Sepatutnya cerdik pandai politik cari jalan penyatuan. Jangan menambah laga pemimpin. Kita tengok macam mana Kit Siang, Anwar dan Wan Azizah buat kenyataan berpolitik.
Dan tahu cakap najib itu ambil kesempatan politik terutama Manik Urai kenapa kita boleh terikut tari musuh.
Kalau nak marah dengan ust Nasa takkan buat kenyataan akhbar siap tandatangan nampak sangat kita sudah berpuak. Tongon betul la MP PAS ni.
Apa kejadahnya buat kenyataan media siap ada tandatangan pulak tu. Kenapa tidak buat kempen sejuta tandatangan? Biar haru habis.
Manusia macam ini boleh terpengaruh dengan media mainan musuh apa lagi ahli PAS yang lain. Pasal tu kita tidak menang kerana mempunyai ahli parlimen yang terlalu cerdik.
Sepatutnya kita menjadi orang tengah menyelesaikan perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.
Jangan kita ikut melenting bila ada yang melenting. Kalau panas lawan panas habis la.
Ada dua MP tu Salahuddin dengan Mahfuz siap suruh Nasha pergi jumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kalau nak suruh tu tak payah la bagi tahu akhbar. Atas dasar setiakawan dan sahabat seperjuangan maka berakhlak la kita nak suruh sahabat kita tu.
Ini orang tengok bukan Nasha yang kurang cerdik bahkan keduanya pun ikut tak cerdik.
Kalau MP kita tidak cerdik patutnya ada yang sebar SMS nak buat demontrasi depan pejabat agung PAS lepas solat Jumaat tadi.
Hak yang boleh SMS turut ikut sebar SMS. Tambah pahala laga pemimpin, barangkali...
Ni kerja musuh atau mungkin ahli PAS yang seronok tengok kerja laga-laga pemimpin. Macam pemilihan hari tu ada yang laga Abdul Hadi dengan Nik Abdul Aziz.
Kerja seumpama ini bukan baharu dah lama dah. Sejak zaman sahabat lagi. Selepas pemerintahan Khalifah Syaidina Usman.
Sebab itu berlaku peperangan antara Ali dengan Aisyah. Peperangan Siffin.
-
2 comments:
jelas kalau tgk blog anda - anda geng umno..
bila geng lain buat kenyataan akbar anda kata tongon..
bila geng2 tuh buat kenyataan yg memecah belahkan jemaah- hang tak kata kata pon...
aduih nampak sgt double standard--
==========
Maaf tuan.
Nak bagi komentar sikit.
Penjelasannya senang saja!
Mereka menyokong kenyataan TG Nik Aziz bahawa Pas menolak kerjasama dgn Umno BN dibawah Najib.
Idea tersebut merupakan pandangan peribadi segelintir pemimpin Pas.
Ia bukan pandangan rasmi Pas kerana belum dibincangkan secara rasmi didalam majlis tertinggi Pas.
Ia juga belum dibincangkan dikalangan pimpinan PR.
Ia juga belum dijadikan keputusan dan ketetapan di Muktamar yg dipersetujui oleh perwakilan.
Cadangan tersebut telah ditolak oleh perwakilan pada Muktamar yg lepas, walaupun ia cadangan yg baik tp kurang realistik dan tidak dapat diterima segelintir pemimpin lain dan perwakilan.
TGHH telah menamatkan isu tersebut ketika Najib memerintah tetapi selepas muktamar diungkapkan kembali isu ini dan disokong kuat oleh Ustaz Nasha.
Maka Polemik UG ini berdengung kembali dan mengundang reaksi yg besar terhadap pemimpin, perwakilan, ahli serta penyokong Pas serta Pr secara umumnya.
Ia juga dijadikan talian hayat oleh sebahagian besar pemimpin Umno dan senjata melagakan parti serta pakatan.
Setelah beberapa perjumpaan dan teguran secara khusus dan umum dibuat oleh TGNA kepada pemimpin tertentu, maka kenyataan yg mengguris dikeluarkan oleh Ustaz Nasha bhw kenyataan Tok Guru yg merupakan pemimpin atasan Pas dan mewakili pandangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas bahawa idea tersebut mengarut (dlm konteks sekarang) sedangkan idea tersebutlah secara terang2 merupakan pandangan peribadi menyebabkan tok guru berasa kecewa dan membuat komen kata dua yg lebih keras dan berterus terang dgn mengambil kira ketetapan muktamar di ipoh dan yg lepas.
Jika beliau terlalu sibuk dgn idea kerjasama Umno ini, lebih baik terus masuk Umno (sedangkan Pas sedang berdepan dgn cabaran dan krisis besar lain)kerana kelak akan mengundang polemik dan perpecahan besar didalam pas serta kerjasama pr. ini adalah kesan dan refleksinya.
Point yg sebenarnya adalah hentikan cakap2 UG ini atau bawa ia kedalam mesyuarat tertinggi PAS dan PR untuk diputuskan agar lebih clear. Bkn hanya dibawah tangan segelintir pemimpin tertentu.
Sekiranya dibawah tgn segelintir pemimpin tertentu keputusannya, lebih baik pemimpin ini keluar dan bergabung terus dgn Umno BN.
Ini adalah fakta dan kesimpulan yg jelas dan tak sukar utk difahami melainkan kpd org yg tak nak memahami atau masih mahu mengungkit isu ini dan menyokong pihak tertentu.
Sekian, Wallahu A'lam.
tak tau la mungkin betul mungkin tidak. Ada kata orang MP ni semua nak jaga Parlimen yang dia orang menang sebab atas sokongan pengundi bukan Melayu kononnya. Tapi saya rasa dia orang ni sayang sungguh kat parti PAS ni jadi mungkin tak mau parti hancur termasuk perangkap UMNO. Gamaknya lah...!!!
Catat Ulasan