Hanya ini yang ditinggal penyanggak cekup Mohamad Sabu

>> Rabu, Mei 06, 2009

Apakah sengaja atau tidak, inilah nota yang dijumpai ditempat penculikan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS.
Ali Maidin memberitahu nota ini ditemui terjatuh semasa beliau dengan penyangak.
Beliau cuba menyelamatkan Mohamad Sabu daripada diculik geng ala mafia.
Kalau nota ini sengaja dijatuhkan mungkin hendak memberitahu tahu polis tangkap Mohamad Sabu.
Ini kerana ada perkataan `tok' yang mungkin bawa maksud polis.
Tidak tahu pula hujah ini kuat atau tidak.
Bagaimanapun orang-orang Mohamad Sabu dan media milik PAS mengatakan polis yang tangkap Mohamad Sabu.
Bagaimana pun kita tidak tahu siapa mereka, sebab yang tangkap Mohamad Sabu tidak nampak rupa polis.
Rupa penyanggak adalah.
Dengar cerita Ali tadi, beliau sempat menarik Mohamad lari daripada geng penyanggak tetapi beberapa geng mafia yang ada bersama tadi memukul dan menolak Ali yang bersama dengan Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS.
Akhirnya Mohamad Sabu berjaya dilarikan dengan kereta toyota camry lama. Ahmad Zahiri, Razak dan beberapa orang cuba menyelamatkan Mohamad Sabu tetapi dihalang puak penyangak.
Jangan lupa besok pakai baju hitam nyatakan 1 Malaysia kegelapan demokrasi.

1 comments:

pensel tajam 7 Mei 2009 pada 7:03 PG  

Salam.

Tu bahasa sarawak tu.

Apa kes tok= apa kes ni.
tgkap ahli politik pas kat jalan pahang.
1.org saje?
kenak tangkap nya?=kenapa tangkap dia.
yang akhir sekali kurang jelas.

ermm,,
mungkin nota ni polis saja2 conteng, menanyakan diri sendiri kenapa perlu tangkap org ini..

wallahua'lam

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP