Kenapa orang sihat sangat bimbang dan ketakutan dengan penularan selesema babi? Kenapa orang sihat kena tutup hidung? Kenapa orang sihat dikenakan sekatan bermacam-macam?
Sedangkan cara menangani penyakit menular dijelas oleh Nabi Muhammad saw.
Rasulullah saw pernah menyatakan tentang wabak cacar, sabdanya: “Itu adalah semacam bencana atau seksa yang dikirim kepada satu golongan dari Bani Israel. Maka bila ia berjangkit pada suatu negeri dan kebetulan kamu sedang berada di sana, janganlah kamu keluar daripadanya. Sebaliknya jika ia sedang berjangkit dan kamu berada di luar, janganlah masuk ke dalamnya.”
Hadis ini diriwayat Turmudzi daripada Usamah bin Zaid dengan menyatakannya sebagai hasan lagi sah.
Selesema babi termasuk dalam penyakit berjangkit. Maka sesuai dengan sabda Nabi saw: “Tidak boleh dicampur antara yang sakit dengan yang sihat.”
Langkah selamatnya kerajaan kena adakan satu pusat khas atau tempat yang khusus kepada pembawa virus selesema babi supaya ia terasing dan tidak menjangkiti orang lain yang sihat.
Orang sihat tidak boleh masuk ke kawasan khas tersebut. Orang yang dikenal pasti telah sihat boleh keluar daripada pusat tersebut.
Kuarantin secara sendiri di rumah tidak boleh menjamin penularan wabak tersebut. Sebab itu wabak ini tidak boleh ditangani malah makin merebak secara pantas. Hanya kaedah yang ditunjukkan Nabis saw langkah yang berkesan tanpa perlu kita fikir tentang vaksin.
Orang yang sakit perlu berkorban dan tinggal di tempat kuarantin tersebut kerana kerjasama itu boleh mematikan penularan wabak virus H1N1.
Selain itu kawalan keluar masuk ke pusat tersebut juga perlu diketatkan bagi memastikan virus tersebut tidak terkeluar daripada pusat kuarantin khas. Ia seumpama pusat penyakit kusta.
Boleh baca tulisan penuh saya di Harakah 17 Ogos 2009 di halaman Fikrah muka 22.
Diriwayatkan bahawa ketika ada seorang yang berpenyakit kusta hendak berbaiah dengan beliau, maka Nabi saw mengirim orang untuk menerima baiah tersebut dan tidak mengizinkan pesakit tersebut memasuki kota.
Diriwayatkan pula oleh Bukhari dari Ibnu Abbas bahawa Umar Khathab pergi ke Syam dan menemui Abu Ubaidah dan sahabatnya yang melapurkan kepada beliau bahawa wabak sedang berjangkit di situ.
Umar kemudiannya bermusyawarah dengan orang Muhajirin dan ada yang berkata: “Kita berkunjung ke negeri ini adalah kerana suatu kepentingan. Maka kami tidak setuju, kita kembali begitu sahaja.”
Ada juga yang berkata: “Disamping anda ada pemimpin lain dan para sahabat dari Rasulullah saw. Maka kami tidak setuju jika mereka anda hadapkan kepada wabak itu.”
“Menjauhilah tuan-tuan.” Kata Umar lalu disuruh memanggil orang Ansar untuk mendapatkan pendapat mereka dan ada yang berkata kepada Umar: “Menurut hemat kami lebih baik anda kembali dan tidak mengiring mereka menempuh wabak tersebut.”
Umar kemudiannya menyeru kepada kedua golongan tersebut: “Pagi esok, saya akan berangkat dengan kenderaan meninggalkan Syam, maka ikutlah tuan-tuan bersama-sama.”
Abu Ubaidah bin Jarrah menyanggah, katanya: “Apakah kita hendak lari daripada takdir Allah?”
Balas Umar: “Andainya bukan anda yang menanyakan itu, wahai Abu Ubaidah!. Memang kita lari daripada takdir Allah kepada takdir Allah! Bagaimana pendapat anda sekiranya anda punya unta di sebuah lembah, salah satu lerengnya subur dan yang satu lagi tandus?
Bukankah anda akan memilih lereng yang subur buat tempat mengembalakannya, maka hal itu adalah kerana takdir Allah. Sebaliknya bila anda memilih lereng yang tandus, itu juga adalah kerana takdir Allah!”
Abdurrahman bin Auf yang ada di situ berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu dengar ia berjangkit di suatu daerah, janganlah kamu datang ke sana dan jika berjangkit di tempat kamu berada, maka janganlah kamu keluar buat melarikan diri daripadanya.”
Rasulullah saw melarang orang keluar dari daerah yang sedang dijangkiti penyakit cacar atau masuk ke dalamnya kerana mahu menyelamat orang lain daripada menjerumus diri ke dalam bahaya. Ia juga untuk membatasi penyakit dari daerah tertentu agar tidak meluas ke daerah lain.
Para ulama mengambil nas ini dalam mencari penyelesaian masalah wabak yang berjangkit. Ketika itu suntikan vaksin bagi mengwujudkan ketahanan tubuh untuk mencegah penyakit berjangkit belum wujud.
0 comments:
Catat Ulasan