SEMASA di Pekeliling tengahari tadi terserempak dengan satu dramatik seorang bapa memukul anak.
Si bapa yang terlalu asyik melihat nombor bas untuk rupa-rupanya si anak sudah tidak ada disebelah.
Bukan main marah lagi si bapa kepada anaknya. Dipukul anaknya dengan payung, ditampar pipi anak dan ditarik serta dipulas telinga anaknya.
Anak lelaki dianggarkan berusia dalam lingkungan 4 tahun itu menangis sambil tangan meminta tidak mahu buat lagi apabila si bapa bertanyakan: "Mahu buat lagi. Bapak suruh duduk... duduk sini jangan menghilang!"
Kalau dilhat sepintas lalu memang kejam bapa tersebut memukul dan memarahi anak depan orang ramai. Ada yang perhati tetapi tidak berani tegur tindakan bapa tersebut.
Mungkin juga kerana memikirkan tindakan bapa tersebut betul kerana kebimbangan anaknya takut hilang macam Sharline yang sampai sekarang tidak jumpa.
Bapa tersebut bertindak kasar kerana sebelum itu anak telah dilarang jangan berada jauh daripada beliau tetapi ialah budak-budak mana boleh duduk diam. Apa yang dilarang itulah yang dibuat.
Apa pun terharu juga ada bila melihat anak yang dipukul sehingga menangis itu meleleh air hingus dan si bapa mengeluarkan sapu tangannya mengesat lelehan tersebut.
Itulah kasih sayang seorang bapa. Pukul anak kerana sayang walaupun yang melihat kata kejam. Mereka yang kata kejam, apakah akan mereka kata bila anak tersebut tiba-tiba hilang?
Dituduhnya nanti bapa cuai sedangkan bapa ada juga tanggungjawabnya untuk memastikan mereka sampai ke destinasi. Atau mahu disalahkan bas rapid yang lambat sampai? Itu kena tanya Khairy.
-
0 comments:
Catat Ulasan