Pujian pada anak muda berakhlak kemulian yang tinggi

>> Rabu, Julai 09, 2008

SAYA mungkin terlewat memberi komen perhimpunan protes di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, 6 Julai lalu. Bagaimanapun tidak terlewat untuk saya memuji dan mengangkat topi kepada anak muda dalam perhimpunan tersebut.
Mungkin ada yang beranggapan anak muda yang menyertai protes kenaikan harga minyak turut sama protes kumpulan rock bawah tanah, tidak terbuka (boleh diistilahkan katak bawah tempurung).
Inilah suara yang saya dengar daripada mereka yang kecewa melihat orang ramai dalam perhimpunan tersebut menghalang kumpulan rock daripada terus beraksi.
Walaupun bagi mereka menyifatkan orang ramai yang protes kumpulan rock tidak open minded tetapi anak muda yang tidak terbuka inilah sebenarnya penegak akhlak mulia di Malaysia.
Kalau anak muda boleh ikut buka baju seluar kerana ikut aksi penyanyi tetapi anak muda kita sesungguhnya berjiwa dan berakhlak mulia. Mereka boleh menegur mungkar bukan terikut dengan mungkar. Merekalah penyelamat maruah Islam dan tanah air.
Kalau ada yang kata band kami diprovokasi tetapi anggapan itu mungkin juga tidak tepat. Anak muda menegur awal kerana kenal siapa dia kumpulan band tersebut yang pernah buka baju.
Demokrasi bukan melalak, buka baju dan buka seluar tetapi itu budaya Barat yang mahu diterap kepada anak muda. Jangan kita silap tafsir demokrasi.
Anak muda sedia menegur band terbabit daripada meneruskan aksi apabila melihat pemimpin penganjur program berdiam diri.
Oleh kerana kebengitan muzik rock, teguran mulut jadi tenggelam. Akhirnya tangan mereka yang bertindak menegur. Memanglah kalau tidak dibaling dengan botol mungkin lolongan tersebut diteruskan.
Dengan keadaan bengit itu hanya botol air dan batu boleh menghentikan aksi tak senonoh dalam keadaan pemimpin hanya berdiam kaku. Penganjur langsung tidak menggunakan pembesar suara supaya kumpulan rock tersebut berhenti.
Saya akui terdapat juga anak muda PAS yang minat dengan muzik rock tetapi penyampaian mereka biarlah kena pada tempat kerana terdapat juga anak muda berjiwa matang tidak gemar dengan hiburan yang melampau.
Kita berhimpun untuk sampaikan mesej tetapi dengan kebisingan muzik langsung menenggelamkan lirik yang ingin disampaikan. Senikata tidak difahami. Ia tidak lebih kepada hiburan untuk melompat dan khayal.
Bukan tidak boleh berhibur tetapi masa band tersebut tidak sesuai. Perhimpunan tersebut mewakili semua peringkat umur dan generasi.
Protes sepatutnya tunjuk perasaan. Luahan perasaan. Bukan masa berhibur. Bagaimana rakyat tengah bersedih dengan kenaikan harga minyak kita boleh jamu mereka dengan hiburan.
Biarlah hiburan untuk bangsawan bertahta. Kita rakyat marhen tidak leka dengan hiburan kerana kita sebenarnya sakit. Sakit hati dan sakit jiwa dengan kenaikan harga minyak.
Kenapa hati kita yang sakit disogok dengan hiburan? Apakah hiburan dapat menolong kita yang sakit?
Hanya mereka yang berkata agama itu candu sahaja yang berubat sakit dengan hiburan tetapi bagi kami biarlah Allah yang memberi kesembuhan kepada sakit tadi.
Adnan Ibrahim

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP