PAS menang dengan majoriti 65 undi

>> Selasa, Julai 14, 2009

Calon Pas menang dengan Majoriti 65 undi, Mohd Fauzi Abdullah (Pas) dapat 5,348 undi; Tuan Aziz Tuan Mat (BN) dapat 5,283 undi

Apakah janji jambatan maka keputusan pilihan raya di Manek Urai amat tidak dijangkakan.

Sumber malaysiakini melaporkan
kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.

Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.

kemaskini 8.19pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

Keputusan tidak rasmi memberitahu PAS menang dengan majoriti 66 undi bermakna andaian Pengarah Pilihan Raya Manik Urai, Haji Fatah Harun bahawa PAS menang majority 2 ribu tersasar sama sekali.

Manakala sumber Malaysiakini pula kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP