Sembahyang malam Ramadhan di Masjid Syakirin

>> Rabu, September 09, 2009

Malam tadi entah bagaimana tergerak hati nak sembayang qiam Ramadhan di Masjid Syakirin. Selalu di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar dan sekali sekala di Masjid Rahimah, Greenwood dan masjid UIA.

Dekat nak Isyak saya keluar rumah terus ke masjid Syakirin. Sampai di sana penuh dengan polis trafik dan terlihat canopy warna kuning maka sah la cetusan hati ada bangsawan turun sembahyang di masjid itu.

Saya terpaksa parking kereta jauh dari masjid kerana tak dapat tempat nak parking menunjukkan ramai orang tu. Masa jalan tu lalu dekat bus stop ada beberapa orang sedang borok sedangkan kat masjid orang dah solat isyak.

Kalau diperhati macam dreber kereta golongan seangkatan dengan bangsawan kot. Tidak tahu la pula termasuk kaki borak tu drebar wakil rakyat. Harap jangan sampai macam tu la.

Masa masuk masjid penuh la dengan orang Melayu berbaju melayu. Masa sembahyang qiam malam tu ada la sah kosong tetapi yang pakai baju Melayu ni tak jalan ke depan masuk penuhkan sah. Barangkali dia belajar tidak boleh jalan dalam sembahyang. Walaupun berjalan tu ada kepentingan untuk penuhkan sah tetapi dia tidak juga masuk.

Kalau lihat kejadian tu, jadi yang pakai baju Melayu ini ni kena banyak belajar cara sembahyang berjemaah lagi. Kita pun sedih dalam usia dah agak lanjut la tu masih tidak ada ilmu sembahyang. Barangkali sembahyang pakai ikut je. Mungkin juga belajar sembahyang masa di sekolah lepas tu tak tambah-tambah ilmu sembahyang. Ini lah jadi bila tengok orang sembahyang lain sikit mula orang seperti ini bising.

Kalu negeri tu dah diperintah oleh mereka yang kearah mahu Islam tu patut-patut la belajar ilmu lagi. Nanti malu kat orang je.

Tengok lagi muka-muka jemaah rupanya ramai dari luar dan ada juga sahabat kena merai dan dijemput merai majlis kekuningan tu. Tengok masjid serba baru, cat bersinar walaupun belakang buruk sangat. Maklum la raja mahu turun.

Tok wakil pun turut sama. Hai kena rai. Kalau orang besar turun tak ada orang susah juga nanti. Tok wakil pun termasuk dari parti Islam tu pun pakai baju Melayu. Ya la apa nak salahkan Melayu ye...

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP