Jahatnya raya hingga anakku tak mahu puasa syawal

>> Khamis, Oktober 16, 2008

Hendak salahkan siapa? Ustaz-ustaz pun setuju beraya buat rumah terbuka dalam bulan syawal. Ustaz ni bila bak makan tak ada yang nak dikritiknya, semua kira setuju baik cakap kat radio ke, tv ke.
Tidak sedarkan Ustaz ni kerana rumah terbuka sambut raya keterlaluan menyebabkan anak-nak kita payah nak berpuasa enam hari di bulan syawal.
Kalangan ustaz ni juga yang setuju tahlil makan arwah. Ini semua pasal makan. Pasal makan pasal duit kalangan ustaz belakangkan sirah sebenar Rasulullah apabila berlaku kematian.
Masa zaman Rasulullah saw jiran yang datang bawa makanan untuk hiburkan keluarga simati yang sedang bersedih.
Tapi zaman kita ni pelik pasal ustaz tak tegah kerana makan punya pasal. Sepatutnya terang ajaran sebenar. Jangan berselindung kerana mahu membesarkan perut sahaja.
Orang yang sedang bersedih jangan kita tambah kepayahan kepada mereka. Ini bukan orang beriman namanya kerana tidak beriman seorang itu selagi dia tidak mengasihi muslim lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Tapi kita tengok amalan ini payah untuk kita lakukan. Bila makan kita pentingkan diri sendiri. Bahagian sedap tu kalau boleh kita sahaja yang mahu, orang lain kemudian kira. Kita tidak boleh contohi Saidina Umar mengutamakan rakyatnya makan bahagian yang enak daripada keutamaan dirinya.
Kalau ada orang macam Umar dalam PAS rasanya kita tidak perlu Anwar kita boleh menang dengan keupyaan sendiri. Kerana akhlak Islam itu indah.
Ada kawan saya kata itu soal kecil tetapi soal kecil lah menunjukkan sama ada mulia atau tidak akhlak pemimpin. Daripada soal kecil itu menunjukkan mereka ikhlas atau tidak memperjuangkan Islam. Contoh yang lebih jelas ialah kisah pemuda Perak berbaju pagoda baiki tayar seorang ustaz yang terkandas di negeri itu. Servis terbaik dan percuma. Sebab itu dia terpilih oleh Allah menjadi Menteri Besar, Perak.
Berbalik pada rumah terbuka syawal, ia benar-benar menganggu anak-anak kita untuk berpuasa enam hari syawal.
Sepatutnya kita orang Islam keutamaan makan itu dibuat pada bulan Ramadhan terutama meraikan orang miskin, anak yatim dan lain-lain. Lagi besar pahala kerana amalan bulan Ramadan itu berlipat kali ganda pahalanya.
Tetapi kita tidak ambil kesempatan itu sepenuhnya kerana kalangan Ustaz ini tidak menjelas perkara sebenar. Ustaz kaki makan ni dia kira sapu untuk makan sahaja tidak jelaskan mana yang lebih keutamaan.
Sepatutnya bagi yang ada duit sekadar untuk adakan satu majlis makan, buatlah pada bulan Ramadan. Lagi besar pahala terutama yang makan itu orang miskin dan anak yatim. Boleh diniatkan untuk arwah. Lagi untung.
Tetapi kalau dibulan puasa tidak buat majlis makan tiba-tiba syawal buat makan. Apa untungnya kita menjadi orang Islam. Kita tidak memberi keutamaan kepada Ramadan sebalik lebih kepada rumah terbuka bulan syawal.
Kerana itulah kita lebih terikut dengan Barat bukan kerana Islam. Sebab itu kita kena kaji semula pemikiran dan pemahaman hidup kita tentang Islam. Kita sekarang makin tidak faham dan keliru denagn Islam kerana telah dirasuki cara hidup barat.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP