SEMALAM jumpa orang Kampung Pasir Gajah Kemaman Terengganu. Dia cerita malu dengan Ahli Parlimennya, Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar tetapi akhirnya gagal dan bawa malu orang kampung sebagai title menteri.
Sebelum itu saya ada terima panggilan telefon dari Chukai Kemaman. Mat Awi kawan saya cerita orang cukup malu dengan Ahmad Shabery. Hujahnya cukup memalukan. Awalnya sahaja yang menarik selepas itu dah mula nak mengata. Soalan yang ditanya lain yang dicakap.
Betul laman Pemuda Umno kata `kantoi'. Nasib malanglah Shabery cuba menonjol dalam Umno tetapi gagal. Peluang nak bertanding Naib Presiden akhirnya tak kecapaian. Shabery mungkin mahu pergi jauh dalam karier politiknya tetapi langkah yang diambil akhirnya membunuh masa depan beliau.
Mat Awi ada juga bertanyakan kerana beliau menonton secara langsung di tv katnya hebat debat, boleh diadakan lagi, penonton pun berdisiplin.
Saya kata memang berdisiplin kerana saya ada dalam dewan Tun Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka itu hari tetapi mereka tidak nampak dekat luar nak masuk dewan.
Suasana macam nak perang. Sebab itu Anwar yang lihat keadaan polis dan pasukan keselamatan lebih ramai daripada penonton ketika sampai di program tersebut terasa malam itu juga beliau akan ditangkap.
Anwar hebat orangnya walaupun keadaan tertekan dengan cara polis tangani beliau tetapi mampu meneruskan hujah dengan tenang dan meyakinkan walaupun ada Bernama kata belum cukup mampan.... Kalau nak mampan bagi Anwar jadi Perdana Menteri la Bernama.
Hari Ahad lalu di Shah Alam di program Paksi berjumpa dengan Suria kawan kat harakah dulu. Tanya dia tak tengok debat? Dia kata tak kena arah balik awal. Suruh kosongkan DBP dan polis kawal habis. Itulah cerita belakang tabir debat. Manis di tv bila buka baju berterabur pekung.
-
0 comments:
Catat Ulasan