Kalau pemuda ajak debat tak timbul isu panas kerajaan perpaduan kot

>> Khamis, Julai 02, 2009

Kerajaan perpaduan dah tutup buku. Itu keputusan kita kena hormat. Kalau kita dok bangkit lagi maka akan timbul debat lagi.
Jadi tak akan jadi tutup buku.
Yang sudah ditutup jangan diungkit. Jika diungkita pihak lain akan ungkit maka yang tutup buku jadi buka buku balik. Tak selesai sampai bila-bila.
Kalau nak berdebat sampai bila tak habis kerana masing-masing akan rasa pendapat betul.
Kalau nak cari siapa kalah siapa menang pun tidak betul juga kerana akan jadi debat balik.
Ini soal pendapat. Tidak ada pihak yang salah. Kedua-dua pihak betul. Cuma bergantung kepada pendekatan sesuai atau tidak dengan keadaan semasa dan perkembangan politik masa kini dan keadaan akan datang.
Jadi pihak pemimpin PAS menarik balik artikal Dr Zulkifli Ahmad ahli Parlimen Kuala Selangor di akhbar harakah dan harakahdaily itu memang betul kerana Dr Zul sengaja mencari nahas mengungkit perkara yang sudah ditutup buku.
Kalau dr Zul boleh bangkit nanti ada orang lain bangkit pula. Jadilah dia isu yang tidak akan berkesudahan.
Jadi Dr tu jangan cerdik sangat.
Seperkara lagi benda yang sudah ditutup buku kenapa pula dikenang kepada pemuda PAS.
Pemuda PAS ajak pemuda Umno wacana apa salahnya. Mungkin silap si ketuanya ajak wacana kalau barangkali diajak berdebat tidak jadi bising atau isu.
Arwah Ustaz Fadzil pun bertukar pendapat dalam satu program debat dengan Mahathir di Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa salahnya pemuda berbuat demikian.
Ini kerja dakwah tanpa kira kawan dan musuh.
Yang peliknya kepala kita terlalu prajudis terhadap kerjasama dengan Umno sehingga usaha pemuda PAS itu pun mahu dianggap mahu buat kerajaan perpaduan dengan Umno.
Masalahnya pula penulis blog masih terikut-ikut dengan media. Tahu media tu musuh buat tajuk dan intro mahu kenakan musuh tetapi kita tetap terikut-ikut.
Kita tengok isu debat Tok Guru Nik Aziz dengan kenyataan Abdul Hadi pihak media cuba lag. Buat tajuk yang nampak dua orang ulama itu nampak sentiasa bergaduh.
Ini memang kerja wartawan membentuk berita supaya nampak bergaduh.
Kalau kita baca penuh jawapan Abdul Hadi ketika ditanya wartawan tidak apa-apa gaduh pun. Biasa la mana-mana organisasi setiap perkara kena bawa ke mesyuarat baru pihak lain tahu apa bentuk debat.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP