Ini tajuk tulisan saya di harakahdaily hari ini. Harap semua dapat ekses dan membacanya di harakahdaily.net. Saya melihat Mujahid orang yang kuat bekerja bagi menjayakan hasrat parti.
Beliau bukan sahaja bercakap tetapi dalam masa sama bekerja.
Kita lihat dalam PAS sebelum ini ramai yang hanya mengeluarkan kenyataan menyerang Umno dan burukkan Umno tetapi darisegi kerja kurang berkesan.
Bkan sahaja kurang berkesan malah tidak ada apa kerja yang dibuat sebagai hasil buah fikiran dan kejayaan yang boleh menaikkan nama dan meninggalkan kesan baik kepada beliau apabila meninggalkan parti suatu masa nanti.
Bagi Mujahid walaupun dia tersingkir dalam mendapat tempat di Naib Presiden sekalipun ataupun sekiranya tersingkir terus daripada parti PAS tetapi nama beliau tetap dikenang kerana sudah ada tanda dan usahanya yang telah ditinggalkan dengan baik.
Iaitu kejayaan beliau menjadikan ahli lujnah perpaduan nasional seramai 20 ribu orang.
Tetapi pemimpi lain adakah telah meninggalkan nama dan kesan kepada PAS dengan baik.
Sebelum itu ini sebahagian daripada tulisan saya di harakahdaily.net
Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina.
Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia.
Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu.
Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.
Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS.
Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.
Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno
>> Ahad, Mei 31, 2009
Virus H1N1 umpama virus denggi di nyamuk aedes
>> Jumaat, Mei 29, 2009
Ramai yang mungkin tidak memahami pembahawaan Influenza A H1N1 kerana kurangnya info tidak sebagaimana virus yang dibawa nyamuk aedes pembawa deman denggi.
Akhir ini pula chikungunya juga dikaitkan dengan aedes.
Bagi mudah faham virus H1N1 ini ialah ia seumpama virus denggi pada nyamuk aedes.
Tidak semua nyamuk aedes pembawa virus tersebut.
Begitu juga dengan Influenza A H1N1 itu tidak semua ada pada babi atau babi pembawa virus H1N1.
Tetapi nyamuk aedes ada kempen hapus aedes. Tidak pula terhadap babi. Sedangkan pembawaan virus H1N1 itu sama dengan sistem pembawaan nyamuk aedes.
Kenapa ya?
Kerana babi industri menguntungkan. Ada orang makan. Nyamuk aedes tak ada orang nak makan.
Aedes tidak mendatangkan keuntungan pun.
Tetapi dari segi risikonya ia lebih kurang sama dengan nyamuk aedes.
Aedes yang gigit kita belum tentu kita dapat deman denggi sebab nyamuk aedes itu bukan pembawa virus denggi.
Begitu juga yang makan babi mungkin tidak kena pasal dia makan babi bukan pembawa virus H!N!.
Tetapi kalau kena nyamuk aedes yang bawa virus denggi maka bernasib malanglah kita. Begitu juga kalau makan babi pembawa virus H1N1 amat malanglah si pemakannya.
Itulah serba sedikit cara mudah faham pembawaan virus H1N1.
Ini pu saya dapat daripada perbincangan dengan cucu saudara mak saya ketika bertemu di UIA di Petaling Jaya.
Beliau ni bertugas di hospital putra jaya.
Kain PKR terlondeh di Penanti
Mungkin kifarah atau apa kita tidak tahu. Tetapi Anwar harus ingat jangan selalu perlekeh orang. Mungkin slow orang itu ada kebaikan pada tempat yang lain.
Nak tukar pun kita sabar tunggu pilihan raya umum. Kenapa kita perlu gopoh. Takut orang tengok kita tidak berupaya melahirkan pemimpin?
Kalau lah pemimpin tu lemah bantu la beliau. Buat apa kita kecoh-kocoh untuk adakan pilihan raya kecil.
Memang seronok pilihan raya kecil. Sebab boleh tengok Umno selalu kalah dan kita dapat buli Umno.
Kalau kita yang kalah memang tidak seronok tetapi kali ini setiap kali pilihan raya umno asyik kalah.
Jadi memang cukup seronok tengok Umno sentiasa kalah.
Tetapi kali ini umno barangkali mula serik masuk pilihan raya. Apa yang kita rancang mahu memalukan Umno rupanya tidak menjadi sebab Umno tidak masuk pilihan raya.
Sebaliknya kali ini kain kita terlondeh. Di londeh orang bekas PKR.
Yang tarik kain itu pulak orang perempuan pulak tu.
Malu....malu .....habis.
Habis masa kita dibuat oleh perempuan lambang kunci ini.
Jadi nampak macam ada kifarah pada PKR. Kita sudah tersilap musuh.
Musuh yang kita tentang tidak muncul sebaliknya kita berdepan musuh yang kita reka.
Malang nasib PKR hingga terdedah habis. Malu.....malu...dibuatnya.
Kita harap Anwar jangan terlalu perlekeh orang. Terima apa yang ada. Bersabar dan bantu membantu itu lebih baik daripada kita mereka untuk mengaibkan musuh.
Rupanya bukan musuh yang aib tetapi kita dibaik kawan kita sendiri yang dulu dalam badan kita bersama.
Akhirnya Husam berbuka daripada berwishal
>> Selasa, Mei 26, 2009
Setelah melalui berhari-hari berpuasa daripada menjelaskan sama ada bertanding atau tidak menentang Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, akhirnya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa umumkan beliau telah berbuka.
Puasa Husam bukan sebarangan puasa. Puasa wishal namanya. Tawaran Husam bukan sebarang tawaran. Tawaran Timbalan Presiden PAS namanya.
Rasulullah saw melarang umatnya berpuasa wishal tetapi bagi Rasul ia dibenarkan.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
"Jauhi berwishal itu.." diungkapnya sampai tiga kali. Kata mereka: "Tetapi anda berwishal ya Rasulullah!"
Kata Nabi: "Tetapi tuan-tuan tidak sama dalam hal itu dengan saya. Saya bermalam dengan diberi makan minum oleh Tuhanku.
Maka lakukanlah amalan itu sekadar sesuai dengan kemampuan tuan-tuan!"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Para fukaha menganggap larangan ini sebagai makruh. Tetapi Ahmad, Ishak dan Ibnul Mundzir membolehkan wishal sampai waktu sahur selama tidak memberatkan bagi yang berpuasa.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Said al-Khudri ra bahawa Nabi saw bersabda:
"Janganlah kamu berwishal! Dan siapa-siapa yang ingin hendak melakukannya juga maka berwishallah hingga waktu sahur."
Puasa wishal ialah berpuasa dengan melakukannya secara terus menerus tanpa berbuka atau makan sahur.
Jadi dikira hebat juga taraf Husam. Kalau ikut kehebatan itu memang sesuai lawan Timbalan Presiden PAS sekarang.
Selain Husam iaitu seorang lagi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah menyatakan hasrat dari awal lagi akan bertanding jawatan tersebut.
Innalillah..... Adun Manek Urai meninggal dunia
>> Jumaat, Mei 22, 2009
Setiap insan mesti kembali kepada Allah. Kita doakan semoga rohnya dirahmati Allah.
Takziah kita ucapkan kepada keluarga Haji Weel. Semoga kesabaran kita ia memberi rahmat kepada Haji Weel.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60, kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi sebagaimana dilaporkan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Wan Yusoff.
Sebalum ini beliau, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Ahad lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya.
Beliau dikatakan menghidapi gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.
Difahamkan semalam beliau dipindah pula ke wad lain bagi mendapat rawatan lanjut penyakit jantung.
Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, keadaannya stabil. Pagi tadi beliau dilawati anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Haron berkata, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan supaya Paksu Mail cepat sembuh ketika berada di depan Kaabah.
Beliau juga mengirimkan salam kepada Adun berkenaan dan meminta tabah menghadapi segala dugaan.
"Tuan Guru juga meminta pegawai di pejabat Menteri Besar menghantar sedikit saguhati kepada Ismail di wad hari ini," katanya di sini.
V Sivakumar, Speaker yang diusung keluar Dun, di Kemaman malam ini
>> Ahad, Mei 17, 2009
Rakyat Terengganu berpeluang mendengar sendiri cerita bagaimana BN melantik ‘Speaker Haram’ Ganesan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.
Speaker yang sah, V Sivakumar masih ditempat tetapi oleh berlaku perlantikan satu lagi Speaker. Peraturan yang amat melucukan.
Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat Ramly berkata, MTD Chukai akan mengadakan program ‘1Malaysia Gelap Gelita’ pada malam ini, 17 Mei, Ahad, di Dataran Tok Guru Nik Aziz, Geliga, Kemaman.
Beliau berkata program tersebut yang dianjurakan oleh MTD tersebut akan dihadiri oleh penceramah jemputan V.Sivakumar yang juga Adun Tronoh diiringi oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
“Objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan kepada rakyat Terengganu, khususnya warga Kemaman dan Chukai tindakan rakus dan perlanggaran demokrasi yang dilakukan oleh Umno,” katanya yang menghubungi Buletinonline semalam.
Disamping penerangan dengan ceramah yang disampaikan, katanya, tayangan video ‘Tragedi Hitam Pelantikan Speaker Haram’ akan turut diadakan sebelum ceramah dimulakan.
Oleh itu, beliau menjemput seluruh rakyat beramai-ramai ‘turun’ ke Dun Chukai bagi mendengar V.Sivakumar secara ‘live’ buat kali pertamanya di negeri Terengganu.
Mana lebih wala' kepada pemimpin PAS ke atau Anwar
>> Jumaat, Mei 15, 2009
Bila pemimpn PAS nak bekerjasama dengan Umno bukan main lagi Husam tentang tapi bila Anwar nak kerjasama dengan Najib dia pulak yang sokong.
Bagi menyelesaikan kemelut di Perak, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan kesediaan masing-masing untuk bekerjasama.
Tetapi Najib dah bagi syarat kerjasama saling menghormati undang-undang dan bukan kerjasama pemerintahan di Perak.
Soalnya sekarang pakatan rakyat mempunyai tafsiran sendiri berhubung kemulut di Perak manakala Umno juga mempunyai tafsiran dan bacaan tersendiri tentang undang-undang dan perlembagaan di Perak.
Kalangan akademik pun melihat tafsiran antara kedua pihak sama ada BN atau pr berhubung undang-undang dan raja perlembagaan di Perak adalah betul.
Pr berpendapat menteri besar hanya boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri sebagaimana keputusan mahkamah tinggi.
BN pula berpendapat raja berperlembagaan boleh melantik menteri besar apabila melihat menteri besar sudah hilang sokongan majoriti.
Kalau dua dah betul siapa nak dipersalahkan.
Sebab itu dalam soal ini hanya bubar dewan salah satu jalan terbaik.
Apa lagi nak kerjasama, Najib pun dah keras kepala kata dia betul.
Jadi pada Najib kerjasama boleh tetapi pr juga kena hormat pandangan Umno tentang undang-undang yang memihak kepada mereka.
Kesediaan kedua-duanya Anwar dan Najib pula disokong oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau bersetuju agar kerjasama itu adalah dengan kembali kepada rakyat dan bukannya melalui mahkamah.
Kalau kerjasama mahu bubar dewan sediakah Najib kerana Mahathir pun dah nyanyok kan Najib jangan bubar dewan.
Perebutan jawatan amanah dalam PAS bertambah sengit
>> Rabu, Mei 13, 2009
Kalau dahulu kita dengar jarang berlaku pertandingan. Kalau ada pun tidak melibatkan jumlah besar calon yang bertanding merebut satu-satu jawatan.
Hari ini perubahan sudah berlaku. Mungkin kerana pertambahan ahli PAS yang dikatakan hampir sejuta orang.
Ini bermakna dalam membimbing tadbir keahlian seramai itu memerlukan mereka yang berwibawa.
Atau kerana peluang mendapat kemenangan dalam bertanding sebagai wakil rakyat lebih cerah tidak sebagaimana dahulu.
Kita masih ingat golongan profesional bukan tidak ada dalam PAS pada hujung 70 an, 80 an dan awal 90 an.
Tetapi mereka tidak berminat bertanding dalam pilihan raya umum kerana ketika itu PAS sering kalah lawan Umno. Ini habis wang dan masa.
Jadi tinggallah golongan ustaz-ustaz sahaja yang bertanding dalam PAS lawan Umno. Dalam masa itu pemilihan parti pula golongan profesional pun tidak berminat dan lebih tertumpu dengan profesion masing-masing.
Tetapi sejak PAS menang banyak golongan profesional mula bercambah dan minat bertanding pilihan raya umum atas tiket PAS.
Peluang bertanding dan mendapat jawatan sama ada Exco atau apa pun dalam kerajaan jika memang memerintah negeri tentu lebih cerah jika ada jawatan dalam PAS.
Maka inilah antara faktor jawatan dalam PAS makin sengit dipertandingkan.
Bagaimanapun kita harus ingat tentang dasar dan asas.
Sebuah parti komunis sudah tentu memerlukan pemimpin yang pakar tentang komunis. Jika sebaliknya berlaku parti itu tidak akan menjurus kepada fahaman komunis sebagaimana yang dikehendaki.
Begitu juga parti Umno pemimpinnya sudah tentu nasionalis Melayu. DAP pemimpinnya sosialis demokrat. PSM pula sosialis tegar dan kita kenal pemimpinnya memang kuat sosialis sehingga sanggup tinggal PRM kerana PRM sudah buang S yang ada pada PSRM iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
Ini asas yang kita faham. Kalau takat orang Islam jadi pemimpin parti Islam ia bukan menunjukkan asas yang kukuh.
Bagi parti Islam ia mesti ada kepakaran Islam baru layak dipanggil pemimpin Islam.
Orang pakar dengan Islam tentulah ulama.
Kewibawaan parti Islam akan lebih terserlah jika manusia dan umat Islam di Malaysia menjadikan parti Islam sebagai tempat rujukan Islam mereka.
Mereka tidak yakin dengan mufti negeri. Mereka tidak yakin dengan ulama-ulama di Malaysia kerana tidak tegas terhadap sesuatu dan berselindung dengan suatu yang lain.
Jadi sudah tentu ulama PAS jadi tempat rujukan. Apa lagi kalau PAS meletakkan pemimpin mereka yang pakar dengan Islam.
Kita akan malu kalau pemimpin parti Islam bila dibawa rujuk masalah Islam tidak mampu menyelesaikannya.
Biarlah kita meletakkan dan memartabatkan pakar Islam ini ditempat sepatutnya. Jangan lagi kita macam orang sekular meletakkan ulama dipinggiran hanya tukang baca doa.
Bila kita tidak meletakkan orang pakar Islam ditempat sepatutnya orang umum tidak akan pandang golongan ini sebagai hebat.
Jadi dengan ilmu yang Allah pilih kepada mereka kita pertinggikan. Jangan hanya macam Imam masjid takat jadi pemimpin jemaah sembahyang sahaja.
Pemimpin masjid pun imam tidak dapat macam mana mereka mahu dipandang mulia dalam masyarakat.
Pandang dan renunglah. Kadang-kadang perbuatan kita sebenarnya memperlekehkan ulama kerana kita tidak meletakkan mereka ditempat yang sepatutnya mereka berada iaitu pemimpin ummah kalau parti pemimpin parti.
Rakyat pening selagi Dun Perak tidak dibubar
>> Selasa, Mei 12, 2009
Kita tengok mahkamah dah buat kerajaan perak macam bola. melantun sana kejap melantun sini.
Inilah padah selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak tidak di bubar. Kerajaan jadi tidak wibawa, boleh dipermainkan.
Boleh dilambung-lambung, boleh ditendang-tendang ke sana ke mari.
Sudah tidak ada langsung penghormatan pada kedua-dua kerajaan memerintah. Hina dina.
Sebagai sebah negara demokrasi patut keputusan menentukan kerajaan yang memerintah biarlah melalui pilihan raya.
Biar rakyat tentukan. Pakatan tidak kisah kalau kalah dalam pilihan raya. Baru rasa puas hati bila rakyat yang tentukan mahu BN memerintah.
Kenapa BN haru elak perkara ini. Kalau Umno menang sekalipun dalam kes rayuannya, rakyat masih lagi akan pandang serong pemerintahan BN sebab dia menang kerana mahkamah bukan kuasa rakyat.
Kalau Umno buat buat langkah kedua mengadakan sidang tergempar melalui Speaker yang baru dilantik dan kemudian membuat usul menjatuhkan Nizar sekalipun keutusan itu masih boleh dipertikaikan.
Ini kerana perlantikan Speaker Ganesan boleh dipertikai dan tidak sah.
Sudah tentu kes ini masih berpanjangan apabila Speaker V Sivakumar mengambil tindakan mahkamah menentukan Ganesan tidak sah sebagai Speaker.
Jadi ia tidak akan berkesudahan.
Baiklah di bubar Dun selesai masalah.
DAP nak muqabalah ke dengan Umno di Perak?
>> Isnin, Mei 11, 2009
Saya tidak nampak nak kerjasama apa dengan Najib ni tentang Perak. Pasal Najib memang dah keras kepala dia kata dia betul. Pakatan pula kata dia betul.
Jadi dari segi undang-undang dan perlembagaan memang bergaduh habis hanya serah pada hakim dan loyar je yang bela kedua kumpulan tu.
Jadi kerjasama apa sebenarnya yang dimaksudkan Kit Siang.
He he he..... Tidak ada pula blogger bising ye. Tak macam PAS nak muqabalah geger habis alam maya.
Politik ni kita kena tengok mata hati bukan sahaja mata bolor. Kita pun hairan apa masalah perpaduan yang sampai sakit hati sangat tu.
Sedangkan orang suka perpaduan.
Macam Perak bila dah sampai kemulut macam ni akhirnya terfikir perpaduan. Kit Siang lahirkan hasrat mahu kerjasama dengan Umno selesaikan masalah Perak.
Kalau kita tengok buat apa Kit Siang tawar kerjasama (hai Kit Siang mahu muqabalah ke) dengan Najib.
Sedangkan perkara yang dipertelingkah oleh masing-masing parti ialah undang-undang.
Najib kata dia ikut undang-undang dan perlembagaan. Orang pakatan kata dia ikut undang-undang.
Jadi yang duduk bertekad sekarang tentang undang-undang. Jadi macam mana nak kerjasama kalau masing-masing keras kepala kata aku betul.
Kalau dah bergaduh tentang undang-undang serah saja pada mahkamah.
Tidak tahu lah pula kalau Kit Siang mahu kerjasama dalam politik. Mahu jaga perniaga kat Perak kot. Kalau tak stabil susah rakyat nak berniaga. Tak masuk duit macam ni. Hai bolgger tak nak melenting ke?
Jadi kita ni jangan bodoh politik muqabalah boleh berlaku dan tidak boleh berlaku.
Kenapa kita orang PAS terkatup sangat politik, sempit habis langsung tidak terbuka.
Harap selepas ini kita terbuka bila lihat bangsa lain sedia kerjasama dengan Umno demi menjaga kepentingan rakyat.
Kita ini orang PAS terlalu berpolitik hingga lupa kepentingan rakyat dan maslahah umum.
Terlalu ego dengan asyik membangkang hingga lupa ada kepentingan dan kebaikan dalam apa yang kita tentang.
Kita terlalu keras kepada untuk lihat pandangan orang lain hingga kita sanggup akui diri kita benak nak terima perpaduan.
Harap kes Kit Siang blongger yang tajam dan mengutuk menulis celik luas sikit.
Muqabalah atau hasrat Kit Siang mahu kerjasama dengan Umno bagi Perak mempunyai maksud yang luas bukan hanya sempit politik dikalangan pakatan sahaja.
Itu juga yang kita impikan tentang kerajaan perpaduan. Benak lagi ke?
Jadi kenyataan Kit Siang menjawab segala bagi puak Erdogan yang bodoh tanpa sebab.
Ceramah V Sivakumar di usung keluar Dun di Taman Melewar malam ini
Menteri Besar Perak dalam pertimbangan mahkamah bersama dengan Speaker Perak V Sivakumar akan berceramah malam ini di Taman Melewar.
Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dan Speaker Dun Perak, V Sivakumar akan berucap dalam satu majlis ceramah umum mengulas kemelut politik Perak di Markas Tarbiah PAS, Taman Melewar, dekat sini, malam ini.
Ceramah yang bermula jam 9.30 malam itu dianjurkan Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Setiausaha Dun Perak, Misbahul Munir Masduki akan turut berucap.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula akan mengulas krisis politik negeri itu dari perspektif undang-undang. Jurucakap program, Mohd Zain Hashim menasihati orang ramai supaya datang awal bagi mengelak kesesakan.
Kalau ikut Ghani mudahnya kerajaan Perak bertukar ganti
Selepas BN boleh beli Adun bebas, Behrang, Cangkak Jering dan Jelapang maka BN yang ada 28 kerusi dengan sokongan bebas maka dapat perintah Perak.
Apa kata kalau pakatan rakyat (pr) parti banyak duit dan dibeli pula tiga calon bebas tersebut dengan tawaran yang lebih menarik lagi daripada Umno bagi.
Sudah tentu tiga Adun tidak tahu malu ini boleh beri sokongan pada pr. Selepas itu kerajaan BN yang memerintah Perak sekarang boleh bertukar pula kepada pr kerana Adun pr juga 28.
Cuba baca apa kata ghani patail. Beliau loyar saya tidak tetapi kalau ikut cakap dia mudah sangat nak tukar kerajaan.
Kalau kerajaan mudah bertukar ganti boleh lingkup negeri kerana tak sempat dan tidak tahu apa yang nak buat asyik main politik je.
Apakah Sultan ganti tugas Speaker di Dun yang menentukan pihak mana majoriti atau tidak. Apa pun kita tunggu petang ni
Selama ini semua orang beranggapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dipecat daripada jawatan Menteri Besar.
Namun, hari Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas Kuala Lumpur diberitahu Sultan Perak tidak memecat Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Perkara itu dihujahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Nizar untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut Gani, penyingkiran Nizar dilakukan oleh Sultan Perak mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ekoran Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Nizar hilang kepercayaan atau sokongan DUN tersebut ekoran tiga orang ADUN iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Radzi, ADUN Bukit Gantang Kapten (B) Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang, Yee Hit Foong (DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN Benas dan menyatakan sokongan kepada Barisan naisonal (BN) untuk mebentuk kerajaan yang baru.
Dengan perkembangan itu, BN yang mempunyai 28 kerusi mendapat sokongan daripada tiga ADUN Bebas menjadikan BN mendapat sokongan dan kepercayaan daripada 31 ADUN untuk membentuk kerajaan manakala pakatan pembangkang yang semasa membentuk kerajaan mempunyai 31 kerusi daripada pakatan DAP, PKR dan PAS tinggal 28 sahaja.
Lagu `My Mother' popular di TV tetapi sekarang langsung tidak siar
Kita tidak tahu apa sebabnya. Lagu yang sering disiar di RTM satu atau dua dan cukup popular dikalangan kanak-kanak dan para ibu, tiba-tiba senyap begitu sahaja.
Ada juga kalangan memberitahu lagu tersebut tidak disenangi orang kafir kerana bimbang anak-anak kecil mereka suka pada Islam. Memang lagu tersebut cukup menarik dan RTM akan jadi salah satu bidang dahwah jika berterusan menyiarkan lagu tersebut.
Tetapi kalau takut atau nak jaga hati orang kafir maka malanglah RTM mengalah kepada yang tidak betul.
Bertambah dua kali malang sebagai negara Islam kita takut mahu siar hak kita dalam negara kita.
Apakah hak kita orang Islam jadi warga kelas dua?
Mendengar lagu itu kita sebagai bapa pun turut terharu kerana bila melihat anak-anak meminati lagu tersebut bertambah rapat dengan ibunya.
Bagi bapa ia naluri lelaki. Tidak kisah anaknya hendak menyanginya atau tidak tetapi yang penting anak mesti sayang kepada ibu.
Mesti hormat dan patuh dengan ibu. Kalau anak kita buat perangai dengan ibunya kita akan marah.
Tetapi kalau anak buat perangai dengan bapa, kita tidak kisah sangat. Yang penting hati ibu kena jaga, kerana mungkin kita sebagai bapa sibuk dalam menjaga hati ibu kita.
Inilah pusingan kasih sayang yang berlaku dalam Islam.
Ibu seorang perempuan disayangi dan dihormati anaknya dari lelaki. Lelaki kena mematuhi ibunya daripada isterinya. Penghormatan tinggi daripada lelaki terhadap perempuan.
Bagaimanapun lelaki bukan tidak ada yang taat kepadanya. Sudah tentu isterinya. Isterinya seorang perempuan mentaati suami seorang lelaki. Ini penghormatan orang perempuan terhadap lelaki.
Inilah pusingan penghormatan terhadap lelaki dan perempuan yang berlaku secara naluri jalinan kasih sayang.
Anda cari jalinan lelaki dan perempuan ini dalam pemikiran sekarang dan jahiliah. Adakah anda ketemui?
Apa yang mereka wujud adalah kecurigaan. Walaupun ada jalinan keluarga seperti perkahwinan tetapi lelaki dan perempuan curiga antara satu dengan lain.
Bimbit inilah mahu ditanam oleh musuh Islam dalam keluarga Islam supaya orang Islam benci kepada sistem kekeluargaan.
Musuh Islam terutama Yahudi tidak suka kepada sistem keluarga Islam kerana ia terbukti boleh melahirkan zuriat dalam institusi kekeluargaan yang kukuh menjadikan orang beriman.
Tokoh Ulama terkenal, Yusof Qardhawi menjawab hujah musuh Islam ini, dalam abad mendatang Islam lebih hebat daripada agama lain.
Antara hujah Yusof ialah umat Islam akan bertambah ramai. Ini kerana sistem kekeluargaan Islam yang kukuh berbanding sistem keluarga barat yang lemah serta kebebasan seks yang memusnahkan institusi keluarga.
Selamat bermesyuarat agung PAS Kawasan Kemaman
Hari ini perwakilan PAS bagi Kawasan Kemaman akan membuat pemilihan berikutan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan kali ini ada pencalonan dan dipertandingkan.
Mungkin ada perubahan yang berlaku selanjutnya, kita nantikan keputusan itu petang ini.
Menurut sumber pencalonan bagi jawatan Yang Dipertua sahaja dikatakan ramai. Tidak pula diketahui berapa yang tarik diri dan berapa orang yang meneruskan hasrat bertanding.
Nama yang dikenal pasti menentang Yang Dipertua sekarang, Haji Ismail iaitu Hanafiah.
Siapa yang kurang ajar, siapa yang rimba bin jakun di Dun Perak
>> Jumaat, Mei 08, 2009
Dengan meletakkan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berdiri atas meja dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak semalam, Barisan Nasional (BN) mendakwa pakatan rakyat (PR) kurang ajar dan rimba.
Ini Zambry, Menteri Besar Perak ni mulut dia ni nak kena tonyeh sikit ni.
Untuk menuduh orang kurang ajar kena tengok dan selidik apa sebenarnya yang berlaku dalam Dun.
Saat yang paling kurang ajar dan undang-undang rimba, jakun ini ialah apabila BN membawa masuk bekas Adun Sungkai, Datuk R. Ganesan, ke tempat kerusi Adun.
Selepas diguna Timbalan Speaker, Adun Jelapang, Hee Yit Foong membuat perlantikan Ganesan sebagai Speaker sedangkan Speaker V Sivakumar duduk congok atas kerusi Speaker.
Perlantikan itu pula dibuat di kerusi Adun-adun. Sidang dalam sidang.
Apakah ini tidak kurang ajar. Kalau Zambry nak tahu ini yang paling kurang ajar. Membelakangkan peraturan dan undang-undang.
Orang yang membelakangkan peraturan dan undang-undang itulah yang dipanggil jakun bin rimba.
Kalau hendak tuduh Adun PR yang naik atas meja itu rimba. Tak betul. Pasal orang akan naik angin apabila BN membelakangkan peraturan dan undang-undang.
Penguatkuasa yang tak reti ini dia tahu apa. Dia tahu nak selamat kerja, pangkat dan duit dia je. Sebab itu dia tidak ikut arahan Speaker yang sah.
Kalau ikut peraturannya dia kena ikut Speaker.
Jadi semuanya bermula daripada kurang ajar Zambry dan BN tidak menghormati Speaker. Menghina Speaker dan sudah tentu Zambry serta Adun BN lain boleh diambil tindakan yang lebih berat oleh Speaker.
Kita harap pemimpin PAS ada gaya kepimpinan tersendiri bukan terikut dengan Anwar
Gaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh disifatkan terbaik sehingga pemimpin PAS perlu ikut.
Banyak kita lihat akhirnya selepas 16 September 2008, rakyat sudah mula curiga dengan janji beliau.
Raja Petra yang nampak macam berkeyakinan Anwar boleh memerintah akhirnya kecewa.
Dan ramai sehinga menjadi rakyat yang bukan minat politik tetapi mengharapkan pemerintahan baru juga kecewa.
Sebaliknya yang pelik ada pemimpin dalam PAS terlalu teruja atau diva dengan Anwar boleh mengalun politik yang sama macam Anwar. Laporan boleh klik di sini.
Saya pun menghubungi sahabat di Terengganu bagi mendapatkan pengesahan. Rupanya bukan benda baru.
Kalau takat cerita macam tu rasanya kalau pemimpin PAS Terengganu nak dedahkan pun dah lama dah.
Tetapi politik PAS Terengganu tidak macam dia gempur je lebih. Kita tahu musuh dan kita tahu bila boleh perperanan dan bila boleh dijadikan isu.
Ada perkara yang boleh didedah media walaupun tidak secara terangan ada perkara yang perlu di sembunyi.
Jadi orang ini macam nak cari publisiti je lebih menjelang muktamar. Konon tahu segalanya.
Cara berpolitik pulak macam Anwar.
Kita PAS mau pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan tersendiri. Gaya politik tersendiri.
Bukan ikut-ikutan. Ikut Anwar atau pemimpin lain kemudian mahu terap dalam PAS.
Ini tidak boleh diterima.
Kita ada prinsip, akhlak dan gaya kepimpinan tersendiri melalui jalan Islam.
Media tidak lapor Speaker ditarik diusung secara paksa keluar Dun
>> Khamis, Mei 07, 2009
Saya melapor sebelum ini penyangak mencekup dan culik Mohamad Sabu. Rupanya penyangak tu polis.
Saya tidak tahu polis pasal dia pakaian biasa tidak tunjuk pun kad kuasa polis dah tu pakai ala-ala gengster. Tidak ada rupa polis dengan lagak sombong dan pukul Ali Maidin.
Dah la tu dia hantar jauh pulak Mohamad Sabu ke Tanjung Malim.
Itu masa kejadian ke atas Mohamad Sabu. Perkara sama berlaku ke atas Speaker Perak, V Sivakumar.
Nak kata polis pun kita tidak tahu. Mungkin juga penyangak tetapi kali ini pakaian smart ada tag nama lagi konon pegawai kerajaan atau pegawai Dun tetapi seorang muka pun tidak pernah tengok dalam sidang sebelum ini.
Lebih kurang 50 orang geng ini serbu masuk Dun. Macam Dun tu rumah dia. Tak ada peraturan langsung. Main pakai serbu je.
Di kerumun dan kelilingnya tempat duduk Speaker. Yang lain tu angkat dan tarik Sivakumar keluar Dun. Dengan kerusi-kerusi sekali diangkut.
Barangkali kerusi tu dah di bomoh jadi dengan kerusi-kerusi tu kena keluar. Saya tidak tahu tetapi tentang bomoh, ini kata Drs Khalil Idham Lim, Ahli Dun Titi Serong. Katanya dia ada bukti.
Sidang bermula pukul 10 pagi tadi, Sivakumar tidak mahu meneruskan sidang selagi 3 Adun tidak keluar dewan dan juga Zambry serta Exco.
Zambry kemudiannya membentang usul pecat Speaker tetapi di tolak Sivakumar sejak dalam kamar beliau lagi.
Apabila usul itu ditolak Zambry dan geng BN kearah kerusi Timbalan Speaker Adun Jelapang.
Adun ini kemudiannya melantik bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan.
Satu lagi undang-undang rimba bin jakun ciptaan Zambry membawa masuk bukan Adun dalam Dun.
Kemudian Adun Jelapang buat perlantikan Speaker di kerusi Adun bukan ditempat Speaker. Ini pula Jakun bin Rimba membelakangkan Speaker yang berada ditempat beliau.
Oleh kerana usaha puak ini tidak berjaya maka diarah penyangak mana entah berpakaian smart angkut secara paksa membawa lari Sivakumar.
Laporan boleh baca di sini.
Betul-betuk jakun, budak-budak punya sidang Dun Perak
Kalau anda ikuti laporan langsung sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang sedang berlangsung sekarang sudah tertentu terlintas difikran anda betul-betul sidang jakun.
Akibat gila kuasa Barisan Nasional (BN) sidang Dun berlalu tanpa mengikut peraturan.
Bermula dengan keputusan Speaker tidak membenarkan tiga Ahli Dun (Adun) lompat masuk ke Dun kerana mereka telah meletakkan jawatan.
Bagaimanapun keputusan itu tidak dihormati ketiga Adun dari Jelapang, Behrang dan Changkat Jering tanpa segan silu tetap kekal di kerusinya.
V. Sivakumar kemudiaannya mengarahkan menteri besar haram, Datuk Zambry dan geng exconya juga keluar dewan kerana menghina Dun.
Bagaimanapun mereka ini tetap berdegil tidak mahu keluar dewan. Rasa berkuasa dan keras kepala.
Menteri besar budak-budak dah keras kepala.
Dalam dok kecoh tu boleh pula Zambry lantik Genesen sebagai Speaker.
Speaker ada keatas kerusi dia tu tetapi kaki gila kuasa ni tetap lantik Speaker dia.
Sebelum itu Zambry bawa usul pecat Sivakumar tetapi Siva menolak usul itu sejak dalam kamar pagi tadi lagi.
Jadi berlakulah Speaker sah dan speaker haram. Macam menteri besar perak juga ada sah ada haram.
Untuk laporan klik di sini, sini dan sini.
Hanya ini yang ditinggal penyanggak cekup Mohamad Sabu
>> Rabu, Mei 06, 2009
Apakah sengaja atau tidak, inilah nota yang dijumpai ditempat penculikan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS.
Ali Maidin memberitahu nota ini ditemui terjatuh semasa beliau dengan penyangak.
Beliau cuba menyelamatkan Mohamad Sabu daripada diculik geng ala mafia.
Kalau nota ini sengaja dijatuhkan mungkin hendak memberitahu tahu polis tangkap Mohamad Sabu.
Ini kerana ada perkataan `tok' yang mungkin bawa maksud polis.
Tidak tahu pula hujah ini kuat atau tidak.
Bagaimanapun orang-orang Mohamad Sabu dan media milik PAS mengatakan polis yang tangkap Mohamad Sabu.
Bagaimana pun kita tidak tahu siapa mereka, sebab yang tangkap Mohamad Sabu tidak nampak rupa polis.
Rupa penyanggak adalah.
Dengar cerita Ali tadi, beliau sempat menarik Mohamad lari daripada geng penyanggak tetapi beberapa geng mafia yang ada bersama tadi memukul dan menolak Ali yang bersama dengan Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS.
Akhirnya Mohamad Sabu berjaya dilarikan dengan kereta toyota camry lama. Ahmad Zahiri, Razak dan beberapa orang cuba menyelamatkan Mohamad Sabu tetapi dihalang puak penyangak.
Jangan lupa besok pakai baju hitam nyatakan 1 Malaysia kegelapan demokrasi.
Mohamad Sabu di culik, esok rakyat Malaysia pakai baju hitam
Tiada pengenalan untuk mengatakan mereka yang menangkap Mohamad Sabu itu adalah polis tetapi ramai yang mengangap ia ditangkap polis berikutan Mohamad Sabu orang politik.
Siapa penyangak yang menangkap Mohamad Sabu?
Tangkapan ala mafia. Tiada waran. Tiada kad kuasa daripada pihak berkuasa.
Setakat ini laporan polis belum dibuat berikutan penculikan tersebut.
Tiga buah kereta secara tiba-tiba berhenti berhampiran Mohamad Sabu. Kenderaan tersebut penuh dengan penumpang dan menyerbu ke arah Mohamad Sabu menangkap beliau dan dalam beberapa minit membawa masuk ke dalam kereta lalu melarikan Mohamad entah ke mana.
Sampai sekarang kawan rapat Mohamad Sabu tidak mendapat maklumat di mana kedudukan Mohamad Sabu.
Penyangak mana punya kerja.
Kalau ikut andaian pasal Mohamad Sabu orang politik maka sudah tentu beliau ditangkap polis kerana esok merupakan hari ketegangan sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
Sebelum ini Jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat ditahan reman sehari bagi siasatan bawah Akta Hasutan.
Wong ditangkap hanya kerana membuat kenyataan media berhubung memakai baju hitam pada 7 Mei, esok.
Esok kita ramai-ramai seluruh rakyat Malaysia pakai baju hitam nyatakan kegelapan demokrasi.
Nyatakan rakyat tidak suka mafia di Malaysia.
1 Malaysia berjuta mafia. Apakah masih ada lagi ala-ala Altantuya dibunuh?
Baik Husam lawan Presiden PAS, kalau ada misi canggah Presiden
Malam tadi mengadap komputer sampai boleh lupa tidur. Oleh kerana ada masa terluang jadi banyak juga blog yang dapat saya baca.
Seperkara yang menarik apabila terbuka blog Sayuti, kawan penulisan. Apa yang menarik perhatian saya tentang ulasannya berhubung Nik Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan.
Saya setuju juga pendapat Nik Amar yang juga bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, supaya Husam bertanding lawan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Lagipun Abdul Hadi dah bagi tahu beliau sedia ditentang kalau rasa beliau tidak layak pimpin PAS.
Jadi Husam mahu bawak misi beliau tentang kerajaan perpaduan tetapi dia lawan tidak kena tempat.
Patutnya dia lawan Presiden kerana yang mahu kerajaan perpaduan itu Presiden. Lagipun kalau takat lawan Timbalan Presiden akhirnya dia akan ikut keputusan Presiden.
Lainlah kalau dia nak jadi Timbalan Presiden dan nak canggah Presiden. Bimbang juga nanti banyak kepala dalam PAS.
Jadi sebaiknya kawasan di Kelantan atau di mana sahaja di Malaysia yang minat dengan Husam baik calonkan dia lawan Presiden.
Saya rasa Khalid Samad tentu setuju 100%. Apa lagi dengan geng erdogan sudah tentu setuju 500%.
Selain itu boleh juga kita tengok sejauh mana pengaruh Anwar dalam PAS. Kalau Husam menang lawan Abdul Hadi boleh lah kita bayang Anwar mampu mempengaruhi PAS.
Sebagaimana yang kita maklumi sekarang pemimpin PAS masih mampu dengan keputusan sendiri.
Anwar tidak mampu alatkan kita. Isu kerajaan perpaduan yang digemburkan penulis blog pasal dia tidak memahami sepenuhnya apa yang mahu dirancang.
Bukan sekadar mahu jawatan tetapi banyak perkara dan ia tidak meminggirkan parti PKR dan DAP, baik Cina mahupun India.
Perkara yang masih banyak perlu dibincangkan tetapi penulis blog cukup tak beradab perkara yang masih dalam perbincangan didedahkan dengan pelbagai tomohan.
Kawan saya dari keturunan India kata kalau mahu perpaduan apa salahnya dibincangkan. Itu kan perkara baik.
Orang jahat sahaja yang tidak mahu perpaduan. Dengan perbincangan itu kita lihat siapa yang tidak mahu perpaduan.
Perubahan hanya slogan, penindasan tetap berlaku
>> Selasa, Mei 05, 2009
Sedih kita melihat kepimpinan negara. Kearah mana sebenarnya yang mereka mahu buat perubahan.
Apa sebenarnya `rakyat diutamakan' kalau sikap berdendam dan benci dengan umat Islam tidak habis-habis.
Pecat iman dan orang pembangkang tidak habis-habis. Apa perubahan sebenarnya.
Ikuti laporan penuh klik di sini.
Tidak patut Ahli Parlimen BN yang duduk dekat Masjid Bukit Damansara menyekat rezeki orang.
Masjid tu rumah Allah bukan bangunan kerajaan Umno. Kerajaan Umno cuma tolong buat.
Dapat pahala la tu tetapi kalau diungkit-ungkit aku buat masjid kamu nak kuasa pula. Itu tidak betul.
Nanti pahala tu habis kering kontang.
Bila sudah dibuat masjid kena ada pengisian. Imam kena buat tazkirah sampaikan yang benar dan haq.
Imam tu pandai la buat kerja dia kerana dia imam, ada ilmu agama. Dia bercakap atas kapasiti dia imam. Macam YB cakap kat Parlimen takda yang kacau kerana itu tempat YB.
Begitu juga imam di masjid. Allah amanahkan dia makmur masjid dan jadi tanggungjawab jawab dia sampaikan kebenaran di masjid.
Kalau cakap di masjid pun nak di ISA habis imam mahu cakap kat mana? Kat kedai kopi. YB tentu tidak bagi punya dekat parlimen YB.
Lagi pun siapa yang lebih kuasa atas masjid itu. Tentulah imam masjid dan orang yang dipertanggungjawab jaga masjid.
Orang yang bertanggungjawab jaga masjid tak berhak pecat imam apa lagi ahli parlimen bn tu.
Yang berhak pecat iman makmun atau ahli kariah masjid. Ini yang dipanggil majoriti.
Macam la juga yang berhormat ahli parlimen tu menang kerana majoriti juga.
Kalau takat sorang ahli parlimen BN tidak suka imam itu. Itu bukan masalah imam. Itu masalah Ahli Parlimen BN itu.
Jadi Ahli Parlimen BN itu lah yang sepatutnya cari masjid lain bukan pecat iman kerana imam pun menang majoriti.
Rais: lelaki yang tidak bertanggungjawab
“Berani buat berani tanggung.” Seringnya ungkapan seperti ini dituju kepada golangan belia yang terlajak dalam pergaulan . Terlalu bebas antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan masalah gejala sosial.
Hasil hubungan bebas itu, kerapkali berlaku perempuan mengandung anak luar nikah. Apabila sampai kepengetahuan keluarga atau insentif perempuan itu sendiri bagi mengelak malu, maka diancam lelaki supaya bertanggungjawab. “Sudah buat kena betanggungjawab.”
Sekiranya bernasib baik si lelaki mengambil sikap bertanggungjawab maka selamat nama baik kedua keluarga terbabit. Bagaimanapun tidak kurang juga yang menghilangkan diri sama ada mahu menjaga nama baiknya atau keluarga beliau kerana perbuatannya merosakkan anak orang.
Atau mungkin juga kerana perangainya yang jahat dan suka lari daripada tanggungjawab. Kalau sebut soal taubat jauh sekali. Malah orang seperti ini boleh memangsakan gadis lain pula. Kejahatan orang seperti ini mungkin kerana ada uminiti, orang berpangkat dan terhormat atau memang perangainya jahat.
Perangainya yang jahat mungkin kerana feelnya jahat. Malah kejahatan ini boleh menjadi orang seperti itu cukup licik yang boleh mengelak daripada undang-undang sama ada menggunakan keilmuan undang-undang atau taktikal sebagaimana yang dikatakan “tidak termakan dengan undang-undang.”
Kalau Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tetap membisu dalam menjawab isu debat beliau mencabar bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim, beliau seolah seperti lelaki tidak bertanggungjawab tadi.
Kenapa Rais berani `buat’, maksudnya kenapa Rais berani mencabar Zaid berdebat. `Sampai mengandung gadis itu’ - Zaid menyambut cabaran debat tersebut. `Berani buat berani tanggung’ - Berani cabar kena berani sahut.
Menteri berkenaan mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.
Bersambung
Melayu boleh...!: Rais betul-betul hilang batu
Kata orang kalau sudah sampai peringkat itu, batu tu lebih baik bagi makan anjing.
Rais ni macam lelaki kaki seks yang punahkan anak orang berani buat tetapi tidak berani bertanggungjawab.
Berani cabar orang tetapi tidak berani lawan. Tidka berani bertanggungjawab. Ini apa manusia ni geng....?
Apa pengecut sangat Menteri Penerangan, Kemunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana pada mula dia yang mencabar Zaid.
Laporan penuh boleh baca dan klik di sini.
Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini menyahut cabaran debat Rais.
Baca ulasan saya sebelum ini klik di sini.
Peliknya angin tak apa tak ada tiba-tiba Rais mahu jadi pahlawan bela Najib konon.
Najib tu Perdana Menteri yang baru naik tetap pilih Rais dalam kabinetnya.
Barangkali hendak balas jasa bos, bagi gempak sikit tetapi gemak Rais silap orang. Rais cabar tak kenal orang.
Orang tu yang bernama Zaid terima cabaran malah tak bagi bersyarat pun. Alih-alih Rais membisu seribu bahasa.
Bila wartawan tanya dia tentang debat hasil daripada cabaran beliau pandai pula bagi hujah lain.
Konon katanya ini kenyataan akhbar seni nanti tak keluar berita seni.
"Minta maaf, cerita orang itu (Zaid) bukan dalam sidang media petang ini.
"Kalau tidak, cerita (debat) itu keluar, cerita ini (isu seni) tidak keluar (dilaporkan)," kata Rais di kompleks Finas Hulu Kelang, semalam.
Saya pun pelik hujah Rais bila ditanya debat sebaliknya mahu salahkan wartawan, takut berita seni beliau itu tidak keluar.
Saya pun pernah kerja wartawan dan bergaul dengan wartawan akhbar yang keluar setiap hari dan berita kena buat setiap hari.
Dia orang ni ada kouta berita sekurang-kurangnya mesti dua berita sehari.
Dalam sidang akhbar Rais itu kalau Rais menjawab isu debat beliau, bermakna sudah ada dua berita.
Satu berita program seni beliau dan satu lagi berita boleh juga dibuat mungkin `Rais akan mengkaji tarikh dan masa yang sesuai untuk berdebat dengan Zaid'.
Itu yang kita mahu dengar jadi Dr tu tak perlu gadai.
Batu tu akan tetap terlekat menunjukkan kelakian dan kehebatan Rais berani bertanggungjawab dengan apa yang dia buat.
Virus flu babi adalah soal ketaatan kepada Allah
>> Isnin, Mei 04, 2009
Malam tadi jumpa kawan lama dan banyak topik yang dibincangkan ketika minum di Sri Gombak.
Topik yang menarik kami bincangkan mengenai selesema babi atau virus H1N1.
Menurut kawan saya sekiranya kajian dibuat boleh menemui penawar menghapus virus H1N1 dalam babi sekali pun bagi menusia yang taat akan hukum Allah tidak akan makan babi.
Ia bukan semata-mata soal Islam tetapi meliputi kepentingan umat manusia.
Jika manusia mahu mematuhi hukum Allah mereka tidak akan makan babi.
Sebaliknya masih ada manusia berdegil tetap tidak mahu terima hukum Allah atau melawan hukum Allah jadilah mereka seumpama Iblis yang melawan arahan Allah atau hukum Alllah supaya Iblis sujud kepada Adam.
Iblis mencari pelbagai alasan kerana mahu bantah arahan Allah dan kita manusia pun mencari pelbagai alasan kerana mahu lawan arahan Allah yang larang makan babi.
Dengan bersandar kepada kononnya kepakaran saintis mereka membenarkan makan babi semata-mata mahu lawan arahan Allah tetapi sehingga sekarang mereka tidak mampu mengadakan penawar bagi melawan virus H1N1.
Sebelum ini kita dengan virus Nipah yang berkait dengan ternakan babi di Bukit Pelanduk.
Sebaliknya untuk meneruskan keharusan mereka makan babi dikatakan kawasan ternekan tersebut kotor dan mengundang virus. Alasan lagi mahu lawan arahan Allah.
Perlu kawasan ternakan moden dan bersih supaya tidak unang penyakit. Lagi alasan mahu makan babi.
Kita dengan Allah kita tidak boleh lawan terus lawan. Tidak boleh lawan tetap lawan tetapi kena tukar patuh terus patuh.
Taat tetap taat, kerana kita kena tahu siapalah kita kalau Allah tidak cipta kita.
Apa yang kita kaji adalah sebahagian yang kita nampak tetapi apakah kita nampak sebahagian besar yang ghaib yang kita tidak tahu.
Tetapi Allah maha tahu. Dia tahu sebab itu diharamkan babi kepada kita.
Satu perkara yang kita dok tekan dalam mana-mana keadaan sekalipun kita akan kata cegah sebelum parah.
Atau cegah sebelum berubat. Mencegah lebih baik mengubati.
Kawan saya orang Cina masuk Islam pernah kata babi sedap lebih sedap daripada ayam.
Itu saya tidak tahu tetapi pelik juga ya kerana jarang orang kaitkan sakit darah tinggi, kecing manis dan lain-lain dengan makan babi.
Kita sering dengar sakit darah tinggi jadi musuh dengan kambing. Gout juga dengan daging kambing.
Bagaimanapun itu cerita orang dan cerita tidak boleh lawan hukum Allah.
Bertemunya kita dengan virus H1N1 maka tambah kuat taat kita kepada Allah.
Kita doakan manusia yang selama ini tidak menyedari maka diharap mendapat petunjuk Allah dan sama-sama kita tidak makan babi.
Timb Presiden PAS: Keutamaan menguasai bahasa Arab
>> Sabtu, Mei 02, 2009
Sesuai sebagai gerakan Islam dan bukan semata-mata parti politik, jadi calon yang paling layak berada sebagai orang nombor dua PAS mesti boleh menguasai bahasa Arab.
Jawatan Timbalan Presiden PAS ialah orang selepas Presidan yang layak memberi penerangan dasar parti serta sebuah gerakan Islam kepada mana-mana pihak termasuk gerakan dan parti Islam terutama luar negeri.
Sudah selayaknya jawatan Timbalan Presiden boleh menguasai Arab baik bertutur mahupun membaca kerana sesuai namanya parti Islam.
Ini memandangkan banyak buku dan bahan rujukan Islam memerlukan penguasaan bahasa Arab.
Jadi sayugia dalam pemilihan pemimpin parti Islam memerlukan mereka yang menguasai Arab.
Iman Syafei mewajibkan orang Islam menguasai Arab. Jadi memang patut pun pemimpin bagi gerakan Islam mesti boleh Arab.
Selain daripada itu bolehlah kelayakan lain diperlukan jika ada kedua pihak berkemampuan Arab.
Kelayakan tersebut mengikut ciri ketokohan pemimpin sebagaimana yang digariskan oleh ulama.
Ia tidak semestinya ulama ditapak Timbalan Presiden kerana struktur PAS cukup menjamin Islam selamat dan ulama menguasai kerana adanya Majlis Syura. Majlis yang menjadi pemutus hukum.
Jika ada sebarang yang bercanggah dengan Islam maka Majlis Syura akan campurtangan dan juga memberi kata putus.
Bagaimanapun soal bahasa Arab penting sebab PAS ialah gerakan Islam dan Islam turun melalui bahasa Arab.
Mungkin ini adalah syarat utama yang membezakan PAS dengan parti lain disamping pemimpin yang mampu menguasai al-Quran serta memahaminya ayatnya selari dengan ulama tafsir.
Disamping itu mampu juga menguasai Hadis.
Syarat ini boleh dikembangkan lagi bukan sahaja diperingkat Pusat bahkan ke negeri dan kawasan.
Kalau panduan asas ini diguna pakai jadi munasabah Mustafa Ali kalah kepada Ustaz Hasan Shukri dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS ketika dahulu.
Bukan kerana Mustafa Ali tidak ulama tetapi kerana asas Arab yang tidak kuat.
Blog Archive
-
▼
2009
(308)
-
▼
Mei
(31)
- Kejayaan Mujahid musnahkan dakyah Umno
- Virus H1N1 umpama virus denggi di nyamuk aedes
- Kain PKR terlondeh di Penanti
- Akhirnya Husam berbuka daripada berwishal
- Innalillah..... Adun Manek Urai meninggal dunia
- V Sivakumar, Speaker yang diusung keluar Dun, di K...
- Mana lebih wala' kepada pemimpin PAS ke atau Anwar
- Perebutan jawatan amanah dalam PAS bertambah sengit
- Rakyat pening selagi Dun Perak tidak dibubar
- DAP nak muqabalah ke dengan Umno di Perak?
- Ceramah V Sivakumar di usung keluar Dun di Taman M...
- Kalau ikut Ghani mudahnya kerajaan Perak bertukar ...
- Lagu `My Mother' popular di TV tetapi sekarang lan...
- BN tangguh sidang dua kali, tunggu mahkamah umum k...
- 7 Mei - Titik Hitam Dalam Sejarah Malaysia
- Sultan sampaikan signal positif, Nizar akan segera...
- DUN Perak 7 Mei:Penjelasan Nizar (Bhg 2)
- DUN Perak 7 Mei:Penjelasan Nizar (Bhg1)
- Selamat bermesyuarat agung PAS Kawasan Kemaman
- Siapa yang kurang ajar, siapa yang rimba bin jakun...
- Kita harap pemimpin PAS ada gaya kepimpinan tersen...
- Media tidak lapor Speaker ditarik diusung secara p...
- Betul-betuk jakun, budak-budak punya sidang Dun Perak
- Hanya ini yang ditinggal penyanggak cekup Mohamad ...
- Mohamad Sabu di culik, esok rakyat Malaysia pakai ...
- Baik Husam lawan Presiden PAS, kalau ada misi cang...
- Perubahan hanya slogan, penindasan tetap berlaku
- Rais: lelaki yang tidak bertanggungjawab
- Melayu boleh...!: Rais betul-betul hilang batu
- Virus flu babi adalah soal ketaatan kepada Allah
- Timb Presiden PAS: Keutamaan menguasai bahasa Arab
-
▼
Mei
(31)