Pihak masjid perlu buat kerja korban secara terbuka kepada semua kariah bukan dihadkan kepada golongan mereka sahaja

>> Ahad, Disember 07, 2008

Ia sebagai langkah memakmurkan masjid. Hari ini raya korban dan inilah peluang untuk kita menarik ramai kariah ke masjid bergotong royong. Kita beramai-ramai dan saling bantu membantu mengerjakan korban.
Bukan kita hadkan kepada orang kita sahaja sehingga mengadakan tali halangan supaya orang lain yang tidak kena mengena dengan kerja korban tidak boleh masuk untuk turut membantu sama.
Cara ini kita telah mengasingkan masyarakat bersama kita. Masyarakat yang ingin membantu dan meraikan hari raya pulang ke rumah selepas sembahyang raya sehingga mereka tidak merasa kebesaran hari raya korban yang sepatutnya dirai bersama.
Jadi kita harap pihak masjid baunglah pemikiran sempit dan tamak. Kalau ada pemikiran yang terfikir nanti korban tidak cukup untuk dibahagi kerana ramai sangat pekerja. Itulah menunjukkan tumpul dan sempit sangat pemikiran pihak masjid. Pihak masjid jenis ini rasa terlalu tamak dalam hatinya.
Tidak semua mereka yang datang ingin bersama merai dan membantu hendak sangat kepada daging korban kalau ada yang bagi mereka akan ambil kalau tidak dapat tidak kenapa. Rezeki Allah itu lebih hebat lagi.
Jadi kita harap pihak masjid ini terbuka lah pemikiran jadi macam orang kampung yang buat korban dekat masjid dan surau tidak halang orang ramai hendak datang membantu. Makin ramai tambah meriah dan makin cepat.
Kita ambillah yang baik dari kampung itu untuk kita realisasikan di bandar. Buanglah pemikiran sempit dan kolot yang dijajah oleh sifat tamak itu. Kita terbukakan pemikiran kita supaya ibadah korban mendatangkan kebaikan sehingga membentuk orang ramai menyukai dan menyangi masjd.
Jadikanlah ibadah itu peluang untuk menarik orang ramai ke masjid? Kenapa kita hendak menghalang orang ke masjid? Kenapa kita tidak mahu bersama dengan orang kampung yang ingin datang dan membantu kita? Kenapa harus ada sekatan dan pas tertentu? Lihat dan dengarilah hikmat korban. Islam akan rugi kalau mempunyai orang masjid seperti ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP