MP BN bantah usul orang awam kena pukul di Cheras

>> Sabtu, Mei 31, 2008

SIAPA yang memilih mereka sehingga boleh dapat kerusi parlimen? Bukankah rakyat? Tetapi bila mahu membincangkan masalah rakyat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bangun menentang.
Usul 18 (1) untuk membincangkan orang awam kena pukul oleh polis dan samseng di Bandar Mahkota Cheras (BMC) sehingga berdarah ditolak oleh speaker dewan dalam kamar lagi. Ahli Parlimen DAP Serdang, Puan Teo Nie Ching tidak berpuas hati dan membangkitkan semula dalam Dewan Rakyat, bagaimanapun tetap ditolak speaker.
Malah Ahli Parlimen BN terutama Umno ikut turut sokong speaker menolak mentah-mentah usul tersebut. Tidak fikrkah kamu wahai MP BN kamu menang kerana rakyat? kamu duduk di situ kerana rakyat?
Ikuti perbahasan di Dewan Rakyat, 29 Mei lalu:
Puan Teo Nie Ching [DAP-Serdang]: Tuan Pengerusi, saya telah mengemukakan
satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 pada hari Selasa yang lepas dan telah
terima satu surat daripada Tuan Pengerusi pagi tadi bahawa usul saya telah ditolak.
Pada pendapat saya, usul saya adalah tentang peristiwa yang berlaku di Bandar
Mahkota Cheras dan isu ini telah menjadi berita utama dalam beberapa surat khabar
bukan hanya hari esok tetapi juga hari ini. Jadi pada pendapat saya, saya memohon
Tuan Pengerusi boleh mempertimbangkan usul saya sekali lagi supaya Dewan yang
mulia ini boleh membahaskan isu ini.
Apa yang berlaku pada dua hari yang lalu ada orang kena pukul. Ada pemberita
yang kena pukul. Tengok gambar ini... [Menunjukkan keratan akhbar] Orang yang
berdarah macam ini, bagaimana boleh Dewan ini cakap kami tak perlu bahaskan usul ini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang
Berhormat. Sila duduk. Saya tidak mahu membuat ceramah Peraturan Mesyuarat 18(1). Sudah banyak disebut oleh Tuan Pengerusi di Dewan ini. Yang pertama, dalam 18(2), Tuan Pengerusi mesti berpuas hati tetapi ini Tuan Pengerusi tak berpuas hati perkara ini perlu disegerakan. Itu yang pertama Yang Berhormat.
Jadi satu lagi ialah bahawa kes-kes yang ada hubung kait dengan perkara ini
telah dibawa ke mahkamah. Di bawah peraturan, perkara-perkara yang telah dibawa ke
mahkamah tidak boleh dibincangkan dalam Dewan sebagai subjudice Yang Berhormat.
Jadi dalam keadaan sedemikian, saya tak mahu lagi Yang Berhormat berdiri, tunggu ya.
Perkara ini dibincangkan pun tak boleh, oleh sebab perkara ini telah ditetapkan di
mahkamah.
Tuan Pua Kiam Wee [DAP-Petaling Jaya Utara]: Tuan Yang di-Pertua, kalau katakan seorang dipukul oleh polis sampai macam itu, belum masuk mahkamah lagi. Masih boleh dibahaskan dalam Dewan ini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tahu Yang
Berhormat. Jangan ganggu peraturan. Kita banyak perkara yang penting. Saya tahu
perkara ini penting, tapi peraturan kita ada. Jadi kita kena buat keputusan dalam Dewan
ini mengikut peraturan. Kita adalah Ahli Yang Berhormat yang membuat undang-undang
negara. Jadi kita sendiri kena akur dengan peraturan kita sendiri dan akur dengan
peraturan negara.
Puan Teo Nie Ching [DAP-Serdang]: Tuan Pengerusi, dengan segala hormatnya, saya tidak bersetuju dengan pendapat Tuan Pengerusi dalam perkara ini. Kes mahkamah sekarang adalah di antara Grand Saga dengan Narajaya tetapi sekarang kita berbincang tentang penyalahgunaan kuasa yang mungkin telah berlaku oleh pihak polis kerana menurut berita-berita ini pihak polis berada di sana pada malam itu. Mereka tidak...
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [BN-Silam]: Point of order Tuan Pengerusi.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [BN-Batu Pahat]: [Bangun]
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [BN-Kalabakan]: [Bangun]
Puan Teo Nie Ching [BN-Serdang]: ...Ambil apa-apa tindakan. Jadi sekarang
perkara ini belum dibawa ke mahkamah lagi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat. Saya dah dengar Yang Berhormat. Keputusan telah dibuat. Duduk dulu Yang
Berhormat, saya belum habis bercakap. Keputusan telah dibuat. Alasan kita kukuh,
peraturan kita melarang. Jadi apa lagi yang kita nak bantahkan? Saya tak kira sama ada
Yang Berhormat setuju ataupun tidak. Ini pendapat peribadi Yang Berhormat. Saya tak
kira siapa Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak.
Kalau seluruh Dewan ini tak setuju, Peraturan 18 memberikan keputusan yang
muktamad kepada Tuan Pengerusi.
Tuan M. Kula Segaran [BN-Ipoh Barat]: Point of order 18(3). “Jika Majlis Mesyuarat tidak memberi izin, tetapi sekurang-kurangnya 15 orang ahli berdiri di tempatnya menyokong permintaan itu...”. Saya pohon agar Tuan Pengerusi menimbangkan lagi perkara ini kerana Parlimen menjadi irrelevant. Jikalau kita tidak membahaskan sesuatu perkara yang sangat urgent yang kita bincangkan.
Boleh saya mendapat sokongan daripada 15 orang ahli dulu sebelum Tuan Pengerusi membuat satu keputusan. Saya berpendapat perkara ini sangat urgent dan saya ingat sekurang-kurangnya 15 orang akan berdiri sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong apa yang saya kata. Can I get 15 people to stand up please?
Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun]
Dato’ Seri Tiong King Sing [BN-Bintulu]: Cannot abuse point of order.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey, duduk,
duduk semua. Dah banyak dah, lebih daripada 15 orang. Saya setuju lebih daripada 15
orang. Saya ingat ada 20 orang yang berdiri. Sila duduk Yang Berhormat, tetapi Yang
Berhormat sila duduk dulu. Saya buat ruling okey. Duduk Yang Berhormat, Ahli-ahli yang
lain sila duduk.
Yang Berhormat Ipoh Barat peguam, saya juga peguam. Jadi kita berbincang
soalan undang-undang Yang Berhormat. Bacakan Peraturan 18(2) dulu. Jadi di bawah
yang (3) mengatakan “Jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati...” di bawah Peraturan
18(2), “...yang demikian dan sama ada”, baru perenggan tiga boleh dipakai. Pertama,
Speaker mesti berpuas hati di bawah 18(2) dahulu. Di bawah perundangan mengatakan
conjunctively dua-dua dibaca sekali.
Pertama, Tuan Yang di-Pertua mesti berpuas hati dan kedua, barulah kalau
Majlis bersetuju ada bantahan daripada sesiapa atau Majlis tidak bersetuju, 15 orang
berdiri menyokong usul itu baru boleh dibawa ke pukul 4.30 petang. Namun Speaker
mesti bersetuju dulu. Tiga ciri tadi:
(i) perkara tertentu;
(ii) kepentingan orang ramai; dan
(iii) perlu disegerakan
Namun Speaker kata ini tidak perlu disegerakan. Bantahan berlaku, oleh kerana
ini kes sub judice Yang Berhormat. Jadi Speaker belum berpuas hati, maknanya 18(3)
it’s not applicable Yang Berhormat dengan izin. Tidak terpakai! Ini keputusan saya.
Puan Chong Eng [DAP-Bukit Mertajam]: Tuan Pengerusi, peraturan. Tadi alasan
yang mengatakan bahawa tidak perlu disegerakan kerana sub judice .
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [BN-Batu Pahat]: Tuan Pengerusi, sudah buat
keputusan tidak payah layan lagilah.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [BN-Silam]: Tidak payah layan sudah buat
keputusan.
Puan Chong Eng [BN-Bukit Mertajam]: Yang Berhormat Serdang sudah
memberitahu Tuan Pengerusi bahawa kes di mahkamah bukan sama dengan kes yang
berlaku yang dia pernah bawa ialah kes di antara developer dan kompeni dan bukan...
Dato’ Haji Lilah Yasin [BN-Jempol]: Memang tidak boleh dibahaskan.
Puan Chong Eng [DAP-Bukit Mertajam]: Ini kerana kalau sekiranya dia sekarang
seolah-olahnya tidak ada undang-undang lagi. Di mana-mana pihak yang buat boleh
menguasai keadaan di sana.
Dato’ Seri Tiong King Sing [BN-Bintulu]: Tuan Pengerusi, ini kes di dalam
mahkamah pun sudah buat keputusan.
Puan Chong Eng [DAP-Bukit Mertajam]: Jadi saya rasa yang penting ialah untuk
Dewan ini membincang satu penyelesaian.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik
duduk semua Yang Berhormat. Sekarang suara Yang Berhormat tidak boleh didengar
lagi dah. Saya dah tutup ini. Saya seorang sahaja yang boleh dengar. Saya sudah buat
keputusan di bawah Peraturan 43, Yang Berhormat. Apa sahaja keputusan saya adalah
muktamad kalau tidak puas hati, buat satu usul bagi notis dua hari. Itu keputusan saya
Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat Shah Alam, apa pula?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [PAS-Shah Alam]: Tuan Pengerusi, hendak minta penjelasan berhubung dengan bahawa ianya tidak perlu disegerakan. Seperti mana yang kita hendak faham apa yang akan memuaskan hati Tuan Pengerusi bahawa ianya perlu disegerakan. Rakyat jelata dipukul, sekarang ini dipukul, ada cedera, bawa masuk hospital. Kes ini merupakan satu kes yang melibatkan nyawa manusia. Sekiranya ia tidak...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, duduk
Yang Berhormat. Terima kasihlah, saya sudah dengar Ipoh Barat, saya sudah dengar
Shah Alam. Keputusan saya tetap tidak boleh bahas Yang Berhormat. Kita punya
keputusan kalau tiap-tiap kali Yang Berhormat buat itu, peraturan dibuat sebegitu rupa
untuk membantu Speaker boleh membuat keputusan Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [PAS-Shah Alam]: Saya faham itu tetapi kita
hendak tahu, ciri-ciri apa yang perlu ada yang akan memuaskan Speaker untuk perkara
ini disegerakan....
Dato’ Haji Lilah Yasin [BN-Jempol]: Subjektif.
Tuan N. Gobalakrishnan [PKR-Padang Serai]: Ciri-ciri yang...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [PAS-Shah Alam]: Ciri-ciri macam mana yang perlu...
Tuan N. Gobalakrishnan [PKR-Padang Serai]: ...Mereka dipukul dihambat, diheret. Berbagai-bagai berlaku.....Gangster-gangster upahan.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, sudah,
sudah! Sudah semua. Tolong, tolong. Tidak ada dah.
Tuan N. Gobalakrishnan [PKR-Padang Serai]: ...Boleh kehilangan nyawa...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Semua, semua
minta tolong Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat.
Beberapa Ahli: [Bangun][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey, duduk.
Sila duduk, Bintulu duduk, Putatan duduk, Shah Alam duduk, Ipoh Barat duduk. Sudah,
sudah! Saya tak nak dengar Yang Berhormat. Sudah, sudah! Semua duduk Yang
Berhormat.
Saya sedih Yang Berhormat tengok, orang kat belakang sana tengok inikah
perangai-perangai Ahli-ahli Yang Berhormat?...[Dewan riuh] Jikalau budak-budak
sekolah boleh dengar kata-kata guru dia, kenapa pula tidak boleh dengar kata Speaker?
Keputusan ini berlandaskan undang-undang, peraturan kita sendiri Yang Berhormat.
Minta tolonglah, dalam keadaan sedemikian saya minta Yang Berhormat...
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [PAS-Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Shah Alam
tidak payah lagilah. Penjelasan boleh dibuat tetapi bukan di sini Yang Berhormat. Minta
tolong, minta tolong. Sudah teruskan. Terima kasih Yang Berhormat.

Read More...

Nikmat rakyat Selangor yang tidak dikecapi dalam pemerintahan BN

>> Khamis, Mei 29, 2008

Oleh Adnan Ibrahim

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyiasat penglibatan samseng yang memukul penduduk hingga berlaku tragedi berdarah, sama ada ia turut melibatkan syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang atau tidak, sangat dialu-alukan rakyat.
Kes orang awam kena pukul oleh semseng yang diupah syarikat pemaju atau konsesi memang sudah menjadi perkara biasa dalam pemerintahan BN.
Sebab itu pemerintah BN memang terkenal dengan berleluasanya mafia yang `mencari makan' dengan golongan kapitalis untuk mengugut dan memukul orang awam yang dikatakan menggangu urusan `pembela' mereka.
Malah bagi bukti penglibatan semseng dengan pemaju amat sukar kerana ia dilindungi sama ada pihak berkuasa atau pengaruh kerajaan sendiri. Walaupun perkara ini juga berkait dengan unsur rasuah atau imbuhan lumayan bertujuan tutup mulut dan putar belit kejadian sebenar.
Bagi menjaga kepentingan kapitalis ini, tidak hairanlah orang awam turut dipukul oleh pasukan keselamatan. Polis yang hadir sepatutnya bertindak menjaga keselamatan apabila ada perhimpunan sebaliknya mereka bertindak di luar etika memukul orang awam.
Dalam kes 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membelasah remaja Chang Jiun Haur dengan cota dan ditendang sehingga berdarah, memang boleh berlaku kerana dasar seumpama itu masih lagi menguasai Kerajaan Pusat.
Chang Jiun, 21 dikatakan hadir di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki.
Ketika memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, kereta beliau dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.
Alasan beliau dipukul kerana didakwa melanggar anggota FRU. Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorangpun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.
Sementara media elektronik dan akhbar 'mainstream' secara besar-besaran serta menjadi berita utama melaporkan remaja terbabit melanggar anggota FRU dengan keretanya.
Laporan yang sering kali menyalahkan orang awam apabila berlaku tragedi sedemikian tanpa usul periksa memang kerap berlaku. Malah penduduk yang dipukul samseng juga dilaporkan secara memutar belitkan kejadian dengan menuduh penduduk bergaduh dengan pekerja.
Akhbar berbahasa Cina melaporkan lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian pergaduhan samseng dengan penduduk tersebut.
"Mereka terus menyerang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa.
Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk, Lee Ah Seng, cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan.
Akhbar Inggeris ada menyiarkan jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika beliau cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut.
Sebaliknya media memanipulasikan berita mengatakan wartawan dipukul penduduk dan kemera mereka dirampas.
Bagaimanapun penduduk Selangor kali ini sangat bersyukur mempunyai pemerintah yang prihatin tentang nasib dan maruah mereka yang diaibkan sedemikian rupa.
Hal seumpama ini tidak berlaku dalam pemerintah Barisan Nasional (BN) yang lebih memihak kepada pemaju bila berlaku konflik antara kedua pihak.
Nikmat hidup sebagai rakyat yang dihargai pemerintah mula terasa sejak pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan selepas pilihan raya umum lalu. Inilah pentingnya menyokong kerajaan berjiwa rakyat.
Kebahagian seumpama ini hanya dapat dikecap semasa pemerintahan khalifah Umar apabila mengarahkan tentera memerangi Yahudi yang mempersendekan dan mentertawakan seorang muslimat yang auratnya terdedah dikalayak ramai di pasar.
Wanita tersebut merasa terhina dan maruahnya dicabar lalu mengadu kepada pemerintah Umar. Lalu Umar mengarahkan tentera tersebut bertujuan memberi peringatan dan pengajaran bahawa rakyat di bawah pemerintahan Islam akan dibela maruah dan keaiban mereka.
Ini contoh negara Islam dan perkara inilah yang perlu diteladani oleh pemerintahan pakatan rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat hubungan kumpulan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat konsesi lebuh raya Cheras-Kajang sehingga menimbulkan ketegangan berdarah di BMC.
"Kerajaan negeri akan memanggil (mesyuarat agung tergempar atau EGM) untuk membuat audit terhadap Grand Saga Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan aliran kewangan untuk mengupah samseng tersebut," kata Abdul Khalid.
"Jika ada bukti syarikat (konsesi lebuh raya) tersebut ada berbuat demikian, kerajaan percaya pegawai-pegawai termasuk pengarah syarikat boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencedera," kata Abdul Khalid di Shah Alam, semalam.
Khalid berkata Selangor tidak boleh mengetepikan hak orang awam walaupun anak syarikat kerajaan negeri memiliki saham dalam Grand Saga.

Read More...

Pulau Batu Putih: Sejengkal demi sejengkal

>> Rabu, Mei 28, 2008

SUDAH sampai masanya Umno menyerah kepada mereka yang bermaruah memerintah negara. Jika tidak lama kelamaan tanah yang dimiliki orang Melayu ini boleh hilang.


Inilah hadiah sambutan 50 tahun merdeka...maruah tergadai. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengambil kira kerana sejarah menunjukkan sikap tidak ada tanggungjawab pemimpin Johor sejak dahulu keatas pulau itu dan lebih menyerahkan kepada Singapura.

Malaysia hanya menghantar Peguam Negara, Ghani Patail dan kumpulannya. Sedangkan Singapura menggunakan peguam terkenal di republik itu . Nampak kesungguhan Singapura berbanding Malaysia.

Siapa Ghani Patail...dia hanya jaguh kampung. Atur untuk jatuhkan orang tertentu bolehlah tetapi bila berdepan dengan loyar luar negeri...habis. Dahulu masa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bolehlah main hakim tetapi bila berdepan IC baru tahu langit tinggi rendah.

Pembalasan atas dunia Allah dah tunjuk. Kerana Malaysia menggunakan orang seperti ini akhirnya balanya rakyat Malaysia. Tanah habis sapu Singapura. Umno bapak berabis tanah, cucu cicit merana.

Undurlah Umno, undur Umno, undur Umno!!!


Petikan orangjohorlama: Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? Tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit.Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje.

Read More...

Tian Chua saran penduduk pertahankan tanah rizab Melayu


Adnan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyeru penduduk Kampung Padang Balang, Gombak, di sini supaya mewujudkan satu mekanisme bertujuan mendapatkan keputusan terbaik apabila kerajaan mengambil tanah mereka nanti.

Bercakap dalam satu majlis dialog bersama penduduk di situ, beliau menasihatkan penduduk mempertahankan tanah rizab Melayu dan tradisi serta budaya kampung supaya tidak mudah diambil kesempatan pihak berkuasa untuk kepentingan mereka.

Menurut beliau, Kampung Padang Balang termasuk dalam laluan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam draf pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun penduduk diberi masa sehingga Ogos ini bagi menyatakan masalah mereka terutama tanah yang akan diambil untuk projek tersebut. "Kita harap penduduk boleh buat satu jawatankuasa yang diwakili pelbagai pihak terutama tuan punya tanah terlibat. Kita harap pada Jun ini kita boleh bincang dengan jawatankuasa tersebut," ujarnya yang juga terkenal sebagai aktivis perjuang tanah rizab Melayu sebelum menjadi ahli Parlimen lagi.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau juga menerima banyak aduan terutama kawasan kampung yang disenarai hitam denggi, banjir setiap tahun, pengurusan sampah kurang sempurna, penagih dadah, penduduk asing dan keselamatan kampung.

Perkara ini disuarakan Iman Masjid Kampung Padang Balang, Muhammad Besar dan Ketua PAS Cawangan Padang Balang, Shamsudin Yaakob.

Mengenai permintaan agar pihak polis mengadakan rondaan kampung, beliau berkata ia boleh dilakukan dan pihak polis kebiasaannya membuat kawalan tersebut apabila ada permintaan tetapi selepas itu ia akan kembali seperti biasa.

"Perlu ada perbincangan bagaimana bentuk yang lebih sesuai supaya soal keselamatan itu boleh ditangani secara berterusan," ujarnya dalam majlis itu semalam di Pasti Kampung Badang Balang yang dihadiri lebih 100 orang.

Mengenai denggi beliau berkata, penyemburan asap yang sering dilakukan di kawasan yang dikenal pasti denggi tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya perlu ada perubahan mentaliti bagaimana mewujudkan kampung yang bersih dan selamat.

"Ini soal perparitan dan saliran. Jika parit sempurna secara tidak langsung kampung bersih. Saliran yang baik juga dapat mengatasi masalah banjir," katanya.

Bagaimanapun dalam soal banjir itu beliau menyifatkan kerajaan tidak serius menangani masalah rakyat sebaliknya apa yang diambil kira kerajaan projek yang menguntungkan mereka.

"Bukan tidak ada cadangan projek atasi banjir dikemukakan kepada kerajaan tetapi yang mereka lulus projek yang mereka fikir boleh dapat wang. Seperti lorong smart kerana lorong itu boleh buat tol, dapat duit," ujarnya.

Dalam lawatannya ke kawasan parlimen, beliau juga menerima banyak cadangan terutama mewujudkan kemudahan perubatan seperti klinik desa dan mengadakan sistem pengurusan sampah yang sempurna.

"Tanggapan pembangunan hanya bangunan besar dan tinggi perlu dihapus. Pembangunan juga meliputi infrastruktur seperti parit saliran yang baik, perkampungan bersih serta kemudahan kelas pertama. Pembangunan inilah yang boleh mengatasi masalah banjir dan denggi," ujarnya menjawab pertanyaan penduduk.

Read More...

Khutbah 'cinta terlarang' mahu ubah perspektif umat Islam

>> Ahad, Mei 25, 2008

Adnan Ibrahim

Khutbah Jumaat di masjid hari ini membawa tajuk berjiwa remaja iaitu `Cinta Terlarang'. Tajuk ini juga sering kali diguna penulis cereka seperti novel dan cerpen atau skrip drama.

Apa maksud pihak berkuasa agama menggunakan tajuk tersebut? Mungkin juga satu provokasi untuk menarik jemaah masjid lebih mendengar khutbah daripada tidur di samping menarik remaja mengikuti kandungan khutbah yang disampaikan.

Apa yang pastinya dibarisan depan jemaah solat ramai golongan berusia berbanding golongan belia yang lebih suka duduk di belakang. Kemungkinan juga tajuk yang digunakan sebagai pendekatan di masa akan datang untuk menarik golongan belia lebih ke saf depan dalam masjid.

Bagaimanapun pengertian daripada khutbah yang ingin disampaikan katib itu lebih diberi keutamaan walaupun ia nampak tidak serius.

Perkara utama yang sukar dirungkai dalam masyarakat sekarang ialah bagaimana untuk mengatasi masalah manusia bercinta sehingga mengundang kemungkaran. Hal ini turut berlaku yang amat ketara dalam masyarakat umat Islam.

Umat Islam sekarang yang mudah menerima pemikiran Barat menjadikan cinta bermasalah itu walaupun dilarang dalam Islam sebagai satu budaya hidup malah setiap cara serta susun atur kehidupan lebih berlandaskan kepada menteliti tersebut.

Terutamanya perspektif bercinta sebelum kahwin dan di alam pertunangan. Ia seolah-olah telah menjadi lumrah dan perkara biasa dalam masyarakat umat Islam. Sedangkan apa yang diberitahu oleh khutbah tersebut cinta seumpama itu adalah terlarang.

Perkara inilah yang cuba dirungkaikan supaya umat Islam menjadi insan yang bermoral dan berakhlak tinggi. Katib bertanggung jawab menyampai dan menyelar perbuatan serta amalan terlarang itu. Tetapi apakah katib mampu mengubah amalan yang telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian orang Islam?

Kata katib ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Sungai Mulia, cinta tersebut merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Cinta yang diberikan oleh Allah kepada insan adalah satu kemulian sebaliknya manusia menjadikan cinta itu sebagai tempat memuaskan hawa nafsu mereka.

"Cinta itu baik jika digunakan pada tempat yang baik sebaliknya ia jadi mungkar apabila digunakan pada tempat yang tidak baik," ujarnya. Ramai umat Islam yang kecundang dalam permainan perasaan ini kerana insan berlainan jenis yang tidak halal apabila berduaan akan datang yang ketiga iaitu syaitan.

Pihak berkuasa agama bertanggung jawab menyampaikan dakwah untuk mengubah perspektif yang telah lama tertanam dalam pemikiran umat Islam. Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi peranan televisyen yang sering menayangkan filem serta drama yang bentuknya bercanggah dengan agama.

Khutbah hanya mampu disampaikan seminggu sekali. Tajuk khutbah minggu depan lain pula yang ingin disampaikan. Sedangkan televisyen boleh dikatakan setiap hari menyiarkan drama bercinta sebelum kahwin.

Akhirnya pihak berkuasa agama kalah. Jadi sebaiknya pihak berkuasa agama yang ada kuasa gunalah kuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi ada. Janganlah hanya puji idea pembangkang bagus di Dewan Rakyat sedangkan pelaksanaannya tidak berlaku.

Pandangan pembangkang terutama PAS dalam soal agama bukan baru di parlimen. Tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan terutama dalam pendekatan selari kementerian dalam menangani keruntuhan moral dan gejala akhlak.

Selagi keadaan ini tidak tercapai selagi itulah masalah tidak boleh diatasi. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dahulu di Dewan Rakyat.

Walaupun kementerian pendidikan dan jabatan perdana menteri bahagian agama mahu mewujudkan manusia berakhlak sebaliknya kementerian lain terutama penerangan tidak bertindak selari malah lebih cenderung kepada hiburan yang akhirnya melalaikan manusia.

Read More...

Usul bahas pendudukan haram Israel ditolak, berperikemanusiaankah kita?

>> Sabtu, Mei 17, 2008

APAKAH perasaan kita terhadap umat Islam Palestin sehingga sedikit pun tiada rasa kemanusiaan sehingga menolak usul supaya dibincangkan penjajahan 60 tahun Israel keatas negeri tersebut.
Kenapa kita masih menaruh harapan yang tidak kesampaian dengan rundingan damai tajaan Amerika Syarikat sekutu Israel.
Sebaliknya sekutu Barat ini seperti Australia boleh meluluskan usul merayakan kelahiran Israel di Parlimen mereka. Malah usul itu di sokong pembangkang.
Sebaliknya usul pembangkang yang dibawakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menyentuh kepentingan umat Islam Palestin tidak dapat sambutan kerajaan yang dikatakan negara Islam.
Cukup sedih.... Mana ukhwah yang dikatakan kalau hujung rambut terasa sakit hujung kaki pun ikut sama sakit.
Wahai pemimpin negara Malaysia, mana penyatuan yang kamu laungkan berdegar-degar di sidang OIC tetapi kosong.
Inilah golongan manusia yang pandai bermain dengan kata-kata. Cakap dan tutur kata yang mengasyikan tetapi hakikatnya mereka sebenarkan tiada prihatin dengan kemanusiaan.
Berikut usul Abdul Hadi di bawah 18(1) bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di Palestin.
Abdul Hadi [Marang]: Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya Abdul Hadi Awang mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke-60 pendudukan haram Israel di bumi Palestin pada 15 Mei 2008.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa 15 Mei
2008 ini adalah genap 60 tahun hari Nakba, bencana yang menyayat hati yang merupakan
sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.
Ini bermakna semenjak 60 tahun yang lalu, telah bermula sejarah kezaliman yang berpanjangan di mana pembersihan etnik pada 1948 itu oleh tentera Zionis yang mengakibatkan 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar. 3/4 populasi Palestin dari kampung halaman dan rumah mereka.
Kini mereka menjadi pelarian di negara jiran yang sudah mencecah bilangan seramai 4.5 juta orang.
Keadaan kehidupan mereka adalah di luar perikemanusiaan, kemiskinan tegar, penafian keperluan asas tanpa makanan mencukupi, tempat berteduh, pekerjaan, pendidikan dan rawatan kesihatan.
Nasib mereka telah tidak diendahkan oleh kononnya komuniti antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat.
Israel kini menguatkuasakan sekatan ekonomi dan pada musim panas 2006 telah melancarkan serangan bom di Gaza yang telah memusnahkan jambatan, kemudahan awam, bekalan air bersih dan tenaga elektrik, ratusan rakyat awam telah terbunuh.
Kami dengan ini mencadangkan dan merayu agar Tuan Yang di-Pertua dapat menerima usul khas di Parlimen mengenai bantahan Malaysia terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin.
Kami berpendapat usul khas itu akan memberi mesej yang penting kepada Israel dan Amerika Syarikat serta seluruh kuasa Barat dan dunia amnya bahawa Ahli Parlimen Malaysia sangat tegas menentang kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.
Kami percaya usul ini dapat memberi mesej yang kuat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan rakyat Malaysia bersama pendirian Pakatan Rakyat dalam hal ini adalah jelas.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, pada 12 Mac 2008 yang lalu, Parlimen Australia telah meluluskan usul merayakan kelahiran Israel yang disokong pula oleh Ahli Parlimen pembangkang mereka.
Ahli Parlimen Malaysia seharusnya mengutuk usul itu dan mengusulkan supaya Malaysia menyatakan bantahan kepada Kerajaan Australia. Saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih. Ahli-ahli Yang berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)
daripada ahli Yang Berhormat Marang pada hari Selasa, 13 Mei tahun 2008.
Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat itu sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini.
Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu:
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa syarat pertama tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu.
Syarat kedua kepentingan orang ramai, ianya adalah bagi kepentingan orang ramai.
Syarat ketiga ia berkehendakkan untuk disegerakan.
Pendapat saya perkara ini tidak perlu disegerakan. Malaysia amat bersimpati dengan nasib dan kesengsaraan yang menimpa rakyat Palestin dan sentiasa menggesa Israel meneruskan rundingan damai ke arah penyelesaian yang menyeluruh.
Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah peraturan mesyuarat 18(2)

Read More...

Peluang kerja di New Zealand

Bekerja di sektor pertanian sambil melancong ke New Zealand disamping menguasai bahasa Inggeris.
Pendapatan: RM5,000 sebulan
Syarat: i. Warganegara Malaysia.
ii. Terbuka lelaki/perempuan.
iii. Berumur antara 18-30
Sila hubungi Adnan 013 3354513 atau email nanbinjai@gmail.com.

Read More...

Beras hak rakyat miskin tetap dirampas selagi kerajaan tidak tegas

>> Khamis, Mei 15, 2008

Adnan Ibrahim

Dahulu beras digredkan dengan nama premium, standart dan super. Harga beras bagi kedua gred itu dikawal kerajaan untuk menjamin kehidupan golongan rakyat berpendapatan rendah.
Ini bermakna rakyat berpendapatan RM1 ribu kebawah boleh hidup dalam keadaan agak selesa kerana makanan ruji bukanlah suatu yang membebankan.
Akan tetapi itu kenangan lebih sepuluh tahun dahulu. Dalam tempoh tersebut krisis beras sudah berlaku pada 1996. Pembekal padi mengambil kesempatan menaikkan harga beras gred super yang tidak dikawal kerajaan.
Beras premium dan standart yang dikawal pula tidak ada di pasaran kerana golongan tersebut mengambil kesempatan meraih keuntungan daripada krisis itu.
Walaupun Perintah Beras (Kawalan Harga dan Gred) 1995 mensyaratkan kilang mengeluarkan beras gred kawalan dengan menetapkan kepada pihak pengilang mengeluar 30 peratus beras gred premium dan standard tetapi gred tersebut tetap juga tidak ada di pasaran.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika itu Ahli Parlimen Marang turut menyuarakan kepada kerajaan supaya meningkatkan hasil pengeluaran padi negara. Sebaliknya jawapan yang diperolehi daripada kerajaan ialah ia tidak menguntungkan kerana kosnya lebih tinggi daripada import.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan pengguna ketika itu turut mengingatkan kerajaan supaya meningkat pengeluaran beras negara memandangkan ia makanan ruji dan keselamatan pemakanan negara.
Kawalan kerajaan bukanlah satu yang pelik bagi pengilang beras. `Kalau pemimpin boleh pulas rakyat, mereka boleh pulas pemimpin’. Tanpa rakyat sedari jenama gred beras telah berlaku rebranding.
Kesannya dua jenama gred yang harga dikawal kerajaan sebelum itu iaitu premium dan standart tetapi sekarang hanya tinggal satu gred iaitu gred Super Tempatan 15 peratus.
Penjenamaan semula itu menguntungkan pengilang beras kerana harga diapung bagi kedua gred Super Special Tempatan (SST) 10 peratus dan 5 peratus, sedangkan sebelum itu mereka hanya menguasai satu jenama gred Super.
Sekarang krisis beras berulang kembali, keadaan yang sama berlaku iaitu beras harga kawalan RM1.80 tidak ada di pasaran. Tekanan amat terasa bagi rakyat berpendapatan RM1 ribu sebulan ke bawah.
Beras SST 10 peratus naik mendadak sehingga RM3.50 sekilo. Disebalik kenaikan itu, petani yang menanam padi tetap miskin. Padi dijual kepada pengilang dengan harga rendah sebaliknya mereka membeli beras dengan harga mahal.
Dalam keadaan seperti ini, mungkin petani boleh membuat reformasi iaitu menjual sendiri hasil pengeluaran di pasar tani yang dianjurkan Fama. Masyarakat petani boleh kembali kepada sistem era 60 an dan 70 an menubuhkan koperasi untuk mendirikan kilang.
Walaupun kilang bukan jenis termoden yang boleh mengilap beras sehingga putih berkilat tetapi pengeluaran beras yang masih berselaput keperangan lebih baik untuk kesihatan.
Usaha petani ini secara tidak langsung menghapuskan sistem monopoli dan rakyat boleh mendapat hak yang terbaik. Kenapa perlu pengilang menjadi kaya diatas keringat dan keperitan petani membanting tulang dipanas matahari yang terik?
BN perlu letak jawatan
Sekiranya kawalan harga beras dan perubahan tersebut masih gagal dilakukan, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyerah kerajaan secara terhormat kerana masih ada pemimpin yang boleh membela rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan harga siling bagi beras SST ditetapkan RM2.70 dan RM2.80 bagi memastikan bekalan beras mencukupi dan juga untuk membendung kenaikan harga yang berterusan ekoran kenaikan beras mendadak di pasaran baru-baru ini.Selain itu kerajaan terus mengekalkan beras Super Tempatan 15 peratus sebagai beras yang dikawal harga antara RM1.65/kg hingga RM1.80/kg mengikut zon, bagaimanapun beras ini dipercayai berkurangan dipasaran berikutan aktiviti mengaut keuntungan.
Menaikkan Harga Minimum Terjamin (GMP) daripada RM650 satu tan metrik kepada RM750/tan metrik bagi memelihara kebajikan pengguna dan pesawah padi dalam isu kenaikan harga padi dan beras.
Pengumuman Perdana Menteri itu sebenarnya mengiktiraf kenaikan harga beras di pasaran kerana kedua gred tersebut boleh didapati dengan harga RM2 sekilo sebelum krisis beras.
Sebelum ini pada Julai 2007 kerajaan mengumumkan tidak menaikkan harga beras apabila Bernas membuat desakan. Sebaliknya kerajaan gagal mengawal kenaikan harga beras selepas pilihan raya umum lalu.
Mungkin alasan kenaikan bagi harga beras import boleh diterima tetapi kenaikan harga beras tempatan jelas menunjukkan pihak pembekal mengambil kesempatan.
Kerajaan BN terutama Umno yang goyah selepas pilihan raya lalu dilihat lebih seronok bercakar sesama mereka daripada mengawal harga beras yang dimanipulasi oleh pihak konglomerat.
Kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh pengeluar beras dan pengumuman Abdullah itu secara tidak langsung merupakan kejayaan mereka sejak Julai 2007 apabila kerajaan menolak kenaikan itu.
Pengumuman itu sebenarnya bukanlah berbaloi pada rakyat yang mahukan pembelaan kerajaan. Setiap harga yang naik tidak akan turun. Hakikatnya jelaslah bahawa BN lebih mementingkan kroni mereka dalam pilihan raya umum lalu daripada menjaga hak dan kepentingan rakyat.
Sepatutnya pemimpin boleh mengelak terjebak dengan pihak berkepentingan sekiranya terdapat mekanisme dan nilai mulia yang tidak mengambil kesempatan diatas keperitan hidup rakyat.
Kerajaan juga perlu mengkaji pengswastaan Bernas kerana 30 peratus sahamnya terjual kepada pihak asing. Beras ada sangkut paut soal keselamatan pemakanan negara dan pihak asing sepatutnya tidak mudah campur tangan yang boleh menentukan harga beras.Pengumuman itu tidak bermakna beras hak rakyat miskin terbela kerana apa yang jelasnya beras Super Tempatan 15 peratus tidak ada di pasaran. Apakah langkah kerajaan untuk tidak menafikan hak rakyat miskin ini?

Read More...

Konferan di Itali: Umat Islam mangsa ketidakadilan media massa

>> Rabu, Mei 14, 2008

Rome, Itali: Umat Islam selama ini menjadi mangsa diskriminasi dan persepsi buruk media massa tentang Islam.
Persoalaan ini dibangkitkan dalam konferen antarabangsa tentang komunikasi dan hubungan antara budaya, ketika ini berlangsung di Pusat Studi Amerika di Rome di sini.
Penasihat senior di jabatan luar negeri Amerika Syarikat bagi masalah Eropah dan Asia, Farah Pandith, mengakui bahawa umat secara mentalitinya mengalami penderitaan akibat pemberitaan media massa yang tidak adil.
Oleh sebab itu, kata Pandith, media massa harus memainkan peranan yang lebih positif khususnya berkait dengan persoalan yang menyentuh kepentingan umat Islam.
Perkara serupa dinyatakan oleh Amanullah Shahed, yang lebih menyoroti sikap media massa di AS terhadap Islam dan umat Islam.
Shahed merupakan Pengarah Sesawang AltMuslim.com dan mendirikan jaringan media online Halalfire Media yang berpengkalan di AS, berkata kepada peserta konferan tersebut bahawa media massa di Amerika telah melakukan demonisasi dan memiliki tafsiran yang salah tentang Islam dan umat Islam.
Dalam sesi lain, Shahed juga mengkritik warga muslim di AS dan Eropah yang kurang bersatu.
Beliau juga memberikan saranan kepada warga muslim dalam usaha menghadapi apa yang di sebut sebagai, "perangkap media massa' dan usaha itu boleh dimulai dari Itali.
"Itali merupakan titik pertemuan dua agama terbesar dunia, apa yang terjadi di sini akan memberi pengaruh pada komuniti muslim lainnya di Eropah, " ujar Shahed.
"Kerana di sinilah tanah Oriana Fallaci dan Magdi Allam, sangat susah menjadi seorang muslim di Eropah, " sambung Shahed menyebut dua nama wartawan Itali, Fallaci dan Allam.
Fallaci dikenali sebagai tokoh yang Islamfobia dan tulisan yang memburukkan Islam.
Begitu juga dengan Allam, seorang muslim yang pindah agama ke Katolik dan pembatisannya dilakukan secara terbuka oleh Paus Benediktus ke XVI dalam acara misa Paskah bulan Mac lalu.
Shahed juga terkenal sebagai tokoh yang membangun media Islam di AS mengatakan, media massa banyak menyajikan pandangan yang salah tentang Islam.
"Dan sampai ketikanya media massa melakukan perubahan. Kerana itu diperlukan kerjasama yang lebih intensif. Saya sedang berusaha untuk merangkum media semacam itu, meski terkadang menemui kesulitan kerana tekanan politik, " ujar Shahed. (Islamicity)

Read More...

Misri: Bush tidak komitmen gencatan, Hamas tetap lawan

Semenjung Gaza, Palestin: Israel didapati cuba berusaha menggagalkan usaha Mesir mewujudkan gencatan senjata dengan memberikan syarat yang tidak realistik sehingga sukar diterima golongan perjuang Palestin.
Sehubungan itu, Israel dilihat bertanggungjawab untuk terus melahirkan keadaan ke arah perang atau damai.
Hamas menilai sikap Israel terhadap gencatan senjata itu yang seharusnya memberi peluang kepada Mesir dan dunia Arab mengambil sikap berani menghentikan pengepungan terhadap rakyat Palestin.
Jurucakap Hamas, Mushir Misri menegaskan kepada QudsPress bahawa kunjungan Ketua Badan Cedekiawan Mesir, Umar Sulaiman, mengenai gencatan senjata tidak memberikan motif sama sekali.
Misri menegaskan, terpulang kepada pihak Israel. Bagi perjuang Palestin sendiri memberikan signal positif terhadap tawaran gencatan senjata dari Mesir.
Kebiasaannya, sikap Israel selalu ingin menghindari daripada gencatan senjata dengan meminta syarat yang boleh menggagalkan usaha itu.
Dengan kata lain Israel mengaitkan gencatan senjata dengan pembebasan tentera mereka Galiad Shalit.
Pada hal gencatan senjata senjata tidak ada hubungannya dengan pembebasan Shalit.
Ia menegaskan bahawa Israel sendiri akan menentukan dan membentuk masalah pada masa depan sama ada perang atau keamanan.
Gencatan senjata tidak akan diterjemahkan kecuali jika tuntutan Israel dipenuhi.
"Kerana itu, Hamas tidak akan melakukan gencatan secara sebelah pihak meskipun Presiden Amerika Syarikat, Goerge Bush datang ke sini. Bahkan Hamas akan meningkatkan serangannya terhadap Israel," katanya.
Hamas menyeru agar Mesir dan dunia Arab mengambil sikap penuh tanggungjawab terhadap sikap sorong tarik Israel dan usaha menggagalkan gencatan itu.
Sebab kedudukan Palestin sudah menampakkan kelemahan menerima tawaran gencatan senjata dengan Israel dari Mesir.
Kerana Mesir dan Arab tidak mempunyai alasan untuk membiarkan kepungan itu.
Dalam sesi lain, Misri mengkritik pertemuan beberapa kali pemerintah Ramallah dengan delegasi kumpulan kwartet untuk perdamaian Timur Tengah, Tony Blair.
Ia menilai pertemuan itu hanya membuang masa kerana yang mendapat manfaat hanya Israel.
Blair sudah menegaskan zionisme dalam setiap sikapnya.
Sayangnya masih ada orang percaya kepadanya seperti Mahmod Abbas.
Misri mengajak kepada Abbas untuk mengumumkan kegagalan politiknya.
Jika sudah gagal maka seharusnya Abbas tidak melanjutkan percubaa itu.
Ia seharusnya memilih jalan jihad dan berjuang untuk memerdekakan Palestin.

Read More...

"التشريعي": حق العودة مقدس ومن يتنازل عنه خارج عن الصف الوطني


خلال جلسته بمناسبة الذكرى الستين للنكبة




الدكتور بحر: من يتنازل عن حق العودة فهو خائن لله وللوطن

غزة - المركز الفلسطيني للإعلام
حمل رئيس المجلس التشريعي الفلسطيني بالإنابة الدكتور أحمد بحر بريطانيا المسؤولية التاريخية عن نكبة الشعب الفلسطيني، وإقامة الكيان صهيوني على أرضهم، حيث أعطت حق إقامة وطن قومي لليهود في فلسطين، بإصدار وعد بلفور المشئوم 2 نوفمبر1917م.
وأكد الدكتور بحر خلال جلسة عقدها المجلس التشريعي الثلاثاء (13/5)، في مقريه في غزة ورام الله، بمناسبة الذكرى الستين لنكبة فلسطين، أن حق العودة حق مقدس فردي وجماعي لا يمكن أن يسقط بالتقادم، مشددا على أن من يتنازل عن حق العودة هو خارج عن الصف الوطني، وتابع "بل هو خائن لله وللوطن ومن هذا المنطلق فقد سن مجلسكم الموقر قانون حق العودة".
وطالب القادة العرب أن يتحملوا مسؤولياتهم الوطنية والمدنية والتاريخية تجاه القضية الفلسطينية، وألا يتركوا شعبنا الفلسطيني نهباً للغطرسة الصهيونية، ودعا شعبنا بكل توجهاته أن يتوحد في خندق المقاومة خاصة بعد أن ثبت فشل كل اتفاقيات السلام المزعومة والمفاوضات العبثية.
وفي كلمته أكد رئيس لجنة شئون اللاجئين في المجلس التشريعي الدكتور عبد الفتاح دخان على أن دعوى اليهود في حقهم التاريخي في فلسطين ليس لها سند من الواقع، وقال "هي دعوة باطلة وفاسدة ليس لها مثيل في التاريخ، وافتراء واضح عليه، وخلت فلسطين من اليهود خلوا تاماً حتى أواخر القرن التاسع عشر، وهم دخلوا وطننا وخرجوا منه كما دخله وخرج منه غيرهم كما الأمم الغابرة".
وأوضح دخان خلال كلمته التي أقرها المجلس كوثيقة أساسية من وثائقه بالإجماع، أن الصراع القائم في فلسطين ليس بين المسلمين واليهود بل بين المسيحية والإسلام من جانب والصهاينة ومن لف لفهم من جانب آخر.
وأكد على أن الدول العربية تتحمل عدة مسئوليات تجاه فلسطين أدبياً وأخلاقياً وسياسياً وديني، وقال "الأدهى من ذلك تشارك بشكل أو بآخر في حصار قطاع غزة، وهم يتذرعون بان القابع في رام الله هو صاحب الكلمة في فك الحصار".
وفي نهاية كلمته خرج رئيس لجنة شئون اللاجئين عبد الفتاح دخان بعدد من التوصيات أهمها، مقاومة الاحتلال حق كفلته الشرائع السماوية والقوانين الوضعية والقانون الدولي يجيز مقاومة الاحتلال، وأن أرض فلسطين أرض وقف، وارض الوقف لا يسري عليها قانون التقادم"، وشدد على أن حق العودة حق فردي وجماعي لا يمكن التفريط به مهما طال الزمن، وقال "التوطين في أي بقعة مرفوض في كل الظروف والأحوال، ولا نرض عن فلسطيني أي بديل ولو اجتمعت علينا أمم الأرض".
من جهتها اثنت النائبة منى منصور من نابلس خلال مداخلة لها عبر الهاتف على توصيات لجنة شئون اللاجئين، وحيت المقاومة الفلسطينية في قطاع غزة على عزمها وعملها رغم الصعوبات، وأكدت على الثوابت المتعلقة باللاجئين والقدس والحدود والمياه ودعت إلى ضرورة العمل من أجل إطلاق سراح الأسرى وعدم الرضوخ للإملاءات الصهيونية، دعت الحكومات العربية عدم التطبيع مع الاحتلال واحترام تضحيات شعبنا ومشاعره.
وبدورها حيت النائب هدى نعيم كل الفعاليات في مخيمات الوطن والشتات، وقالت "حق العودة حق لا يحفظه إلا تمسك الشعب به أفراداً وأجيالا، وهو حق حمل مجمع القضية الفلسطينية بإبعادها الإنسانية والسياسية".
واعتبر النائب الدكتور صلاح البردويل أن النكبة الحقيقية هي التفريط والتنازل والتوقيع على المقدسات والتنازل للمحتل، والاقتناع بحقه في الاغتصاب، وقال "من تمسك بحقه لا يمكن ان يسمى فلسطينيا منكوبا إما من سكن الاحتلال قلبه وعقله فهو المنكوب".
النائب سميرة الحلايقة من الخليل قالت في مداخلة لها عبر الهاتف "في هذه الذكرى تنامت الاعتقالات السياسية، وزادت اللقاءات المكوكية من أجل الالتفاف على حق العودة الذي لم يتم التنازل عنه حتى يوم القيامة، وفي هذه الذكرى يكرس اليهود المزيد من الاستيطان"، وطالبت بضرورة تثبيت القوانين التي تطالب بحق العودة.
وبدوره أوضح النائب يونس الاسطل أن النهاية الوشيكة لليهود ستمسح كل الألم، وأوصى بتكريس الإسلام عقيدة ومنهج في حربنا مع العدو، وقال "ينبغي أن نعلم أن الجهاد وحده هو الطريق لتحرير فلسطين، ويجب أن نحرص على وحدة الصفوف وتكريس ثقافة المقاومة وان ندعم أسباب الصمود والتكافل مع جميع المحتاجين والمتضررين".
أما النائب إسماعيل الأشقر أكد على أن اليهود سيدفعون ثمن جرائمهم على مدى الست عقود الماضية التي راح ضحيتها مئات آلاف من شعبنا، أكد على مواصلة المقاومة حتى طرد الاحتلال.
وأكد النائب خليل الحية على حق الشعب في ارض الأجداد وقال "هو حق تاريخي لا يمكن الانتقاص منه ولا يجوز التعويض أو التوطين بدلا عن حق العودة ، وفي ذكرى النكبة لا بد أن نواجه العدو في ظل حراك سياسي متوافق عليه ومقاومة راشدة مدعومة من الكل الفلسطيني، وطالب ضرورة الإسراع بالحوار الوطني على أساس وثيقة الحوار الوطني.
وبدورها أثنت النائب جميلة الشنطي على المقاومة التي تحافظ على الثوابت وتوازن الرعب بيننا وبين الاحتلال وقالت "الاحتلال أقام دولته على فلسطين وكانت تعتبر من أكثر الدول المجاورة تقدماً في المحالات الزراعية والصناعية والتجارية".
ومن جهته ركز النائب الدكتور مروان أبو رأس على مأساة ملايين اللاجئين التي ترتبت على التهجير القصري الذي وقع على أهلنا في مخيمات الشتات، وقال "المخيمات تعاني معاناة كبيرة جداً لا يعانيها أحد"،
النائب احمد أبو حلبية حذر من الخطوات التآمرية على ثقافة شعبنا وهويته وثوابته، وقال "لا يزال هذا الشعب يمارس حقه المشروع والمقدس في مقاومة الاحتلال بما كفلته الشرائع السماوية والمواثيق الدولية التي أباحت لكل شعب يتم احتلاله مقاومة الاحتلال.
أما النائب يحيى العبادسة أوصى بضرورة تجريم التنسيق الأمني الحاصل مع الاحتلال في الضفة الغربية وتجريم ما صدر عن فياض وإدارته من السماح لبيع الأرض للأجانب، كما دعا الأمم المتحدة تحمل مسئولياتها تجاه الشعب الفلسطيني و تنفيذ قراراتها المتعلقة بقضية شعبنا خاصة ما يتعلق بحق اللاجئين بالعودة.
من جهته اعتبر النائب محمد فرج الغول أن مجلس الأمن والأمم المتحدة لم تعد أمينة على حقوق شعبنا التي اغتصبها الاحتلال الصهيوني، تحدث عن معاناة وتهجير 7 مليون فلسطيني، وأشار إلى أكثر من 43 فيتو أمريكي صدرت ضد شعبنا وحقوقه المشروعة، وتابع "الحصار لن يكسر عزيمتنا ولن ينتزعوا منا الثوابت ، فلسطين جزء من قضيتنا وغزة بوابة الانتصارات وهي التي هزمت التتار إيذانا بهزيمته في عين جالوت وهي التي هزمت الصليبين عام 1917، ودحرتهم حتى مدينة العريش".
أما النائب خميس النجار فقد استهجن ما وصلت إليه حالة التطبيع العربي مع الاحتلال الصهيوني بعد ستون عاما من النكبة والنكبات المتتالية والمجازر بحق أبناء شعبنا، وقال بعد مرور ستين عاماً على مأساة الشعب مازال ملايين اللاجئين يعانون في مخيمات الشتات، والحكام الصهاينة يجولون في الدول العربية، ويستقبلون فيها بحفاوة.

Read More...

Masri: We won't accept unilateral calm

GAZA, (PIC)-- Hamas lawmaker and political leader in Gaza MP Mushir Al-Masri said on Tuesday that his Movement will not settle to a unilateral tahdea (truce), vowing intensified resistance in the event Israel rejected the calm.
In an interview with the Quds Press the Hamas figure accused the Israeli occupation government of aborting the Egyptian-sponsored calm, which the Palestinian factions had accepted, by putting unattainable conditions on the Palestinians, adding that it is up to the Israeli occupation government to decide what she wants is it peace or is it war?
Masri underlined that the Israeli reluctance in dealing positively with the Egyptian initiative must spur Egypt and other Arab countries to take a brave decision of rescinding the economic siege on the 1.5 million Palestinian citizens in Gaza Strip.
"It seems not encouraging," Masri said about the Israeli reply to Egypt's chief of intelligence Omar Suleiman, who is in occupied Palestine to convince the Israeli side into accepting the calm proposal.
Furthermore, Masri underscored that the ball was in the Israeli court although, he added, it was clear that Israel wanted to foil Suleiman's mission by linking the release of the captured IOF corporal Gilad Shalit to the proposed Egyptian calm initiative.
"This (Gilad's case) definitely has nothing to do with the truce proposal because the case of Shalit was linked to the case the Palestinian prisoners in Israeli jails, and we understand the Israeli insistence to mix the two cases together as clear Israeli attempt to thwart Egypt's efforts."
In addition, Masri emphasized that his Movement won't abide by a unilateral calm even during the visit of US president George W. Bush to the region, which he considered as bad omen for the region.
Moreover, Masri strongly criticized the PA leadership for "wasting the time in meeting Toni Blair, the emissary of the Quartet Committee to the Middle east, "[as Blair] proved his Zionist tendency in all his stands," adding that Abbas's hopes to revive the so called peace process by meeting such biased people is a waste of time because Israel is not interested in peace.
Masri urged those whose political project has reached a dead end to stop experimenting with the future of Palestinians and leave the arena to those leading the resistance project for liberation

Read More...

Nyawa penduduk Palestin terancam bila Israel terus hentikan bekalan elektrik

>> Isnin, Mei 12, 2008


Tindakan kejam Israel nafikan bekalan elektrik di Palestin ancam nyawa rakyat terutama mereka yang sakit kritikal di hospital.
Palestin: Lebih 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dinafikan hak keselesaan dan mereka terpaksa bergelap selama dua malam berturut-turut kerana bekalan elektrik terputus akibat tindakan Israel menghentikan bekalan minyak kepada stesen janakuasa.
Keadaan ini mengancam nyawa penduduk Semenanjung Gaza terutama pesakit yang mendapatkan rawatan rapi (ICU), bantuan penafasan, mengcuci darah dan rawatan kecemasan kerana ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan peralatan perubatan tidak boleh beroperasi.
Pihak berkuasa Palestin berkata penjajah Israel masih menolak untuk menyalurkan bahan bakar khusus bagi menjalankan kembali kemudahan awam dengan alasan keamanan.
Dalam satu kenyataan akhbar, Pengarah Badan Berkuasa Palestin, Abdul Karem Abidin, menegaskan bahawa pihaknya hari ini telah mengemukakan bantahan kepada Israel dan meminta agar menyalurkan kembali minyak khusus untuk operasi janakuasa elektrik. Sebaliknya Israel menolak dengan alasan untuk menjaga keselamatan di sempadan Nahal Auz dengan Israel.
Pada Sabtu iaitu 10 Mei lalu pihak berkuasa Palestin mengumumkan bahawa stesen janakuasa elektrik Palestin yang menyalurkan elektrik di Semenanjung Gaza terpaksa menghentikan operasi keseluruhannya berikutan tidak ada bekalan bahan bakar yang diambil dari Israel. Keadaan ini menyebabkan 35 peratus wilayah tersebut termasuk bandarnya mengalami kelumpuhan elektrik sehingga 55 peratus.
Sejak Sabtu lalu Semenanjung Gaza sudah gelap gelita kerana tidak ada aliran elektrik.
Hanya satu janakuasa elektrik tersebut untuk aliran elektrik di Semenanjung Gaza dan ia pernah diserang oleh Israel pada Jun 2006. Sementara wilayah selatan Semenanjung Gaza mendapatkan bekalan elektrik dari Mesir yang hanya membekalkan 20 megawatt.

Read More...

لليلة الثانية: غزة تعيش في ظلام دامس وتحذير من كارثة صحية بسبب انقطاع الكهرباء

الاحتلال يواصل منع توريد الوقود إلى القطاع المحاصر

غزة تعيش في ظلام دامس لليوم الثاني على التوالي بسبب نفاد الوقود جراء الحصار (أرشيف)
غزة – المركز الفلسطيني للإعلام


لليلة الثانية على التوالي؛ يعيش نحو مليون ونصف المليون إنسان فلسطيني في قطاع غزة في ظلام دامس جراء انقطاع التيار الكهربائي، بسبب منع الاحتلال الصهيوني توريد الوقود اللازمة لتشكيل محطة الطاقة في القطاع المحاصر.
ويهدد انقطاع التيار الكهربائي، في أرجاء قطاع غزة في الظلام، بوقف تغذية المستشفيات بالطاقة اللازمة لتشغيل الأجهزة الطبية، ما قد يعني حالات وفاة جماعية للمرضى في أقسام العناية المركّزة ولأولئك الذين يعتمدون على أجهزة التنفس الاصطناعي وغسيل الكلى، فضلاً عن حاضنات الأطفال.
وقالت سلطة الطاقة الفلسطينية إن سلطات الاحتلال الصهيوني لا تزال ترفض تزويدها بالوقود الخاص بمحطة الكهرباء وذلك بحجج وذرائع أمنية.
وقال عبد الكريم عابدين مدير عام سلطة الطاقة في تصريحات للصحفيين "تحدثنا اليوم مع الإسرائيليين وطالبناهم باستئناف تزويدنا بالوقود الخاص بمحطة الكهرباء إلا أنهم يرفضون حتى اللحظة وذلك لوجود عوائق أمنية في معبر ناحل عوز علي حد زعمهم".
وكانت سلطة الطاقة قد أعلنت مساء أمس السبت (10/5) عن توقف محطة توليد الكهرباء الوحيدة في قطاع غزة بالكامل وذلك لنفاذ الوقود المورد من الاحتلال، وستتأثر نحو 35 في المائة من محافظات قطاع غزة نتيجة توقف المحطة فيما ستشهد محافظة غزة عجز بنسبة 55 في المائة وستغرق في ظلام دامس الليلة.
وساد الظلام مساء السبت أجزاء واسعة من مناطق قطاع غزة خاصة مدينة غزة، بعد توقف محطة الكهرباء الوحيدة عن العمل جراء نفاد الوقود اللازم لتشغيلها، فيما دعت سلطة الطاقة الفلسطينية الدول العربية لدعم القطاع بالوقود بشكل عاجل لإنقاذه من الكارثة.
وانقطع التيار الكهربائي عن 60 في المائة من منازل المواطنين فيما مدينة غزة، إلى جانب أجزاء كبيرة من باقي محافظات القطاع بعد إعلان سلطة الطاقة عن توقف محطة توليد الكهرباء عن العمل بالكامل، فيما ضاعف واقع نفاد مشتقات بالبترول وغاز الطهي أصلاً من القطاع من معاناة المواطنين.
وتعد محطة توليد الكهرباء التي تعرضت للقصف من قبل الطيران الحربي الصهيوني في حزيران/ يونيو 2006 مصدر التزويد الأول للتيار الكهرباء في قطاع غزة، فيما يعتمد سكان جنوب القطاع على كهرباء مصرية للاستخدام المحلي لا تتعدى الـ20 ميغا وات.

Read More...

Gaza plunged into darkness for the second night

GAZA, (PIC)-- For the second night running the Gaza Strip is plunged into darkness as the sole power station supplying electricity had to stop because the Israeli occupation has stopped supplying fuel necessary to run the station.
The disruption of the electricity supplies threatens the lives of new-born babies who need to be put in incubators, patients on ventilators or those dependent on dialysis machines as hospitals have very limited amounts of fuel to run their emergency generators.
The Energy Authority in Gaza said that the Israeli occupation refuses to supply it with the necessary fuel to run the main power station at the pretext of security issues at the supply terminal.
The Director General of the Energy Authority, Abdel-Karim Abdeen said: "We contacted the Israelis and asked them to resume the supply of fuel for the power station, but so far they have refused saying that there are security risks at the Nahal Oz crossing [where the fuel terminal supplying Gaza is sited]."
The Energy Authority announced on Saturday that the only power station in Gaza was going to be shut down which will affect 35% of the districts in the Gaza Strip and 55% of the Gaza City district.
The power station supplies most of the electricity used in the Gaza Strip, while in the southern Gaza Strip Egypt supplies about 20 Mega Watt of electricity, which the Energy Authority tries to ration to various parts of the Gaza Strip.

Read More...

PM tunjuk dahulu contoh sebelum tegur rakyat

>> Ahad, Mei 11, 2008

Biasa je....Rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kampung Pulau Melaka macam kebanyakan rumah orang Kelantan.

MULIA sungguh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bila mengingatkan rakyat supaya mengubah cara hidup dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat.
Teringat juga bagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat yang juga Mursyidul Am PAS menasihatkan rakyatnya dan umat Islam supaya berjimat apabila menggunakan air semasa mengambil wuduk.
Kedua pemimpin memberi nasihat atas nilai kebaikan yang sama supaya berjimat. Bagaimanapun ia satu perbezaan yang amat ketara dari segi keterampilan kedua pemimpin tersebut.
Tuan Guru Abdul Aziz mengingatkan rakyatnya berdasarkan keilmuannya serta pengalaman sebagai orang yang sering melakukan ibadah solat. Beliau berkata, Nabi Muhamad saw mengambil wuduk dengan air hanya secupak Bagdad iaitu lebih kecil sedikit daripada ukuran cupak Malaysia.
"Kalau kita hendak tahu banyak mana kita menggunakan air ketika ambil wuduk, cuba tadoh baldi dibawah paip tempat kita ambil wuduk. Tengok banyak mana kita guna air?" ujarnya ketika memberi kuliah di sebuah surau di Taman Samudra, Gombak.

Nik Aziz juga tidak mempunyai rumah selain daripada yang diduduki di Pulau Melaka. Rumah sebuah itulah yang tidak ditambah pembesaran melibatkan berjuta ringgit sejak 20 tahun lalu menjadi pemimpin kerajaan Kelantan. Sebanyak 30 peratus gajinya disumbang untuk perjuangan Islam.
Beliau juga orang yang mudah ditemui rakyat pada hari Jumaat. Tidak ada protokol dan skurity yang menghalang untuk menemui beliau. Dia pemimpin dan dia juga rakyat. Tidak ada kasta membezakan golongan pemimpin dan kumpulan rakyat.
Kedudukan dan pergaulan beliau sama dengan penduduk kampung berlainan pemimpin di Putrajaya yang amat ketara wujud jurang perbezaan antara golongan elit dan orang awam, pemimpin dan rakyat. Ia lebih mengwujudkan kasta daripada penempatan yang harmoni.
Sebaliknya kesederhanaan ini tidak wujud pada pemimpin negara dan negeri yang dikuasai Umnoi. Renovation rumah sahaja melibatkan wang berjuta ringgit. Gaya hidup mewah, keluar negara dan membeli belah boleh menghabiskan beratus ribu ringgit.
Mereka membeli jet beratus juta ringgit inilah yang menyeru rakyat supaya berjimat. Hidup di rumah berharga lebih RM200 juta inilah yang menyeru rakyat berbelanja mengikut kemampuan.
Dalam keadaan inflasi yang makin meningkat rakyat secara tidak langsung terpaksa mengawal perbelanjaan.
Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum lalu telah mengubah kehidupan mereka malah berlaku defisit. Perbelanjaan yang hanya cukup makan seumpama `kais pagi makan pagi kais petang makan petang' sebaliknya sekarang kais pagi pun tidak cukup untuk pagi.
Menteri yang hidup diselubungi kemewahan bercakap dan mengajar rakyat miskin yang sudah berjimat diminta supaya berjimat.
Rakyat miskin mahukan menteri membela mereka bukan yang miskin diseru berjimat. Rakyat mahukan gaji dan kos sara hidup minima RM1,200 sebulan sebaliknya apa pembelaan pemimpin kepada mereka.
Dalam keadaan inflasi yang semakin mencengkam rakyat sepatutnya golongan pemimpin dan kaya diseru berjimat. Mereka sepatutnya mencontohi Nik Abdul Aziz memotong gaji mereka untuk rakyat.
Jangan jadi seumpama kerajaan Mamalik meminta supaya ulama iaitu Imam Nawawi mengeluarkan fatwa supaya rakyat membayar cukai membantu kerajaan untuk digunakan wang tersebut di medan perang.
Sebaliknya Imam Nawawi kata tidak harus (haram) berbuat demikian iaitu meminta rakyat membayar cukai melainkan setelah kerajaan menjual seluruh harta kekayaan istana milik sultan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya ia masih lagi tidak mencukupi barulah rakyat boleh diminta membayar cukai.
Dalam paqda itu Abdullah juga mengingatkan rakyat memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.
Daripada pengalaman politik Malaysia iaitu setiap kali selepas pilihan raya umum sentiasa berlaku kenaikan harga barang. Ini berdasarkan pengalaman lalu bahawa Barisan Nasional (BN) mendapat sumbangan besar daripada golongan konglomorat setiap kali pilihan raya umum.
Selepas pilihan raya golongan ini seperti biasa akan menaik harga barang bagi mengaut keuntungan lebih setelah menghabiskan wang kepada BN.
Boleh dikatakan kebanyakan barangan naik mendadak bukan sahaja barang keperluan perumahan bahkan barangan elektrik. Soket elektrik yang boleh didapati dengan harga RM1.90 di Maydin sebaliknya selepas pilihan raya mencecah RM8.90.
Bagi mengaburi pandangan, Abdullah meminta rakyat bantu penguatkuasa. Apa yang boleh rakyat bantu? Sedangkan kenaikan harga berlaku daripada pembekal dan pemborong.
Kenapa sukar sangat kerajaan mahu bertindak keatas golongan tersebut? Kenapa peruncit dan peniaga kecil yang diugut jangan menaikan harga barang?
Konglomerat boleh dibilang dengan jari dan tidak sukar untuk kerajaan bertindak. Sebaliknya menyuruh rakyat membantu penguatkuasa lebih menambah penganiayaan kepada kepada kecil dan peruncit.
Ikhlaslah kerajaan, kalau betul-betul mahu membela rakyat. Bukan hanya sedap pada suara sebaliknya menyembunyikan tindakan pemimpin negara yang lebih membela golongan kaya daripada rakyat miskin.

Read More...

Ikhlas ke Ibrahim Ali atau sindiran

>> Khamis, Mei 08, 2008

Oleh Adnan Ibrahim
BENARKAH Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) Datuk Ibrahim Ali membuat cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dicalon sebagai Perdana Menteri itu ikhlas atau hanya sindiran.
Tetapi bagaimanapun antara banyak ahli parlimen, beliaulah yang memperjuangkan Suwandi yang masih dipenjara. Bagus juga, Ibrahim ni... Suwandi tu sahabat kita yang ditembak di Batu Burok masih terpenjara sehingga sekarang.
Kenapa Ahli Parlimen PAS tidak bersuara hal tersebut. Kata hendak perjuangkan hak rakyat. Hak ahli sendiri pun tidak terbela macam mana hendak bela rakyat.
Banyak pula Ibrahim ni puji Mahathir. Memanglah kita akui apa yang dia buat kebaikan tetapi jangan lah buat yang jahat. Yang jahat boleh kita elak...ramai yang beri nasihat kenapa kita hendak buat zalim juga.
Inilah yang dikatakan berlagak macam tuhan. Melakukan kezaliman sesama makhluk

Read More...

Rakyat Malaysia miskin dalam negara pengeluar minyak

>> Rabu, Mei 07, 2008

MALAYSIA mendapat keuntungan besar bila mengimport minyak jenis lain harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan berbanding petroleum Malaysia bermutu tinggi yang dieksport dengan harga tinggi.

Jadi bagaimana kita tidak boleh turun harga minyak? Kenapa pula negara boleh bangkrap kalau kita turunkan harga minyak kalau jualan minyak kita cukup menguntungkan.

Rakyat juga mempersoalkan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas hilang.

Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada Perdana Menteri.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Dalam pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter sebaliknya Malaysia naik herga petrol, diesel dan gas.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Menurut dikri itu, harga petrol 91 oktana untuk pengguna diturunkan daripada 82 sen kepada 60 sen seliter manakala harga petrol 95 oktana akan diturunkan daripada 1.02 riyal kepada 75 sen. Raja Abdullah memotong harga minyak diesel daripada 37 sen kepada 25 sen seliter.

Sementara itu, berikut perbandingan harga minyak dengan negara lain:

Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di Malaysia, tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Belgium adalah 3.2 kali lebih mahal berbanding Malaysia, tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Hong Kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding Malaysia tetapi purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di United Kingdom adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding Malaysia tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Jepun adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding Malaysia tetapi secara purata pendapatan rakyat Japun adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Itali adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding Malaysia tetapi secara purata pendapatan rakyat Itali adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding Malaysia tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Sebaliknya berbanding negara pengeluar minyak besar dunia:

Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di Malaysia manakala secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

Read More...

Syukur

>> Isnin, Mei 05, 2008

Syukur, Allahmdulillah setelah menyepi sekian lama untuk up date blog ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan terutama komputer usang yang mula membuat ragam.

Kali ini dengan pertolongan sahabat terutama Rosli, Abdullah serta motivasi membangkitkan semangat daripada sahabat rapat membuatkan keinginan menulis tetap tidak pudar.

Sebaliknya yang menyukarkan untuk terus mengorak langkah tersebut ialah bagaimana mahu memujuk hati supaya mula menulis kerana permulaan itulah yang amat sukar setelah sekian lama meninggalkan bidang ini.

Doakan permulaan ini adalah langkah untuk seterusnya berkarya. Semoga Allah merahmati dan meredhoi jalan kita seterusnya.

Read More...

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP