Mesir atur urusan al-Azhar keluar fatwa palsu

>> Selasa, Januari 05, 2010

Cairo – Infopalestin: Ikhwanul Muslimin mendedahkan pemerintah Mesir campurtangan dan memberi tekanan kepada "Lembaga Penelitian Islam" al-Azhar supaya menghalalkan pembangunan tembok di sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir.

Ikhwan berkata pemerintah menisbatkannya ke lembaga secara palsu.

Wakil dari jemaah Ikhwan, Ali Laban, berkata dalam memorandum darurat yang dibuat oleh Majlis Rakyat untuk disampaikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Urusan al-Azhar, menyebut, fatwa tersebut bertentangan dengan undang-undang al-Azhar yang mensyaratkan kehadiran satu perempat anggota non-Mesir dalam Lembaga Penelitian Islam bagi membolehkan dibuat keputusan.

Syarat itu tidak dipatuhi sebelum fatwa tersebut dikeluarkan khusus untuk masalah tembok bagi memisahkan Mesir dengan Gaza dengan alasan keselamatan negeri tersebut.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai memperkecilkan institusi Azhar kerana mengubah lembaga bertaraf dunia itu yang mengiktiraf wakil daripada semua mazhab Islam iaitu 20 tokoh terkemuka Islam seluruh negara.

Sebaliknya keputusan tersebut hanya dicapai oleh ulama tempatan Mesir dalam lembaga tersebut yang terdiri seramai 30 anggota.

Laban dengan tegas berkata bahawa anggota "Lembaga Penelitian Islam” dari Mesir tidak berhak untuk mengeluarkan keputusan.

Fatwa yang dikeluarkan lembaga ini telah mengakibatkan timbulnya perpecahan dan menyebabkan berlaku kekacauan dan perpaduan yang sangat diinginkan oleh Zionis - Amerika, kerana mereka percaya "Lembaga Penelidian" tersebut mampu menyatupadukan Islam daripada berpecah belah.

Beliau menegaskan bahawa fatwa lembaga penelitian al-Azhar yang menghalalkan pembangunan tembok tersebut bertentangan dengan pasal 15 dari UU "Al-Azhar", yang menyatakan bahawa (Lembaga Penelitian Islam) adalah referensi tertinggi dalam hukum agama.

Oleh yang demikian tembok tersebut bertentangan dengan hak Semenanjung Gaza keatas Mesir, terutama dalam keadaan Gaza berada di bawah administrasi Mesir dan diduduki Zionis bersama Sinai pada tahun 1967.

Sementara itu wakil dari Ikhwan lainnya, Timur Abdul Ghani, yang turut mengkritik pembinaan tembok tersebut mahu siasatan dilakukan keatas ketua Dewan Menteri.

Beliau juga mengingatkan bahawa tembok tersebut mengancam kehidupan lebih daripada satu setengah juta warga Palestin di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa tembok itu adalah bentuk genosida, bertentangan dengan norma kemanusiaan dan peraturan antarabangsa serta tanggungjawab peradaban terhadap orang yang menderita akibat dijajah. (seto)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP