Dalam keadaan seumpama ini kita teringat peristiwa pembunuh 99 orang dan menemui ulama untuk bertaubat sebaliknya tidak dilayan malah mengeji pembunuh tersebut. Akibatnya ulama itu menjadi mangsa beliau yang ke 100.
Pembunuh meneruskan pengembaraan mencari mereka yang mampu membawa beliau ke jalan benar dan akhirnya bertemu seorang ulama yang menasihatkan beliau supaya bertaubat sesungguhnya Allah maha pengampun dan menerima taubat walaupun sebesar mana kejahatan sekalipun. Akhir cerita pembunuh itu mendapat rahmat Allah ditempat ke syurga.
Cerita seumpama ini boleh menenangkan jiwa. Tidak bermakna Allah tidak bersama kita. Apa yang penting kita cari jalan kebenaran. Kesilapan lalu boleh diperbetulkan.
Melihat reaksi wajah Elizabeth Wong masa sidang akhbar beliau seolah menyesal apa yang menimpa beliau akibat tidak berhati-hati.
Sikap yang ditunjukkan oleh beliau berlainan dengan apa yang ditunjukkan oleh bekas menteri kesihatan, Dato' Chia So Lek. So Lek masih ego dengan kesalahannya dan mencari musuh politik bukan menyesali perbuatan tidak bermoral beliau.
Jadi memang sepatutnya kita tidak memberi tekanan kepada beliau sebagaimana yang dilakukan Umno yang akhirnya beliau menjadi kawan kita sebaliknya bertindak menjauhkan dari pada kita. Yang ruginya kita. Sedangkan Allah menawarkan ganjaran syurga sekiranya mampu membimbing ummah terutama yang sesat jalan kepada kebenaran.
Tindakan yang dilakukan Umno bukan untuk membimbing kawan kita tetapi untuk menyedapkan politik mereka. Orang politik akan guna bermacam cara untuk menjatuhkan musuh. Ini politik jahat.
Politik Islam bukan sedemikian. Kalau mereka yang mengangungkan maksiat seperti Umno memang patut kita tentang tetapi kalangan manusia tertentu ia mungkin juga kesilapan akibat terpengaruh dengan keilmuan dan didikan barat. Jadi menjadi tanggungjawab kita menunjukkan jalan kebenaran.
Apa salah wanita memeluk Elizabeth. Sekurangnya ia mampu menenangkan jiwa beliau. Terutama dipeluk oleh wanita yang bertudung labuh. Itu menunjukkan betapa hebatnya dakwah kita mengenali musuh dan kenal siapa yang harus dibimbing.
Bukan menganggap semua manusia itu sama. Kita perlu menilai dan mengkaji supaya langkah yang kita ambil demi kebaikan bersama. Ini kerana ramai lagi manusia seumpama Elizabeth jadi kita yang menjadi pembimbingnya. Jangan ego dengan Islam kita akibat memusnah diri kita kerana Allah mengajar kita menjadi pemimpin yang membibing masyarakat membimbing menunjukan jalan kebenaran dan bercahaya daripada kegelapan.
-
0 comments:
Catat Ulasan