Keputusan mahkamah tinggi boleh mengundang banyak persoalan. Dalam PAS sendiri timbul dua pendapat. Satu membenarkan dan satu menghalang penggunaan nama Allah pada agama lain.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tidak menjadi halangan menggunakan nama Allah pada agama lain.
Kalau mengambil kira Allah itu Tuhan sekelian makhluk maka Allah itu termasuk juga Tuhan kepada semua manusia jadi ia Tuhan kepada manusia yang bukan beragama Islam.
Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin pernah menyuarakan di Dewan Rakyat katanya ia kena tengok banyak segi sebelum membolehkan agama lain menggunakan perkataan Allah dalam risalah mereka.
Beliau juga menimbulkan persoalan kenapa penggunaan Allah itu hanya pada penerbitan risalah dan penulisan Kristian yang berbahasa Melayu tetapi dalam penerbitan mereka berbahasa Inggeris tidak menggunakan nama Allah sebaliknya menggunakan nama Jesus.
Jadi bila timbul persoalan begini maka ulama jangan tidur lagi... kaji dan mengkaji supaya ia tidak kelirukan Islam awam.
Bagi saya sukar untuk buat keputusan kerana kedua mempunyai hujah yang kuat dan kedua-dua juga berhujah untuk kepentingan Islam. Bagaimanapun pendapat semua pihak perlu diambil kira maka harap orang Islam kita jadi masyarakat yang mengkaji.
Berikut berita keputusan mahkamah tinggi yang disiarkan Malaysiakini:
Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.
Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.
Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.
Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.
Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
-
0 comments:
Catat Ulasan