bandar Dalam adalah jiran (di seberang Sungai Gombak) kepada Kampung Padang Balang. Akan tetapi puncanya apabila ada individu opportunis (kepentingan politik peribadi) telah menubuhkan cawangannya di Kampung Padang Balang, dan menamakan cawangan itu Kampung Bandar Dalam.
Oleh demikian Kampung Bandar Dalam telah melebarkan perkampungannya dengan merampas sebahagian daripada Kampung Padang Balang. Demikian juga bagi Kampung Lembah Melewar.
Suasana perkampungan Melayu itu masih kekal dengan kehijaun alam sekitar, kicauan burung dan mergastua. Sikap bergotong royong dikalangan penduduknya masih lagi diamalkan, khususnya apabila ada kenduri kerja kahwin, keraian, kematian dan membersih masjid atau surau.
Di kampung ini terdapat Pusat Pengajian Islam, Tahfiz Darul Furqan, yang menawarkan pengajian menghafal al-Quran dan kelas akademik bagi Tahun Satu hingga Tingkatan Tiga.
Ketika ini, pusat pengajian yang ditubuhkan pada tahun 1988 telah melahirkan ramai Hafiz dan Hafzah. Ramai juga bekas pelajarnya melanjutkan pelajaran dan berkelulusan ijazah dari Jordan, Mesir, Turki dan Syria.
Kampung Padang Balang terletak pinggir Kuala Lumpur turut merasa kesan limpahan pembangunan bandar tersebut. Tanahnya dilihat mendatangkan hasil lumayan kepada mereka berkepentingan.
Kampung tersebut bersama dengan Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia, Kampung Chubadak, Kampung Puah antara yang termasuk dalam projek Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.
Dianggarkan 80 peratus daripada keseluruhan lot tanah di kampung ini terlibat dalam pembangunan prasarana dan kemudahan berikut iaitu pembinaan stesen dan zon perancangan transit (ZPT), laluan LRT, jalan baru (service-road), perluasan jalan sedia ada, pembinaan pusat kesihatan, pembinaan pusat komuniti dan koridor persisiran Sungai Gombak.
Sehingga kini penduduk membantah pembangunan tersebut kerana ia memberi kesan `displacement’ atau penyahan orang Melayu Islam dan memecahbelahkan sistem kekeluargaan penduduk kampung ini.
Penduduk asal kampung ini adalah generasi ketiga dan keempat peneroka dan mereka telah mendirikan rumah di tanah pusaka nenek moyang mereka.
Ramai diantara mereka ini adalah adik-beradik, saudara mara yang tinggal berjiran. Oleh itu proses pembangunan ini akan memisahkan mereka dari keluarga mereka.
Pembangunan ini juga menghapuskan adat dan warisan orang Melayu, sebuah kampung Melayu tradisional.
Menurut Zainal hanya mewartakan kampung Melayu sebagai Kampung Warisan mampu menyelamatkan tanah dan kampung orang Melayu daripada tergadai.
IPOH Malay (ipohmalay.blogspot.com) melaporkan kumpulan besar yang tidak peka politik dalam masyarakat mendapati 80 peratus daripada mereka merasa terkejut dengan berita rogol amah.
Blog itu memceritakan, ketika berbual dengan kumpulan tersebut yang terkejut dengan akhbar menyiarkan kisah Robingah mengaku dan gambar Rais Yatim terpampang, mereka bertanya, apa hal ni? Apa kes ni? Hei nyer cemane?
Ini menunjukkan perang maya cetusan alam maya berhubung sesuatu isu, tidak diikuti oleh 80 peratus masyarakat. Mereka hanya fikirkan keberlangsungan hidup. kebajikan, kerakyatan dan keindahan kerajaan rakyat itu adalah politik yang mengganggu kehidupan mereka.
Ini bermakna, Harakah bukan menjadi bacaan umum dengan pengaruh yang tinggi.
Khalayak tidak mengetahui perjalanan perang fitnah gambar palsu dan kenyataan palsu kononnya Robingah dirogol dan diusir dilapor bermaharajalela di internet tanpa kepedulian khalayak ke atas isu tu.
Khalayak menggunakan internet untuk berhubung sesama mereka dan menjalani kehidupan. Berita politik dari blog hanya berlegar dalam blogosfera.
Begitu juga kes Anwar yang terlalu banyak bukti yang terpampang di dunia blog tetapi khalayak tidak peduli dan membiarkan kerajaan mengatasinya sendiri.
Lapor blog Ipoh Malay lagi, sekiranya khalayak yang tidak peduli ini tidak dilakukan 'dakwah lisan' kita akan terus terjumpa mereka yang berkata sama ada: "Ye ker? Ya Allah, teruknya dia," atau "Ya Allah, komer percaya sangat la blog tu."
Musuh dalaman Umno
Apakah kenyataan pertama Rais menafikan dakwaan beliau terlibat kes rogol amah warga Indonesia itu akan menyelamatkan karier politik beliau. Dalam soal ini mungkin kebimbangan Rais bukan kepada pembangkang tetapi musuh politik dalaman Umno.
Pembangkang pula mengambil kesempatan di atas pendedahan blogger pro Umno. Mereka mahukan Rais mengambil tindakan saman ke atas blogger yang memfitnah beliau terutama Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru merupakan blogger pertama menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung tuduhan itu.
Rocky's Bru dan BigDog mendedahkan hal itu pula dituduh oleh blogger pro Rais sebagai mempunyai agenda tertentu terhadap Rais. Perkara ini didedahkan Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata (chegubard.blogspot.com)
Lapor blog itu, penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pasti akan menafikan kesalahannya.
Justeru semua pihak meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan serius yang diambil.
Keadaan ini menimbulkan persoalan:
* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang dikatakan mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?
* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah?
* Mengapa Rais mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedangkan beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelakinya dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?
Mana pergi minyak masak?
Kl Boyz Channel (klboyzwangsa.blogspot.com) mempersoalkan kawalan terhadap minyak masak sebaliknya barangan itu tidak ada di pasaran.
Kerajaan kata barangan minyak masak terkawal, tetapi seluruh negara tidak mempunyai bekalan minyak masak.
Kalau kat kedai runcit langsung tak ada jual, kalau kat pasaraya pula ada juga sikit, tetapi menghadkan pembelian minyak masak. Yang amat aneh dan pelik, minyak masak ni diperbuat daripada kelapa sawit. Malaysia adalah pengeluar utama kelapa sawit pula tu, mana pergi dan hilangnya minyak masak kita?
Macamana bahan keperluan itu hilang dari pasaran? Mungkin adakah pihak yang buat `magic’ untuk menghilangkan bekalan minyak masak dari pasaran kot?
Syabas juga diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sehari dua ni kelam-kabut juga menyiasat syarikat pembungkusan minyak masak yang disyaki menyeleweng pengeluaran bahan keperluan tersebut. Setakat ini dah enam syarikat yang disiasat atas penyelewengan bekalan minyak masak itu.
Kita berharap agar penyiasatan tu dibuat segera untuk membuahkan hasil. Kalau mereka ni didapati bersalah, kenakan saja tindakan dan hukuman yang berat yang setimpal diatas perbuatan mereka ini kerana menyusahkan semua rakyat Malaysia.
Jikalau ada para peniaga kedai yang menyorok barang, kenakan tindakan juga agar mereka ni tak akan mengulanginya lagi.
Seluruh rakyat Malaysia berharap masalah ini diselesaikan segera agar minyak masak akan berada semula di pasaran sehari dua ni.
Anwar dan Pas, bongkok!
Gelombang Wang Maju (mediawangsamaju.blogspot.com) mengakui agak keras kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yang baru dilantik, menggelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pas sebagai bongkok.
Namun pada Gelobang Wang Maju (GWM) jika melihatkan kepada prinsip, sikap dan propaganda pembangkang, maka dengan 'kerasnya' juga GWM bersetuju.
Apa yang dilakukan oleh Anwar dan Pas terutama Pengerusi Anak, Mazlan Aliman cukup memeningkan kepala Mohd Isa. Janji tinggi melangit pembahagian tanah sama rata sudah menjadi doktrin baru juak pembangkang. Lebih-lebih lagi sewaktu pilihan raya kecil Tenang sedang berlangsung.
GWM mendakwa secara umumnya, pembahagian tanah yang dilakukan Felda adalah berdasarkan hukum faraid (mengikut Islam) kepada generasi pertama.
Pembahagian ini tidak dipecahkan terlalu banyak agar generasi kedua dan ketiga, bersama menjaga ladang dalam satu konsep 'holding'.
Konsep ini sama seperti sebuah syarikat 'holding' (holding company) yang akan menguruskan anak syarikat dibawahnya. Generasi kedua malah ketiga boleh menduduki dalam pengurusan 'holding' sambil menikmati faedah pengurusan tanah dan hasil darinya.
Search Fasha berbikini hangat
Mazidul Akma Sidik (www.mazidulakmal.com) merupakan pengacara TV3 turut mempunyai blog, melaporkan `Hairan Sangat Ke Melihat Gambar Fasha Berbikini?’
Katanya tidak perlu saya memuatkan gambar pelakon, Fasha Sandha terbabit di blog ini kerana yakin ramai pembaca mampu membayangkannya, Fasha memakai bikini.
Ya! Ya! Memang nampak 'lurah dendam', cleavage but so what? Bukan ke kita semua sudah puas melihat cleavage di televisyen dan majalah?
Oh! Ok! Jangan marah! Cuma kali ini cleavage Fasha, kan? Itu bezanya.
Apa pun secara jujur, gambar dan berita pada awalnya dimuatkan di banyak blog terbabit tidak langsung mengejutkan saya. Dia bukan Datuk Siti Nurhaliza! Jika gambar Datuk Siti berbikini dipaparkan, saya pasti akan teruja. Fasha?
Saya juga 100 peratus yakin, Fasha redha gambarnya diabadikan ketika berada di Bali kerana semuanya bukan dirakamkan secara tersembunyi menggunakan spy camera seperti digunakan krew 999 untuk merakamkan gambar pelacur.
Jadi, saya percaya Fasha juga sekaligus mampu menjangkakan gambar terbabit berkebarangkalian tersebar di Malaysia.
Mungkin sewaktu di Bali, Fasha berpesan kepada rakan-rakannya ...
"You all baik-baik ya, gambar I jangan 'terlepas' pula"
Aduka kena penampar
Blogger Aduka Taruna dilaporkan sedang buat projek `Langgar Abdul Hadi’ (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)
Ada pihak yang membuat ulasan mengatakan ranking Aduka Taruna cukup tinggi ketika beliau ditahan polis pasal isu Sultan Johor tetapi selepas itu ia jatuh mendadak.
Barangkali untuk naik ranking maka beliau anjur projek langgar Hadi selepas solat Jumaat, 7 Januari lalu. Sebaliknya bukan Hadi yang dilanggar tetapi beliau `kena langgar’ lapor Apa Orang Kata (apaorangkata.blogspot.com).
Namun begitu ada juga blog mempertikai jemaah Masjid Rusila bertindak kasar ke atas Aduka kerana beliau itu `budak baru nak belajar’. Macam juga orang Badwi kencing dalam masjid. Sahabat mahu pukul Badwi itu tetapi Nabi saw menghalang.
Mahfuz `poligame’
Mr Ghost Writerz (ohpolitik.blogspot.com) posting tentang jolokan popular untuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, iaitu `poligame’ singkatan kepada politik + gambar + media.
Perletakan jawatan Mahfuz sebagai pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dilihat lebih kepada poligame dan bukan atas dasar keutamaan kepada prinsip.
Mr Ghost Writerz mengambil sumber dari Detik Daily, berkata Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.
Selain itu Mahfuz juga dikatakan tidak pandai membezakan antara beliau sebagai pembangkang di Parlimen dan kerajaan di Kedah. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-78431758317092422292010-03-06T16:02:00.005+08:002011-02-06T08:46:10.504+08:00Info http://nanbinjai.blogspot.com/Kami berpindah ke http://nanbinjai.blogspot.com/ Kami meminta maaf diatas kesulitan pelayar maya ini.Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-40078673450575224272010-02-26T10:52:00.004+08:002010-02-26T11:40:05.343+08:00Bukan sahaja rasuah, perogol pun selamat kalau UmnoPapa Gomo bawa cerita lumrah dalam Umno. Kalau masuk Umno atau rakan sewaktu dalam BN maka selamatlah mereka daripada tindakan undang-undang walaupun sejahat dan sebensar mana jahatnya sama ada rasuah, rogol atau menamatkan nyawa orang sekalipun.
Mahu bukti? Tanya Datuk Jeffry Ketingan. Tak cukup lagi? Tanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di Perak. Dahulu mereka ini Adun PKR. Hak ni semua kes rasuah.
Kalau kes rogol anda boleh tanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana dia ada sejarah hitam kes rogol bawah umur orang Umno. Samapi sekarang perogol tu happy manjang. Hak sengsaranya nenek budak perempuan kena rogol.
Kali ini Papa Gomo buat cerita pensyarah perogol Universiti Industri Selangor bila dibawah kerajaan negeri Selangor tetapi semasa kejadian dua tahun lalu di Universiti Putra Malaysia, tidak pula dia lapor kepada kerajaan Umno.
Atau Papa Gomo rasa kalau bawak kepada kerajaan Umno kes tu senyap begitu lah. Bila perogol tu duduk kat universiti bawah kerajaan negeri Selangor maka boleh buat isu konon nak pelekeh kerajaan Selangor.
Kalau kes itu betul polis kena siasat atau polis pun nak ikut stail Umno?
Laporan Malaysiakini berkaitan:
Blogger dakwa 'perogol' di universiti
Feb 25, 10 7:55pm
Seorang pegawai kanan Universiti Industri Selangor, yang didakwa sebagai 'perogol' dikatakan menjadi ancaman di kalangan mahasiswa di unviversiti berkenaan.
Papa Gomo, yang mengaku sebagai seorang blogger yang pro-Barisan Nasional menimbulkan isu berkenaan dalam blognya dan menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera bertindak.
"Menteri Besar Khalid Ibrahim mesti segera bertindak berhubung perkara itu. Bagaimana seseorang yang didakwa sebagai perogol boleh dibiarkan bergaul dengan pelajar?” soalnya ketika dihubungi menerusi email.
Secara sinisnya, beliau berkata individu yang dilantik awal tahun lalu, tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan berkenaan meskipun beliau merupakan kroni menteri besar.
Pegawai kanan itu didakwa merogol seorang pelajar berusia 26 tahun ketika beliau mengajar di Universiti Putra Malaysia, dua tahun lalu.
Menurut laporan polis bertarikh 11 Mac 2009 yang diterbitkan di laman sesawang Papa Gomo, pelajar itu dirogol sebanyak tiga kali di pejabat pegawai berkenaan pada Disember 2008.
“Beliau mahu saya menjadi isteri ketiga, tetapi apabila saya enggan, dia merogol saya sambil mendakwa cara itu sahaja yang akan membuatkan saya berkahwin dengannya. Tetapi sehingga sekarang, beliau masih tidak mahu bertanggungjawab,” dakwa mangsa itu yang namanya telah dipadamkan dalam laporan polis berkenaan.
Balai polis Dengkil mengesahkan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim tidak mahu mengulas. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-59017817034544808832010-02-25T14:56:00.004+08:002010-02-25T15:35:32.204+08:00Perlu mekanisme pembangunan Kampung Baru elak perpindahan skala besarPerpindahan penduduk buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan dijalankan itulah yang sukar diterima penduduk Kampung Baru.
Memang tidak dinafikan perpindahan terpaksa berlaku tetapi ia bukan pada skala yang besar bagi keseluruhan penduduk Kampung Baru.
Oleh kerana itu kerajaan perlu ada satu mekanisme bagi memastikan tidak berlaku perpindahan keseluruhan penduduk Kampung Baru.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berjanji pembangunan Kampung Baru tidak akan memindahkan penduduk kampung itu serta kebajikan mereka akan terpelihara, semasa membuat lawatan ke kampung tersebut.
Kalau kerajaan boleh mengwujudkan zon pembangunan kepada kampung disebelah Setapak, Sentul dan Gombak, kenapa ia tidak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian pembangunan di Kampung Baru?
Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam dan kampung Sungai Mulia di Gombak dilaporkan akan dibangunkan mengikut zon bagi mengelak pemgambilan tanah penduduk.
Begitu juga bagi Kampung Chubadak dan Kampung Puah Seberang di Sentul serta Kampung Sungai Murali di Setapak.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata demikian ketika menggulung perbahasan dan memberi jawapan kepada perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (Tian Chua) dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pada sidang Dewan Rakyat, 7 Disember lalu.
Menurut Raja Nong, pelan struktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (Draf Pelan DBKL 2020) telah mengenal pasti kampung tradisi tersebut sebagai kawasan khusus dan akan dibangunkan mengikut penyusunan semula serta infrastruktur dan kemudahan untuk masyarakat.
Selaras itu kata beliau, Draf Pelan DBKL 2020 mencadangkan pengezonan semula kampung tradisi sebagai zon kediaman kepadatan dan meningkatkan potensi nilai ekonomi tanah.
Tambah beliau, pengezonan itu tidak melibatkan pengambilan tanah walaupun digunakan untuk awam dan infrastruktur dan ia terpulang kepada pemilik tanah sendiri untuk membangunkan lot mereka mengikut zon yang dicadangkan pelan tersebut.
"Kita bagi ruang untuk mereka bila kita mengeluarkan draf pelan ini, supaya kalau mereka hendak bangunkan, mereka ada ruang untuk membangunkan. Akan tetapi, soal pihak kerajaan ataupun DBKL mengambil tanah dengan paksa, tidak timbul langsung," ujar Raja Nong.
Sebaliknya dalam kenyataan beliau mengenai pembangunan Kampung Baru, ia menjadi kerisauan kembali kepada penduduk kampung tradisi.
Raja Nong dilaporkan Bernama berkata: “Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya.”
Ia seolah-olah membuat satu paksaan atau ugutan awal kepada penduduk Kampung Baru jika enggan setuju dengan pembangunan kampung itu.
Raja Nong berkata kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.
“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.
Dalam laporan sama Raja Nong Chik berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.
"Mereka mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan," katanya.
Bagaimanapun sebelum ini, Najib dilaporkan berjanji penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara.
Kenyataan yang tidak selari ini amat membimbangkan penduduk. Apalagi kerajaan mempunyai tred rekod pengambilan tanah secara paksa yang amat buruk semata-mata membangunkan Kuala Lumpur malah melanggarkan perjanjian Ganeva dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kekenduran kerajaan dengan penduduk kampung sejak akhir ini dilihat setelah pakatan rakyat (PR) menguasai kesemua kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.
Malah sejarah juga menyaksikan Kuala Lumpur sebelum dikuasai PR, ahli parlimen daripada Umno, Gerakan dan MCA lebih terkenal sebagai wakil pemaju kerana mereka tidak membela rakyat dalam pengambilan tanah secara paksa keatas penduduk.
Ketika itu sering dilihat di televisyen dan media, rumah penduduk diroboh secara paksa dengan kawalan Polis Persekutuan (FRU).
Apakah fobia penduduk kampung mengenai pembangunan dan truma jentera jengkaut dengan kawalan polis yang siap sedia menangkap penduduk menghalang perobohan rumah akan berterusan?
Namun begitu ada kesan yang baik sekurang-kurangnya kepada penduduk kampung setelah kemenangan PR, apabila mereka dibela oleh wakil rakyat mereka sempena dengan perubahan rakyat yang mahukan politik baru.
Kemenangan PR bukan menyekat pembangunan tetapi biarlah penduduk yang sudah lama tinggal dan meneroka tanah bandar dengan keizinan kerajaan Perikatan ketika itu turut diberi hak menikmati pembangunan, bukan dihalau begitu sahaja umpama anjing kurap.
Ketika kerajaan memerlukan tenaga penduduk kampung untuk membangunkan negara mereka ditatang dengan penuh hormat tetapi apabila tidak diperlukan mereka dihalau seolah tidak ada langsung jasa mereka kepada negara.
Apa yang menyedihkan lagi ialah penduduk kampung yang sangat setia dengan Umno sering dijanjikan untuk diberi geran milik tanah yang diteroka tetapi sehingga sekarang tidak pernah tertunai. Umno jadikan janji geran milik tanah sebagai senjata setiap kali menjelang pilihan raya.
Oleh yang demikian pengalaman dan sejarah itu, maka sukar untuk penduduk Kampung Baru menerima bulat-bulat kenyataan menteri selagi kerajaan tidak mendedahkan pelan dan perancangan pembangunan kepada penduduk.
Dalam ucapan penggulungan yang sama di parlimen, Raja Nong Chik sempat mengeluarkan perkataan menghina penduduk kampung tradisi iaitu mengatakan masyarakat sedia ada yang usang.
Amat menghinakan terpancul daripada mulut menteri yang dikatakan mahu membangunkan orang Melayu dan kampung tradisi serta Kampung Baru. Apa yang menyedihkan tiada seorang ahli parlimen Melayu yang membantah ucapan beliau itu.
Mungkin kerana pengalaman itu dan yang lalu maka perpindahan penduduk keluar dari Kampung Baru untuk membangunkan kampung itu amat sukar diterima. Oleh yang demikian kerajaan perlu terlebih dahulu membangunkan pelan penempatan penduduk sama ada kondominium atau apartment di Kampung Baru.
Pembangunan perumahan itu hanya melibatkan beberapa bahagian pembangunan di Kampung Baru. Jika ini diberi keutamaan diusahakan terlebih dahulu maka perpindahan penduduk Kampung Baru pada skala besar dapat dikurangkan.
Apabila projek perumahan Kampung Baru siap maka ia boleh digunakan sebagai tempat pemindahan sementara disamping menempatkan kembali penduduk Kampung Baru yang dipindahkan ke tempat lain semasa projek perumahan dibangunkan.
Hanya niat suci bersih menteri mampu melunakkan penduduk Kampung Baru. Jika sebaliknya kerajaan ada motif mengambil kesempatan diatas penduduk Kampung Baru maka kemungkinan politik Melayu sendiri akan menjadi tsunami pada pilihan raya umum akan datang setelah bangsa lain membuat perubahan pada pilihan raya umum lepas. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-62785958695804815952010-02-22T18:43:00.005+08:002010-02-22T20:13:29.094+08:00Ku Li: Iklan isu royalti keliru, cetus implikasi baruOleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Feb 22 — Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (picture) hari ini.
Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.
Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.
“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.
“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).
“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.
Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.
Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.
Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.
Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.
Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.
Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.
Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.
“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.
“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.
Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.
“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).
“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.
“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.
Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.
“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.
“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.
Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.
“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-23624839073424362492010-02-22T18:13:00.004+08:002010-02-22T18:38:50.634+08:00Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan DipotongLebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan pemerintah Umno-BN memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.
Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan BN untuk program politik Juara Rakyat.
Ibu-bapa marah kerana pemotongan belanjawan itu telah menyebabkan pendidikan anak-anak mereka terencat. Skim Bantuan Tuisyen Pelajar Miskin, Bantuan Seragam Unit Beruniform, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan ko-kurikulum telah dimansuh atau dikurangkan.
Namun tiada seorang wakil Umno turun menemui warga miskin ini. Sebaliknya kedatangan mereka disambut oleh ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan.
Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".
"Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik," kata seorang penduduk Abdul Manap Osman. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-51359501040193176402010-02-22T17:12:00.003+08:002010-02-22T17:25:07.037+08:00Letupan besar di Petronas Methanol LabuanSatu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) hari ini, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.
Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku pada pukul 11.37 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Dua jentera bomba, masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan itu, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.
Bercakap kepada satu sidang akhbar, Ketua Produksi PML, Mohd Kamis Abdul Manap berkata siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.
"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini. Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini.
"Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," kata Mohd Kamis.
Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.
Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.
Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.
Pada 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas cedera parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha. Bernama. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-66956727765724553902010-02-22T14:41:00.001+08:002010-02-22T14:43:52.907+08:00Amaran Anwar: Rakyat akan tolak BNKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan UMNO Barisan Nasional bahawa rakyat akan menolak parti itu dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata rakyat tetap akan menepis dakyah kolot parti itu walaupun konspirasi jahat pemerintah memenjarakan beliau dibalik jeriji besi akan berjaya sedikit masa lagi.
Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.
Katanya, adalah merugikan jika mereka masih menyangka rakyat akan kembali menyokong BN sekiranya beliau dipenjarakan.
Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.
Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".
Anwar mendakwa dibawah pemerintahan BN, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.
Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.
"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-67943494959525375312010-02-22T14:32:00.002+08:002010-02-22T14:35:50.333+08:00Sebatan syarie lebih baik dari hukuman penjaraMembantah pelaksanaan hukuman sebatan syarie terhadap beberapa wanita Islam yang mengaku bersalah mengadakan persetubuhan haram dianggap adalah tidak wajar.
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak adalah sebatan yang tidak  mencederakan.
Sebaliknya, menurut beliau sebatan itu dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau tetapi sekadar memberi pengajaran.
Bahkan, katanya dalam hadis, ada pesalah yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja.
Menurut Dr Asri, sebatan syarie amat berbeza dengan tindakan merotan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil.
Justeru, katanya hukuman itu mempunyai unsur-unsur islamik, dan ia lebih baik daripada memenjarakan pesalah berbulan atau bertahun lamanya yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka.
Menulis dalam blognya, Dr Asri juga berkata proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum juga perlu diambil kira.
“Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum.
“Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses itu bercanggah dengan nas-nas Islam,” katanya lagi.
Dr Asri berkata hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil.
Tauke perlu diheret sama
“Masyarakat akan memandang serong kepada setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung. Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi tauke-tauke atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak di kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.
Ini termasuk mana-mana individu muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan,” katanya.
Dr Asri juga meminta pihak berkuasa agama supaya berrlaku jujur dengan rakyat, dan berani mengheret pemilik ataupun pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu muslim sekalipun kelompok itu dianggap 'kebal' di negara ini.
Bekas mufti Perlis itu juga berkata kecenderungan Islam bukanlah menghukum, tetapi mendidik. Katanya, jika terdapat jalan keluar agar mereka tidak dihukum disebabkan maksiat peribadi (zina dan arak), maka itulah yang paling utama.
Operasi khalwat kejam
“Banyak rakaman-rakaman yang tersiar dalam internet yang menunjukkan bagaimana operasi 'tangkap khalwat' begitu kejam dan sengaja mendedahkan keaiban mangsa. Ini seperti diambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, disuruh mangsa mempamerkan pakaian dalamnya kepada kamera dan seumpamanya”.
Dr Asri juga menuntut pegawai-pegawai yang terbabit dalam operasi seperti itu juga dikenakan tindakan kerana mencemarkan maruah agama Islam dan maruah orang lain.
Beliau juga menasihatkan beberapa NGOs yang cuba mengkritik perlaksanaan hukuman sebatan itu supaya berhati-hati.
“Jika mereka muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka. Jika mereka membantah perlaksanaan semasa, mereka hendaklah tumpukan kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikaikan hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.”
Bagi golongan bukan muslim, Dr Asri menasihatkan mereka pula supaya jangan mempertikaikan al-Quran dan Nabi orang Islam, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara di Malaysia.
Awal bulan ini, tiga pesalah wanita dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-48309967719836722952010-02-22T14:00:00.003+08:002010-02-22T14:05:51.681+08:00Selangor anjur “Forum Awam: Implikasi GST Kepada Rakyat”Kerajaan negeri Selangor mengalu- alukan kehadiran orang awam ke Forum Implikasi Cukai Perkhidmatan Dan Barangan (GST) kepada rakyat 24 Februari ini di Auditorium MBSA Shah Alam.
Acara yang dijadualkan bermula jam 8 malam akan memperinci dan menganalisa implikasi yang terpaksa dihadapi rakyat akibat perlaksanaan cukai yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap pasaran tempatan, khususnya kehidupan rakyat secara umum.
Antara ahli panel yang bakal mencanai minda di forum ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pualu Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua Kiam Wee, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat, Mohd Rafizi Ramli. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-11367057153904941792010-02-22T12:20:00.004+08:002010-02-22T13:21:50.001+08:00MP Australia jawab tuduhan Abdul Hadi campur tanganAnas ra, berkata, Rasulullah saw bersabda: "Berikanlah pertolongan saudara mu itu, baik ia sebagai orang melakukan kezaliman atau sebagai orang yang dizalimi."
Para sahabat bertanya: "Apabila ia tergolongan orang yang dianiaya, kita lalu menolongnya, maka hal ini telah kita maklumi tetapi bagaimanakah kita akan memberi pertolongan kepada saudara yang justeru sebagai orang yang menganiaya?"
Nabi saw bersabda: "Kita ambil diatas kedua tangannya" (Kata ini adalah suatu kiasan yang maksudnya: Kita wajib melarang ia untuk meneruskan kezalimannya dengan perbuatan, apabila tidak dapat berbuat demikian cegahlah kezalimannya dengan ucapan atau nasihat yang baik dan jika cara ini pun tidak kita lakukan, maka sebaiknya kita melaporkannya kepada yang berautoriti menyelesaikan persoalan itu)
Jika diamati hadis sahih Bhukari dalam bab memberi pertolongan kepada orang yang melakukan kezaliman dan orang yang dizalimi, maka ada sandaran yang benar protes 50 ahli parlimen (MP) Australia desak kerajaan Malaysia gugurkan dakwaan liwat keatas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selalu menyebut hadis ini dalam ceramah beliau tetapi kenapa protes MP Australia sebagai sikap beliau menegur kerajaan Malaysia tidak dipersetujui Abdul Hadi.
Dalam kenyataan terbaru MP dan Senator negara itu mendesak agar kes liwat kedua Anwar digugurkan atas semangat Malaysia sebagai “rakan dan negara jiran” seolah menjawab kenyataan Abdul Hadi sebelum ini.
Seolah ada penghayatan MP Australia terhadap hadis diatas tadi. Soal MP itu bukan Islam. Itu perkara lain kerana kita hendaklah memegang konsep Islam untuk sekelian alam.
Lagipun sama ada demontrasi atau bantahan MP Australia sekalipun ia bukan menceroboh kedaulatan negara.
Kita pun berdemontrasi dan membantah negara yang melakukan kezaliman keatas rakyatnya dan rakyat negara jirannya seperti demontrasi membantah tindakan Mesir tidak membuka laluan kepada konvoi untuk selamatkan Palestin.
Memang kita akui PAS ada prinsip tidak boleh campur tangan tentang kedaulatan negara. Seperti pencerobohan Amerika keatas Iraq dan Afghanistan. PAS tetap dengan pendiriannya membantah pencerobohan tersebut.
PAS juga berperinsip bahawa Amerika tidak boleh campur tangan di Iran kerana ia mendedahkan kekuatan keselamatan negara itu dan akhirnya boleh mengancam nyawa rakyatnya serta penjajahan keatas Iran boleh berlaku.
Dalam soal ini PAS adalah benar dan bersedia bersama dengan pihak lain untuk keamanan dunia terutama daripada kuasa besar yang sentiasa mengintai peluang menakluki negara lemah.
Bagaimanapun dalam soal bantahan 50 MP Australia itu, ia bukanlah ancaman malah nasihat mereka sebagai kawan.
Sebab itu Abdul Hadi kena betulkan statement beliau yang menyebut tidak setuju MP Australia campur tangan kes liwat Anwar.
Berikut laporan Malaysian Insider:
Danby: ‘MP Australia protes kerana Malaysia rakan dan jiran’
KUALA LUMPUR, Feb 22 — Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menjelaskan, ahli-ahli Parlimen dan Senator negara itu mendesak agar kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan atas semangat Malaysia sebagai “rakan dan negara jiran.”
Kata beliau seramai 60 Ahli Parlimen dan Senator dari parti Buruh, Liberal, Green dan bebas menandatangani surat yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia kerana prihatin dengan perkembangan di Malaysia selaku rakan dan negara jiran yang amalkan prinsip demokrasi.
“Mengapa Ahli Parlimen Australia harus mengheret hidung mereka ke dalam hal ehwal sebuah negara seperti Malaysia, yang merupakan rakan dan negara jiran?
“Saya boleh berkata ia kerana Malaysia adalah rakan dan jiran yang kami ambil berat dengan apa yang berlaku di sana.
“Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan perbicaraan dan pendakwaan politik di Korea Utara ataupun di Myanmar.
“Tetapi apabila ia berlaku di sebuah negara yang merupakan di negara yang berjaya di rantau kami, kami terperanjat,” katanya.
Surat ini ditandatangani antara lain oleh Laurie Ferguson, Malcolm Turnbull, Greg Hunt, Bob Brown, Nick Xenophon, Duncan Kerr, Deputy Speaker Anna Burke, Jennie George, Gary Gray dan Mark Dreyfus QC.
“Ia disusuli dengan ucapan yang saya berikan di Dewan Perwakilan pada 3 Feb, yang mana menarik perhatian Dewan Perwakilan berhubung perbicaraan kes liwat kedua Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.
“Saya terharu dengan langkah Ahli Parlimen dan Senator yang menandatangani surat ini. Saya tidak boleh ingat inisiatif sedemikian rupa dalam tempoh terdekat ini,” kata beliau dalam tulisannya di bawah tajuk “Why Australian MPs protested the Anwar trial”.
Kata beliau, memang ramai yang pernah bercakap mengenai nasib pejuang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, tetapi ia menarik perhatian apabila berlaku di negara demokrasi seperti Malaysia membabitkan Anwar.
Pendakwaan ke atas Anwar tidak menyumbang kepada imej baik Malaysia kata beliau lagi.
Kata Danby, usaha berterusan parti pemerintah dengan mengenakan tuduhan palsu terhadap Anwar adalah sesuatu yang memalukan.
Rabu lalu, Pemuda BN menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan ahli-ahli parlimen Australia didakwanya cuba campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman negara ini.
Mereka menuntut agar Danby menarik balik surat yang dihantar oleh ahli Parlimen dan Senat negara itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia serta menuntut permohonan maaf Danby bagi pihak mereka.
Majlis yang bermula pukul 6 petang dan dihadiri exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen Selangor itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian singa dan naga.
Turut hadir ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta negeri itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata majlis berkenaan dianjur bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu.
“Kita mahu semua rakyat di negeri ini mengenali lebih dekat budaya dan perayaan masyarakat Tionghua,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata majlis pada tahun ini lebih meriah kerana Tokong FGS Dong Zen sedang menganjurkan Festival Bunga-bungaan dan Tanglung yang bermula sejak 12 Feb hingga 28 Feb. — Bernama
Sementara laporan Malaysiakini:
BN-Pakatan bersaing anjur sambutan Tahun Baru Cina
Lim Zhi Bin 20 Feb 10, 10:00pm
BN dan Pakatan Rakyat bersaing untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina sewaktu sambutan Tahun Baru dengan menganjurkan majlis sambutan masing-masing malam ini.
(Najib di Pandamaran dikatakan tidak dapat sambutan orang Cina)
Malah, majlis Perbandaran Klang (MPK), di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor, telah menurunkan sebuah papan iklan yang dipasang oleh BN dan juga menolak permohonan mereka untuk menutup jalan, yang dilihat sebagai "balas dendam" terhadap tindakan kerajaan pusat menghalang majlis anjuran kerajaan negeri sewaktu sambutan Thaipusam bulan lalu.
Kedua-dua pihak bersaing untuk mendapat sokongan kaum India sewaktu perayaan tersebut bulan lalu, dengan masing-masing menganjurkan sambutan di Batu Caves, tetapi pihak polis telah merobohkan pentas kerajaan negeri.
Dalam pusingan kedua ini, BN dan Pakatan memilih untuk mengadakan sambutan mereka di lokasi strategik yang terletak 20km antara satu sama lain, pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina.
Kerajaan Selangor mengadakan sambutannya di Kuil Buddha Dong Zen, Jenjarom, yang terkenal dengan pesta bunga dan tanglung. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merasmikan sambutan tersebut.
Kira-kira 20km di utara Jenjarom, di Kampung Batu Pandamaran - kampung baru Cina kedua terbesar di Malaysia - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan rumah terbuka BN peringkat nasional.
Wakil Rakyat BN Selangor menuduh Pakatan menghalang sambutan rumah terbuka mereka melalui MPK, manakala Pakatan mereka mengkritik kerajaan pusat kerana tidak mematuhi prosedur sepatutnya.
Kerajaan Selangor menegaskan bahawa BN tidak sepatutnya menyalahkan mereka, dengan menambah bahawa tiada keistimewaan bagi Najib dan beliau juga perlu mematuhi peraturan.
MPK telah menolak permohonan kerajaan pusat untuk menutup Jalan Chan Ah Choo di Pandamaran, kerana ia adalah jalan utama dan akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
MPK juga telah menurunkan papan iklan yang dipasang cawangan parti komponen BN di situ untuk mengalukan kedatangan perdana menteri, kerana tidak mendapat permit.
Hanya sebilangan kecil poster dibiar dinaikkan.
Sambutan rumah terbuka BN itu adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Dilaporkan, timbalan menterinya, Heng Seai Kie telah mengaku berlaku kecuaian di pihak mereka kerana salahfaham.
Bagaimanapun, beliau menegaskan masalah permit tersebut telahpun diselesaikan.
Namun begitu, BN menjalankan promosinya melalui media arus perdana untuk mengumumkan program mereka itu. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-84934154736136861792010-02-21T11:23:00.002+08:002010-02-21T11:26:24.000+08:00Lagi Desakan Adakan Sidang Parlimen TergemparKeengganan Datuk Seri Najib Razak mengadakan Sidang Parlimen Tergembar terus dikecam pimpinan Pakatan Rakyat dengan menganggap Perdana Menteri berdolak-dalik dengan memberi alasan rapuh.
Sedangkan, kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian serius pimpinan masyarakat antarabangsa baik dari negara Barat mahupun negara Islam.
Mengulas alasan Najib, kononnya sidang tergempar itu tidak perlu diadakan kerana ia bukan melibatkan dasar atau pentadbiran negara, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Najib sebagai penakut untuk berdepan realiti sebenar.
Sedangkan, Parlimen Malaysia juga campur tangan dalam beberapa isu dunia, sekali gus bermakna tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes konspirasi kedua, bukan campur tangan dalam erti kata sebenar.
"Beberapa tahun lepas, Malaysia pernah mengadakan sidang parlimen tergempar berkenaan dengan isu Palestin. Tapi, kali ini Najib tidak berani untuk berhadapan Anwar.
"Nyata, perbicaraan kes kosnpirasi kedua terhadap Anwar itu memang penuh dengan muslihat daripada Barisan Nasional," katanya kepada TV Selangor.
Teresa Kok juga menyelar kerajaan Umno-BN kerana membantah campur tangan kerajaan asing tapi pada masa sama, campur tangan dalam urusan institusi kehakiman.
Beliau menganggap pertemuan Najib dengan Saiful Bukhari Azlan sebelum ini adalah skrip awal konspirasi kedua dan Najib mesti memberi penjelasan di Parlimen mahupun mahkamah.
"Najib dan Rosmah perlu hadir mahkamah kerana memang terdapat bukti Saiful pernah berjumpa mereka. Faktor ini menyebabkan kes perbicaraan Anwar penuh campur tangan BN. Jadi, itu sebab la Najib tolak permintaan lah daripada Datuk Seri Anwar untuk mengadakan sidang tergempar.
Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan menyifatkan perbuatan Pemuda BN melakukan demontrasi ketika masih ada saluran lain termasuk mengadakan sidang tergempar Parlimen, sebagai terburu-buru.
Malah, mereka langsung tidak menunjukkan keberanian mahupun kebijaksanaan ketika berdepan masyarakat antarabangsa hingga akhirnya perbuatan mereka memalukan Malaysia.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar bukan isu peribadi lantaran kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.
Malah, kebanyakan pimpinan dunia melihat kes konspirasi kedua itu semata-mata rekaan untuk menyekat kemaraan politik Anwar dan ia bertujuan memenjarakan beliau.
"Dunia memberi perhatian tidak semestinya dianggap campur tangan. Ini bukan macam mahu jajah Malaysia. Dengar dulu apa mereka kata, soal prinsip undang-undang, soal hak Anwar dalam perbicaraan.." katanya.
Shamsul juga mengingatkan semua pihak, dunia tidak lagi terkongkong dalam komuniti kecil, sebaliknya sesuatu isu di sesebuah negara memberi kesan kepada negara lain.
Tanpa mempertikai hak untuk mengadakan demontrasi, beliau meminta Pemuda BN tidak hanya bergantung kepada saluran demontrasi sahaja sebaliknya mengupas isu dengan lebih kritis.
"Apakah selepas ini Pemuda BN mahu melakukan demontarsid di kedutaan Qatar kerana ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaraqawi berasal dari negara itu. Dia mengeluar kenyataan keras dalam hal ini.
"Adakah mereka akan berdemontrasi di kedutuaan Turki kerana mereka juga membantah konspirasi terhadao Anwar," katanya kepada TV Selangor. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-81671501130876572502010-02-21T10:52:00.004+08:002010-02-21T10:56:30.214+08:00KP Jakim: Pihak pertikai hukuman sebat pelampauKUALA LUMPUR, Feb 21 – Pihak-pihak yang menentang undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman sebatan khususnya terhadap kaum wanita, yang menjadi polemik sekarang, merupakan golongan pelampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.
“Soalnya, jika isu begini dimulakan oleh orang yang jahil kita boleh faham, tetapi kalau ia dibawa oleh orang undang-undang atau syariah ini satu keganjilan yang besar.
“Sebab itu saya kata orang yang menentang ini sebagai pelampau,” kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.
Wan Mohamad berkata, undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 yang digazetkan pada 1986.
Menurut beliau, ia memperuntukan hukuman maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000.
Setakat ini menurut beliau, seramai 10 lelaki dan tiga wanita telah dihukum sebatan syariah iaitu tujuh kes di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan (lima) dan Penjara Penor, Pahang (satu).
Oleh itu kata beliau, tidak wajar mempersalahkan Mahkamah Syariah ataupun mempertikaikan keputusan hakim sebab tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali.
“Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang,” katanya.
Wan Mohamad juga berkata dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan.
“Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud) Allah.
“Namun, saya pelik apabila ada ahli undang-undang sendiri yang pertikaikan perkara ini. Seolah-olah mereka tidak iktiraf akta ini.
“Sepatutnya mereka termasuk Majlis Peguam kena didik masyarakat agar memahami perkara ini,” katanya lagi.
Mengenai isu bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukharnor yang dihukum sebat oleh mahkamah pada Julai lalu tetapi belum disebat sehingga sekarang, Wan Mohamad menjelaskan ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.
“Ia tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memutuskan perkara tersebut,” katanya.
Menjawab soalan dalam Islam minum arak dihukum sebat 40 kali tetapi mengapa pesalah hanya dihukum sebat enam kali, Ketua Pengarah Jakim menjelaskan, dalam konteks Malaysia Mahkamah Syariah terikat dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Parlimen.
Beliau juga ditanya mengapa hukuman sebat tidak dilakukan di hadapan khalayak.
Jelas Wan Mohamad, umumnya undang-undang tentang keseksaan dalam sistem perundangan negara didasari oleh beberapa tujuan dan dari segi Islam ia adalah untuk menegakkan keadilan dan juga menjaga kepentingan umum.
Di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, kata beliau, orang ramai tidak dibenarkan menyaksikan pelaksanaan hukuman disebat.
“Kita dapati kalau hukum secara Islam dan benar-benar mengikuti syarak, pesalah akan insaf dan tidak mengulanginya.
“Realiti pelaksanaan sebat bagi kes syariah ia mesti dilaksanakan di dalam penjara. Ia mengikut seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no. 8 Tahun 2002. Orang ramai tidak dibenar menyaksikannya.
Menurut Wan Mohamad, hukuman sebat ini terbahagi dua iaitu dalam masalah hudud dan takzir di mana hudud wajib dilaksana mengikut ketentuan Allah manakala takzir pula bermaksud dera yang menjadi pengajaran. Jumlahnya ditentukan oleh pemerintah.
Semalam Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.
“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Shahrizat.
Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Mahkamah Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman disebat tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.
Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.
Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.
SIS berpendapat melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.
Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman disebat, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah.
Hukuman dijalankan di Penjara Kajang Feb 9 lalu.
Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.
Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada Julai 20 lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada Julai 11 2008.
Majlis Peguam juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-25475602284654701842010-02-20T19:17:00.004+08:002010-02-20T19:19:57.676+08:00PKNS Pemaju Tunggal Urus Perumahan Kos RendahHadri Yaziz
Kerajaan Selangor bercadang untuk melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemaju tunggal bagi menyelenggara dan mengurus perumahan kos rendah.
Ini berikutan kebanyakan pemaju swasta tidak berminat mengambil alih projek kos rendah atas alasan ia tidak menguntungkan.
Di Ukay Bistari dan Saujana Puchong, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad menyatakan terdapat 7,405 unit kediaman di seluruh Selangor sedang dibaik pulih dan tender akan dikeluarkan bagi mengenal pasti kontraktor yang mampu mengalas tugas dengan baik.
“Ya PKNS sebab kita hendak pertingkatkan anak syarikat negeri, supaya ada kepakaran. Dalam banyak kes kita lihat swatsa dia lebih kepada pulangan. PKNS itu ada tanggungjawab dia kepada rakyat,” katanya.
Iskandar juga melahir keyakinannya terhadap peranan Jawatankuasa Khas Pemulihan Rumah Terbengkalai Negeri Selangor yang ditubuhkan pada tahun 2008.
Penubuhan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada 2008 dan diketuai Adun Hulu Klang, Saari Sungib itu membuktikan kerajaan negeri memandang serius masalah perumahan rakyat.
Ini sekali gus dapat membela nasib rakyat yang dianak tiri kerajaan Umno-BN sebelum ini. Ia juga akan memperkasa salah satu Pakej Ransangan Ekonomi Selangor iaitu perumahan untuk rakyat
“Hari ini, kita melihat bahawa usaha Jawatankuasa Khas itu berjaya. Kita dapat menyerahkan kunci kepada penduduk dan sekarang ini kita cuma ada CF sementara.
"Perbincangan dengan MPAJ mendapati CF belum dikeluarkan atas sebab teknikal sahaja. Dalam masa satu minggu, kita akan dapat CF dan penduduk boleh duduk di rumah dengan senang hati," katanya. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-40443529729434882782010-02-20T19:12:00.003+08:002010-02-20T19:16:44.081+08:00JK pusat PAS digesa bincang aduan 'konspirasi'Jimadie Shah Othman
20 Feb, 10 3:54pm
Exco Pemuda PAS Abdullah Karim menggesa jawatankuasa pusat membincangkan aduannya - berhubung dakwaan penglibatan ahli parti dalam 'konspirasi' menjatuhkan Pakatan Rakyat - yang ditolak baru-baru ini.
"Saya mohon agar perkara ini dibincangkan dan diteliti oleh ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS dalam mesyuarat mereka yang akan datang.
"Para pimpinan PAS yang duduk dalam jawatankuasa pusat PAS sudah tentulah lebih bijaksana dalam menilai perkembangan yang berlaku ini," katanya.
Abdullah diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berkata, pejabat agung parti menolak aduan Abdullah kerana tidak cukup merit untuk dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplinnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Abdullah berkata, beliau menanggap keputusan yang diumumkan Mustafa melalui media baru-baru ini hanyalah pandangan peribadi.
Abdullah yang kini menetap seketika di United Kingdom berkata, tidak perlu untuknya menghantar surat bagi menyatakan hasratnya berhubung perkara itu kerana percaya Mustafa sudah tentu akan melakukannya.
"Keputusan yang dibuat atas nama parti adalah urusan kolektif yang mesti membabitkan organisasi supaya wujud elemen semak dan imbang," katanya melalui e-mel.
Ditanya kenapa perkara tersebut tidak disuarakan melalui ketua Pemuda dan AJK PAS Nasrudin Hassan untuk dibangkitkan dalam mesyuarat yang akan datang, Abdullah menjawab:
"Ini aduan saya buat atas kapasiti peribadi sebagai ahli PAS. Ia tidak membabitkn mana-mana organisasi dalam hirarki parti," katanya sambil menegaskan aduan itu melibatkan perkara sulit.
Sehingga semalam, Abdullah masih enggan mendedahkan bukti-bukti dakwaannya serta pihak yang terlibat dalam 'konspirasi' yang didakwanya itu.
"Saya kena tunggu dulu hasil mesyuarat AJK PAS pusat," katanya. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-27444821234073273302010-02-20T19:03:00.001+08:002010-02-20T19:06:09.854+08:00Umno-BN Tunduk Kepada Pemaju Punca Projek TerbengkalaiHadry Yaziz
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berkrompomi dengan kelewatan projek pemulihan perumahan terbengkalai kerana rakyat sudah menunggu terlalu lama.
Beliau mengingatkan rakyat betapa propaganda politik murahan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mampu menukar nasib rakyat miskin terutama orang Melayu yang memerlukan keperluan asas.
“Kalau orang sudah tunggu lima hingga tujuh tahun, tak akan tidak boleh tunggu tujuh hari lagi. Saya boleh kata begitu. Itu satu cara tapi cara kita ialah kalau sudah tunggu tujuh tahun, kami tidak mahu seksa kamu 7 hari lagi.
"Itu pendekatan yang kita cuba buat," katanya pada majlis penyerahan anak kunci kepada 300 pembeli unit pertama projek-projek yang berjaya dipulihkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong, hari ini.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengenal pasti punca kegagalan kerajaan Umno mengatasi projek terbengkalai kerana mereka mudah tunduk kepada kehendak pemaju.
Anwar juga menyalahkan ketidakstabilan pelbagai sistem di negara ini sebagai penyumbang kepada masalah yang akhirnya menyusahkan rakyat.
“Sebab itu, saya dan rakan memilih untuk menukar sistem berkenaan.Hendak tukar ini satu perjuangan yang getir. Menghadapi pelbagai tomahan dan hukuman dan deraan kerana yang kita lawan ini orang yang korup dan kaya.
"Taukeh-taukeh besar yang tidak perlu perhatian rakyat. sistem yang rosak. Jadi, kita terpaksa berdepan (dengan mereka),” katanya lagi.
Anwar menegaskan, tekanan berterusan kepada pihak yang membangunkan projek rakyat perlu supaya tidak dipandang remeh.
“Jadi, beri sokongan penuh kepada Exco Perumahan dan kita panggil semua lembaga perumahan. Kita juga kena beri tekanan kepada pemaju. Tetapi kuasa bukan pada kita, kuasa pada menteri berkenaan di kerajaan Persekutuan,” katanya. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-88745360116058435392010-02-20T18:53:00.002+08:002010-02-20T19:01:52.627+08:00Patahiyah wanita pertama dilantik ketuai MPPP, kuat kuasa MacPULAU PINANG, Feb 20 — Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.
“Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai Yang Dipertua MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan,” katanya kepada pemberita di sini.
Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.
Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.
Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985. — Bernama Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-7133993790401024612010-02-20T18:48:00.002+08:002010-02-20T18:52:36.760+08:00Amir Shari: Jangan Terkejut Jika Nasir Safar 'Bebas'Pengumuman pihak berkuasa bahawa siasatan keatas kenyataan ekstrem bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar telah selesai adalah sandiwara semata-mata.
Adun Batu Caves, Amirudin Shari berkata beliau tidak terkejut sekiranya siasatan ini tidak membawa kepada pendakwaan sepertimana skandal badan kehakiman dan peguam V.K Lingam dan skandal rasuah bekas Menteri Rafidah Aziz.
"Dalam kes Lingam sebagai contoh, siasatan telah selesai tapi tidak dibuat apa-apa sebab Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mendakwa. Dan juga dalam banyak kes dari dulu sampai sekarang ni. Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik dan banyak sebagainya," jelas beliau.
Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof mengumumkan bahawa siasatan keatas kenyataan berbaur perkauman pembantu PM itu telah selesai dan telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.
Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Nasir mengundang kecaman pelbagai pihak selepas mengecam masyarakat Cina sebagai 'penjual tubuh' dan masyarakat India sebagai 'pengemis'.
Amir Shari berkata watak-watak seperti Nasir ini adalah manifestasi sebenar sifat Umno yang sentiasa curiga dan ekstrem, lantas membuktikan bahawa moto 1Malaysia tidak lebih dari omong kosong semata-mata.
"Rakyat sudah jelas dengan wajah sebenar Umno-BN. Di dalam 1Malaysia ada Nasir Safar, ada Ahmad Ismail, ada kepala lembu yang di arak," tegas beliau. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-6913140712048419022010-02-20T18:35:00.004+08:002010-02-20T18:47:58.950+08:00Rakyat bersyukur pakatan siapkan rumah terbengkalai BNIni yang seronoknya bila kita membuat perubahan politik. Kita sebagai rakyat boleh ubah pemerintah maka rumah yang tidak boleh diduduki pun sekarang boleh duduk.
Kalau rakyat ikut politik sehala sahaja pilihan raya umum lepas sokong Umno, pilihan raya umum sekarang sokong Umno, pilihan raya umum akan datang sokong Umno maka kita tidak dapat melihat sangat perubahan politik akan berlaku.
Bila kita jadikan undi kita sebagai perubahan maka kita sebagai rakyat dapat nikmat perubahan. Apa yang penting perubahan itu memberi keuntungan kepada rakyat.
He he he pemimpin pakatan rakyat (PR) tak yah pakai teropong pasal hati pemimpinnya bersih mahu tolong rakyat. Tak yah heboh-heboh, sedar-sedar siap.
Inilah pemimpin yang kita mahu. Tahniah Iskandar Abdul Samad sebagai Exco perumahan berjaya membawa perubahan politik.
Membangunkan projek perumahan selama ini hanya menjadi keuntungan puak-puak Unmo. Kalau tidak untung tak jalan tetapi bila PKR perintah pemimpinnya berjaya menjadikan perumahan untuk kepentingan rakyat.
Laporan berkaitan:
Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap
Abdul Rahim Sabri 20 Feb, 10 4:17pm
Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.
Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.
"Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.
"Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan," kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.
Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.
Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.
Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.
Norziah, 52, yang sebelum ini merupakan penduduk setinggan di Kampung Pasir Tambahan, melahirkan rasa gembira dan tersenyum apabila dia menerima kunci rumahnya selepas tujuh tahun menunggu.
Sementara seorang lagi pembeli Haliza Che Harun turut melahirkan rasa yang sama dengan Norziah selepas lama menunggu untuk menduduki di rumah sendiri.
Haliza, 40, yang dite
mani dua anaknya di majlis tersebut, turut memuji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha membantu membolehkan beliau dan keluarganya menetap di situ.
Menurutnya beliau akan berpindah dari rumah sewanya di Taman Permata dekat Hulu Kelang, selepas menerima kunci daripada kerajaan negeri.
Manakala Abu Samat Abdul Razak, 40, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang berusaha untuk membantu penduduk di taman itu menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003.
Beliau juga menempelak kerajaan terdahulu yang menurutnya "tidak membantu rakyat" untuk menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai.
"Kerajaan sebelum ini banyak tidur. Tidak membantu rakyat. Rumah banyak terbengkalai. Mereka menipu rakyat sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka tidur," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
Abu Samat yang ketika ini menetap di Pangsapuri Sri Nilam di Ampang berkata sebelum ini beliau risau selepas tiga pemaju masih gagal menyiapkan pangsapuri tersebut.
Bagaimanapun beliau berasa lega kerana pemaju yang dilantik oleh Pakatan Rakyat dapat berbuat demikian.
"Pakatan Rakyat betul-betul membantu rakyat," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ memberi reaksi yang berbeza apabila tidak berpuas hati kerana ketiadaan bekalan air dan lif yang tidak berfungsi.
Aminah Othman, 46, yang ditemui Malaysiakini selepas pelancaran program tersebut berkata walaupun berbangga dengan kehadiran ketua pembangkang tetapi masalah tersebut harus diselesaikan segera.
Aminah yang sudah mendiami rumahnya kira-kira sebulan yang lalu, kerana mendakwa pemaju tidak membayar sewa kepada pemilik rumah yang disewanya, berharap kerajaan Selangor bertindak segera untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan lif yang tidak berfungsi
Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Ir Iskandar Samad ketika ditemui pemberita, berjanji pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa seminggu.
"Penduduk tidak akan masuk selagi tidak lengkap dengan kemudahan ini," katanya.
Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong adalah antara 141 kawasan perumahan yang terbengkalai di negeri terbabit yang membabitkan kos pemulihan projek berkenaan dianggarkan bejumlah RM 5 bilion merangkumi hampir 5,000 unit rumah.
Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.
Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang turut
dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.
Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri itu adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.
Katanya kerajaan Selangor akan berusaha untuk mempercepatkan projek terbengkalai di Selangor walaupun beliau tidak menjanjikan keseluruhannya pada tahun ini.
"Kita tidak menjanjikan (semua projek terbengkalai) untuk siap dalam tahun ini, tapi kita ikhlas (menolong) memberi tempat (kepada pembeli).
"Kita berjanji, tidak ada habuan wang daripada pemaju dan kita tidak akan mengkhianati rakyat," katanya.
Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua umum PKR menjelaskan masalah projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi di negara ini.
"Ekonomi kita tidak berada dalam keadaan kukuh. Pelabur tidak yakin dengan institusi dan sistem (di Malaysia). Suatu ketika dahulu pertumbuhan ekonomi negara kita mengatasi negara seperti Singapura dan Thailand.
"Dan dari segi persaingan ekonomi, kita berada di tangga kedua, tapi sekarang kita masih rendah. Ini berpunca daripada kurang upaya pemimpin negara untuk meyakinkan pelabur luar untuk menguruskan ekonomi negara," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.
Dalam ucapan itu juga, Anwar menyatakan berjanji akan mendapatkan sijil pengesahan penduduk (CF) di projek perumahan Taman Ukay Bistari minggu hadapan.
"CF belum dapat lagi, hanya (sijil) sementara sahaja daripada Majlis
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kalau tidak lulus, saya akan turun lagi. Saya berjanji," katanya.
Sebelum itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Samad menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa jawatankuasa khas yang ditubuhkan "tidak ada gigi" untuk mengenalpasti dan menyelia projek terbengkalai di negeri itu
Kata Iskandar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Selangor berkata, jawatankuasa tersebut sebenarnya mempunyai tanggungjawab penuh kepada kepadanya selaku exco yang terlibat.
"Segala apa yang dilakukan akan dilaporkan kepada Exco dan perlu juga mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan wakil persatuan penduduk Taman Ukay Bistari, yang dikenali Dr Rafick yang berucap sebelum itu yang menyatakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah "organiasasi longgar" dan "tidak ada gigi" kerana tidak berada di bawah agensi kerajaan.
Dr Rafick berharap kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat berperanan sebagai satu kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.
"Kerajaan kini, jika tidak selesai masalah rakyat dan (mengambil kira)
pandangan orang ramai, maka ia tidak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini. Tunjukkan keyakinan kepada rakyat," katanya. Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4280981465323373549.post-13434605294836542952010-02-20T14:44:00.004+08:002010-02-20T14:55:51.955+08:00Kalau kita adil pihak asing tidak berani campur tanganFriday, 19 February 2010 20:46 Editor
KUALA TERENGGANU - Dalam satu sidang media di Kuala Ibai hari ini, Presiden PAS telah diajukan soalan tentang campurtangan asing dan kedudukan sistem kehakiman negara masakini.
Beliau telah menggesa supaya integriti badan kehakiman  dipulihkan bagi menghilangkan krisis keyakinan rakyat terhadap badan tersebut
Beliau ditemui wartawan selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu di Markaz PAS Kuala Ibai, hari ini 19 Februari, 2010 (Gambar).
Berikut adalah transkrip Penuh Soal Jawab, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika di temui wartawan dari beberapa media utama;
S: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campurtangan tersebut?
J: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik. Khususnya, mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala. Bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu Negara kita sebuah Negara yang berdaulat. Dan tidak perlu kepada campur tangan asing. Apa lagi dari Negara-negara barat, Negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.
S: Jadi, pada pandangan Dato’ Seri campur tangan asing itu tidak bolehlah?
J: Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah, kita ada kehebatan jika tidak hilang kehebatan kita.
S: Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?
J: Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.
S: Maksud Dato’ Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?
J: Ya, krisis…krisis..keyakinan yang berlaku.
S: Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?
J: Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.
S: Dato’ Sri, Ekoran campur tangan Australia ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?
J: Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nok bantah orang campur tangan jika kita sendiri tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki ‘diri’ (kelemahan) kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, Negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.
S: Dato’ Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?
J: Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhamad SAW sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini. Dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi SAW tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.
Sumber Buletin Online Nan al-Binjaihttp://www.blogger.com/profile/09540686898701820808noreply@blogger.com0