Pemimpin maksiat negeri terima bala

>> Selasa, Julai 08, 2008

Hujan itu rahmat bagi menyubur dan mengurangkan kepanasan bumi. Hujan lebat yang tidak dijangka dan diramalkan rupanya juga terselindung rahmat Allah yang lain iaitu bagi menyedarkan pemimpin serta mereka yang bergelar bertahta dan rakyat Selangor.
Tiada siapa sangka Shah Alam dan Klang tiba-tiba banjir besar. Ramai rakyat terkandas ke tempat kerja dan terlewat. Kerugian harta benda akibat banjir usah kira. Prodoktivi hari Selasa lalu merundum jatuh. Selangor rugi besar.
Siapa yang buat banjir bencana ini? Bukankah Allah? Kenapa ditimpanya bala kepada kita? Renunglah Selangor. Apa yang telah kamu buat sehingga mengundang kebencian Allah?
Apakah bala ini seperti ditimpa semasa kerajaan Umar iaitu musim kemarau dan kelaparan? Bezanya kerajaan Umar kerajaan beriman dan kerajaan Selangor kerajaan Islam. Tentulah bala kerajaan beriman merupakan ujian daripada Allah keatas orang beriman tetapi bala kepada Selangor kenalah kita fikir dan muhasabah.
Apakah yang kita lakukan dua tiga hari ini? Mungkin Allah masih sayang kepada kita kerana memberi pengajaran dalam sekejap masa. Ya! ujian Allah kepada kita.
Kita harap bala ini untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada kita. Dua kejadian maksiat di Shah Alam dan Kelana Jaya, Ahad lalu dianjur dan direstui pemimpin. Rakyat yang tidak berdaya hanya mampu sebar risalah walaupun pemimpin daripada golongan rakyat ini yang berkuasa.
Sepatutnya bukan risalah yang disebar tetapi tangan yang menegur kerana kuasa pada kita. Kalau masa Umno boleh kita kata kuasa pada Umno tetapi sekarang kuasa pada kita apa lagi alasan kita.
Pemimpin patut berterima kasih bila ada rakyat tegur daripada kelalaian kita. Seperti Umar gembira bila ada rakyatnya tegur dengan mata pedang kalau beliau seleweng daripada landasan Islam. Ini menunjukkan kelalaian boleh berlaku dan perlu ada teguran serta peringat memperingati.
Bagaimanapun di Selangor peringatan telah diberi awal lagi sebelum berlangsungnya maksiat tetapi kita tetap teruskan. Ini bermakna kita mengundang kemurkaan Allah. Sepatutnya pemimpin yang ada kesedaran menyekat maksiat tetapi diserahkan kepada rakyat yang beriman.
Kenapa tidak pemimpin yang menyekat? Apakah kerana malu alah? Sayangkan kuasa? Pangkat? Atau kita telah jadi gila kuasa, gila harta, gila pangkat sehingga kita yang berkuasa tidak mampu menegur yang bertahta. Kita pernah hina mufti kerana tidak berani tegur bertahta tetapi bila kita ada kuasa kita juga malu alah atau paling tepatnya daripada berselindung istilah malu alah ialah takut terlucut kuasa.
Ingat pemimpin berkuasa ia adalah amanah Allah. Jangan memimpin kerana habuan dunia maka perintah Allah dikebelakangkan. Mungkar tidak lagi ditegah kerana sayangkan kuasa.
Rasulullah saw pernah ditawarkan kuasa pemerintahan oleh kaum Qhuraisy sebaliknya menolak tawaran tersebut, kerana apa? Kerana Nabi saw diberi kuasa dan kekayaan dengan pangkat raja, perdana menteri, presiden, menteri atau exco tetapi tidak diberi kuasa cegah mungkar.
Jadi fikirlah adakah kuasa kita untuk amal makruf nafi mungkar atau kuasa untuk dapat wang bulanan, harta dan kekayaan serta populariti dan kemasyhuran.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP