Tidak timbul fitnah kalau tidak buat kerja dalam gelap

>> Selasa, Julai 22, 2008

Harakahdaily masih lagi menyiarkan posting Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno? Tidak semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam SMS. -->
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jelek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk `mengahwinkan' PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin `tidak sah' kerana antara PAS dan Umno memang tidak `sekufu'. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno beraqidah Islam Hadhari. Jika Umno itu `ahli Kitab' ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.
Kalau kena pukul dibalas pukul.
Kalau menuduh orang kafir tetapi orang itu tidak kafir kembali kepada si tuduh itu kafir.
Kalau kata orang tidak siuman sedangkan orang itu ada kebenarannya jadi yang tuduh itu apa?
Kalau ada kebenaran buat apa kerja dalam gelap. Nabi Muhammad saw buat kerja dakwah secara sir pada peringkat awal di Mekah kerana tekanan. Apakah PAS terkena tekanan? Hingga terpaksa melakukan dakwah secara senyap.
Jangan kelirukan keadaan, jangan perbodohkan ahli dan penyokong. Kita kena fikir orang bukan Islam sokong kita nanti apa kata mereka.
Kerja dalam gelap ni orang nak berkhalwat. Malah banyak tidak baiklah kerja dalam gelap ni. Nak buat tahjud pun disuruh pasang lampu.
Apa yang baik kerja dalam gelap kalau tidak mencuri. Bila orang dedah kita kata orang itu tidak ikhlas apa la nasib kita.
Sudah la kerja dalam gelap kita sudah jadi pembohong pulak kerana nak nafikan tidak ada pertemuan atau perundingan. Akhirnya kita terperangkat. Layakkah kita berpemimpinkan pembohong? Jangan taksud pemimpin kerana mereka bukan maksum. Mereka boleh dikritik selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP