Timb Presiden PAS: Keutamaan menguasai bahasa Arab

>> Sabtu, Mei 02, 2009

Sesuai sebagai gerakan Islam dan bukan semata-mata parti politik, jadi calon yang paling layak berada sebagai orang nombor dua PAS mesti boleh menguasai bahasa Arab.
Jawatan Timbalan Presiden PAS ialah orang selepas Presidan yang layak memberi penerangan dasar parti serta sebuah gerakan Islam kepada mana-mana pihak termasuk gerakan dan parti Islam terutama luar negeri.
Sudah selayaknya jawatan Timbalan Presiden boleh menguasai Arab baik bertutur mahupun membaca kerana sesuai namanya parti Islam.
Ini memandangkan banyak buku dan bahan rujukan Islam memerlukan penguasaan bahasa Arab.
Jadi sayugia dalam pemilihan pemimpin parti Islam memerlukan mereka yang menguasai Arab.
Iman Syafei mewajibkan orang Islam menguasai Arab. Jadi memang patut pun pemimpin bagi gerakan Islam mesti boleh Arab.
Selain daripada itu bolehlah kelayakan lain diperlukan jika ada kedua pihak berkemampuan Arab.
Kelayakan tersebut mengikut ciri ketokohan pemimpin sebagaimana yang digariskan oleh ulama.
Ia tidak semestinya ulama ditapak Timbalan Presiden kerana struktur PAS cukup menjamin Islam selamat dan ulama menguasai kerana adanya Majlis Syura. Majlis yang menjadi pemutus hukum.
Jika ada sebarang yang bercanggah dengan Islam maka Majlis Syura akan campurtangan dan juga memberi kata putus.
Bagaimanapun soal bahasa Arab penting sebab PAS ialah gerakan Islam dan Islam turun melalui bahasa Arab.
Mungkin ini adalah syarat utama yang membezakan PAS dengan parti lain disamping pemimpin yang mampu menguasai al-Quran serta memahaminya ayatnya selari dengan ulama tafsir.
Disamping itu mampu juga menguasai Hadis.
Syarat ini boleh dikembangkan lagi bukan sahaja diperingkat Pusat bahkan ke negeri dan kawasan.
Kalau panduan asas ini diguna pakai jadi munasabah Mustafa Ali kalah kepada Ustaz Hasan Shukri dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS ketika dahulu.
Bukan kerana Mustafa Ali tidak ulama tetapi kerana asas Arab yang tidak kuat.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP