Kasta atasan boleh tundukkan pemerintah

>> Isnin, Ogos 10, 2009

Ini contoh yang jelas wujud kasta dan penghormatan keterlaluan pemerintah terhadap golongan kaya sehingga boleh mengubah dasar pendidikan kerajaan.

Keputusan kerajaan supaya bahasa Inggeris ditukar kembali kepada bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains pada 1012 tetapi golongan ini pertikai.
Mereka langsung tidak berhati perut untuk jaga bahasa Melayu dan masyarakat luar bandar yang ketinggalan. Mereka hanya penting diri sendiri.

Sepatut golongan ini buat lah sekolah sendiri dan sistem pendidikan sendiri.

Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas
Ogos 9, 09 10:28pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Hartamas ekoran tindakan jabatan pelajaran menarik balik kebenaran untuk mereka mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) membantah perubahan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pegawai jabatan tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Kami bersikap terbuka. Mereka (jabatan) tidak harus bersikap demikian, maafkan saya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari ini, lapor Bernama.

“Saya minta maaf. Saya fikir tidak adil (untuk menarik balik kebenaran itu)," katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka mengadakan EGM tersebut untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan PPSMI..

PIBG sekoleh tersebut dijadual diadakan di sekolah itu pagi semalam, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

1 comments:

Gedung Akal 10 Ogos 2009 pada 3:24 PTG  

Kah..kah..kah..
Melayu sudah maju..Melayu sudah jadi bangsa besar...Melayu mahu cakap orang putih untuk maju...
Melayu mahu perangkan warna rambut seperti ketua PIBG sekolah tersebut..kah..kah..kah..Melayu 1Malaysia adalah Melayu maju degan bahsa Inggeris,.

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP