Dalam kita dok puasa dan mengharapkan kedamaian jiwa tetapi Umno ini tidak habis-habis mahu mengusik ketenangan kita.
Cara gurau yang melampaui batas dan menyakit hati. Dia tahu barangkali orang dok puasa jadi dia ambil peluang naik harga minyak. Jadi tak ada la yang demo.
Jahat sungguh Umno ni. Bukan dia tidak tahu pengalaman lalu menaikkan harga minyak hingga menyebabkan harga barang naik tapi sampai sekarang barang tidak turun harga walaupun minyak diturunkan harga.
Ini dia buat perangai lama lagi. Tidak ambil pengajaran lalu. Dia naik harga minyak pula dekat dengan perayaan umat Islam maka sudah tentu barang akan ikut naik selepas ni.
Jahat Umno tidak habis-habis tetapi Melayu ni tak reti-reti nak tukar kerajaan. Kesian Melayu yang sedar akibat Melayu tidak sedar diri.
-
0 comments:
Catat Ulasan