UiTM Perlis cekik darah ambil kesempatan ibu bapa miskin

>> Sabtu, Jun 27, 2009

Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke UiTM Perlis mahu berjimat belanja. Maklumlah dari hujung Semenanjung hendak hantar anak puncak Semenanjung.
Ada juga dari sebelah kanan Semenanjung ke kiri Semenanjung. Bukan dekat. Belanja minyak atau kalau ibu bapa yang tidak ada kenderaan terpaksa pula menyewa untuk memastikan anak mereka belajar di universiti.
Besarnya pengorbanan ibu bapa. Yang tidak ada duit terpaksa meminjam daripada kawan atau saudara mara. Nasib baik orang kampung tidak pinjam kat along.
Lagipun along mungkin tidak berminat dengan orang kampung kerana duit masuk tidak menentu. Hendak harapkan bank, lagi jauh sekali. Kalau along tidak minat, bank lagi tidak mahu pandang.
Jadi yang ada suadara mara atau sahabat handai baik itu boleh tumpang bertenggek. Kalau tidak terpaksa gadai tanah ke apa. Lebih kurang macam along la tu.
Sudah lah dekat kampung ke sana ke mari cari duit mahu masukkan anak ke universiti. Akhirnya dapat juga pinjam dekat pencekik darah tetapi kena sandar tanah atau barang berharga.
Siapalah yang baik sangat dalam dunia nak tolong gitu-gitu aje mesti ada imbuhan ada riba la senang.
Nak datang pun dah tercekik darah sampai kat UiTM makin dicekik darah orang kampung. Termengah hidup orang miskin. Tinggal nyawa dihujung halkum.
Apa lah tidak bertimbang rasanya UiTM. Ingatkan dapat tumpang tidur percuma kat asmara pelajar tu. Rupanya kena bayar.
Kalau murah tak apa tapi dia caj satu bilik RM40 semalam hooooo. Dia kira satu bilik ada empat katil jadi satu katil RM10 hooooo, agak la tu. Tetapi itu lah harganya.
RM40 harga sewa bilik hotel murah bagi sehari. Boleh check out pukul 12 tenghari tetapi kat hotel mewah UiTM ni kena check out pukul 10 pagi hooooo.
Saya ingat harga kat UiTM ni lebih mahal daripada bermalam kat Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur ada tempat paling ekonomi RM1 bagi sekepala atau seorang. Mandi pun lebih kurang sama dengan asrama UiTM mandi kat luar bukan dalam bilik.
Kalau tidak percaya pi la kat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Kalau yang datang rombongan tu sangat ekonomi.
Kita harap UiTM Perlis bertimbang rasa la. Jangan ambil keuntungan da kesempatan daripada keluarga miskin.
Kalau nak caj mahal tu buat macam kat UiTM Shah Alam. Ada hotel dia. Caj lah berapa banyak sebab orang nak tidur hotel tu memang orang ada duit. Jadi yang tidak ada duit boleh tumpang asrama sementera pelajar tidak ada.
Saling memahami itu bagus menambah kasih sayang kerana kalau murah atau katakan RM5 sekatil atau RM20 sebilik, mungkin orang kampung bersyukur `Alhamdulillah...' puji orang kampung yang soleh. Kan bertambah berkat UiTM Perlis.
Sebaliknya bila dah cekik darah, orang pun bersumpah saranah kat UiTM Perlis. Jadi tidak ada doa kebaikan. Yang keluar sumpah saranah. Sebab itu tidak berkat.
Sebab itu kena ada saling bertimbang rasa dan berpatutan. Jangan beri tekanan kepada orang lain kerana nanti yang keluar daripada mulut dan mendoakan yang tidak baik.
Kalau kita saling memahami dan membantu orang akan suka dan sudah tentu terpancul perkataan yang baik-baik dan doa yang baik-baik.
Jadi memurahkan sewa daripada RM40 kepada RM20 tu amat bagus. Kerja mulia yang saling memahami dengan orang kampung yang mahu menghantar anak mereka ke universiti.
Orang kampung mereka terpaksa sewa kereta, bayar minyak, tol. Wang persediaan masuk universiti lagi. Banyak tu kena belanja. Fahamilah mereka.

Read More...

10 MP PAS yang tongon

>> Jumaat, Jun 19, 2009

Sepatutnya cerdik pandai politik cari jalan penyatuan. Jangan menambah laga pemimpin. Kita tengok macam mana Kit Siang, Anwar dan Wan Azizah buat kenyataan berpolitik.
Dan tahu cakap najib itu ambil kesempatan politik terutama Manik Urai kenapa kita boleh terikut tari musuh.
Kalau nak marah dengan ust Nasa takkan buat kenyataan akhbar siap tandatangan nampak sangat kita sudah berpuak. Tongon betul la MP PAS ni.
Apa kejadahnya buat kenyataan media siap ada tandatangan pulak tu. Kenapa tidak buat kempen sejuta tandatangan? Biar haru habis.
Manusia macam ini boleh terpengaruh dengan media mainan musuh apa lagi ahli PAS yang lain. Pasal tu kita tidak menang kerana mempunyai ahli parlimen yang terlalu cerdik.
Sepatutnya kita menjadi orang tengah menyelesaikan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.
Jangan kita ikut melenting bila ada yang melenting. Kalau panas lawan panas habis la.
Ada dua MP tu Salahuddin dengan Mahfuz siap suruh Nasha pergi jumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kalau nak suruh tu tak payah la bagi tahu akhbar. Atas dasar setiakawan dan sahabat seperjuangan maka berakhlak la kita nak suruh sahabat kita tu.
Ini orang tengok bukan Nasha yang kurang cerdik bahkan keduanya pun ikut tak cerdik.
Kalau MP kita tidak cerdik patutnya ada yang sebar SMS nak buat demontrasi depan pejabat agung PAS lepas solat Jumaat tadi.
Hak yang boleh SMS turut ikut sebar SMS. Tambah pahala laga pemimpin, barangkali...
Ni kerja musuh atau mungkin ahli PAS yang seronok tengok kerja laga-laga pemimpin. Macam pemilihan hari tu ada yang laga Abdul Hadi dengan Nik Abdul Aziz.
Kerja seumpama ini bukan baharu dah lama dah. Sejak zaman sahabat lagi. Selepas pemerintahan Khalifah Syaidina Usman.
Sebab itu berlaku peperangan antara Ali dengan Aisyah. Peperangan Siffin.

Read More...

UG: Think, Islam Leads The Change (Part 7)


Bandingkan dengan kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kata menteri kena bagi kat PAS, bagi menteri kat PKR dan bagi menteri kat DAP, baru boleh terima kerajaan perpaduan.
Jadi apa yang bercanggahnya pendapat antara kedua pemimpin ini. Yang menjadi masalah kita telah terikut tari musuh sama ada blog dan media.
Kita kena berhati-hati musuh atau Umno bersembunyi dalam tulisan blog dan ada setengahnya tidak memahami dan kenal secara dekat pemimpin PAS turut buat komen yang cukup mengelirukan dan boleh berlaku perpecahan.
Inilah fitnah yang cukup dahsyat yang boleh membawa perpecahan. Yang boleh memerangi fitnah ini adalah Islam dan akhlak Islam. Baca posting di bawah saya kod ucapan Nik Aziz.

Read More...

UG: Tidak ada yang celaru tetapi kita telah jadi bahan laga musuh

Baik penulis blog dan media cukup cekap berperanan memecah belahkan orang PAS. Masalahnya orang PAS pula boleh terikut-ikut tari Umno dan musuh politik.
Kita tengok apa kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang disiarkan media internet.
Beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Apa yang Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang laungkan kerajaan perpaduan ialah penglibatan semua parti politik dalam kerajaan dan pembangkangnya adalah kalangan parti politik dalam kerajaan itu sendiri.
Kita tengok Anwar tidak bising. DAP pun tidak bising kerana mereka faham. Dan ini juga melibatkan semua parti politik dan sudha tentu pelaksanaannya memerlukan berbincangan yang panjang oleh semua pihak.
Yang kita pelik kenapa ahli parlimen PAS jadi tolol terpengaruh dengan agenda musuh dan Najib, buat sidang akhbar kerana terikut-ikut rentak musuh mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan. cetek punya fikiran.
Kalau kita teliti kenyataan dua tokoh pemimpin PAS itu tidak bercanggah. Yang menyanggahnya orang PAS kerana termakan dakyah musuh politik baik daripada musuh politik tersembunyi di blog dan juga media lain.
Kita orang Islam jangan terikut fitnah musuh. Kaji dahulu berita yang datang kepada kita. Jika tidak peristiwa di Iran sekarang mungkin akan menimpa kita.
Ini kerana hasil daripada fitnah penulis blog yang mempertikai keputusan pilihan raya di Iran. Cetusan fitnah itu ibarat cetusan api yang akhirnya bergabung dengan agenda negara Barat lain dan mencetus kemusnahan. Berjagalah dengan bahaya fitnah kerana cucu Rasulullah saw di bunuh hasil licik fitnah.

Read More...

Dua aliran ulama pemikir dalam PAS perlu dihormati

>> Rabu, Jun 17, 2009

Dua pertembungan pemikir ulama dalam PAS menjadikan ahli bertambah matang jika menerima secara terbuka dan ilmiah.
Kedua-dua ulama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang memunyai kelimuan Islam dan pandangan serta pendapat masing-masing yang perlu dihormati oleh ahli.
Ini akan mengajar kematangan dan cabaran kepada ahli dalam menerima yang berlainan antara dua tokoh ulama.
Jangan kita menjadi seperti orang Islam yang tidak suka kepada perbezaan pendapat sehingga kita menjadi orang yang mengadu domba supaya berlaku pergaduhan antara dua penyokong dalam dua aliran pendapat tersebut.
Soal perbezaan pendapat dalam Islam bukan baru apa lagi perkara yang tidak berkait dengan nas atau ada nas hadis tetapi mempunyai pandangan atau kias yang berbeza.
Jika orang Islam tidak matang sudah tentu perbezaan mazhab akan menjadi pergaduhan atau peperangan sesama sendiri.
Mungkin antara mazhad Syafie berperang dengan mazhab Hanafi atau lain-lain kerana saling menegakkan kebenaran hak masing-masing atau menuduh orang lain semua tidak betul.
Kematangan orang Islam juga menyebabkan mereka boleh mempelajari dan menerima ilmu daripada mazhab lain dan bukan semata-mata satu mazhab sahaja.
Malah kematangan orang Islam juga boleh menerima mazhab Wahabi dan lain-lain ulama aliran fikah sunnah.
Ilmu itu luas jangan kita terkatup dengan satu pendapat yang memendekkan langkah dan menyusahkan amalan serta cara hidup kita.
Kita perlu tengok dua tokoh tersebut mengikut andaian yang baik bukan secara buruk sangka.
Ini kerana antara mereka mempunyai ilmu dan sejarah hidup tersediri.
Selagi kita mempunyai kematangan dan akhlak Islam dalam menilai mereka berdua maka sudah tentu Islam lebih selamat daripada digula-gula pihak yang ada kepentingan.

Read More...

Pemerhati dihalau dengan 1001 arahan berubah-ubah

>> Jumaat, Jun 12, 2009

Tulisan ini patutnya ditulis awal kerana sangkakan ada sahabat yang komplen tentang muktamar PAS yang berlangsung minggu lepas.
Oleh kerana ramai sangat yang memuji Muktamar PAS Ke 55, terutama media mungkin kerana makan dan minum disuap, maka sepatutnya ada juga seranah dengan muktamar tersebut.
Orang bahagian bawah stadium mungkin tiada masalah untuk berbangkit. Apa tidaknya baru nak komplen tiba-tiba datang air siram anak tekak diam la dia. Nak komplen lagi tiba-tiba disumbat mulut dengan roti, lenalah dia.
Jadi orang bawah lena sedangkan mereka tidak sedar kawan lain dalam satu kapal sedang meleiup nak tebuk kapal tetapi bersabar fikirkan nasib orang bawah yang keletihan bermuktamar.
Orang pemerhati ini sentiasa kena halau. Malah jadi alat percubaan kepada arahan-arahan pihak pertugas muktamar yang pakai baju putih campur hitam macam kucing bertompok tu.
Pada hari pertama muktamar masuk ke stadium lancar tetapi oleh kerana satu sahaja pintu dibuka maka laluan jadi sesak.
Apa salahnya kalau dibuka laluan belakang atau sebelah satu lagi sekurang-kurangnya peniaga belakang boleh bernafas sudahlah satu tapak sewa RM800. Ramai yang mengadu mereka kerugian kerana tiada ramai pelanggan.
Orang ramai tertumpu hanya dibahagian depan kerana pintu dibuka sebelah sahaja. Sedangkan pemerhati beribu-ribu mula pintu jadi tempat sesak.
Masuk sebelah petang arahan terhadap pemerhati sudah jadi lain. Pemerhati sudah jadi bahan exsperimen. Jadi bahan kajian mereka sama ada lancar atau tidak.
Esoknya pada hari kedua arahan berubah lagi. Tempat duduk muslimat tak boleh diduduki lelaki.
Kita setuju la tu tapi yang nanya pemerhati ini jadi bahan kajian. Sekejap arahan di sini sekejap arahan di situ. Kenapa tidak dibuat kajian awal. Ada petunjuk awal. Baru pemerhati menghormati dan ada rasa dihormati.
Sebaliknya bila sudah duduk dihalau ke tempat lain. Tidakkah itu menyakiti pemerhati.
Sepatutnya muktamar biar terancang dari awal lagi supaya orang tidak lihat setiap hari ada 1001 arahan baru.
Boleh memeningkan kepala dan sakit hati. Ini yang menyebabkan boleh jadi gaduh wahai petugas yang tolol dan bangan.

Read More...

Iktibar hijrah Rasulullah saw kenapa tidak bersama Umar

>> Khamis, Jun 11, 2009

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin mempunyai hujah dan nas tersendiri melantik Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS yang dikosongkan Datuk Kamaruddin Jafaar.
Bagaimanapun kita bimbang sekiranya Abdul Hadi terlalu bergantung harap kepada Mustafa Ali. Semasa sesi lalu Mustafa Ali tidak terpilih dalam jawatankuasa harian tetapi telah diserapkan ke dewan harian oleh Abdul Hadi melalui kuasanya.
Kepada Abdul Hadi hanya Mustafa Ali yang boleh dipercayai seperti kisah Datuk Hishamuddin Yahya dahulu.
Kalau orang lain buat aduan belum tentu lagi Datuk Hishamuddin jatuh daripada Harakah. Tetapi bila Mustafa Ali sahaja yang bertutur pecat maka berguling-guling Hishamddin jatuh daripada Harakah.
Abdul Hadi terima sahaja asalkan yang berkata itu Mustafa Ali.
Peristiwa Hijrah Rasulullah saw ke Madinah, Nabi menerima tekenan hebat daripada kaum Qhuraisy.
Kalau mengikut dan mengukur kekuatan ketika itu sepatutnya Rasul berhijrah dengan Umar kerana kaum Qhuraisy takut kepada Umar.
Orang lain masuk Islam secara sembunyi tetapi Umar dengan keberaniannya masuk Islam secara terangan malah mengisytiharkan keIslaman beliau. Tidak ada seorang Qhuraisy pun berani menyentuh malah menggugurkan bulu roma Umar.
Tetapi kenapa Allah memilih Abu Bakar berhijrah bersama Nabi. Sedangkan Umar boleh menjaga keselamatan Rasulullah saw kalau hendak berhijrah ke Madinah.
Sebaliknya tidak, Nabi terpaksa menumpuh ranjau dan ancaman bunuh bersama Abu Bakar.
Menurut pendapat ulama peristiwa ini menunjukkan bahawa Allah mahu mendidik Rasulullah supaya tidak bergantung harap kepada manusia.
Allah mahu membentuk jiwa Rasulullah saw lebih mengharap dan bergantung kepada pertolongan Allah.
Persitiwa Hijrah itu diharap dapat diambil iktibar supaya kita tidak terlalu bergantung harap pada seseorang sehingga lupa kita kepada pergantungan kepada Allah.
Semoga pengajaran persitiwa hijrah memberi rahmat kepada kita. Wallahuaklam..

Read More...

ROSMAH MANSOR - RAHSIA TERBONGKAR?

>> Rabu, Jun 10, 2009



Saya pun tidak pasti betul ke tidak klik video ini yang banyak tersebar dalam blog terutama blog pro pak lah dan youtube.
Terpulang kepada saudara sama ada nak percaya atau tidak kerana mungkin juga lakonan pihak tertentu ahu cari keentingan. Mana kita tahukan?

ini ialah video yang dihasilkan oleh Team Khas ...video penuh ada sekitar 35 minit... ini baru video pengenalan sahaja.....

Kami dimaklumkan video penuh ini menampilkan teman - teman sekolah lamanya, bekas teman - teman lelakinya, bekas suaminya, adik beradiknya dan termasuk dua tiga orang dukun yang terlibat dengannya....

rupanya Rosmah ini ada tahi lalat besar yang kemudian dibuangnya untuk mengurat ....

Satu team pula dikhabarkan dalam masa terdekat akan terbang ke India untuk mencari link bomoh Rosmah yang dijumpai di India.

Read More...

Kenapa PAS mahu buat perbincangan Umno jadi isu tidak pula bila DAP dan PKR

>> Selasa, Jun 09, 2009

Sebelum ini kita dengar DAP dan PKR mahu mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan Umno bagi menyelesaikan masalah kerajaan Perak.
Najib pula memberi respon daripada kenyataan kedua pemimpin parti itu Lim Kit Siang dan Datuk Seri, Anwar Ibrahim.
Kata Najib, boleh diadakan kerjasama dalam soal undang-undang dan menghormati peraturan seta perlembagaan tetapi bukan kerjasama pemerintahan.
Tiada siapa yang bising. Tiada siapa yang marah. Bila isu ini timbul.
Sebaliknya bila PAS mahu cadangkan satu gagasan atau konsep kerajaan perpaduan, semua pihak bising dan melenting.
Kenapa PAS tidak boleh membuat perbincangan dengan Umno bagi kepentingan nasional kenapa pula pihak lain boleh.
Kenapa ada yang bertanding Timbalan Presiden PAS boleh buat pertemuan dengan Chia So Lek dan Tengku Razaliegh tetapi kenapa bila PAS mahu bermuqabalah tidak boleh.
Kita harap ahli PAS jangan double standart. Bila kita mahu bincang bagi kepentingan bersama dan nasional kenapa perlu ada tangggapan negatif sedangkan bila pihak lain kita melihat secara positif.
Teruk sangat ke pemimpin kita sehingga kita tidak boleh melihat pemimpin kita mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.
Sementara dalam keadaan lain kita rasa pemimpin parti lain mahu jumpa pemimpin Umno semua baik dan tidak curiga.
Harus ingat berpolitik mesti ke depan. Jangan kita ketinggalan nanti pihak lain yang ambil kesempatan dan akhirnya ia tidak menguntungkan kita.
Sementara ada pihak yang mengharap kita pula perlu mencari peluang. Jika tidak kita berpolitik sentiasa beku dan duduk dibawah ketiak lawan dan kawan.
Kita perlu bincangkan bersama isu ini diseminarkan sehingga ia boleh memberi natijah yang baik dan menguntungkan rakyat Malaysia.
Ia bukan hanya isu Melayu bahkan ia meliputi kepentingan orang Cina dan India serta masyarakat lain.
Jangan kita terlalu negetif dan keterlaluan curiga dengan kerjasama dengan Umno sedangkan ia sebuah gagasan dan konsep yang baik untuk rakyat satu Malaysia.

Read More...

Kerajaan perpaduan bukan bekerjasama dengan Umno

>> Isnin, Jun 08, 2009

Ia suatu yang berbeza dan amat jauh brbeza. Ia bukan kerjasama dengan Umno tetapi ia sebuah kerajaan yang menggabungkan semua parti politik.
Jauh sekali tanggapan ramai yang mengatakan PAS mahu meninggalkan orang Cina dan India setelah masyarakat ini rapat dengan PAS.
Malah amat jauh tanggapan ramai mengatakan PAS mahu meninggalkan PKR atau DAP.
Ia sebuah kerajaan perpaduan yang masih perlu banyak dibincangkan.
Malah ia akan melibatkan semua parti politik dan tidak ketinggalan PKR dan DAP.
Ia dalam satu gabungan semua parti politik dan Perdana Menterinya adalah daripada parti yang tinggi atau majoriti dan pengagihan menteri mengikut banyak dan sikit kerusi yang dimenangi oleh parti politik.
Pembangkang tidak lagi wujud luar kerajaan tetapi dalam kerajaan. Jika ada satu masalah contohnya mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ia akan dibahaskan semua parti dan pengundian dibuat mengikut prinsip dan pendapat ahli parlimen atau mewakili parti mereka. Mereka tidak terikat dengan keputusan kerajaan.
Kalau selama ini ahli parlimen BN akan undi kerajaan kerana ia penyokong kerajaan. sebaliknya dalam kerajaan perpaduan kalangan ahli parlimen yang tidak setuju dengan ISA bolh mengundi sokong pembangkang.
Mungkin ini satu idea yang sukar sebab itu Umno terpaksa mengkaji terlebih dahulu untuk menerima kerajaan perpaduan. Begitu juga dengan DAP dan parti lain.
Ia satu idea, konsep dan gagasan yang menarik untuk dibincang dan dibahas. Jangan kepala kita dipenuhi sentimen PAS nak kerjasama dengan Umno.
Terbuka sikit fikiran kerana ia adalah keputusan Majlis Syura bukan rekaan Abdul Hadi dan lain-lain pemimpin sahaja.
Kalau mereka mendengar ucapan gulung Datuk Harun Taib dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi kita rasa orang PAS tidak bertelagah.
Sebaliknya orang PAS dia dengar sebelah pihak tidak dengar apa kata pemimpin.
Mereka hanya baca melalui blonggers yang banyak buat tafsiran sendiri.
Mereka hanya baca melalui media tidak dengar apa kata pemimpin. Jika begini sikap kita adilkah kita untuk menghukum pemimpin kita.

Read More...

Virus H1N1 umpama virus denggi di nyamuk aedes II

>> Selasa, Jun 02, 2009

Ada persamaan antara Influenza A H1N1 dengan virus denggi dari segi pembawaan kedua binatang tersebut iaitu babi dan nyamuk aedes bagi denggi.
Namun begitu terdapat satu kelebihan lagi yang terdapat pada virus H1N1 daripada virus denggi.
virus denggi tidak boleh merebak melalui manusia tetapi virus H1N1 yang telah terkena pada manusia dia boleh mejangkiti orang lain.
Itu menunjukkan lebih bahaya H1N1 daripada denggi.
Bagaimanapun orang lebih suka hapus pembawa denggi daripada pembawa H1N1 yang ada pada binatang.
Fikir la sendiri bro.... Oleh kerana nafsu manusia hilang pertimbangan. Apa yang dilarang itulah yang dia suka.
Macam budak-budak perangai orang yang hidup membudayakan nafsu semata-mata tanpa haq.
Budak-budak kalau dihalang panjat pokok dia tetap degil mahu panjat.
Macam Tok Guru Nik Aziz pernah kata pada orang yang mahu mabuk minum kat Kota Bharu.
"Biar dia datang minum biar sampai pecah perut."
Tak berani pulak orang pi kota bharu mahu buat pesta mabuk. Ini kisah lama bro... tapi bagus untuk tauladan.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP