Dua pertembungan pemikir ulama dalam PAS menjadikan ahli bertambah matang jika menerima secara terbuka dan ilmiah.
Kedua-dua ulama Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang memunyai kelimuan Islam dan pandangan serta pendapat masing-masing yang perlu dihormati oleh ahli.
Ini akan mengajar kematangan dan cabaran kepada ahli dalam menerima yang berlainan antara dua tokoh ulama.
Jangan kita menjadi seperti orang Islam yang tidak suka kepada perbezaan pendapat sehingga kita menjadi orang yang mengadu domba supaya berlaku pergaduhan antara dua penyokong dalam dua aliran pendapat tersebut.
Soal perbezaan pendapat dalam Islam bukan baru apa lagi perkara yang tidak berkait dengan nas atau ada nas hadis tetapi mempunyai pandangan atau kias yang berbeza.
Jika orang Islam tidak matang sudah tentu perbezaan mazhab akan menjadi pergaduhan atau peperangan sesama sendiri.
Mungkin antara mazhad Syafie berperang dengan mazhab Hanafi atau lain-lain kerana saling menegakkan kebenaran hak masing-masing atau menuduh orang lain semua tidak betul.
Kematangan orang Islam juga menyebabkan mereka boleh mempelajari dan menerima ilmu daripada mazhab lain dan bukan semata-mata satu mazhab sahaja.
Malah kematangan orang Islam juga boleh menerima mazhab Wahabi dan lain-lain ulama aliran fikah sunnah.
Ilmu itu luas jangan kita terkatup dengan satu pendapat yang memendekkan langkah dan menyusahkan amalan serta cara hidup kita.
Kita perlu tengok dua tokoh tersebut mengikut andaian yang baik bukan secara buruk sangka.
Ini kerana antara mereka mempunyai ilmu dan sejarah hidup tersediri.
Selagi kita mempunyai kematangan dan akhlak Islam dalam menilai mereka berdua maka sudah tentu Islam lebih selamat daripada digula-gula pihak yang ada kepentingan.
-
1 comments:
memang bagus ler ade pendapat sendirik... tp kena tgk gak ape jadik jemaah kat bawah tuh.. kalau dah kerana idea tuh (walaupun baik) dan jadi jemaah pecah- cepat2 ler bertindak- undur dulu ke- tarik terus ke- stop terus ker..
itulah namanya pemimpin jemaah.. bukan bio aje jemaah terus pecah.. itu yg TGNA buat utk elak jemaah pecah...
hang ni pon aku rasa kureng bijak gak kot..
Catat Ulasan