Bersangka baik dengan dua Harun

>> Selasa, Januari 05, 2010

Saya sebenarnya mahu tutup buku isu penggunaan nama Allah tetapi oleh kerana ada kawan sengaja menimbulkan sengketa disebalik dua kenyataan Harun itu maka tergerak juga mahu mengulas.

Ramai mempertikaikan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib apabila mengeluarkan kenyataan keras berhubung isu penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Harun Din mendakwa umat Islam boleh kufur sokong keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama Allah pada penerbitan Herald The Catholic Weekly.

Harun Taib pula menyifatkan ia satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam.

Lebih baik kita bersangka baik menyifatkan kenyataan kedua ulama tersebut bersifat peribadi kerana ia dikeluarkan sebelum PAS mengadakan mesyuarat membincangkan isu tersebut.

Masing-masing berpendapat sendiri dengan keilmuan dan kajian serta pengalaman tersendiri. Dan ia terpulang kepada orang ramai atau muridnya mahu menerima pakai atau tidak.

Sebaliknya apabila keputusan jumhur dalam PAS berpendapat sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang maka secara rasminya itu

adalah pegangan yang kuat manakala mereka yang tetap berpegang dengan pendapat dua Harun itu tidak boleh memaksa orang lain ikut pendapatnya.

Dalam soal ini kita jangan pula bertelagah. Lagipun masih ramai yang boleh merokok kerana berpegang dengan pendapat makruh.

PAS sendiri pun dalam soal berpendapat tidak menghukum atau memaksa orang lain ikut pendapatnya sebagaimana contoh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

tidak ikut fatwa PAS Kelantan yang mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran walaupun PAS Terengganu ikut ketika PAS memerintah Terengganu.

Ini kerana Kedah pada tahun 2008 telah menganjurkan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan disertai qariah atau tilawah daripada wanita. Kalau Kedah ikut fatwa tersebut

maka ia kena asingkan tilawah wanita daripada diperdengarkan kepada umum kerana pendapat tersebut berdasarkan aurat wanita.

Jadi Kedah tenyata tidak ikut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengapa begitu? Ini lumrah manusia kerana pada kebiasaan manusia sebijak mana ilmu mahupun Ali ra sekalipun, dia tidak boleh lari daripada kesilapan kecuali Nabi saw yang maksum. Sebab itu timbul banyak pendapat dan mazhab.

Lagipun dalam memutuskan hukum para ulama perlu mengkaji dan membuat rujukan. Ini yang menyukarkan mereka terutama yang selalu sibuk. Mereka juga perlu menerima baik

pandangan pelbagai pihak kerana Allah SWT juga memberi kebijaksaan kepada bukan ulama dalam memahami Islam. Gabungan ini mampu menghurai dan mengatasi masalah.

Dengan ada kepelbagaian dan penguasaan yang berlainan jika diterima baik maka makin erat jalinan silaturrahim da ukhwah. Oleh kerana itu, jangan mudah memperlekeh manusia lain.

Sebelum itu Haron Din dilaporkan berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguanHerald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di laporkan MStar.

Harun Taib pula sebelum ini menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan
di gereja katolik.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penggunaan Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly dilihat sebagai satu penghinaan terhadap agama dan juga umat Islam.

Lebih jelas katanya, keadaan itu dilihat boleh mengundang kekeliruan orang Islam di seluruh negara dan dikhuatiri penggunaan kalimah agung itu tidak mengikut maksud sebenar sebagaimana dalam Islam.

“Saya tidak bersetuju kerana ia boleh mengelirukan umat Islam, tidak semua mereka guna mengikut maksud sebenar perkataan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

1 comments:

Tanpa Nama,  6 Januari 2010 pada 12:31 PG  

salam nanBinjai..

Saya 100% tidak bersetuju dengan keputusan PAS untuk membenarkan penggunaan kalimah "ALLAH" di gereja. Pada saya kalimah "ALLAH" berkaitan dengan soal akidah. JIka kita bersetuju agama lain mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu yang lain, bermakna kita telah bersekongkol dengan mereka.

Pandangan Harun Din dan Harun Taib, sama dengan pandangan saya. Saya tidak terima langsung hujah anda mentasybihkan masalah aqidah dengan masalah feqah atau jenayah. Soala akidah tidak boleh di buat main-main.

Memang hujah-hujah yang memihak penerimaan agama lain boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam agama mereka. Tapi kita perlu ingat, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk memperbetulkan akidah mereka (Yahudi dan Nasrani) yang telah mensyirikkan Allah sehingga mengatakan Allah ada anak dan beristeri.

Malah, ayat qur'an yang disandarkan oleh golongan yang menyokong agama lain menggunakan kalimah ALLAH merupakan arahan/perintah ALLAH kepada kita memperbetulkan fahaman mereka kerana ALLAH tidak redha mereka (orang kafir) mensyirikkan ALLAH.
Oleh itu, jika kita benar-benar mengizinkan mereka menggunakan kalimah ALLAH juga, sudah pasti, itulah yang akan berlaku iaitu mereka akan mensyirikkan kalimah ALLAH malah mereka akan berkata : ajaran merekalah yang benar dan boleh menyelamatkan manusia daripada api neraka. Buktinya mereka akan berkata : Cuba buka Youtube, dan taibkan "Kebesaran ALLAH". Maka mereka akan berkata lagi, inilah bukti kebenaran agama mereka setelah bentuk awan dilangit, di buah-buahan, ditubuh bayi di Rusia, di laut dan banyak lagi yang akan diakui oleh mereka, inilah kebenaran kalimah ALLAH yang membuktikan kebenaran ajaran agama mereka. Padahal penemuan tersebut telah dijumpai oleh orang Islam dan dikumpulkan oleh orang Islam. Akhirnya mereka akan copy and paste untuk di edit semula mengikut versi agama mereka.

Bagi saya, berdasarkan kajian mufasirin (ahli tafsir al-Qur'an) yang muktabar seperti Ibnu Kathir dan banyak lagi, menjelaskan bahawa ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa mereka tetap dengan kesesatan mereka mensyirikkan Allah. Malah Allah juga menjelaskan kepada kita bahawa Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha menyebarkan fahaman mereka serta menerima mereka.

Malah selama ini di seluruh dunia, pihak Kristan memang tidak menggunakan kalimah ALLAH selepas "Perjanjian Baru" dan mereka menolak "Perjanjian Lama" yang merupakan pengamal ajaran kristian yang masih mengesakan Allah, menolak Nabi Isa sebagai anak ALLAH dan solat mereka hampir serupa dengan kita.

Oleh itu, alim ulamak negara kita kenalah rajin merantau ke negara arab dan eropah serta mengkaji amalan agama samawi (ahli kitab) yang ada di akhir zaman ini. Janganlah bila keluar negara hanya pergi melancung, melencong dan sebagainya.

Perlu di ingat, beberapa buah negara arab yang membenarkan umat kristian menggunakan kalimah Allah kerana golongan tersebut masih mengesakan ALLAH dan menolak Nabi Isa sebagai anak Alllah dn Maryam isteri ALLAH. Hanya golongan ini sahaja yang dibenarkan, tetapi yang mensyirikkan ALLAH, golongan ini di larang penggunaan kalimah ALLAH. Inilah yang berlaku di negara arab.

Jika anda tidak percaya. Hantarlah kumpulan kajian dan pemantauan fahaman kristian di negara arab dan eropah. Insya'ALLAH, anda semua mendapat petunjuk. Paling jelas, berani-beranikanlah diri anda membuka Bible. Pasti, anda tidak akan bertemu kalimah ALLAH, sama ada dalam versi Bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali dan seluruh bahasa dalam dunia kecuali dalam Bible Arab kerana kalimah ALLAH merupakan bahasa ARAB. Adapun bahasa Kitab Injil yang asal ialah terdiri daripada bahasa Ibrani.

Wallahu a'lam..

Ya ALLAH jauhkanlah dan hindarkanlah daku daripada terdetik niat, percakapan dan perbuatan yang boleh mensyirikan Mu (ALLAH, Kurniakanlah taufik dan hidayah kepada ku dan seluruh umat manusia agar mengesakan Mu, Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim.

Amin..
http://selempangmerah69.blogspot.com

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP