Allah SWT tempelak kemenangan Umno di Manek Urai

>> Rabu, Ogos 26, 2009

Kemenangan bergaya PAS di Permatang Pasir semalam menempelak kesombongan Umno bahawa parti itu telah pulih berikutan peralihan kepimpinan dibuktikan dengan kejayaan sangat ketara mengurangkan majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Kesombongan Umno tidak bertahan lama. Hanya dalam masa sebulan Allah menempelak kemenangan Umno di Manek Urai. Allah memanggil Ustaz Hamdan Abdul Rahman rupanya tersembunyi banyak hikmah yang tidak tercapai otak kita.

Melalui pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos semalam, rupanya Allah SWT mahu memberi satu tamparan yang hebat kepada Umno sehingga mereka tidak lagi mampu berkata-kata.

Mereka pemimpin Umno yang banyak cakap, berbohong dan memfitnah tetapi menuduh pihak lain yang buat angkara itu, didedahkan secara nyata oleh Allah SWT siapa sebenarnya pembohong dan kaki fitnah.

Umno boleh menutup maklumat di Manek Urai kerana kawasan tersebut terpencil. Mereka boleh menggula-gula penduduk pendalaman Manek Urai. Mereka boleh tabur janji pembangunan dan tabur wang kepada rakyat yang mereka tutup maklumat.

Memang akhirnya ia memberi kesan kepada majoriti PAS di Manek Urai tetapi tidak di Permatang Pasir kerana kebanyakan penduduk Permatang Pasir terdedah kepada maklumat. Kawasan kampung Petani yang saya tinggal bersama petugas Selangor untuk kerja pilihan raya boleh mendapat liputan 3G.

Walaupun kampung tetapi ia tidak ketinggalan daripada pembangunan industri maklumat. Ini menjadikan penduduk sentiasa peka dengan keadaan semasa dan tidak mudah ditipu dan tertipu oleh pihak seumpama Umno.

Inilah asas utama kepada perbezaan keputusan yang dicapai di Manek Urai dan Permatang Pasir. Ia bukan soal perbezaan pendapat dalaman PAS yang didakwa menyebabkan majoriti PAS berkurang di Manek Urai.

2 comments:

Tanpa Nama,  26 Ogos 2009 pada 3:17 PTG  

ai..kutuk rapat nampak...he he

Tanpa Nama,  26 Ogos 2009 pada 3:18 PTG  

ai..kutuk je kerja kau

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP