Bunuh babi bukan sembelih, matang sangat ke politik DAP

>> Khamis, Julai 02, 2009

Istilah sembelih babi tu kena. Patutnya tukar bunuh babi bukan sembelih babi. Atau kalau nak lembut sikit pusat melapah babi.
Saya kata tempat bunuh babi kawan saya, Azhar kata istilah tu ganas sangat. Saya kata balik sembelih tak ganas ke?
Kawan saya balas balas balik `kasi mati' mungkin maksudnya tempat kasi mati. Kira boleh la tu.
Atau kalau mahu kira lembut dan lemah longlai panggil sahaja tempat penyucuk babi.
Jangan kita dikeliru dengan istilah kerana biasa orang Islam faham sembelih ini untuk binatang makanan orang Islam dan ahli kitab.
Babi tu bukan sembelih tapi dibunuh. Tidak tahu la pula apa cara dia bunuh. Mungkin macam cucuk ayam atau orang panggil `ayam cucuk'.
Tetapi tidak tahu pula saya, memang babi itu mahu dibunuh dengan cara sembelih macam orang Islam mahu makan binatang kena sembelih.
Kalau itu caranya tidak boleh la nak salahkan istilah itu. Memang betul la tu.
Bagaimanapun kena tanya orang Cina hal ini.
Ini satu hal lagi manusia yang tidak matang. Kalau ada sifat macam ini sampai bila manusia tidak boleh bersatu.
Kalau nak ikut keluar pakatan rakyat PAS pun boleh keluar. Banyak hak yang PAS tentang dan sarankan kerajaan pakatan rakyat haramkan seperti Arak di Selangor tetapi tidak ada diikuti kerajaan Selangor.
PAS Selangor tidak pula minta keluar pakatan. PAS tetap mengambil pendekatan bersama disamping dalam usaha memastikan kerajaan negeri pakatan rakyat selari dengan lunas Islam.
Apa salahnya kerajaan Kedah membantu orang Melayu dengan kouta 50 peratus perumahan kepada orang Melayu sebab orang Melayu ramai miskin dibuat pemerintah Umno dahulu.
Apakah nak tolong orang miskin DAP tidak suka. Apa salahnya kouta. Kouta untuk memastikan kejayaan membantu orang miskin tercapai. Apa salahnya.
Kalau mahu semua berdasarkan merit alamak nanti semua sapu di orang kaya. Orang kaya tu siapa? Ramai orang Cina dan orang Umno.
Orang miskin tentu ramai daripada Melayu dan India.
Jadi nak tolong orang ni apa salahnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP