UiTM Perlis cekik darah ambil kesempatan ibu bapa miskin

>> Sabtu, Jun 27, 2009

Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke UiTM Perlis mahu berjimat belanja. Maklumlah dari hujung Semenanjung hendak hantar anak puncak Semenanjung.
Ada juga dari sebelah kanan Semenanjung ke kiri Semenanjung. Bukan dekat. Belanja minyak atau kalau ibu bapa yang tidak ada kenderaan terpaksa pula menyewa untuk memastikan anak mereka belajar di universiti.
Besarnya pengorbanan ibu bapa. Yang tidak ada duit terpaksa meminjam daripada kawan atau saudara mara. Nasib baik orang kampung tidak pinjam kat along.
Lagipun along mungkin tidak berminat dengan orang kampung kerana duit masuk tidak menentu. Hendak harapkan bank, lagi jauh sekali. Kalau along tidak minat, bank lagi tidak mahu pandang.
Jadi yang ada suadara mara atau sahabat handai baik itu boleh tumpang bertenggek. Kalau tidak terpaksa gadai tanah ke apa. Lebih kurang macam along la tu.
Sudah lah dekat kampung ke sana ke mari cari duit mahu masukkan anak ke universiti. Akhirnya dapat juga pinjam dekat pencekik darah tetapi kena sandar tanah atau barang berharga.
Siapalah yang baik sangat dalam dunia nak tolong gitu-gitu aje mesti ada imbuhan ada riba la senang.
Nak datang pun dah tercekik darah sampai kat UiTM makin dicekik darah orang kampung. Termengah hidup orang miskin. Tinggal nyawa dihujung halkum.
Apa lah tidak bertimbang rasanya UiTM. Ingatkan dapat tumpang tidur percuma kat asmara pelajar tu. Rupanya kena bayar.
Kalau murah tak apa tapi dia caj satu bilik RM40 semalam hooooo. Dia kira satu bilik ada empat katil jadi satu katil RM10 hooooo, agak la tu. Tetapi itu lah harganya.
RM40 harga sewa bilik hotel murah bagi sehari. Boleh check out pukul 12 tenghari tetapi kat hotel mewah UiTM ni kena check out pukul 10 pagi hooooo.
Saya ingat harga kat UiTM ni lebih mahal daripada bermalam kat Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur ada tempat paling ekonomi RM1 bagi sekepala atau seorang. Mandi pun lebih kurang sama dengan asrama UiTM mandi kat luar bukan dalam bilik.
Kalau tidak percaya pi la kat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Kalau yang datang rombongan tu sangat ekonomi.
Kita harap UiTM Perlis bertimbang rasa la. Jangan ambil keuntungan da kesempatan daripada keluarga miskin.
Kalau nak caj mahal tu buat macam kat UiTM Shah Alam. Ada hotel dia. Caj lah berapa banyak sebab orang nak tidur hotel tu memang orang ada duit. Jadi yang tidak ada duit boleh tumpang asrama sementera pelajar tidak ada.
Saling memahami itu bagus menambah kasih sayang kerana kalau murah atau katakan RM5 sekatil atau RM20 sebilik, mungkin orang kampung bersyukur `Alhamdulillah...' puji orang kampung yang soleh. Kan bertambah berkat UiTM Perlis.
Sebaliknya bila dah cekik darah, orang pun bersumpah saranah kat UiTM Perlis. Jadi tidak ada doa kebaikan. Yang keluar sumpah saranah. Sebab itu tidak berkat.
Sebab itu kena ada saling bertimbang rasa dan berpatutan. Jangan beri tekanan kepada orang lain kerana nanti yang keluar daripada mulut dan mendoakan yang tidak baik.
Kalau kita saling memahami dan membantu orang akan suka dan sudah tentu terpancul perkataan yang baik-baik dan doa yang baik-baik.
Jadi memurahkan sewa daripada RM40 kepada RM20 tu amat bagus. Kerja mulia yang saling memahami dengan orang kampung yang mahu menghantar anak mereka ke universiti.
Orang kampung mereka terpaksa sewa kereta, bayar minyak, tol. Wang persediaan masuk universiti lagi. Banyak tu kena belanja. Fahamilah mereka.

1 comments:

Tanpa Nama,  1 Julai 2009 pada 12:48 PTG  

Salam,
Bukannya UiTM Arau saja yang macam tu,uiTM Shah Alam pun sama.Dah le kws yang berbukit,bila ibubapa hantar anak masuk asrama kereta tak boleh masuk dalam kws asrama.Usung dan pikullah makbapak beg anak-anak.Bayangkan yang datang dengan ank kecil,pikul beg naik tingkat 3 panjat tangga.Pak GUARD jgn harab nak senyum.Nak tanya kat mana tangga pun diherdik kita tak gheti baca ka???????Sebab dia pandai baca sebab tu jadi jaga.................

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP