Keputusan pilihan raya kecil Manik Urai.... Mari kita lihat siapa yang menang....

>> Selasa, Julai 14, 2009

Bagi maklumat terkini keputusan pilihan raya kecil Manik Urai sila refresh

Sumber Mstar 8 malam: Belum ada pemenang jelas. Pengiraan semula undi sedang dijalankan.

kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.

Lagi sumber Malaysiakini, menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah"

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.

kemaskini 7.34pm
PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.

PAS mendapat kelebihan 70 undi.

kemaskini 7.24pm BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.

Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun memberitahu tahu berdasarklan perkembangan pengundian sehingga pukul 3 petang, beliau yakin PAS dapat mengatasi BN dengan majoriti 2,000 undi.

Sehingga pusat pengundian ditutup, sebanyak 10,736 pengundi (87.3 peratus) keluar mengundi.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah menentang calon BN dari Umno, Tuan Aziz Tuan Mat di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Laungan takbir bergema apabila calon PAS hadir di kawasan markas. Ketika ini, para penyokong sedang berkumpul bagi menantikan keputusan pilihan raya.

Apakah laungan takbir itu petanda PAS boleh menang.

Sementara sumber malaysiakini pula melaporkan sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.

Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".

Namun calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.

Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP