Musim raya ni JPJ sibuk sangat jaga tayar dan brek kenderaan awam terutamas bas ekspres. Sedangkan semua orang tahu bas ini dilulus periksa oleh Puspakom setiap enam bulan sekali.
Apakah JPJ sudah tidak percaya sama peperiksaan Puspakom keatas kenderaan tersebut? Sehingga mereka sanggup turun padang periksa tayar dan brek. Ini semua kan kerja Puspakom.
Kalau Puspakom lulus bermakna selamat la tu tetapi JPJ ni nampak macam tidak puas hati je dengan kerja Puspakom. Kalau gitu la kiranya patut la JPJ cadangkan SPRM yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan saksi tu di Selangor tu baik masuk siasat juga Puspakom.
JPJ akui kenderaan awam seperti bas ekspres tidak terlibat dalam kemalangan sempena musim raya kali ini kerana antara pendekatan yang diambil memeriksa tayar dan brek bas di stesen bas.
Hai tak terasa ke Puspakom. Patut kali ni kita kecam lagi Puspakom.
-
0 comments:
Catat Ulasan