Saya rasa Nik Abduh Nik Abdul Aziz ikhlas demi kebaikan dan inilah ilmu Islam yang ada pada Abduh hasil daripada pengajian Islam dan amalan membentuk jiwanya suci serta zuhud.
Ini tidak ada pada ulama `mee celup'. Jadi belum tentu membentuk jiwa insan kamil. Insan merendah diri sesama Islam dan tegas dengan musuh.
Kisah ini, Nabi saw pernah ditegur Allah kerana membelakangi umatnya semata-mata berdakwah dengan musuh yang belum tentu masuk Islam.
Sebab itu bila Abduh tegur maka bermula orang-orang bongkak panas telinga. Langsung tidak boleh ditegur.
Kalau sudah rasa terkena tu ambil iktibar. Biasa la makan cili. Sepatutnya baiki mana yang patut.
Sebaliknya diserang Abduh supaya dedahkan nama. Betul-betul la Khalid Samad dan budak Temerloh macam orang tidak mengaji agama.
Mahu tambah permusuhan bukan mahu baiki keadaan. Bengang betul ilmu tinggi pengalaman tohor.
Saya faham apa yang dimaksudkan dan mahu disampaikan Nik Abduh dalam blognya boleh klik di sini.
Beliau bukan mempersoalkan setuju atau tidak isu perpaduan tetapi tindakan melampau setengah pihak yang menjadi penasihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sehingga ketahap menjadi `batu api'.
Sebab itu kita boleh lihat kenyataan yang saling bertentangan antara Presiden PAS dengan Mursyidul Am PAS.
Kalau dibaca kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum pertemuan dengan Abdul Hadi di JKR 10, seolah kedua ada permusuhan.
Ditambah peranan akhbar meanstream melagakan kedua pemimpin itu sehingga penyokong dan ahli PAS lihat sudah ada dua aliran iaitu setuju perpaduan dan tidak setuju.
Kita tengok statement Nik Aziz selepas pertemuan JKR10. Ia kan kendur dan nampak ada saling persefahaman. Saling bertolak ansur.
Walaupun pendirian Nik Aziz tidak setuju tetapi tidaklah ia menolak pendapat Abdul Hadi 100%.
Macam ada gaduh dan permusuhan kalau tengok statement sebelum JKR10.
Rupanya bila diberi penerangan yang betul Nik Aziz akhirnya akui boleh adanya pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu politik negara.
Sekiranya penasihat Nik Abdul Aziz ikhlas dan baik sudah tentu perkara yang disampaikan bukan cara `adu domba'.
Ia boleh dibuat secara berhikmah. Sangkaan baik terhadap pendapat Abdul Hadi.
Sudah tentu ada jalan penyelesaian dan sudah tentu kedua tidak mengeluarkan pendapat bertentangan.
Walaupun ada pendapat bertentangan tetapi statement itu tidak sampai seolah-olah menunjukkan permusuhan sebagaimana kenyataan Nik Aziz selepas perjumpaan di JKR10.ersoalannya, apakah penasihat Nik Abdul Aziz
Kita mesti berfikiran luas walaupun dilhat tidak baik pada setengah pihak tetapi harus juga dilhat dari segi lain.
Ia bukan semata-mata soal jawatan tetapi demi survival Islam dan orang Islam.
Kita sudah berpengalaman lebih 50 tahun merdeka dan ada yang hidup sebelum itu lagi maka sejarah lalu mesti ambil kira.
Sejarah Islam juga kena ambil kira dan yang penting kita harus ingat hadis nabi tentang Dajal.
-
0 comments:
Catat Ulasan