Kereta Hasbullah ditembak polis

>> Ahad, Oktober 12, 2008

Pagi ini saya buka Harakahdaily tertarik dengan tajuk Kereta Hasbullah ditembak polis? diruang Catatan Wartawan. Rupanya sahabat saya dari Kuala Lipis menulis. Beliau wartawan Harakah Temerloh, Basiron Abdul Wahab.
Tajuk story beliau cukup menarik pembaca. Tajuk seperti ini jarang kita ketemui dalam akhbar atau online negara kita tetapi mungkin ia perkara biasa di negara barat.
Mungkin juga orang lain seperti saya mahu maklumat lebih lanjut mengenai cerita tersebut. Cerita tentang bagaimana dengan nasib pengguna lain selain Hasbullah. Ini kerana Hasbullah memotong kenderaan lain bermakna bagaimana nasib pengguna jalan raya yang dipotong Hasbullah apakah mereka tidak ditembak.
Bagaimanapun kita memahami Basiron cuti raya jadi bukanlah menjadi tugas beliau untuk mencari pengguna kenderaan lain. Apa lagi pengguna tersebut bukan orang kampung beliau tidak seperti Hasbullah yang datang kepada beliau untuk jadi bahan tulisan.
Seperti Basiron gurau dengan Hasbullah saya juga mahu katakan kepada beliau doa selamat mudah sahaja. Sama-sama pakat doa lah. Tetapi perkara utama yang perlu dibuat dalam keadaan macam itu ialah sujud syukur. Setengah ulama kata tak perlu ada wuduk pun terus boleh sujud syukur.
Tetapi apa yang payahnya gurauan Basiron ialah memahaminya sepertimana kefahaman orang Melayu `doa selamat' bererti buat `kenduri doa selamat'. Inilah yang memeningkan Hasbullah. Sudahlah kawan tu perlu keluar belanja baiki cermin dan kereta rosak ditembak sebaliknya ditambah lagi beban dengan kawan kita yang suruh buat doa selamat.
Kita harus ingat Islam itu tidak memayahkan umatnya. Maksud hadis: "Tidak beriman seorang itu selagi tidak mengasihi sahabatnya seperti mana mengasihi diri sendiri." Jadi Hasbullah ditimpa musibah jadi jangan kita bebankan beliau dengan kenduri doa selamat.
Kita lah yang sepatutnya doakan keselamatan untuk beliau dan bebanan yang beliau tepaksa tanggung. Jadilah kita manusia yang memahami bukan menindas masa sahabat kita ditimpa bencana. Begitulah juga dengan kenduri arwah. Ingatlah masa orang tengah bersedih kita kalangan ustaz bebankan mereka suruh sediakan makan untuk mereka bertahlil. Ada ke patut. Barangkali puak ini tahu makan je kerja dia tak da makan tak da tahlil.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP