Buang Mohamad Sabu di Parlimen Kuala Terengganu kerana ada yang membesarkan isu syiah

>> Khamis, Disember 25, 2008

Nasib Mohamad Sabu iaitu Naib Presiden PAS agak malang kerana tidak berpeluang bertanding dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu dimana tempat beliau bertanding masa pilihan raya umum Mac lalu.
Terdapat sumber memberitahu orang Terengganu sengaja menimbul dan membesarkan isu syiah supaya nama Mohamad Sabu tidak menjadi pilihan kepada rakyat tempatan di Kuala Terengganu.
Saya pun pelik hebat benar rakyat Terengganu sehingga boleh menjadikan isu syiah sebagai keutamaan calon. Sedangkan kerajaan Malaysia mula menjalinkan hubungan yang erat dengan Iran tidak menimbulkan isu syiah.
Kenapa kita dapat pemimpin Terengganu yang sempit dan dangkal? Patut la kita payah menang kerana sombong tidak bertempat. Nabi ada memuji puak Salman al-Farisi kita pula buat musuh.
Tetapi pembalasan tu sekejap saja. Dengar khabarnya PAS tak berani umum calon masa ceramah di Kuala Ibai walaupun nama calon dikatakan telah diputuskan.
Bila Wan Farid diumumkan bertanding bagi calon Umno, PAS terpaksa tangguh kena cari calon muda juga. Jika tidak ramai pengundi muda akan beri pada Wan Farid.
Walaupun Wan Farid dikaitkan dengan isu `tembak orang' di Batu Buruk tetapi masih ramai rakyat Kuala Terengganu tidak pasti kerana kes tersebut masih dalam mahkamah.
Manipulasi akhbar juga memainkan peranan penting sehingga menutup kejadian sebenar di Batu Buruk dan menyukarkan rakyat Kuala Terengganu menilai kebenaran.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP