Politik Rais terancam

>> Ahad, Januari 16, 2011

Pemimpin politik mahu Rais saman fitnah blogger

IPOH Malay (ipohmalay.blogspot.com) melaporkan kumpulan besar yang tidak peka politik dalam masyarakat mendapati 80 peratus daripada mereka merasa terkejut dengan berita rogol amah.

Blog itu memceritakan, ketika berbual dengan kumpulan tersebut yang terkejut dengan akhbar menyiarkan kisah Robingah mengaku dan gambar Rais Yatim terpampang, mereka bertanya, apa hal ni? Apa kes ni? Hei nyer cemane?

Ini menunjukkan perang maya cetusan alam maya berhubung sesuatu isu, tidak diikuti oleh 80 peratus masyarakat. Mereka hanya fikirkan keberlangsungan hidup. kebajikan, kerakyatan dan keindahan kerajaan rakyat itu adalah politik yang mengganggu kehidupan mereka.

Ini bermakna, Harakah bukan menjadi bacaan umum dengan pengaruh yang tinggi.

Khalayak tidak mengetahui perjalanan perang fitnah gambar palsu dan kenyataan palsu kononnya Robingah dirogol dan diusir dilapor bermaharajalela di internet tanpa kepedulian khalayak ke atas isu tu.

Khalayak menggunakan internet untuk berhubung sesama mereka dan menjalani kehidupan. Berita politik dari blog hanya berlegar dalam blogosfera.

Begitu juga kes Anwar yang terlalu banyak bukti yang terpampang di dunia blog tetapi khalayak tidak peduli dan membiarkan kerajaan mengatasinya sendiri.

Lapor blog Ipoh Malay lagi, sekiranya khalayak yang tidak peduli ini tidak dilakukan 'dakwah lisan' kita akan terus terjumpa mereka yang berkata sama ada: "Ye ker? Ya Allah, teruknya dia," atau "Ya Allah, komer percaya sangat la blog tu."

Musuh dalaman Umno

Apakah kenyataan pertama Rais menafikan dakwaan beliau terlibat kes rogol amah warga Indonesia itu akan menyelamatkan karier politik beliau. Dalam soal ini mungkin kebimbangan Rais bukan kepada pembangkang tetapi musuh politik dalaman Umno.

Pembangkang pula mengambil kesempatan di atas pendedahan blogger pro Umno. Mereka mahukan Rais mengambil tindakan saman ke atas blogger yang memfitnah beliau terutama Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru merupakan blogger pertama menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung tuduhan itu.

Rocky's Bru dan BigDog mendedahkan hal itu pula dituduh oleh blogger pro Rais sebagai mempunyai agenda tertentu terhadap Rais. Perkara ini didedahkan Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata (chegubard.blogspot.com)

Lapor blog itu, penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pasti akan menafikan kesalahannya.

Justeru semua pihak meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan serius yang diambil.

Keadaan ini menimbulkan persoalan:

* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang dikatakan mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?

* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah?

* Mengapa Rais mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedangkan beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelakinya dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?

Mana pergi minyak masak?

Kl Boyz Channel (klboyzwangsa.blogspot.com) mempersoalkan kawalan terhadap minyak masak sebaliknya barangan itu tidak ada di pasaran.

Kerajaan kata barangan minyak masak terkawal, tetapi seluruh negara tidak mempunyai bekalan minyak masak.

Kalau kat kedai runcit langsung tak ada jual, kalau kat pasaraya pula ada juga sikit, tetapi menghadkan pembelian minyak masak. Yang amat aneh dan pelik, minyak masak ni diperbuat daripada kelapa sawit. Malaysia adalah pengeluar utama kelapa sawit pula tu, mana pergi dan hilangnya minyak masak kita?

Macamana bahan keperluan itu hilang dari pasaran? Mungkin adakah pihak yang buat `magic’ untuk menghilangkan bekalan minyak masak dari pasaran kot?

Syabas juga diucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sehari dua ni kelam-kabut juga menyiasat syarikat pembungkusan minyak masak yang disyaki menyeleweng pengeluaran bahan keperluan tersebut. Setakat ini dah enam syarikat yang disiasat atas penyelewengan bekalan minyak masak itu.

Kita berharap agar penyiasatan tu dibuat segera untuk membuahkan hasil. Kalau mereka ni didapati bersalah, kenakan saja tindakan dan hukuman yang berat yang setimpal diatas perbuatan mereka ini kerana menyusahkan semua rakyat Malaysia.

Jikalau ada para peniaga kedai yang menyorok barang, kenakan tindakan juga agar mereka ni tak akan mengulanginya lagi.

Seluruh rakyat Malaysia berharap masalah ini diselesaikan segera agar minyak masak akan berada semula di pasaran sehari dua ni.

Anwar dan Pas, bongkok!

Gelombang Wang Maju (mediawangsamaju.blogspot.com) mengakui agak keras kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yang baru dilantik, menggelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pas sebagai bongkok.

Namun pada Gelobang Wang Maju (GWM) jika melihatkan kepada prinsip, sikap dan propaganda pembangkang, maka dengan 'kerasnya' juga GWM bersetuju.

Apa yang dilakukan oleh Anwar dan Pas terutama Pengerusi Anak, Mazlan Aliman cukup memeningkan kepala Mohd Isa. Janji tinggi melangit pembahagian tanah sama rata sudah menjadi doktrin baru juak pembangkang. Lebih-lebih lagi sewaktu pilihan raya kecil Tenang sedang berlangsung.

GWM mendakwa secara umumnya, pembahagian tanah yang dilakukan Felda adalah berdasarkan hukum faraid (mengikut Islam) kepada generasi pertama.

Pembahagian ini tidak dipecahkan terlalu banyak agar generasi kedua dan ketiga, bersama menjaga ladang dalam satu konsep 'holding'.

Konsep ini sama seperti sebuah syarikat 'holding' (holding company) yang akan menguruskan anak syarikat dibawahnya. Generasi kedua malah ketiga boleh menduduki dalam pengurusan 'holding' sambil menikmati faedah pengurusan tanah dan hasil darinya.

Search Fasha berbikini hangat

Mazidul Akma Sidik (www.mazidulakmal.com) merupakan pengacara TV3 turut mempunyai blog, melaporkan `Hairan Sangat Ke Melihat Gambar Fasha Berbikini?’

Katanya tidak perlu saya memuatkan gambar pelakon, Fasha Sandha terbabit di blog ini kerana yakin ramai pembaca mampu membayangkannya, Fasha memakai bikini.

Ya! Ya! Memang nampak 'lurah dendam', cleavage but so what? Bukan ke kita semua sudah puas melihat cleavage di televisyen dan majalah?

Oh! Ok! Jangan marah! Cuma kali ini cleavage Fasha, kan? Itu bezanya.

Apa pun secara jujur, gambar dan berita pada awalnya dimuatkan di banyak blog terbabit tidak langsung mengejutkan saya. Dia bukan Datuk Siti Nurhaliza! Jika gambar Datuk Siti berbikini dipaparkan, saya pasti akan teruja. Fasha?

Saya juga 100 peratus yakin, Fasha redha gambarnya diabadikan ketika berada di Bali kerana semuanya bukan dirakamkan secara tersembunyi menggunakan spy camera seperti digunakan krew 999 untuk merakamkan gambar pelacur.

Jadi, saya percaya Fasha juga sekaligus mampu menjangkakan gambar terbabit berkebarangkalian tersebar di Malaysia.

Mungkin sewaktu di Bali, Fasha berpesan kepada rakan-rakannya ...

"You all baik-baik ya, gambar I jangan 'terlepas' pula"

Aduka kena penampar

Blogger Aduka Taruna dilaporkan sedang buat projek `Langgar Abdul Hadi’ (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

Ada pihak yang membuat ulasan mengatakan ranking Aduka Taruna cukup tinggi ketika beliau ditahan polis pasal isu Sultan Johor tetapi selepas itu ia jatuh mendadak.

Barangkali untuk naik ranking maka beliau anjur projek langgar Hadi selepas solat Jumaat, 7 Januari lalu. Sebaliknya bukan Hadi yang dilanggar tetapi beliau `kena langgar’ lapor Apa Orang Kata (apaorangkata.blogspot.com).

Namun begitu ada juga blog mempertikai jemaah Masjid Rusila bertindak kasar ke atas Aduka kerana beliau itu `budak baru nak belajar’. Macam juga orang Badwi kencing dalam masjid. Sahabat mahu pukul Badwi itu tetapi Nabi saw menghalang.

Mahfuz `poligame’

Mr Ghost Writerz (ohpolitik.blogspot.com) posting tentang jolokan popular untuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, iaitu `poligame’ singkatan kepada politik + gambar + media.

Perletakan jawatan Mahfuz sebagai pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dilihat lebih kepada poligame dan bukan atas dasar keutamaan kepada prinsip.

Mr Ghost Writerz mengambil sumber dari Detik Daily, berkata Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.

Selain itu Mahfuz juga dikatakan tidak pandai membezakan antara beliau sebagai pembangkang di Parlimen dan kerajaan di Kedah.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP