Ratakan air pada tumit kerana ia bawa seksa neraka

>> Isnin, Januari 04, 2010

Celaka bagi tumit yakni kaki yang tidak dibasuh secara sempurna ketika berwuduk boleh diseksa api neraka. Ustaz Mohd Zin M Noh menerangkan maksud hadis tersebut berkata seksa neraka tersebut disebabkan sembahyang tidak sah kerana wuduk tidak sempurna.

Dalam soal ini Nabi saw mengutuk mereka yang tidak sempurna wuduk. Maka sebaiknya kita umat Islam harus beringat antara satu sama lain kerana dalam soal yang kita anggap kecil atau remeh rupanya seksa dahsyat menanti kita. Doa minta berlindung daripada Allah hal yang tersebut.

Oleh yang demikian lebih baik kita perbaiki wuduk. Jangan hanya sekadar mencucur air di kaki atau layur kaki dengan air atau menjirus kaki dengan air kerana ia boleh mendatangkan ketidaksempurnaan berwuduk.

Sebaiknya gunakan tangan untuk meratakan air atau menyelak-nyelak air dengan tangan pada tumit yakni kaki. Hadis tersebut menyebut tumit kaki kerana pada kebiasaan ia tempat yang sukar dilhat.

Malam tadi saya sempat mengikuti pengajian hadis Sahih Bukhari sebulan sekali oleh Ustaz Mohd Zin dalam bab membasuh tumit kaki di Surau Taman Melewar, selepas solat maghrib.

Hadis berbunyi Dari Muhammad bin Ziad, katanya: "Aku mendengar Abu Hurairah ketika sedang berjalan melalui tempat orang sedang mengambil wuduk, beliau berkata: "Sempurnakan oleh mu mengambil wuduk sebab sesungguhnya Abu Qasim yakni Nabi Muhammad saw bersabda: "Celaka bagi tumit yakni kaki yang tidak dibasuh secara semprna ketika melakukan wuduk dari seksa api neraka."

Seronok mengikuti kuliah beliau kerana diterang secara ilmiah siapnya dengan sandaran dan hujah para ulama. Soal boleh umat Islam guna nama Abu Qasim pun ada pelbagai pendapat dan hujah.

Kata beliau, mengikut hadis ada larangan menggunakan nama Abu Qasim. Para ulama berhujah dan berpendapat dengan hadis maka timbul pelbagai dan ada yang mengatakan boleh kerana larangan tersebut adalah dimasa hidup Rasulullah saw.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP