Bomoh kampung temui ubat luka diabetis sebelum doktor Amerika lagi

>> Isnin, Oktober 27, 2008

Bomoh kampung sudah lama menemui ubat untuk luka kepada mereka yang berpenyakit kencing manis. Seorang kenalan yang ditemui di Surau Buluh Kampung Tengah Cukai, Kemaman, menceritakan bagaimana datuknya yang juga terkenal sebagai bomoh mengubati sendiri luka dikaki beliau.
Luka yang tidak sembuh dan mengundang bau yang tidak enak itu menyebabkan ahli keluarga mahu beliau di rawat di hospital. Sebaliknya bomoh tersebut meminta ahli keluarganya mencari madu lebah.
"Kamu pergi cari madu lebah," kata bomoh kepada anak buahnya. Selepas madu itu diperolehi beliau mahu meminta anak buahnya tidak menganggu dan mahu merawat sendiri lukanya.
Selang seminggu keluarga bomoh tersebut mahu menemui bomoh tersebut dan diizinkan masuk. Ahli keluarga yang hadir terkejut kerana mendapati luka dikaki beliau sudah sembuh.
Madu yang diminta cari oleh bomoh tersebut dijadikan ubat bagi menyembuhkan luka dikaki beliau.
Cuma saya tidak pasti sama ada bomoh itu masih hidup atau tidak kerana kenalan tersebut mencerita secara gopoh kerana hajat beliau ke tempat lain. Saya pun tidak sempat bertanya panjang. Lagi pun masa itu orang masih menyambut raya. Masing-masing sibut dengan urusan raya.
Saya menceritakan ini kerana terbaca berita mengatakan doktor dari Amerika Syarikat menggunakan madu untuk mengubati luka penyakit kencing manis. Maknanya siapa yang lebih hebat? Cuma orang Melayu ini tidak besar kepala. Tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah adalah lembaga pengkajian aspek Sains dan teknologi dalam al-Qur’an dan Sunnah.
Didirikan pada tahun 1987 di bawah suvervisi Rabithah Alam Islami di Makkah Al-Mukarromah.
Pengasasnya adalah seorang ulama asal Yaman, Syekh Abdul Majid Zendani. Beliau adalah seorang ahli farmasi yang sangat menguasasi sains moden, tafsir dan hadits. Sekarang dipimpin oleh Syekh Dr. Abdullah Al-Mushlih, seorang ulama Saudi Arabia.

Majalah Al-I’jaz Al-Ilmi No 30, Jumadil Akhir 1429
Seorang doktor wanita Amerika mengakui kebenaran yang disebut al-Quran al-Karim dan dijelaskan Rasul Saw lebih dari 14 abad silam.
Kebenaran tersebut ialah dalam madu lebah terdapat kandungan ubat untuk manusia.
Pengubatan terhadap penyakit diabetis merupakan bahagian manfaat perubatan yang luar biasa yang terkandung dalam madu lebah yang sudah di rekmen dalam dunia kedoktoran Islam.
Yang baru dari penemuan tersebut ialah kalangan ilmuan Amerika merekomendasikan keharusan merujuk (mejadikan referensi) kepada warisan Islam terkait dengan pengubatan melalui madu lebah.
Pada tahun 2002, Catherina Hulbert, seorang warga negara Amerika mengalami kecelakaan jalan raya yang mengakibatkan kakinya luka parah. Ketika kecelakaan itu dia sudah menderita penyakit diabetis.
Seba itu lukanya tidak sembuh walaupun pelbagai ubat dan anti biotik digunakan. Masalah seperti itu dialami selama lapan bulan.
Setelah melihat kondisi lukanya yang tidak juga baik, maka Dr Jennifer Eddy dari fakulti kedoktoran Universiti Wisconsin menganjurkan untuk menggunakan madu lebah sebagai ubat yang disapu di tempat luka.
Setelah beberapa bulan melakukan rawatan dengan madu lebah tersebut luka kaki Catherina Hulbert pun sembuh secara total. Kes tersebut menyebabkan Dr Jennifer Eddy memperoleh sokongan dari Akedemi Amerika Untuk Doktor Keluarga di wilayah Wisconsin untuk meneruskan kajiannya khusus pengubatan melalui madu lebah.
Dr Jennifer juga menjelaskan, sebelumnya dia juga pernah mengubati salah seorang pesakit diabetis yang sedang menghadapi fonis amputasi setelah berbagai pengubatan yang dijalankan pesakit mengalami kegagalan.
Dr Jennifer juga menambah bahawa terbuktilah sudah di kalangan para ahli medik bahawa mengubati luka akibat diabetis dengan madu lebah memiliki manafaat yang banyak, khususnya bagi para pengidap penyakit diabetes di dunia ketika ini seramai 200 juta orang.
15 % dari mereka mengalami sampai ke tingkat kronik atau membusuk sebagai akibat dari hilangnya deria rasa di kaki mereka.
Pembelanjaan operasi amputasi di Amerika saja mencapai USD 11 juta pertahun. Jennifer menambah, kes Catherina Hulbert merupakan contoh nyata bagi para penderita diabetes yang mungkin diselamatkan dari kehilangan anggota tubuh mereka dengan biaya yang sangat ringan.
Seperti yang diketahui bahawa penderita diabetes mengalami penurunan kelancaran darah dalam pembulu darah mereka dan lemahnya tingkat imuniti terhadap berbagai penyakit. Ditambah lagi antibiotik yang diberikan untuk mengubati luka diabetes tidak bermanfaat disebabkan bakteri Staphylococcus Aurous akan membentuk perlawanannya sendiri. Sedangkan madu lebah menciptakan perlawanan terhadap bakteria dengan berbagai cara.
Sebab itu dianggap sebagai pengubatan paling efektif bagi penyembuhan luka akibat diabetes.
Dalam madu lebah juga terdapat zat asam yang mudah berinteraksi dan tingkat kelembaban yang rendah sehingga menyebabkan madu lebah tersebut mudah membunuh bakteria.
Di tambah lagi adanya enzim yang mengeluarkan acid hydrogen yang berfungsi membersihkan luka sehingga mudah membunuh semua bakteria yang ada.
Akhirnya, sesungguhnya pengubatan dengan madu lebah telah menjadi masalah yang sangat menarik perhatian para ilmuan di bidang kesihatan seluruh dunia, khususnya pusat yang memerangi berbagai penyakit dan organisasi kesihatan antarabangsa dalam keadaan meningkatnya pelbagai jenis bakteria yang mampu melawan ubat antibiotik lainnya.
Dr Jennifer juga menekankan keharusan mendahulukan pengubatan dengan madu kerana pembusukan akibat diabetes bukan perkara mudah.
Sungguh benarlah firman Allah dalam al-Qur’an surah Annah : 68 – 69 :
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69)
Dan Tuhan Penciptamu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia".(68) Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS Annahl : 68 – 69)

Read More...

Jahatnya raya hingga anakku tak mahu puasa syawal

>> Khamis, Oktober 16, 2008

Hendak salahkan siapa? Ustaz-ustaz pun setuju beraya buat rumah terbuka dalam bulan syawal. Ustaz ni bila bak makan tak ada yang nak dikritiknya, semua kira setuju baik cakap kat radio ke, tv ke.
Tidak sedarkan Ustaz ni kerana rumah terbuka sambut raya keterlaluan menyebabkan anak-nak kita payah nak berpuasa enam hari di bulan syawal.
Kalangan ustaz ni juga yang setuju tahlil makan arwah. Ini semua pasal makan. Pasal makan pasal duit kalangan ustaz belakangkan sirah sebenar Rasulullah apabila berlaku kematian.
Masa zaman Rasulullah saw jiran yang datang bawa makanan untuk hiburkan keluarga simati yang sedang bersedih.
Tapi zaman kita ni pelik pasal ustaz tak tegah kerana makan punya pasal. Sepatutnya terang ajaran sebenar. Jangan berselindung kerana mahu membesarkan perut sahaja.
Orang yang sedang bersedih jangan kita tambah kepayahan kepada mereka. Ini bukan orang beriman namanya kerana tidak beriman seorang itu selagi dia tidak mengasihi muslim lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Tapi kita tengok amalan ini payah untuk kita lakukan. Bila makan kita pentingkan diri sendiri. Bahagian sedap tu kalau boleh kita sahaja yang mahu, orang lain kemudian kira. Kita tidak boleh contohi Saidina Umar mengutamakan rakyatnya makan bahagian yang enak daripada keutamaan dirinya.
Kalau ada orang macam Umar dalam PAS rasanya kita tidak perlu Anwar kita boleh menang dengan keupyaan sendiri. Kerana akhlak Islam itu indah.
Ada kawan saya kata itu soal kecil tetapi soal kecil lah menunjukkan sama ada mulia atau tidak akhlak pemimpin. Daripada soal kecil itu menunjukkan mereka ikhlas atau tidak memperjuangkan Islam. Contoh yang lebih jelas ialah kisah pemuda Perak berbaju pagoda baiki tayar seorang ustaz yang terkandas di negeri itu. Servis terbaik dan percuma. Sebab itu dia terpilih oleh Allah menjadi Menteri Besar, Perak.
Berbalik pada rumah terbuka syawal, ia benar-benar menganggu anak-anak kita untuk berpuasa enam hari syawal.
Sepatutnya kita orang Islam keutamaan makan itu dibuat pada bulan Ramadhan terutama meraikan orang miskin, anak yatim dan lain-lain. Lagi besar pahala kerana amalan bulan Ramadan itu berlipat kali ganda pahalanya.
Tetapi kita tidak ambil kesempatan itu sepenuhnya kerana kalangan Ustaz ini tidak menjelas perkara sebenar. Ustaz kaki makan ni dia kira sapu untuk makan sahaja tidak jelaskan mana yang lebih keutamaan.
Sepatutnya bagi yang ada duit sekadar untuk adakan satu majlis makan, buatlah pada bulan Ramadan. Lagi besar pahala terutama yang makan itu orang miskin dan anak yatim. Boleh diniatkan untuk arwah. Lagi untung.
Tetapi kalau dibulan puasa tidak buat majlis makan tiba-tiba syawal buat makan. Apa untungnya kita menjadi orang Islam. Kita tidak memberi keutamaan kepada Ramadan sebalik lebih kepada rumah terbuka bulan syawal.
Kerana itulah kita lebih terikut dengan Barat bukan kerana Islam. Sebab itu kita kena kaji semula pemikiran dan pemahaman hidup kita tentang Islam. Kita sekarang makin tidak faham dan keliru denagn Islam kerana telah dirasuki cara hidup barat.

Read More...

Kereta Hasbullah ditembak polis

>> Ahad, Oktober 12, 2008

Pagi ini saya buka Harakahdaily tertarik dengan tajuk Kereta Hasbullah ditembak polis? diruang Catatan Wartawan. Rupanya sahabat saya dari Kuala Lipis menulis. Beliau wartawan Harakah Temerloh, Basiron Abdul Wahab.
Tajuk story beliau cukup menarik pembaca. Tajuk seperti ini jarang kita ketemui dalam akhbar atau online negara kita tetapi mungkin ia perkara biasa di negara barat.
Mungkin juga orang lain seperti saya mahu maklumat lebih lanjut mengenai cerita tersebut. Cerita tentang bagaimana dengan nasib pengguna lain selain Hasbullah. Ini kerana Hasbullah memotong kenderaan lain bermakna bagaimana nasib pengguna jalan raya yang dipotong Hasbullah apakah mereka tidak ditembak.
Bagaimanapun kita memahami Basiron cuti raya jadi bukanlah menjadi tugas beliau untuk mencari pengguna kenderaan lain. Apa lagi pengguna tersebut bukan orang kampung beliau tidak seperti Hasbullah yang datang kepada beliau untuk jadi bahan tulisan.
Seperti Basiron gurau dengan Hasbullah saya juga mahu katakan kepada beliau doa selamat mudah sahaja. Sama-sama pakat doa lah. Tetapi perkara utama yang perlu dibuat dalam keadaan macam itu ialah sujud syukur. Setengah ulama kata tak perlu ada wuduk pun terus boleh sujud syukur.
Tetapi apa yang payahnya gurauan Basiron ialah memahaminya sepertimana kefahaman orang Melayu `doa selamat' bererti buat `kenduri doa selamat'. Inilah yang memeningkan Hasbullah. Sudahlah kawan tu perlu keluar belanja baiki cermin dan kereta rosak ditembak sebaliknya ditambah lagi beban dengan kawan kita yang suruh buat doa selamat.
Kita harus ingat Islam itu tidak memayahkan umatnya. Maksud hadis: "Tidak beriman seorang itu selagi tidak mengasihi sahabatnya seperti mana mengasihi diri sendiri." Jadi Hasbullah ditimpa musibah jadi jangan kita bebankan beliau dengan kenduri doa selamat.
Kita lah yang sepatutnya doakan keselamatan untuk beliau dan bebanan yang beliau tepaksa tanggung. Jadilah kita manusia yang memahami bukan menindas masa sahabat kita ditimpa bencana. Begitulah juga dengan kenduri arwah. Ingatlah masa orang tengah bersedih kita kalangan ustaz bebankan mereka suruh sediakan makan untuk mereka bertahlil. Ada ke patut. Barangkali puak ini tahu makan je kerja dia tak da makan tak da tahlil.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP