UG: Tidak ada yang celaru tetapi kita telah jadi bahan laga musuh

>> Jumaat, Jun 19, 2009

Baik penulis blog dan media cukup cekap berperanan memecah belahkan orang PAS. Masalahnya orang PAS pula boleh terikut-ikut tari Umno dan musuh politik.
Kita tengok apa kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang disiarkan media internet.
Beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Apa yang Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang laungkan kerajaan perpaduan ialah penglibatan semua parti politik dalam kerajaan dan pembangkangnya adalah kalangan parti politik dalam kerajaan itu sendiri.
Kita tengok Anwar tidak bising. DAP pun tidak bising kerana mereka faham. Dan ini juga melibatkan semua parti politik dan sudha tentu pelaksanaannya memerlukan berbincangan yang panjang oleh semua pihak.
Yang kita pelik kenapa ahli parlimen PAS jadi tolol terpengaruh dengan agenda musuh dan Najib, buat sidang akhbar kerana terikut-ikut rentak musuh mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan. cetek punya fikiran.
Kalau kita teliti kenyataan dua tokoh pemimpin PAS itu tidak bercanggah. Yang menyanggahnya orang PAS kerana termakan dakyah musuh politik baik daripada musuh politik tersembunyi di blog dan juga media lain.
Kita orang Islam jangan terikut fitnah musuh. Kaji dahulu berita yang datang kepada kita. Jika tidak peristiwa di Iran sekarang mungkin akan menimpa kita.
Ini kerana hasil daripada fitnah penulis blog yang mempertikai keputusan pilihan raya di Iran. Cetusan fitnah itu ibarat cetusan api yang akhirnya bergabung dengan agenda negara Barat lain dan mencetus kemusnahan. Berjagalah dengan bahaya fitnah kerana cucu Rasulullah saw di bunuh hasil licik fitnah.

0 comments:

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP