Kepada pembaca budiman

>> Selasa, Oktober 30, 2007

SAYA memohon maaf kerana blog ini lama tidak di up-date. Selepas raya dan dalam menyambut puasa syawal saya direzekikan Allah dapat lagi cahaya mata lelaki pada 21 Oktober lalu, jam 2.30 pagi.

Alhamdulillah sekarang dah lima anak. Tiga lelaki, dua perempuan.

Namun begitu saya sampai sekarang belum menamakan anak kerana tak terlintas nama yang sesuai walaupun ada kawan-kawan buat cadangan.

Saya berdoa moga Allah memberi ilham supaya dapat nama yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan perjuang kerana Islam.

Kemungkinan buat beberapa minggu ini, kesempatan untuk menulis berkurangan. Jadi blog pun mungkin tidak di up-date.

Bagaimanapun jika ada kelapangan kita bertemu lagi di alam siber. Selamat berjuang.

Wallahualam.

Read More...

>> Rabu, Oktober 17, 2007

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

Rasanya memang dah terlepas ucap selamat hari raya kerana kawan-kawan kita sedang berpuasa syawal.

Jadi lebih baik rasanya mengucapkan selamat berpuasa syawal kerana hari raya yang sudah berlalu.

Saya tidak dapat ucap selamat pada hari tersebut kerana bercuti. Jadi bila dah balik dari cuti gatal tangan utk ucapakan selamat hari raya dan selamat berpuasa syawal.

Sebelum cuti tu rasanya tak mampu nak ucap selamat raya kerana masih dalam Ramadhan. Kalau ucap raya masa tu nanti org kata ghairah nak raya hingga lupa hujung dan 10 akhir ramadhan.

Jadi biarlah ucapan itu bila berakhirnya ramadhan kerana syawal pun harinya sebulan juga. Kalau hujung ramadhan ucap raya syawal pun ucap raya nanti banyak raya daripada puasa.

Membanyakkan raya jadikan hati terlalu gembira dengan dunia lupakan akhirat. Banyakkan puasa melahirkan tanggungjawab kepada dunia dan ingatkan akhirat.

Read More...

Siapa yang malang jika ibu didakwa kerana cuai?

>> Rabu, Oktober 10, 2007

Oleh Adnan Ibrahim

RAKYAT Malaysia terkejut besar apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa ibu bapa Nurin boleh didakwa atas kecuaian.
Begitu juga dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan tindakan mahkamah boleh diambil terhadap ibu bapa yang hilang anak kerana cuai.
Maka ramai mencadangan supaya dipinda Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 bagi membolehkan ibu bapa di hukum kerana cuai.

Kalau cuai itu diukur mengikut bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 33, membiarkan anaknya keseorangan ke pasar malam, ini bererti ramai ibu bapa yang berbuat sedemikian.

Mengikut lokasi pasar malam yang tidak berapa jauh dari rumah Jazimin menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan tempat permainan Nurin. Ia bukanlah kawasan yang asing. Tetapi kenapa hari tersebut jatuh malang kepada Nurin?

Bagi rakyat bawahan atau marhaen setiap masa penuh dengan kesibukan mencari rezeki. Kerja sampingan atau dua tiga kerja dalam satu masa menjadi rutin bagi rakyat yang tinggal di bandar besar terutama Kuala Lumpur. Jika tidak pembiayaian kewangan keluarga akan terganggu.

Kesibukan ini mengurangkan masa untuk ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak mereka. Malah setengahnya tidak ada masa langsung.

Setengahnya bergantung kepada saudara yang lebih tua menjaga adik-adik mereka.
Mereka tidak mampu menyediakan orang gaji atau pegawai keselamatan bagi mengawal pergerakan anak mereka.

Berlainan bagi keluarga menteri dan ketua polis yang boleh menyediakan pegawai khas. Setiap inci pergerakan anak mereka diteliti. Bagi orang kaya, ada pemandu atau orang gaji yang boleh melihat perkembangan serta keselamatan anak-anak mereka.

Ini bererti cadangan pindaan undang-undang tersebut makin membebankan keluarga miskin. Mereka perlu mengubah kehidupan menyekat pergerakan anak-anak.

Ibu bapa yang takut dihukum cuai, tentu sekali akan menyekat dan mengokong pergerakan anak-anak. Ini bererti anak-anak tidak boleh diberikan kebebasan.

Maka nanti timbul pula isu anak-anak tidak bebas, dikongkong ibu bapa. Makin pening kepala ibu bapa.

Bagaimana mahu menyekat pergerakan anak-anak kalau ibu bapa sibuk dengan kerja? Apakah anak-anak ini akan dikurung dalam rumah seharian? Bagaimana dengan pandangan pihak hak asasi manusia bila anak di kurung dalam rumah?

Sekiranya langkah ini dianggap jalan penyelesaian kepada jenayah kanak-kanak ia bukanlah suatu yang terbaik. Cara ini sebenarnya lupa tentang asal-usul kejadian. Kita lupa siapa berkuasa yang mencipta.

Kalau kuasa pencipta boleh mereka bentuk tubuh manusia dengan sebaik kejadian mengapa kita tidak terfikir bahawa ada sesuatu yang diberikan kepada manusia untuk menikmati hidup dengan sebaik keadaan.

Kita ada panduan. Buat apa Allah turun al-Quran dibaca tiap malam terutama Ramadan. Takkan hanya sekadar baca tetapi mesti ada sesuatu disebalik suruhan membaca.

Kalau membaca buku sekali pun kita akan ambil panduan daripada pembacaan tersebut. Apa lagi al-Quran. Jadi jalan penyelesaian jenayah hendaklah kembali kepada al-Quran. Jadikan ulama tempat rujukan kerana mereka lebih arif tentang pengertian dan hukum hakam al-Quran.

Hanya melalui keinsafan ini merupakan langkah terbaik untuk mengatasi jenayah. Jika tidak kes jenayah akan terus meningkat.

Kemera litar tertutup (cctv) bukan langkah terbaik dan kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk prasarana tersebut apabila perhimpunan MCA membangkitkan kegagalan pemerintah mengatasi jenayah yang semakin meningkat.

Peruntukan tambahan cctv itu sebenarnya hanya dinikmati golongan kaya bukan untuk dipasang di kawasan perumahan biasa atau flat. Sedangkan kita maklum jenayah sering berlaku di kawasan rakyat bawahan.

Sudahlah pindaan akta kerana kecuaian ibu bapa tidak menguntungkan rakyat bawahan, cctv juga bukan untuk mereka.

Jadi jelas kenyataan ketua polis dan menteri tadi merupakan cara mudah menutup kelemahan pasukan keselamatan. Menyembunyikan kegagalan kerajaan dalam mengatasi masalah jenayah yang semakin meningkat.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menunjukkan peningkatan kadar jenayah. Pengarah JSJ, Datuk Christopher Wan Soo Kee memberitahu, bagi tahun 2006 sebanyak 43,220 kes membabitkan jenayah kekerasan dilaporkan berlaku di negara ini.

Menurut beliau, antara jenayah yang dikategorikan di bawah jenayah kekerasan ialah samun, bunuh, mencederakan manusia, rogol, cabul, ugutan jenayah, peras ugut, merusuh, pencerobohan jenayah dan pencerobohan rumah.Sementara Persekutuan Tionghua Johor Bahru mengumpul 100,000 tandatangan kerana tidak puas hati dengan peningkatan kes jenayah di Johor Bahru.

Tindakan persekutuan ini yang dilakukan pada Jun lalu adalah kerana ingin menyatakan bahawa kadar jenayah dan gejala sosial yang mereka dakwa semakin meningkat di bandar raya Johor Bahru setiap hari.

Hasrat Persekutuan Tionghua Johor Bahru ini disokong oleh beberapa persatuan yang lain seperti Persatuan Hokkien, Persatuan Teochew, Persatuan Hakka, Persatuan Kantonis dan Persatuan Hainan, Johor Bahru dan mereka menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Johor dan PDRM Johor.

Kes jenayah di Johor dilaporkan agak meruncing sejak akhir-akhir ini. Pada 15 Jun, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail memberitahu bagaimana tertangkapnya 13 lelaki dan seorang gadis disekitar bandaraya Johor Bahru bagi membantu siasatan kes samun dan rogol pada 22 Mei 2007 dan 11 Jun 2007 yang lalu.

Begitu juga dengan berita yang disiarkan pada 3 Jun 2007 bagaimana Polis Johor telah menahan seramai 158 rakyat Indonesia dan 2 lelaki rakyat tempatan dalam operasi jenayah bersepadu selama tiga hari di Permas Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an dipercayai pernah melakukan jenayah pecah masuk rumah di sekitar Permas Jaya.

Read More...

Insiden Batu Burok untungkan siapa?

>> Jumaat, Oktober 05, 2007

Oleh Adnan Ibrahim
TRAGEDI berdarah Batu Burok pada 8 September lalu, banyak menimbulkan spekulasi terutama menjelang pilihan raya umum yang dikatakan semakin hampir. Pembangkang cuba menunjukkan bukti berikutan dakwaannya bahawa tragedi tersebut merupakan perancangan Umno serta polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Parti pemerintah seperti biasa menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut kepada pembangkang kerana didakwa melanggar arahan polis. Malah pemerintah mengambil kesempatan sepenuhnya berikutan kejadian itu melalui media elektronik dan cetak bagi kepentingan partinya.
Setiap hari televisyen menyiarkan iklan propaganda bagi menggambarkan pembangkang ganas. Parti pemerintah mengambil kesempatan sepenuhnya walaupun insiden tersebut masih dalam siasatan.
Malah tragedi ini mampu mengejut harimau dari tidur. Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini asyik berdiam apabila diajukan masalah rasuah, penyelewengan, hartanah di Australia, jet mewah, penyelewengan dalam laporan audit, kronisme dan lain-lain tetapi kali ini beliau pantas membuat kenyataan kesal dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun Perdana Menteri tidak menjawab pertanyaan Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kejadian tersebut berikutan dakwaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali selaku tuan rumah program ceramah anjuran Bersih bahawa tragedi tersebut merupakan perancangan Umno dan polis.
Pak Lah juga tidak menjawab kenapa polis menembak orang awam dengan peluru hidup seolah-olah mahu membunuh rakyat sendiri? Itu belum dibandingkan lagi dengan operasi babi di Melaka yang tidak ada seekor pun cedera.
Boleh dikatakan pemerintah cukup tidak selesa kejadian tembak tersebut sama ada disengajakan atau tidak memandangkan ceramah anjuran Bersih itu melibatkan NGO seluruh Malaysia yang menuntut keadilan dalam pilihan raya umum.
Ini bermakna sebarang usaha pihak musuh memerangkap PAS selaku tuan rumah majlis ceramah Bersih itu supaya dilihat pihak penganas tidak memberi kesan kerana kali PAS tidak keseorangan. Kaum lain juga terlibat dalam majlis itu baik Cina atau India.
Kalau serangan terhadap World Trade Centre dan Pentagon pada 11 September 2001 (tragedi 911) di Amerika Syarikat turut diambil kesempatan oleh Umno untuk memukul canang dituduh PAS ganas sehingga DAP memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum 2004 tetapi kali ini jelas propaganda muruhan RTM cukup tidak berkesan kalau mahu dikaitkan dengan keganasan PAS.
Parti pemerintah sebelum ini melihat masyarakat Cina mula memberi sokongan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini berikutan kelemahan ketara kerajaan dalam menangani masalah negara yang disebutkan tadi.
Sebagai langkah menyelamatkan pengaruh mereka perancangan tragedi 911 perlu dilaksanakan untuk memburukkan PAS dan PKR. Sebaliknya semua rancangan propaganda parti pemerintah tersebut bagi menarik sokongan bukan Melayu dan membenci PAS akhirnya tidak mencapai sasaran apabila orang bukan Melayu dikatakan masih menyokong pembangkang.
Masyarakat Cina bukan sahaja kecewa dengan kegagalan kerajaan bahkan melahirkan keresahan berikutan peningkatan jenayah. Pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan pemimpin negara cukup memberi kebimbangan betapa jenayah di Malaysia sudah cukup terancang dan melibatkan orang atasan yang boleh menutup segala bukti.
Orang Cina kuat berpegang dengan pepatah mereka `ikan busut bermula di kepala’. Jika sekiranya pemimpin atasan terlibat dalam jenayah apa lagi dalam masyarakat bawahan.
Sebab itu jenayah yang dilaporkan boleh dikatakan setiap hari malah kebimbangan ini telah disuarakan dalam Perhimpunan MCA. Ini bermakna tidak semudah itu bagi Umno menanam propaganda supaya kaum lain menolak PAS dan PKR.
Sementara kalangan pembangkang menyifatkan peristiwa tersebut merupakan gelombang politik di Terengganu yang boleh membawa angin perubahan sehingga terdapat maklumat mengatakan pembangkang mampu meraih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Walaupun sumber tersebut berdasarkan orang tertentu sebagaimana yang diberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu mudah mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu kejadian kerana ia mempunyai ahli dan penyokong di semua agensi kerajaan, termasuk di kalangan anggota dan pegawai di Bukit Aman serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."Kita telah mendapat maklumat lebih awal bahawa akan berlaku provokasi awam di tempat ceramah anjuran Bersih di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud itu pada malam 8 September itu.” Katanya.
Bagaimanapun pembangkang perlu meningkatkan mekanisme maklumat supaya ia sampai kepada sasaran terutama rakyat di kampung dan pendalaman.
PAS dan Parti Keadilan Terengganu (PKR) Terengganu mungkin tidak boleh lena kerana Umno Terengganu akan mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap isu terbabit dengan mengadakan road show ke seluruh pelusuk negeri tersebut atau mungkin juga jelajah itu berikutan keadaan Umno yang semakin tersempit akibat cubaan bunuh pihak polis yang sukar diterima rakyat.

Read More...

>> Isnin, Oktober 01, 2007

Ini betul-betul kaki rokok

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP