Kita bersedih umat Islam Palestin di bunuh. Pemimpin negara Islam hanya mampu mengutuk seperti kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh menjatuhkan maruah pemimpin ketika mengulas Muntadzar al-Zaidi melempar kasut ke muka Goerge Bush Presiden Amerika. Kata Pak Lah cukup lah kita mengutuk tingkah laku pemimpin itu.
Nyawa orang Islam kita dibunuh hancur lebur cukup hanya kita kata kutuk Bush. Sedangkan hukum bunuh balas bunuh. Hukum tumbuk balas tumbuk.
Tetapi betul kita ini orang simpati dengan nasib sesama Islam kita yang dibunuh lalu kita mengeluarkan kenyataan mengutuk Amerika dan Israel? Betul ke tu?
Kalau betul sudah tentu kita merasa sedih kematian umat Islam di Palestin. Sudah tentu kita tidak menyambut tahun baru dengan bermewah dan meriah. Menghabis dan membakar wang berjuta ringgit kerana mercun dan bunga api. Ini yang kerajaan ajar pada rakyat. Sebab itu rakyat tetap suka bakar mercun walaupun dilarang. Sepatutnya wang itu kita salurkan kepada umat Islam Palestin bukan dibakar untuk puaskan hawa nafsu kita.
Negeri sembilan membatalkan hiburan selama seminggu kerana kematian Yang Dipertua Besar negeri itu. Kenapa ramai umat Islam Palestin meninggal kita tetap bersuka ria? Tiada rasa keprihatinan. Tiada kesedihan. Apa punya hati kita ini.
Dubai membatalkan sambutan tahun baru kerana mengingatkan tragedi pembunuhan umat Islam di Palestin yang diserang rejim kejam Israel.
Yang pelik pulak kerajaan Mesir tangkap 45 ahli Ikhwan yang mengadakan demontrasi mengutuk serangan Israel. Apa yang hebat artis Hollywood memboikot barangan Yahudi kerana serangan itu.
Inilah dunia umat Islam sebab itulah kita boleh dibuli Amerika dan Yahudi kerana kita sendiri tidak prihatin dengan sesama umat Islam kita. Kita tidak perasaan. Gelap hati daripada menjiwai nasib orang kita di Palestin.
0 comments:
Catat Ulasan