Setakat pendapat manusia tiada yang tidak boleh dibawa penyelesaian. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali boleh berpegang teguh dengan pendapatnya tetapi dia tidak boleh memaksa pihak lain menerima pendapat beliau selagi musyawarah kerajaan negeri Selangor berpendapat Salcet betul, dan tidak perlu diubah.
Pendapat Hasan Ali bukan nas yang mesti dipaksa perlaksanaannya. Hasan Ali kena ada perasaan rendah diri. Tidak boleh la selalu tinggi diri dan rasa dirinya sahaja yang betul. Selagi majoriti majlis kerajaan Selangor menolak pelaksaan pendapat Hasan Ali maka beliau kena terima dengan rendah diri. Ada hikmat Allah SWT di situ. Saya rasa bagus juga sekali sekala Hasan Ali sertai musyawarah Tabliq. Sekurangnya ubah diri jangan selalu rasa dirinya sahaja yang betul.
Kalau hati masih juga tak boleh ubah. Lebih baik Hasan Ali turun masjid sekali sekala pi basuh tandas masjid dan bersih kawasan masjid, bukan turun solat semata-mata. Ini amalan ahli sufi bagi membentuk dirinya rendah diri apabila dirinya rasa tinggi diri.
Tidak salah tinggi diri. Kita perlu tinggi diri bagi melahirkan pendapat tetapi bila pendapat tidak boleh diterima ramai maka kita perlu rendah diri. Kalau tetap tinggi diri bermakna kita tidak boleh terima pendapat orang lain. Ini keras kepala namanya.
Keras kepala tidak ada pada sahabat. Imam mazhab dan ulama-ulama besar. Keras kepala boleh apabila kita mempertahankan nas Allah tetapi apabila pendapat kita maka kita tidak boleh paksa orang lain terima pendapat kita.
Shafie tidak paksa orang lain terima pendapat dia sama juga imam lain dan para ulama mujtahid. Jadi kalau ada manusia buat kenyataan akhbar macam ni baca di sini maka bodoh sangat la orang ni berpolitik. Lain kali jangan bagi orang macam ni buat kenyataan akhbar. Memalukan sahaja.
Satu perkara lagi kita harap Hasan Ali jangan jadi pembela Umno dan Mohamad Khir Toyo. Kalau sebelum kita dapat kerajaan kita kata Umno banyak rasuah kenapa bila kita memerintah kita tidak buktikan kepada rakyat tentang dakwaan kita itu.
Kalau tidak rakyat tidak percaya lagi ceramah pakatan rakyat. Orang besar gaji besar kerak pun besar maka aib dia besar la. Orang kecil gaji kecil maka aib dia kecil. Hasan Ali kena terima la hakikat. Bukan soal nak cari aib tetapi menyiasat perbuatan kotor kerajaan lalu. Bila siasat tu terdedah la aib macam Anwar dulu tak besarlah tetapi cukup diaibkan.
-
0 comments:
Catat Ulasan