Kita harap jangan terikut-ikut dengan Gerakan dan MCA. Perintah negeri ada peraturan dan undang-undang.
Kalau tidak mahu ikut undang-undang sama macam kongsi gelap. Mafia punya geng.
Kalau nak bawa kearah itu tidak baik la.
Jawabnya lebih teruk daripada Umno perintah dahulu la.
Kan DAP budak baik. Selalu cakap patuhi undang-undang. Jangan rasuah.
Tengok Pulau Pinang pun tidak boleh tolong bantu sebahagian rakyat di Kampung Pala kerana undang-undang sudah tetapkan begitu. Nak kata macam mana.
Yang boleh kerajaan bantu bagi rumah je la kat dia orang.
Begitu juga kat Kampung Berjaya, Alor Setar tu. Peraturan dan majoriti orang ramai hendakkan begitu maka ikutlah peraturan.
Jangan pula DAP mahu ajar kumpulannya tidak ikut peraturan atau membuat pelanggaran undang-undang.
Soal berniaga orang lain pun berniaga juga tetapi biar berniaga tidak menganggu kepentingan ramai.
Tempat bantai babi tu dikatakan sudah 40 tahun dahulu lagi tetapi Umno tidak berani bertincak walaupun tidak berlesen kerana dipertahankan Gerakan dan MCA.
Ini apa punya parti dok pertahan benda haram mafia ke.
Sebelum itu dikatakan juga selang sepintu ada tempat sembelih lembu tetapi sembelih lembu itu sudah berpindah tapi tempat bantai babi hingga mampus tidak juga tutup tetap terus beroperasi.
Umno pulak takut nak tutup kerana jaga mafia tadi.
Kalau nak main isu perkauman, orang Melayu pun boleh main tetapi fikir ini peraturan dan yang lepas biarkan berlalu maka orang Cina patut hormat keputusan kerajaan negeri.
Jadi jangan sampai babi bergaduh anak beranak.
-
1 comments:
Semua orang kena ikut peraturan.
Selagi peraturan ini bersikap adil dan beri ruang kepada semua.
Menyelamatkan yang ditindas dari terus ditindas.
Catat Ulasan