Ummah mahukan kejujuran selamatkan Malaysia

>> Isnin, Julai 21, 2008

DALAM keadaan pemimpin negara jauh daripada akhlak mulia maka ramai yang beralih kepada menyokong PAS. Bukan Islam terutama Hindu menyokong PAS kerana mereka berakhlak sebagai makhluk tuhan bukan seperti pemimpin Umno berlagak tuhan.
Saya menghadiri program PAS bersama bukan Islam di sebuah hotel di Kuala Terengganu ketika saat menjelang pilihan raya umum 8 Mac.
Apa yang disuarakan oleh kaum India beragama Hindu ialah: "Kita menyokong PAS kerana ia ada Tuhan, kita tidak sokong Umno kerana ia berlagak macam Tuhan."
Kenapa sampai peringkat begitu sekali dihujahkan wakil India dalam majlis tersebut. Bagaimana pun apa yang jelas mereka tidak bersetuju dengan ISA kerana menyekat kebebasan pemimpin mereka berdemontrasi dan ditahan dibawah ISA.
Tahanan ISA menyekat kebebasan dan kuasa ini hanyalah layak bagi Tuhan bukan bagi manusia yang menyekat hak kebebasan. Jadi bila mereka menggunakan sewenangnya ISA maka mereka itu berlagak Tuhan.
Begitulah pincangnya manusia kerana tidak kembali kepada kitab Allah. Manusia ini bergelar dan memakai nama orang Islam dengan sewenang-wenangnya mengguna kuasa tanpa mengambil kira hak dan larangan Allah. Mereka menindas manusia kerana pangkat, kuasa dan kekayaan.
Mereka yang menentang kuasa itu dihumban ke penjara tanpa berbicaraan, tanpa keadilan. Siapakah lagi yang diharapkan oleh ummah kalau tidak kerana pembangkang dan PAS bagi mengubah keadaan tersebut. Jadi harapan orang jangan kita musnahkan.
Kita telah membina kejayaan sebaliknya tindak tanduk kita meruntuh hanya sekelip mata. Sesiapa tidak menghalang diadakan muzakarah tetapi hendaklah memastikan ISA dihapuskan, minyak dan harga barang diturunkan.
Orang miskin dapat pembelaan, orang kaya menunaikan tanggungjawab, keselamatan dan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran, hak bernegara, antarabangsa, masyarakat, kejiranan dan kedamaian. Ini merupakan tanggungjawab negara Islam.
Negara Islam bukan negara hukum. Negara Islam adalah kesejahteraan dan kedamaian. Keselamatan dan keamanan. Keindahan dan kemakmuran.
Bagi mencapai itu semua hendaklah pemimpin bertanggungjawaban terhadap Islam. Kita bukan semata hanya mahu berkuasa tetapi kuasa tidak ada pelaksanaan. Wang zakat masih diseleweng, maksiat berleluasa kerana kuasa sekadar boneka tetapi gaji ambil.
Akhirnya Islam juga dilihat tidak baik dan sempurna. Berjagalah kita jangan sampai kita orang kata Islam tidak elok.
Lihat harakahdaily. Presiden PAS hari ini membidas kenyataan yang dimainkan sesetengah pihak berhubung isu kerjasama PAS dan Umno dengan penegasan bahawa ianya merupakan fitnah semata-mata.
Lihat pula yang ini harakahdaily. PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Jangan sampai orang kata kita tidak jujur. Orang tidak tanya apakah ada kerjasama tetapi adakah perundingan?

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP