Musim raya ni JPJ sibuk sangat jaga tayar dan brek kenderaan awam terutamas bas ekspres. Sedangkan semua orang tahu bas ini dilulus periksa oleh Puspakom setiap enam bulan sekali.
Apakah JPJ sudah tidak percaya sama peperiksaan Puspakom keatas kenderaan tersebut? Sehingga mereka sanggup turun padang periksa tayar dan brek. Ini semua kan kerja Puspakom.
Kalau Puspakom lulus bermakna selamat la tu tetapi JPJ ni nampak macam tidak puas hati je dengan kerja Puspakom. Kalau gitu la kiranya patut la JPJ cadangkan SPRM yang dikatakan terlibat dengan kes pembunuhan saksi tu di Selangor tu baik masuk siasat juga Puspakom.
JPJ akui kenderaan awam seperti bas ekspres tidak terlibat dalam kemalangan sempena musim raya kali ini kerana antara pendekatan yang diambil memeriksa tayar dan brek bas di stesen bas.
Hai tak terasa ke Puspakom. Patut kali ni kita kecam lagi Puspakom.
JPJ tidak percaya lagi dengan Puspakom
>> Isnin, September 28, 2009
Apa cerita sebenarnya dibelakang tabir
>> Khamis, September 10, 2009
Kalau ditengok sekali imbas memang rugi la pasal syarikat sudah berkembang maju dan ramai pelanggan tiba-tiba Maahad tarik diri.
Saya tidak tahu apa masalah sebenar tetapi tentu ada sebab tertentu dan lebih memberi makna yang lebih besar disebalik pemahaman kita. Perkiraan itu jelas menunjukkan pertimbangan yang langsung tidak dikuasai menterialistik. Ini lah kita mahu tidak teruja dan menjadi hamba kepada kebendaan.
Saya cuma tukang memanjangkan:
Assalamu ‘alaikum wa rahmatuLlah,
Adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa mulai Ogos 2009, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah, Pulau Melaka, Kota Bharu, telah KELUAR daripada syarikat Saffron Integrated Marketing, sebuah entiti perniagaan yang mengeluarkan dan memasarkan produk atas jenama ‘TOK GURU’ sebagai penasihat dan penaung kepada projek sumbangan dana kepada Maahad dan beberapa sekolah ugama yang lain di seluruh negara.
Dengan ini, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah tidak boleh lagi dikaitkan dengan perniagaan dan jenama tersebut.
Demi meneruskan kelangsungan usaha murni ini yang telah mendapat sokongan penuh kedua – dua tuan guru ( TGNA dan TGHH ) melalui kesudian melancarkan produk syarikat di Pulau Melaka dan Rusila suatu ketika dulu, serta sokongan padu segenap lapisan masyarakat, di samping kejayaan membantu sekolah – sekolah ugama berkaitan, saya dan rakan – rakan yang prihatin akan memulakan pemasaran produk di atas nama syarikat dan jenama yang baru dalam masa terdekat, insya Allah.
Semoga diberkati Allah. Semoga diperkenan khalayak.
Adalah saya dengan ini memaklumkan.
( nik mohamad abduh bin nik abdul aziz )
Sembahyang malam Ramadhan di Masjid Syakirin
>> Rabu, September 09, 2009
Malam tadi entah bagaimana tergerak hati nak sembayang qiam Ramadhan di Masjid Syakirin. Selalu di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar dan sekali sekala di Masjid Rahimah, Greenwood dan masjid UIA.
Dekat nak Isyak saya keluar rumah terus ke masjid Syakirin. Sampai di sana penuh dengan polis trafik dan terlihat canopy warna kuning maka sah la cetusan hati ada bangsawan turun sembahyang di masjid itu.
Saya terpaksa parking kereta jauh dari masjid kerana tak dapat tempat nak parking menunjukkan ramai orang tu. Masa jalan tu lalu dekat bus stop ada beberapa orang sedang borok sedangkan kat masjid orang dah solat isyak.
Kalau diperhati macam dreber kereta golongan seangkatan dengan bangsawan kot. Tidak tahu la pula termasuk kaki borak tu drebar wakil rakyat. Harap jangan sampai macam tu la.
Masa masuk masjid penuh la dengan orang Melayu berbaju melayu. Masa sembahyang qiam malam tu ada la sah kosong tetapi yang pakai baju Melayu ni tak jalan ke depan masuk penuhkan sah. Barangkali dia belajar tidak boleh jalan dalam sembahyang. Walaupun berjalan tu ada kepentingan untuk penuhkan sah tetapi dia tidak juga masuk.
Kalau lihat kejadian tu, jadi yang pakai baju Melayu ini ni kena banyak belajar cara sembahyang berjemaah lagi. Kita pun sedih dalam usia dah agak lanjut la tu masih tidak ada ilmu sembahyang. Barangkali sembahyang pakai ikut je. Mungkin juga belajar sembahyang masa di sekolah lepas tu tak tambah-tambah ilmu sembahyang. Ini lah jadi bila tengok orang sembahyang lain sikit mula orang seperti ini bising.
Kalu negeri tu dah diperintah oleh mereka yang kearah mahu Islam tu patut-patut la belajar ilmu lagi. Nanti malu kat orang je.
Tengok lagi muka-muka jemaah rupanya ramai dari luar dan ada juga sahabat kena merai dan dijemput merai majlis kekuningan tu. Tengok masjid serba baru, cat bersinar walaupun belakang buruk sangat. Maklum la raja mahu turun.
Tok wakil pun turut sama. Hai kena rai. Kalau orang besar turun tak ada orang susah juga nanti. Tok wakil pun termasuk dari parti Islam tu pun pakai baju Melayu. Ya la apa nak salahkan Melayu ye...
Apa pendapat anda bila Qardhawi berfatwa wanita boleh jadi Presiden
>> Isnin, September 07, 2009
Sejak akhir ini fatwa Syaikh Yusuf al-Qardhawi banyak menimbulkan kontroversi. Sebelum ini beliau mengeluarkan fatwa Sayyid Quthb bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni dalam Ikhwanul Muslimin, Mesir.
Kali beliau berfatwa pencalonan wanita dan bukan Islam dibolehkan untuk bertanding dalam pemilihan Presiden dan menjadi Presiden.
Ini berlainan dengan dasar Ikhwan memiliki prinsip dan pandangan yang sama sekali bertentangan dengan fatwa Qardhawi tersebut. Pendapat rasmi Ikhwan menyatakan jika seorang non-Muslim dan perempuan tidak boleh disokong untuk menjadi calon Presiden.
Fatwa Qardhawi berdasarkan hujahnya bahawa memang benar majority ulama fikah tidak membolehkan perempuan untuk menduduki jabatan khalifah besar atau khalifah 'ammah, atau imamah uzhma, yaitu jabatan tertinggi kekhalifahan umat Muslim.
"Tetapi, masalahnya, apakah jawatan presiden yang hanya memerintah dan menguasai sebuah negara termasuk pada pembahasan khilafah? Atau, apakah hal ini bisa diqiyaskan sebagai pemimpin iqlim (wilayah bagian) pada zaman dulu? Saya katakan, ya, tidak ada penghalang dalam agama bagi seorang perempuan yang mampu untuk menduduki jabatan presiden," jelas Qardhawi.
Tambah beliau jika seorang perempuan memiliki hak untuk menduduki pelbagai jabatan kenegaraan misalnya anggota parlimen, menteri, bahkan menjadi presiden, dan juga jabatan pada dewan fatwa.
"Lojik Islam dalam hal ini berdiri di atas prinsip jika perempuan adalah entitas masyarakat yang juga paripurna, mereka memiliki hak sebagaimana lelaki," kata Qardhawi.
Dalam bicara bertajuk "Fikih Kehidupan" (Fiqh al-Hayat) yang disiarkan oleh televisyen "Ana" pada jaringan televisyen satelit Timur Tengah Nilesat, Qardhawi menegaskan pihaknya lebih condong kepada pendapat fikih yang menyatakan seorang perempuan boleh menduduki jabatan kehakiman (qadha).
"Tapi tenu saja ada syarat kapabilitas yang ketat yang harus dipenuhi terlebih dahulu oleh perempuan tersebut, tidak sembarangan," terang Qardhawi.
Aliran politik sasau yang tidak faham Islam
>> Ahad, September 06, 2009
Malah mereka ini mencemar nama baik Islam. Orang ini yang mengarak kepala lembu dan orang ini yang dipertahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin.
Allah suruh kita beradab dalam majlis dan Allah suruh kita jangan menghina agama lain kerana mereka akan menghina Allah. Sebaliknya puak ini yang jumpa Hishamudin sungguh tidak beradab. Mungkin inilah yang diajar oleh Hishamudin dan Umno.
Inilah Umno lahirkan orang-orang yang buta dan taksud dengan politik dan pemimpin mereka bukan kerana kepatuhan kepada Allah SWT tetapi untuk kepentingan politik mereka. Sungguh memalukan kerana mereka berselindung disebalik Islam tetapi yang jelas mereka ini hanya berkepentingan untuk politik mereka sahaja. Lihat siaran ini...
Celaka Umno...!
>> Selasa, September 01, 2009
Dalam kita dok puasa dan mengharapkan kedamaian jiwa tetapi Umno ini tidak habis-habis mahu mengusik ketenangan kita.
Cara gurau yang melampaui batas dan menyakit hati. Dia tahu barangkali orang dok puasa jadi dia ambil peluang naik harga minyak. Jadi tak ada la yang demo.
Jahat sungguh Umno ni. Bukan dia tidak tahu pengalaman lalu menaikkan harga minyak hingga menyebabkan harga barang naik tapi sampai sekarang barang tidak turun harga walaupun minyak diturunkan harga.
Ini dia buat perangai lama lagi. Tidak ambil pengajaran lalu. Dia naik harga minyak pula dekat dengan perayaan umat Islam maka sudah tentu barang akan ikut naik selepas ni.
Jahat Umno tidak habis-habis tetapi Melayu ni tak reti-reti nak tukar kerajaan. Kesian Melayu yang sedar akibat Melayu tidak sedar diri.