Dalam soal hukum turut serta memegang nyalaan dalam majlis bukan Islam, saya setuju dengan jawapan Dr Asri berhubung tafakul di tugu. Bagaimanapun ada dua perkara satu menyertai memegang nyalaan lilin dan kedua menghadiri majlis nyalaan lilin.
Bagi pendapat kedua mungkin kita boleh ambil pendekatan Umar ini.
Dalam sejarah pembukaan Baitul Maqdis sebagaimana yang disebutkan oleh al-Maqrizi, memang ada dicatatkan bahawa Sayyidina Umar Radhiallahu ‘anhu pernah memasuki gereja al-Qumamah (al-Qiyamah) dan sempat duduk di dalamnya dan apabila tiba waktu sembahyang, beliau keluar. (Lihat Muhammad Ridha, al-Faruq: Umar bin al-Khattab, h. 208). Tindakan Sayyidina Umar ini lebih banyak bermotifkan politik Islamiah yang pada masa itu agama Islam baru mula bertapak di kawasan Baitul Maqdis dan Umar sendiri memasukinya bukan kerana sukakan atau cenderung kepada gereja atau ajaran mereka.
Tetapi dalam soal memegang nyalaan lilin dalam majlis mungkin pendapat Dr Asri boleh diguna pakai. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai tahun lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.
Abdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.
Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.
"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.
"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti.
Bagaimanapun dalam kes yang menjadi isu hangat kepada Nizar ia bukan unsur keberhalaan. Cuma pengkaji hendaklah mengenal pasti sama ada nyalaan lilin itu upacara agama atau budaya orang bukan Islam.
Sekiranya budaya ia tidak menjadi kesalahan sama seperti memakai tali leher. Jika sebaliknya maka pendapat Dr Asri itu boleh diguna pakai.
Jika Nizar tidak mempunyai sebarang iktikad memegang lilin itu maka ia kerja sia-sia tetapi jika beliau berniat bagi mengambalikan keadilan dalam perkara yang tidak adil serta perbuatan pemerintah yang menyembunyikan kemungkaran dan kejahatan maka kebaikan kepada beliau selagi berniat bagi kepentingan Islam.
Hassan al-Banna masuk tempat kelab malam tempat maksiat tetapi niat belau betul iaitu untuk berdakwah dan hal itu dibolehkan kerana ia lain dengan orang masuk kelab malam untuk buat maksiat. Hukum asasnya masuk tempat maksiat haram.
-
0 comments:
Catat Ulasan