Setelah melalui berhari-hari berpuasa daripada menjelaskan sama ada bertanding atau tidak menentang Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, akhirnya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa umumkan beliau telah berbuka.
Puasa Husam bukan sebarangan puasa. Puasa wishal namanya. Tawaran Husam bukan sebarang tawaran. Tawaran Timbalan Presiden PAS namanya.
Rasulullah saw melarang umatnya berpuasa wishal tetapi bagi Rasul ia dibenarkan.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
"Jauhi berwishal itu.." diungkapnya sampai tiga kali. Kata mereka: "Tetapi anda berwishal ya Rasulullah!"
Kata Nabi: "Tetapi tuan-tuan tidak sama dalam hal itu dengan saya. Saya bermalam dengan diberi makan minum oleh Tuhanku.
Maka lakukanlah amalan itu sekadar sesuai dengan kemampuan tuan-tuan!"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Para fukaha menganggap larangan ini sebagai makruh. Tetapi Ahmad, Ishak dan Ibnul Mundzir membolehkan wishal sampai waktu sahur selama tidak memberatkan bagi yang berpuasa.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Said al-Khudri ra bahawa Nabi saw bersabda:
"Janganlah kamu berwishal! Dan siapa-siapa yang ingin hendak melakukannya juga maka berwishallah hingga waktu sahur."
Puasa wishal ialah berpuasa dengan melakukannya secara terus menerus tanpa berbuka atau makan sahur.
Jadi dikira hebat juga taraf Husam. Kalau ikut kehebatan itu memang sesuai lawan Timbalan Presiden PAS sekarang.
Selain Husam iaitu seorang lagi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah menyatakan hasrat dari awal lagi akan bertanding jawatan tersebut.
-
0 comments:
Catat Ulasan