Perebutan jawatan amanah dalam PAS bertambah sengit

>> Rabu, Mei 13, 2009

Kalau dahulu kita dengar jarang berlaku pertandingan. Kalau ada pun tidak melibatkan jumlah besar calon yang bertanding merebut satu-satu jawatan.
Hari ini perubahan sudah berlaku. Mungkin kerana pertambahan ahli PAS yang dikatakan hampir sejuta orang.
Ini bermakna dalam membimbing tadbir keahlian seramai itu memerlukan mereka yang berwibawa.
Atau kerana peluang mendapat kemenangan dalam bertanding sebagai wakil rakyat lebih cerah tidak sebagaimana dahulu.
Kita masih ingat golongan profesional bukan tidak ada dalam PAS pada hujung 70 an, 80 an dan awal 90 an.
Tetapi mereka tidak berminat bertanding dalam pilihan raya umum kerana ketika itu PAS sering kalah lawan Umno. Ini habis wang dan masa.
Jadi tinggallah golongan ustaz-ustaz sahaja yang bertanding dalam PAS lawan Umno. Dalam masa itu pemilihan parti pula golongan profesional pun tidak berminat dan lebih tertumpu dengan profesion masing-masing.
Tetapi sejak PAS menang banyak golongan profesional mula bercambah dan minat bertanding pilihan raya umum atas tiket PAS.
Peluang bertanding dan mendapat jawatan sama ada Exco atau apa pun dalam kerajaan jika memang memerintah negeri tentu lebih cerah jika ada jawatan dalam PAS.
Maka inilah antara faktor jawatan dalam PAS makin sengit dipertandingkan.
Bagaimanapun kita harus ingat tentang dasar dan asas.
Sebuah parti komunis sudah tentu memerlukan pemimpin yang pakar tentang komunis. Jika sebaliknya berlaku parti itu tidak akan menjurus kepada fahaman komunis sebagaimana yang dikehendaki.
Begitu juga parti Umno pemimpinnya sudah tentu nasionalis Melayu. DAP pemimpinnya sosialis demokrat. PSM pula sosialis tegar dan kita kenal pemimpinnya memang kuat sosialis sehingga sanggup tinggal PRM kerana PRM sudah buang S yang ada pada PSRM iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
Ini asas yang kita faham. Kalau takat orang Islam jadi pemimpin parti Islam ia bukan menunjukkan asas yang kukuh.
Bagi parti Islam ia mesti ada kepakaran Islam baru layak dipanggil pemimpin Islam.
Orang pakar dengan Islam tentulah ulama.
Kewibawaan parti Islam akan lebih terserlah jika manusia dan umat Islam di Malaysia menjadikan parti Islam sebagai tempat rujukan Islam mereka.
Mereka tidak yakin dengan mufti negeri. Mereka tidak yakin dengan ulama-ulama di Malaysia kerana tidak tegas terhadap sesuatu dan berselindung dengan suatu yang lain.
Jadi sudah tentu ulama PAS jadi tempat rujukan. Apa lagi kalau PAS meletakkan pemimpin mereka yang pakar dengan Islam.
Kita akan malu kalau pemimpin parti Islam bila dibawa rujuk masalah Islam tidak mampu menyelesaikannya.
Biarlah kita meletakkan dan memartabatkan pakar Islam ini ditempat sepatutnya. Jangan lagi kita macam orang sekular meletakkan ulama dipinggiran hanya tukang baca doa.
Bila kita tidak meletakkan orang pakar Islam ditempat sepatutnya orang umum tidak akan pandang golongan ini sebagai hebat.
Jadi dengan ilmu yang Allah pilih kepada mereka kita pertinggikan. Jangan hanya macam Imam masjid takat jadi pemimpin jemaah sembahyang sahaja.
Pemimpin masjid pun imam tidak dapat macam mana mereka mahu dipandang mulia dalam masyarakat.
Pandang dan renunglah. Kadang-kadang perbuatan kita sebenarnya memperlekehkan ulama kerana kita tidak meletakkan mereka ditempat yang sepatutnya mereka berada iaitu pemimpin ummah kalau parti pemimpin parti.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP