Iktibar hijrah Rasulullah saw kenapa tidak bersama Umar

>> Khamis, Jun 11, 2009

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin mempunyai hujah dan nas tersendiri melantik Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS yang dikosongkan Datuk Kamaruddin Jafaar.
Bagaimanapun kita bimbang sekiranya Abdul Hadi terlalu bergantung harap kepada Mustafa Ali. Semasa sesi lalu Mustafa Ali tidak terpilih dalam jawatankuasa harian tetapi telah diserapkan ke dewan harian oleh Abdul Hadi melalui kuasanya.
Kepada Abdul Hadi hanya Mustafa Ali yang boleh dipercayai seperti kisah Datuk Hishamuddin Yahya dahulu.
Kalau orang lain buat aduan belum tentu lagi Datuk Hishamuddin jatuh daripada Harakah. Tetapi bila Mustafa Ali sahaja yang bertutur pecat maka berguling-guling Hishamddin jatuh daripada Harakah.
Abdul Hadi terima sahaja asalkan yang berkata itu Mustafa Ali.
Peristiwa Hijrah Rasulullah saw ke Madinah, Nabi menerima tekenan hebat daripada kaum Qhuraisy.
Kalau mengikut dan mengukur kekuatan ketika itu sepatutnya Rasul berhijrah dengan Umar kerana kaum Qhuraisy takut kepada Umar.
Orang lain masuk Islam secara sembunyi tetapi Umar dengan keberaniannya masuk Islam secara terangan malah mengisytiharkan keIslaman beliau. Tidak ada seorang Qhuraisy pun berani menyentuh malah menggugurkan bulu roma Umar.
Tetapi kenapa Allah memilih Abu Bakar berhijrah bersama Nabi. Sedangkan Umar boleh menjaga keselamatan Rasulullah saw kalau hendak berhijrah ke Madinah.
Sebaliknya tidak, Nabi terpaksa menumpuh ranjau dan ancaman bunuh bersama Abu Bakar.
Menurut pendapat ulama peristiwa ini menunjukkan bahawa Allah mahu mendidik Rasulullah supaya tidak bergantung harap kepada manusia.
Allah mahu membentuk jiwa Rasulullah saw lebih mengharap dan bergantung kepada pertolongan Allah.
Persitiwa Hijrah itu diharap dapat diambil iktibar supaya kita tidak terlalu bergantung harap pada seseorang sehingga lupa kita kepada pergantungan kepada Allah.
Semoga pengajaran persitiwa hijrah memberi rahmat kepada kita. Wallahuaklam..

1 comments:

sheikh teluk intan 13 Jun 2009 pada 5:02 PG  

Salam Nan,

Bagus entri ini. Banyak pengajaran dari sudut sirah yang dapat ana pelajari. Tahniah dan terima kasih kerana entri yang begitu bermakna.

Dan sebaiknya Mustafa Ali letak jawatan. Dan duduk rumah , main dengan cucu.

Catat Ulasan

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP